Setelah hampir dua tahun kita berdepan dengan masalah pandemik Covid-19, pelbagai cara dilakukan oleh kerajaan bagi mengekang virus ini daripada terus merebak.
Selain mendapatkan suntikan dos vaksin dan penggalak, rupanya kini kita juga kini sudah menerima kira-kira 48,000 stok ubat antiviral Paxlovid keluaran Pfizer bagi merawat jangkitan virus Covid-19.
Perkara ini diberitahu oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah dalam perkongsian di laman sosial Facebook baru-baru ini.
Menurutnya ubat itu disyorkan bagi rawatan pesakit COVID-19 dewasa berusia 18 tahun dan ke atas.
“Ia (ubat) juga sesuai untuk golongan usia berkenaan yang tidak memerlukan terapi oksigen dan berisiko tinggi untuk mendapat gejala COVID-19 yang teruk.
“Ubat ini juga bukan bertujuan sebagai pengganti vaksin COVID-19 atau pengganti kepada tindakan kesihatan awam bagi mengelakkan dijangkiti virus berkenaan,” katanya yang berkata penggunaan ubat Paxlovid adalah satu lagi senjata bagi melawan COVID-19 sebagai ubat antiviral untuk aspek rawatan wabak itu.
Ads
“Ubat ini akan diberikan segera selepas seseorang individu dikesan positif COVID-19 dan dalam tempoh lima hari gejala bermula untuk keberkesanan optimum,” katanya lagi.
Dan ini antara info yang perlu diketahui mengenai ubat antiviral Paxlovid sebelum menggunakannya.
Ads
Paxloid adalah ubat antivirus untuk rawatan penyakit
Ini cara pengambilannya, pada waktu siang & malam
Tetapi sebelum ambil, kena pastikan anda maklumkan kepada doktor dan ahli farmasi sekiranya …
Ads
Kenal pasti kesan sampingan Paxlovid ini, antaranya alami muntah, cirit-birit
Ini pula anda perlu buat jika ada lebihan Paxlovid
Bagaimana pula jika terlupa pengambilannya
Pastikan simpan ubat Paxlivid ini dengan cara penyimpanan yang betul
Pengalaman sebagai pejuang pesakit Covid-19 itu berbeza-beza. Ada yang kehilangan insan tersayang dan ada juga berjuang untuk meneruskan kehidupan biarpun nyawa ibarat di hujung tanduk.
Bagi Mohd Syaham Saupy juga turut berdepan pengalaman berbeza sebagai pejuang pesakit Covid-19.
Dia yang disahkan dijangkiti Covid-19 tahap 4 bulan Mei lalu bersyukur kerana dibenarkan untuk pulang setelah menjalani fasa perjalanan sukar di pusat kuarantin dan juga hospital.
Terpisah dengan orang tersayang selama 15 hari benar-benar memberi satu pengalaman cukup berharga dan menginsafkan buat dirinya.
Assalamualaikum.
Alhamdulillah, Alhamdulillah, Alhamdulillah. Tak ad kata yang aku boleh ucap selain syukur yang tak terhingga. Alhamdulillah petang semalam aku dah boleh discharged dari Hospital Sg Buloh. 1 pengalaman yang cukup bermakna bagi aku.
19/5 mula 1st simptom.
20/5 tested positive covid19.
22/5 kena msk Maeps dengan jangkitan kat paru2.
Keadaan makin teruk, 25/5 dipindahkan ke Hospital Sg Buloh.
25/5-1/6 yang cukup menginsafkan. Bila tengak kawan-kawan positif covid, aku rasa aku akan ok. Tak sangka ujian untuk aku, terus kena stage 4.
Time ni, aku rasa mati tu terlalu dekat. Aku langsung tak boleh nak bernafas tanpa bantuan oksigen. Dada rasa macam nak pecah. Air mata je jadi peneman.
Panjang untuk aku ceritakan. Sampai masa, aku akan ceritakan semuanya. Paling sedih untuk aku ceritakan bila 2 orang jiran katil aku meninggal depan mata aku. Al-fatihah untuk mereka.
Sepanjang tempoh 19/5-2/6, aku nak ucap terima kasih sangat-sangat kat keluarga, kawan-kawan dan semua yang tak putus-putus doakan aku.
Kawan-kawan yang tak putus-putus hantar makanan, barang-barang kat aku sepanjang aku kat Hospital Sg Buloh tu, dan semua sekali la.
