Ramai tak sabar untuk meyambut Syawal tidak lama lagi dan pastinya mahukan penampilan nanti sentiasa cantik bergaya.

Maklumlah bimbang pula, baju yang sudah dibeli atau ditempah awal tidak muat untuk dipakai di pagi raya gara-gara paha sudah makin membesar.

Usah risau jika berlaku ini, apa kata anda lakukan beberapa señaman untuk mengecilkan bentuk peha anda.

Lakukan 4 Senaman Mudah Ini Di Rumah, Bantu Kecilkan Peha Menjelang Syawal

Memetik perkongsian Hello Doktor, kekurangan lemak pada bahagian bawah badan akan memberikan kesan ilusi langsing.

Terdapat empat senaman boleh anda lakukan di rumah saja untuk mengecilkan paha sebelum Syawal menjelma.

1. Kaki Bersilang

Menarik mengenai senaman ini, ia boleh dilakukan di atas katil. Menyerupai gerakan seperti gunting, latihan sebegini dapat menguatkan otot paha bahagian dalam dan luar serta perut.

Caranya dengan baring secara telentang menghadap ke atas. Kedua-dua belah tangan dibengkokkan, sementara tapak tangan diletakkan berhampiran telinga.

IKLAN

Bengkokkan kaki sehingga membentukkan 90 darjah. Lakukan gerakan kaki secara menyilang kiri dan kanan sekitar 45 saat.

Lakukan 4 Senaman Mudah Ini Di Rumah, Bantu Kecilkan Peha Menjelang Syawal

2. Kayuh Udara

Tekniknya sama seperti sedang mengayuh basikal, namun ia dilakukan secara berbaring.

Baringkan tubuh menghadap ke atas di samping meletakkan tangan sejajar dengan badan.

Kemudian, lakukan gerakan seperti mengayuh basikal sekitar 45 saat. Aktiviti ini baik untuk melatih ketahanan otot pinggul dan sendi.

IKLAN

3. Squat

Senaman begini sering menjadi pilihan golongan selebriti dan individu yang aktif bersukan.

Caranya mudah dan perlu dilakukan sebanyak dua set (15 atau 24 kali bagi satu set).

Aktiviti ini perlu dilakukan ketika berdiri dengan jarakkan kaki. Berdiri dengan tangan pada bahagian sisi badan.

Kemudian, rendahkan badan secara perlahan-lahan sambil membengkokkan lutut sehingga membentuk 90 darjah.

IKLAN
Selain itu:  Tolak Terus 'Fast Food' Punca Berat Naik. Lepas 8 Bulan, Gadis Ini Berjaya Kembali Langsing!!

Paling utama, pastikan bahagian belakang badan lurus dan kekal tegak sementara lutut tidak membengkok melebihi jari kaki.

Cuba ulang gerakan sekitar 15 hingga 24 kali kali untuk melengkapkan 1 set senaman.

Lakukan 4 Senaman Mudah Ini Di Rumah, Bantu Kecilkan Peha Menjelang Syawal

4. Angkat Kaki Sisi

Satu lagi senaman yang boleh dilakukan ketika berbaring. Caranya pusingkan badan dan baring secara mengiring ke sisi. Senaman ini perlu dilakukan untuk bahagian badan di sebelah kiri dan kanan.

Bengkokkan siku 90 darjah dan pastikan kaki berada dalam keadaan lurus. Seterusnya, angkat kaki ke udara secara berulang selama 45 saat.

Sekiranya anda melakukan untuk sebelah kiri, kemudian lakukan gerakan sama untuk sebelah kanan.

Artikel Lain: Start Diet Bila Penyakit Menyerang. Makan Ikut Portion Betul, Rahsia Badan Kembali Langsing!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI