Ini punca gemuk! Rupanya duduk di hadapan komputer atau memandu kenderaan dalam tempoh yang lama boleh membawa risiko kesihatan kepada badan anda.
Punca Gemuk, Duduk Lama Sangat
Selain mengalami sakit-sakit badan, anda juga berdepan banyak lagi komplikasi penyakit lain, antaranya:
1. Lemah otot
Posisi duduk yang terlalu lama boleh mengakibatkan otot badan terutama kaki dan bahagian punggung menjadi lemah.
Perkara ini disebabkan kedudukan duduk yang membuatkan otot fleksor pada bahagian pinggul menjadi lebih pendek dan tegang
Seterusnya, ini boleh menyumbang ke arah hilang keseimbangan badan.
Ads
Ini boleh mengakibatkan kita lebih mudah mengalami kecederaan akibat terjatuh terutama ketika melakukan aktiviti fizikal atau bersukan.
2. Obesiti
Lemak dan gula dalam badan boleh dicerna melalui aktiviti-aktiviti seperti joging, berbasikal atau berjalan.
Namun sekiranya kita menghabiskan masa dengan duduk dalam tempoh lama, secara tidak langsung ia menyumbang kepada masalah penghadaman yang tidak cekap.
Keadaan ini boleh menyebabkan lemak dan gula daripada makanan yang diambil mendap di dalam darah atau tidak digunakan oleh badan.
Ads
Jika dibiarkan, berisiko menyebabkan berat badan naik mendadak sehingga mengalami obesiti.
3. Masalah tulang belakang
Duduk terlalu lama juga menyebabkan sakit belakang kerana otot dan tulang menjadi kaku.
Ini boleh menjadi lebih rumit jika postur duduk tidak sesuai kerana ia memberi tekanan yang berlebihan pada tulang belakang.
Ads
4. Penyakit jantung
Kajian mendapati lazimnya individu yang duduk dan menonton televisyen lebih 23 jam seminggu mempunyai risiko 64 peratus lebih tinggi untuk mati akibat penyakit jantung.
Ini berbeza bagi mereka yang hanya melakukan tabiat ini selama 11 jam seminggu.
Sesetengah pakar turut mengatakan individu yang tidak aktif dan duduk dalam tempoh yang lama mempunyai risiko 147 peratus lebih tinggi untuk mendapat serangan jantung atau strok.
Cegah Rasa Sakit Dengan Jaga Postur Badan
Menurut portal Hello Doktor, anda disarankan untuk menjaga postur tubuh ketika duduk, tidak kira sama ada ketika bekerja di rumah, di tempat kerja ataupun semasa di dalam kereta.
Posisi duduk yang tidak selesa atau canggung boleh menjejaskan tisu lembut pada pinggul yang berfungsi menyokong tulang belakang dan sudah tentu keadaan tersebut akan meningkatkan rasa punca sakit pinggang atau belakang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Teknik picit jari ini satu ilmu yang sering diamalkan oleh orang Asia Tenggara seperti Malaysia dan Indonesia sebagai langkah untuk atasi rasa sakit tubuh badan.
Metod ni hanya untuk penyakit tertentu sahaja, bukan semua boleh diubat dengan picit jari. Pastikan anda buat betul-betul supaya nampak kesannya.
Teknik Picit Jari
Bukan main picit sahaja, anda kena tahu sakit dulu. Jom semak cara yang dikongsi oleh Tira Joe ini, mudah kalau tahu ilmu ini.
1. Kepala pening dan sakit
Untuk yang mengalami masalah ini, kita hanya perlu memicit semua hujung jari tangan selama 10 saat.
2. Batuk dan kerongkong gatal
Jika batuk atau kerongkong gatal, tekan jari tengah di bahagian ruas. Lakukan sehingga batuk benar benar hilang dan berkurang.
3. Leher tegang dan berdengkur malam
Tekan sahaja di bahagian ruas ibu jari. Cara yang sama digunakan untuk berdengkur malam.
4. Seperti serangan jantung (bersifat kecil atau sederhana)
Jika kita rasa seperti serangan jantung, cepat-cepat picit jari kelingking dari atas ke bawah kuat-kuat.
Penyakit yang dapat dicegah semua adalah yang bersifat kecil atau sederhana. Kalau sakit melampau, cepat-cepat pergi jumpa doktor, ya.
Sekurang-kurangnya teknik ini dapat bantu anda melegakan sakit segera. Sangat bagus untuk siapa yang nak cepat dan tak tahan sakit.
Harap teknik ini membantu, bagus untuk waktu-waktu kecemasan di rumah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Ketahui dulu jenis senaman yang cepat bakar kalori untuk anda dapat hasil terbaik sebelum mulakan senaman.