Kalau nak senaraikan memang tak akan habis. Korang lebih tau siapa korang. Hanya Tuhan saja yang boleh balas jasa korang.
Akhir kata, nasihat aku kt semua, sama2 la #kitajagakita. Kita tak tau sejauh mana ujian ni untuk kita.
Jika tahun lalu Sinar Harian melalui hasil laporan cemerlang telah dinobatkan sebagai pemenang Hadiah Kajai iaitu kategori utama Hadiah Kewartawanan Malaysia – MPI Petronas 2020.
Dan tahun ini sekali lagi rezeki berpihak kepada Kumpulan Media Karangkraf apabila dipilih menjadi sebagai penerima Anugerah Hari Wartawan Nasional (Hawana) 2022 pada majlis kemuncak sambutan Hawana di sini semalam.
Berdiri megah sebagai syarikat penerbitan sejak 40 tahun lalu menyaksikan Kumpulan Media Karangkraf dipilih sekaligus membawa pulang trofi, sijil sera wang tunai RM10,000 pada kemuncak sambutan Hawana di Banda Hilir, Melaka.
Penyampaian anugerah itu disampaikan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob kepada Pengerusi Kumpulan Karangkraf, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub.
Dalam ucapan selepas menerima pengiktirafan ini, Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, anugerah itu merupakan penghargaan bagaimana wartawan, akhbar dan organisasi media tersebut boleh memberi impak kepada masyarakat.
Menurutnya, ini termasuk beberapa siri program dan kempen yang diperkenalkan serta dilaksanakan seperti Rumah Ngaji, kempen World #QuranHour dan #RasuahBusters.
Katanya, pengiktirafan itu juga menunjukkan bahawa apa yang diusahakan selama ini bukan setakat menyampaikan berita, namun dapat menukarkan budaya dan juga mengembalikan integriti yang telah hilang kepada masyarakat.
“Di mana nilai moral dan karakter bangsa yang telah runtuh sebelum ini dapat dipulihkan melalui usaha-usaha yang telah dibuat oleh wartawan.
“Syukur Alhamdulillah, Karangkraf diiktiraf pada hari ini dan di Karangkraf kita berpadu tenaga,” katanya.
Tambahnya, kejayaan sedemikian juga tidak akan dicapai tanpa sokongan media-media lain untuk memulakan kempen-kempen tersebut.
Hari Wartawan Nasional merupakan satu pengiktirafan kepada golongan wartawan yang merupakan “insan di sebalik tabir” melaporkan peristiwa penting berlaku di seluruh dunia.
Selepas dua tahun tidak diadakan kerana Covid-19, Hawana 2022 diadakan sekaligus mengiktiraf Kumpulan Media Karangkraf sebagai media terbaik.
Antara kriteria untuk dipilih sebagai penerima anugerah itu adalah berdaftar dan menunjukkan hasil kerja cemerlang, kupasan isu yang mendalam, berkualiti serta berimpak pada tahun yang dinilai.
Selain berdaftar, ia juga mengamalkan tatakelola serta nilai kewartawanan yang baik, selain menyumbang kepada pembangunan industri kewartawanan dan media di negara ini, manakala hasil karya terlibat harus menyumbang kepada pembangunan insan, keamanan dan kesejahteraan sejagat.
Mengimbau penubuhan Kumpulan Media Karangkraf, gergasi media ini membuat kemunculan pertama pada 1978 dengan Mingguan Kanak-kanak dan pada 1990, organisasi itu kemudiannya melebarkan skop perniagaan dengan penerbitan beberapa genre buku menerusi Alaf 21 dan Karya Bestari.
Pada 2006, kumpulan itu melahirkan akhbar kompak wilayah, Sinar Harian yang kemudiannya mencatat sejarah sebagai akhbar paling cepat berkembang di Malaysia.
Kini kumpulan media itu berdiri gah dalam industri dengan 13 keluaran majalah, penerbitan novel, percetakan, saluran media Internet dan pemberitaan akhbar.
Hargai peranan wartawan
Pada 2015, kumpulan itu memperkenalkan program Malaysia Ngaji disusuli Kempen World #QuranHour pada 2016 serta beberapa siri rantaian seperti Malaysia #QuranHour, Merdeka #QuranHour dan World #QuranConvention yang secara kumulatifnya merekodkan 2.475 bilion penyertaan.
