Baru-baru ini pelakon, Norish Karman ini menafikan dakwaan yang mengatakan dia melakukan pembedahan bibir dan hidung agar sentiasa kelihatan cantik serta muda.
Menurut Norish di laman Instagramnya, bentuk bibir dan hidungnya adalah semula jadi yang merupakan genetik daripada arwah ibu bapanya.
Nampak Cantik Dan Muda, Norish Karman Dikatakan Buat Hidung
Malah, Norish atau nama sebenarnya Nor’Ashikin Karman, 49, berkata dia tidak mempunyai wang yang banyak untuk melakukan pembedahan.
Ads
“Saya tidak melakukan pembedahan pada bibir, itu hasil dari arwah ayahanda saya, Ustaz Karma mempunyai bibir yang tebal.
“Saya tiada duit yang banyak untuk lakukan pembedahan pada wajah, hidung yang mancung itu hasil dari arwah mak saya berketurunan Arab iaitu Sherifah Salmah Aljunied.
“Lebih baik guna duit untuk infaq pada insan-insan yang memerlukan atau belanja pada anak-anak sendiri dan sahabat.” tulisnya.
Ads
Takut Dan Tak Sanggup Buat
Dalam masa sama, pelakon drama Spa Q itu berkata dia seorang yang takut kepada alatan tajam dan mengakui tidak tahan sakit sekiranya melakukan pembedahan pada wajah.
“Saya tidak berani untuk melakukan apa-apa yang berkaitan pisau. Hanya empat kali pembedahan caesarean bagi melahirkan anak.
Ads
“Saya tak boleh tahan sakit jika berbuat apa-apa berkaitan implan pada wajah. Tidak juga akan melakukan botox kerana saya hiperaktif sehingga tidak mampu tahan sakit.” tambahnya.
Norish berkata lagi, dia tidak mengambil pusing terhadap tomahan yang dilemparkan, sebaliknya hadapi dengan senyuman.
Sumber: Instagram @thenorishkarman
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum anda beli, elok ambil tahu dulu tip pilih lipstik yang sesuai ikut warna kulit. Sekali pun kurang berminat dengan solekan tetapi dengan satu calit di bibir akan merubah wajah anda jadi berseri.
Rasanya, pasti ada yang kurang mahir bab pemilihan lipstik. Jadi ini ada beberapa tip pemilihan warna gincu, mengikut kesesuaian warna kulit yang anda perlu tahu.
Warna kulit memainkan peranan penting dalam pemakaian alat solekan. Walau ramai yang ambil endah tak endah tentang isu ini, namun pada dasarnya, ia akan mempengaruhi ‘look’ harian anda.
Masih ragu-ragu dan tidak tahu ingin menggayakan solekan gincu? Sebagai langkah pertama, kenal pasti warna dasar kulit anda.
Warna dasar kulit ini telah dikategorikan kepada 3 jenis warna, iaitu cool, warm dan neutral, mengikut warna pembuluh darah setiap individu.
Warna dasar kulit ‘cool’ ini, digambarkan untuk mereka yang mempunyai pembuluh darah berwarna biru. Biasanya pemilik warna dasar kulit jenis ini akan mempunyai warna kulit yang terlihat lebih pucat dan cerah.
Jika anda memiliki kulit yang cerah dan ingin mendapatkan ‘natural look’ untuk solekan anda, penggunaan warna gincu yang semula jadi seperti warna merah jambu, merah jambu-pastel atau merah jambu-belacan adalah pilihan yang paling sesuai.
Untuk mendapatkan penampilan yang lebih seksi, penggayaan gincu berwarna merah cerah, merah kecoklatan dan juga merah maroon, merupakan koleksi warna gincu yang anda harus miliki.
Warna dasar kulit ‘warm’ ini adalah untuk mereka dengan pembuluh darah yang tidak terlalu jelas, berwarna biru ataupun hijau. Bagi kategori warna kulit ini, sebenarnya memiliki beberapa ton warna, tergolong daripada warna kulit tan, coklat gelap dan hitam.