Skipping Paling Penat tapi Cepat Bakar Kalori
Namun menerusi perkongsian saudari Izzatie Jahira, dalam banyak-banyak senaman, skipping yang terpaling memenatkan sekali walau baru nak masuk 20x melompat. Tapi kalori terbakar memang laju. Puas hati sangat!
Jadi kalau ada masa, buatlah skipping, memang cepat kalori terbakar. Tetapi anda kena ingat kalori terbakar disaat jantung berdegup laju bukan bergantung sebanyak mana anda berpeluh.
Maksudnya bacaan jantung atas 100bpm baru proses pembakaran lemak berlaku tetapi bergantung kepada jenis senaman jugalah.
Kalau anda baru mula nak bersenam, stamina memang lemah, anda akan rasa semput, letih gila, tak mampu nak bertahan untuk 30 minit pun tapi akan mula meningkat kalau setiap hari badan terbiasa dengan aktiviti bersukan.
Lama-kelamaan anda mampu bersenam yang berintensiti tinggi.
Boleh Awet Muda Bila Suka Senaman
Menurut Profesor Bersekutu, Perubatan Kardiologi/Pernafasan, University of Connecticut Health Center di Farmington, Dr Peter Schulman, “Senaman ini sudah tentu bagus untuk hati. Menguatkan badan pada bahagian atas dan bawah serta dapat membakar kalori dalam masa yang singkat. Tetapi ia bergantung kepada kesesuaian individu.”
Kalau ikutkan pandangan pakar kesihatan pun, melompat tali memberikan manfaat kesihatan secara menyeluruh. Apabila anda lebih fokus dan pernafasan lebih efisien, secara tidak langsung dapat menjadikan anda sebagai individu yang lebih tenang. Dalam masa yang sama senaman boleh membuatkan anda kekal awet muda, sihat dan cantik.
Jadi apa tunggu lagi? Marilah ber-skipping!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Tidak semua makanan yang sedap kita nikmati sesuai dengan orang lain. Mungkin kita pernah mendengar, ada yang berasa pening saat menikmatinya. Seperti contoh minuman nescafe dan lain-lain tapi biasa bagi sesetengah orang lain.
Satu perkongsian menarik dari Dr Zubaidi Haji Ahmad yang merupakan pengamal perubatan am mengenai makanan yang boleh mengakibatkan kita rasa pening ketika menikmatinya.
“Salam doktor. Benarkah ada makanan yang menyebabkan seseorang mengalami pening. Mohon pencerahan. Terima kasih”.
Pening, adalah perasaan yang merasakan bahawa dunia sedang bergerak mengelilingi kita. Ramai pakar perubatan berpendapat bahawa ia disebabkan oleh ketidakseimbangan cecair dalam alat pengimbangan badan yang berada dalam telinga, jangkitan kuman sehingga menyebabkan keradangan dalam telinga, serangan migrain atau dalam kes-kes yang jarang berlaku, ia adalah tanda awal bagi pendarahan otak, penyakit multiple sclerosis atau serangan strok.
Kandungan gula dalam darah yang rendah (hypoglycaemia) juga boleh menyebabkan pening. Malah makanan tertentu juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
Makanan masinGaram yang banyak dalam makanan yang dimasukkan ke dalam hidangan sup sayur-sayuran, makanan beku, kentang goreng, keropok, sos tomato, daging sejuk, sosej, daging dan keju dalam tin boleh mengganggu keseimbangan cecair dalam sistem pengimbangan badan.
Gula berlebihanGula yang berlebihan ditambah dalam makanan yang dijual secara komersial dan minuman seperti minuman ringan berkarbonat, gula-gula, coklat susu, jeli dan jem untuk disapukan ke roti, kek dan roti yang ditambah gula di atasnya juga boleh menyebabkan rasa pening bagi sesetengah individu.
Makanan yang mecetuskan migrainBagi individu yang sedia mengalami migraine, mereka sangat sensitif terhadap makanan tertentu. Makanan yang menyebabkan migrain juga boleh menyebabkan mereka merasa pening. Bagi mereka yang sering mengalami migrain dinasihatkan agar mencacatkan jenis makanan yang mencetuskan sakit kepala dan pening, kerana setiap individu yang mempunyai penyakit migrain mempunyai makanan tertentu yang berbeza.
Kafein dan AlkoholWalaupun kafein dapat dinikmati oleh ramai orang, sebahagian individu yang sensitif terhadap kafein akan merasa sakit kepala dan pening. Kafein diketahui menyebabkan kita kehilangan banyak air, secara tidak langsung mengubah keseimbangan cecair dalam organ pengimbang dalam telinga. Minuman beralkohol pula secara langsung memberikan kesan negatif dan menyebabkan pening.