Negara kita yang sudah beralih kepada endemik dan şemalam kerajaan mengumumkan beberapa kelonggaran terutama membabitkan pemakaian pelitup muka.
Dalam perkongsian di Public Health Malaysia memberitahu mengenai şemakan keperluan pemakaian pelitup muka.
Antara yang diberitahu bermula 1 Mei nanti pemakaian pelitup muka hanya wajib apabila besar dan dalam bangunan (indoor) saja.
Namun begitu pemakaiannya di luar bangunan dan kawasan terbuka adalah atas pilihan tetapi digalakkan kerana dengan pemakaian pelitup muka ini mampu mengurangkan penularan jangkitan.
Ayuh, kita semak beberapa lagi kelonggaran diberi.
Semakan Keperluan Pemakaian Pelitup Muka
– Pemakaian pelitup muka adalah WAJIB apabila berada di dalam bangunan (indoor).
– Namun pemakaian pelitup muka di luar bangunan (outdoor) dan kawasan terbuka adalah atas pilihan (optional) tetapi AMAT DIGALAKKAN kerana pelitup muka mampu mengurangkan penularan jangkitan.
– Penguatkuasaan di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 [Akta 342] akan dikenakan ke atas individu yang gagal mematuhi arahan
. Pelitup muka boleh ditanggalkan sekiranya berseorangan di dalam suatu ruang Pemakaian pelitup muka tidak diwajibkan di luar bangunan (outdoor) namun DIGALAKKAN.
Pemakaian pelitup muka boleh mengurangkan penularan jangkitan terutama apabila:
– Berada di kawasan ramai orang dan sesak seperti bazaar ramadan, pasar malam dan stadium;
– Individu yang bergejala seperti demam, batuk dan selsema;
– Golongan yang berisiko tinggi;
– Melakukan aktiviti bersama orang yang berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak
* Bermula 1 Mei 2022
Dalam satu perkongsian lain, pengurusan tertinggi KKM juga turut melakukan demonstrasi dengan membasuh tangan selepas bersama dan amalan ini boleh dipraktikkan setiap kali menyentuh individu lain.
Demonstrasi yang sangat baik ditunjukkan daripada pengurusan tertinggi KKM. Kepimpinan melalui teladan.
Jika sebelum ini membasuh tangan selepas salam dianggap OCD dan sering dikecam sebagai terlalu pembersih. Ia tidak lagi ketika kita melalui sewaktu fasa peralihan endemik. Ini kerana ia sangat digalakkan selepas bersentuhan.
Budaya membasuh tangan selepas bersentuhan diterapkan oleh anggota kesihatan di hospital. Doktor setiap kali menyentuh individu membasuh tangan. Ini bagi mengelakkan penyebaran penyakit daripada satu pesakit kepada satu pesakit.
Tiada masalah untuk seseorang mempraktikkan perkara yang sama. Jangan pula dikecam mereka yang amalkan perkara ini ya.
Masih ramai yang belum cuba diet telur, dek kerana ragu-ragu nak tinggalkan nasi. Padahal ini cara yang sangat membantu kalau nak turunkan berat badan.
Jika ikut kaedah yang betul, diet ini boleh membantu menurunkan berat badan sehingga 10kg dalam masa dua minggu sahaja.
Diet Telur Rebus, Hasilnya Turun 10kg Dalam Masa 2 Minggu!
Ya, memang banyak tapi sekali lagi kena tahu cara yang betul.
Menurut pakar diet Jill Corlene, telur adalah pilihan makanan terbaik dan sihat untuk sarapan kerana ianya membantu dalam proses penurunan berat badan.
Telur mampu membuat perut kenyang lebih lama kerana ia merupakan sumber protein dan serat yang sihat.
Selain itu, diet telur rebus sendiri boleh meningkatkan metabolisme tubuh dan membakar lemak dengan cepat.
Paling penting, jika anda mengamalkan diet sihat lain selepas berhenti melakukan diet telur rebus, berat badan tidak akan meningkat mendadak.
Ini cadangan menu sepanjang tempoh 2 minggu;
Isnin
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 potong sweet potato dan 2 biji epal
Malam: 1 pinggan salad dan ayam panggang
Selasa
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: sayuran hijau dan salad ayam
Malam: sepinggan salad, sebiji oren dan 2 biji telur rebus
Rabu
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Tengah hari: 2 keping keju rendah lemak, 1 tomato dan 1 sweet potato
Malam: Salad dan ayam panggang
Khamis
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / anggur)
Tengah hari: Semangkuk buah-buahan potong (pisang, tembikai, kiwi, oren)
Malam: Salad dan ayam stim
Jumaat
Sarapan: 2 biji telur rebus dan 1 biji buah sitrus (oren / grapefruit)
Ada banyak petua orang lama dan salah satu yang terbaik adalah masker pisang madu. Sangat berkesan untuk anda yang ada masalah jerawat dan kulit berminyak.
Seperti yang dikongsikan oelh Puan Arsha Armalie, apa yang anda perlukan adalah beberapa bahan ini:
Dua biji pisang
Madu asli
Minyak kelapa dara
Sedikit kunyit
Susu segar (brand apa pun tak kisah)
Cara buat:
Kisar semua bahan tersebut dan bila dah siap boleh sapu ada wajah dalam 15 minit sahaja. Kemudian baki yang ada, anda boleh simpan dalam bekas dan guna semula lain hari.
Tetapi biasanya masker ini anda boleh simpan dalam 3-4 hari sahaja paling lama ya.
Berbalik pada sapu masker tadi, anda boleh cuci dengan tisu basah sahaja. Selepas itu boleh kembali pada rutin menggunakan pelembap dan sunscreen.
Jangan lupa cuba ya, petua ini sangat membantu jika anda jenis kulit berminyak. Bila konsisten pakai, anda akan dapat hasilnya.
Negara kita sekali lagi dilanda gelombang ketiga penularan virus Covid-19 ini. Malah angka bagi kes baru setiap hari semakin tinggi hingga membimbangkan semua.
Kebanyakan daripada kita sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus Covid-19.
Mekanisme jangkitan virus Covid-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.
Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.
Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.
Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.
Protein pepaku (spike)
Membran
Nukleokapsid
Protein selubung (envelope)
Protein pepaku yang terdapat pada permukaan virus ini membentuk struktur seakan-akan mahkota.
Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.
Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).
Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.
Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.
Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.
Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.
Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.
Hidung atau tekak (oral), yang mana satukah saluran utama jangkitan Covid-19?
Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitanCovid-19boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.
Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.
Apabila ujian Covid-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.
Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.
Ini bermakna, virus Covid-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.
Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.
Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.
Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus Covid-19.
Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.
Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.
Simptom sakit kerongkong, adakah saya perlu melakukan ujian COVID-19?
Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan Covid-19.
Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:
Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak Covid-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).
Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.
Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.
Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif Covid-19.
Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.