Pemilihan untuk anda yang berkulit tan, penggunaan gincu berwarna merah jambu-pastel yang gelap, akan menyerlahkan lagi sisi semula jadi dalam penampilan anda. Namun jika anda ingin membawa penampilan yang lebih ‘simple’ tetapi anggun, warna coklat muda atau pic gelap adalah warna yang patut anda cuba!
Bagi anda yang mempunyai warna kulit yang lebih coklat tua hingga hitam, jangan risau! Warna ungu muda atau ungu tua adalah pilihan yang terbaik untuk penampilan natural look anda hari ini. Pemilihan warna ungu kemerahan dan merah bata terang pula, akan menyerlahkan lagi sisi seksi si pemakai.
Warna dasar kulit ini tidak asing lagi dengan kita yang tinggal di Asia. Pemilik warna dasar kulit ini, adalah mereka yang pembuluh darahnya tidak terlalu berwarna biru mahupun hijau. Kebiasaannya, pemilik warna dasar kulit neutral memiliki warna kulit yang terlihat agak kuning hingga sawo matang.
Bagi yang berkulit kekuningan, gincu berwarna seperti merah jambu tua dan merah jambu-pic adalah pilihan warna yang tepat untuk memperoleh penampilan yang natural. Untuk penampilan yang lebih ringkas, anda boleh tata rias bibir anda dengan warna yang lembut, seperti soft-peach hingga pic gelap. Pemilihan warna merah menyala atau oren terang pula, akan memperlihatkan lagi sisi memukau dan berani si pemakai.
Jika anda berkulit sawo matang pula, memilih gincu berwarna merah tetapi ke arah yang lebih gelap adalah pilihan yang terbaik. Warna-warna yang anda boleh cuba adalah seperti, warna beri merah dan warna coklat merah.
Bagi anda yang memiliki warna kulit ini, cuba untuk hindari daripada menggayakan bibir anda dengan gincu berwarna oren ataupun merah jambu. Warna tersebut akan membuatkan solekan anda kelihatan agak membosankan dan tidak segar.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Anda pernah dengar tak kulit cantik menggunakan Chizu Saeki Method? Teknik ini adalah nama pakar penjagaan kulit wajah (skincare) di jepun.
Beliau merupakan pelopor yang mencipta teknik Chizu Saeki Method agar kecantikan dan kesegaran kulit wajah wanita Asia dapat dibelai manja.
Sesuai untuk kulit kering dan anda yang mengalami kemerahan, jom cuba cara ini pula.
Chizu Saeki Method atau lebih dikenali sebagai CSM merupakan sebuah teknik skincare yang mana anda memerlukan kapas dan hydrating toner untuk menjadikan dua bahan ini sebagai masker.
CSM ini sering digunakan oleh para wanita Jepun. Jadi tidak hairanlah, kulit wajah mereka sentiasa halus dan mulus.
Sebelum melakukan CSM, anda perlu menyiapkan kapas muka yang nipis, air panas dan hydrating toner. Bila sudah siap, jangan lupa untuk membersihkan wajah terlebih dahulu. Berikut adalah langkah-langkah untuk melakukan CSM.
• Pertama, rendam kapas dengan air panas. Kemudian perah kapas hingga menjadi sedikit lembap.
• Seterusnya, rendam kapas tersebut dengan hydrating toner.
• Jika menggunakan kapas yang nipis, terus letakkan kapas tadi di wajah seperti masker. Tetapi, jika kapas yang anda gunakan tebal, pastikan anda nipiskan kapas menjadi beberapa bahagian terlebih dahulu.
• Biarkan berperap di muka selama lebih kurang 3-5 minit.
• Setelah 3-5 minit, tanggalkan kapas pada wajah dan oleskan pelembap (moisturizer) pada wajah.
• Hasilnya, kulit anda akan menjadi lembut, halus dan mulus sekaligus bebas kering dan mengelupas!
CSM merupakan teknik skincare yang mempunyai banyak manfaat. Antara manfaat yang anda boleh dapatkan ialah skin barrier menjadi elok.
Peredaran darah semakin lancar dan tentunya kulit menjadi lebih segar dan terjaga kelembapannya. Malah, kulit anda akan menjadi lebih anjal dan elastik. Jadi jangan lupa cuba!