Pada Februari 2021, inisiatif agresif membanteras rasuah diperkenalkan kumpulan itu menerusi #RasuahBusters membabitkan gabungan media, individu, pertubuhan serta syarikat swasta dengan kolaborasinya kini melibatkan 550 rakan strategik.
Anugerah Hawana 2022 bertujuan mengiktiraf dan sebagai penghormatan kepada wartawan profesional, individu atau organisasi yang memberi sumbangan besar bukan sahaja dalam bidang kewartawanan tetapi dalam membentuk minda rakyat menerusi karya-karya dihasilkan.
Tarikh 29 Mei diwartakan sebagai Hari Wartawan Nasional sempena penerbitan pertama akhbar di Malaysia iaitu Utusan Melayu pada 29 Mei 1939, yang menjadi platform pertama media di Malaysia.
Kali pertama Hawana diadakan adalah pada 11 April 2018 di Pusat Pameran dan Konvensyen Matrade Kuala Lumpur. Sambutan julung kali bertemakan ‘Membela Bangsa, Membina Negara’ itu dihadiri kira-kira 1,000 pengamal media dari seluruh negara.
Pada 30 November 2021, kerajaan bersetuju mengekalkan tarikh 29 Mei setiap tahun sebagai Hari Wartawan Nasional. – Sinar Harian / Bernama
Pelbagai cara dilakukan untuk menghilangkan atau kecutkan jerawat terutama yang bernanah di wajah. Salah satu adalah dengan cara menggunakan tomato beku.
Perkongsian dari Fyza Shah memberitahu kelebihan tomato untuk kulit dan juga cara membuat tomato beku.
Hasilnya akan bantu hilangkakedutan, bintik hitam, melancarkan aliran darah pada kulit sejuk. Apabila darah lancar muka akan jadi lebih glowing.
Tomato beku ini boleh diamalkan hari-hari dan buat sekali banyak untuk penggunaanberterusan.
Semalam jerawat bernanah naik di pinggir bibir. Sakit ya ampun. Rasa nak gigit je jerawat tu duk main kat tepi bibir. Nak picit tak sesuai sebab kulit tepi bibir kita lagi halus, lagi senang rasa sakit.
Jadi sebelum tidur tu kak Fyza cuci muka bersih-bersih, buang daki, buang minyak dengan oil cleanser.
Siap, kak Fyza terus tuam kan muka dengan sebiji tomato beku. Kat kawasan bibir sekali yang ada jerawat masak tu.
Tak sangka bangun pagi, dah kering jerawat bernanah tu. Tak sakit, tinggal bekas je. Seronok kemain la. Hehe.
Kau orang tahu, ini kelebihan tomato untuk kulit kita:
1- Kaya dengan vitamin C dan A
Vitamin C untuk hapuskan jerawat dan cerah kan kulit yang kusam tak bermaya
Vitamin A menyihatkan kulit, membantu seimbangkan kulit dan mengelak kulit dari minyak berlebihan.
2- Bersifat menyejuk dan astringent, meneutralkan balik kulit yang dicemari radikal bebas dari matahari, asap kenderaan, asap rokok atau bahan kimia dari sekeliling kita sebab tomato juga mewah dengan lycopene.
3- Mengecilkan saiz pori, dan buat wajah kita sangat muda
4- Tomato yang sejuk akan bantu hilangkan kedutan, bintik hitam,lebih melancarkan aliran darah pada kulit wajah. Darah lancar, muka lebih glowing. Berbanding tomato yang tak sejuk.
Memang segar sangat waktu tuam tomato beku tu ke seluruh muka. Tak de kata pedih, sakit, tak selesa semua.
Korang boleh buat hari-hari, sekali tuam tu boleh nak guna sebelah je. Tu kak Fyza prepare untuk seminggu terus, jadi ketagih nak tuam hari-hari sebab best penuh sensasi masa tomoto beku tersentuh kulit kita.
Korang boleh cuma teknik mudah ni, boleh #Share terus untuk rujukan sendiri nanti.
Pilih tomato fresh, tak lembik atau lebam. Basuh bersih-bersih
Belah dua cam ni ha, simpan dalam peti semalaman kat sejuk beku
Tadaaaa, dah beku.
Ambil sebelah dan tuam lah pagi sekali, malam sekali. Semalam kak Fyza amik dua belah sekaligus sebab terlampau best. Terus jerawat kering. Wowww sangat.
Dah start buat macam tak nak stop. Best best best. Sensasiiiii dari tomato beku yang sejuk tu payah nak cari woih.