Saya tengok masih ramai yang confuse terutamanya ahli2 group yang baru. Bila tengok orang post minum ahmad green tea ni boleh kurus, semua pakat beli.
Tapi betul ke green tea ni bagus untuk diet? Tingkat metabolisma? Bantu bakar lebih lemak? Seperti yang digembar gemburkan?
Sebenarnya masih kurang lagi kajian tentang keberkesanan green tea dalam penurunan berat badan.
Antara kajian yang dah dilakukan, menunjukkan bahawa komponen tertentu dalam green tea, termasuk bahan kimia tumbuhan yang dipanggil catechin, boleh mengurangkan berat badan dan menyokongpenurunan berat badan.
Ads
Kandungan caffeine di dalamnya juga dikatakan mampu meningkatkan kadar metabolisma badan.
Walau bagaimanapun, kajian ini menggunakan ekstrak teh hijau yang sangat tinggi berbanding dengan apa yang kita minum.
Tetapi hakikatnya jika kita banyak minum air kosong (sekurangnya 2 liter), juga terbukti menurunkan berat badan.
Dalam satu kajian selama setahun dijalankan, 173 wanita mendapati bahawa minum lebih banyak air kosong sahaja dapat menurunkan berat badan dan lemak yang lebih banyak, tanpa mengira jenis diet atau senaman.
Kesimpulannya, kesan green tea terhadap penurunan berat badan hanya mempunyai kesan yang kecil dan tidak signifikan. Mengambil green tea terlampau banyak juga(3-6 cawan)sehari boleh menjejaskan penyerapan nutrien kerana kandungan caffeine yang ada.
Ads
Namun jika diambil secara bersederhana, green tea akan dapat membantu mengurangkan stress dan membuatkan kita lebih tenang.
Ia juga boleh menambahkan fokus dan tumpuan selain memberi manfaat kepada kesihatan dan mencegah keradangan oleh kerana kandungan antioksida yang tinggi didalamnya.
Kalau betul nak kurus, elakkan minuman manis atau elakkan tambah gula dalam minuman.
“GREEN TEA HARUS DINIKMATI SEBAGAI SEBAHAGIAN DARIPADA DIET BERKHASIAT, BUKANNYA JALAN SHORTCUT”
Patut Masih Cantik Di Usia Cecah 50 Tahun. Sofea Jane Pilih ‘Vegetarian’ Sejak 7 Tahun Lalu! Pelakon Sofea Jane, nama yang cukup popular dan gah ketika di era zaman awal 90an. Bakat lakonan yang mantap menjadi kelebihan untuk pelakon berdarah kacukan Melayu-Inggeris ini bersaing dalam dunia seni.
Ditambah dengan seraut wajah jelita menjadikan ibu kepada empat cahaya mata ini tetap kelihatan cantik dan anggun serta menjadi pilihan ramai pengarah hebat.
Malah sehingga hari ini, kejelitaan wajahnya masih sama dan seperti tidak ada perubahan. Kecantikan tetap sama seperti 20 tahun dulu ketika zaman kemuncak melakonka watak dalam filem Harry Boy, Kekasih Awal dan Akhir, Perempuan Isteri dan … atau pun Sayang Salmah.
Ternyata Datin Sofea Jane, 50 tahun sangat bersyukur atas kurniaan yan diberikan Allah SWT selain mengakui amat menitik beratkan penjagaan kesihatan.
Namun begitu, pemilik nama pentas Sofia Jane, dia tidak merasakan dirinya masih menawan seperti yang diperkatakan ramai memandangkan usianya bukan lagi muda.
Walaupun agak berat berkongsi rahia penjagaan kecantikan, namun Sofea tetap memberitahu regim kecantikan dirinya.
Menurutnya bukan kerana kedekut berkongsi ilmu tentang amalannya, tetapi Sofea berpendapat apa yang dirasakan baik bagi dirinya, tidak bermakna bagus untuk orang lain.
“Sebab apa yang bagus pada saya tidak semestinya baik juga untuk orang lain. Saya sudah pun berusia 50 tahun dan anda pula 25 tahun. Bagaimana saya mahu berkongsi rahsia jika tidak sesuai dengan anda?” katanya.
Hanya selepas dipujuk, Sofia akhirnya memberitahu dia sudah menukar menu pemakanannya kepada makanan berasaskan sayur-sayuran (vegetarian) sejak tujuh tahun lalu.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak,” katanya.
Pemenang Artis Paling Popular di Anugerah Bintang Popular 1993 itu bagaimanapun seakan menolak pujian yang mengatakan dirinya masih kelihatan muda kerana kulit wajahnya sudah pun mempunyai garis-garis kedutan halus.
“Siapa kata saya muda? Kulit saya sudah ada garis-garis kedutan halus. Tapi saya sangat menyukainya. Saya tidak akan kembali pada usia 25 tahun. Hakikatnya saya sudah berusia 50 tahun.
“Saranan terbaik saya, jaga pemakanan dan jalani kehidupan yang sihat dan aktif. Paling penting jangan lupa untuk senyum dengan orang di sekeliling kita,” katanya yang membuat kemunculan semula dalam karier lakonan apabila muncul buat pertama kali membawakan watak antagonist menerusi drama bersiri One Cent Thief sebagai Ibu Zara.
Sekadar info, Sofea Jane berkahwin dengan Datuk Meor Zain Azman pada 9 September 1995 dan dikurniakan empat anak, Arissa, Imran, Khadijah dan Soraya.
Masih ramai yang memandang remeh tentang sakit belakang, anggap cuma perlukan rehat namun sebenarnya ini berkait rapat dengan slipped disc.
Slip disc selalunya berlaku secara tiba-tiba. Ada yang mengatakan bunyi ‘pop’ di tulang belakang. Bagi yang tertanya-tanya tentang punca dan cara rawatannya, anda boleh mengetahui lebih jelas menerusi perkongsian ilmu daripada Dr Syid ini.
Aduh sakitnya belakang! Terus ada yang jadi doktor segera kata ‘ha itu mesti masalah slipped disc’. Sebenarnya banyak punca sakit belakang yang sebenarnya bukan berpunca daripada slipped disc.
Jadi untuk ketahui adakah benar itu slipped disc ataupun tidak perlu dapatkan nasihat doktor yang bertauliah. Bukannya doktor segera kedai kopi.
70% daripada kita semua pernah sakit belakang. 50% pernah sakit sedikit sahaja mungkin disebabkan oleh salah duduk dan boleh sembuh dalam masa seminggu. Manakala 90% sakit belakang mengambil masa untuk sembuh sekitar 1-3 bulan manakala 10% perlukan rawatan invasif iaitu pembedahan (ini kategori serius).
Apa itu disc?
Secara generalnya tulang belakang setiap manusia itu mempunyai 33 vertebra (tulang).
Di antara tulang itu pula mesti ada satu benda yang memainkan peranan seperti kusyen yang akan menyerap setiap hentakan pada tulang supaya setiap tulang itu tidak bertemu apabila berlaku hentakan.
Rupa bentuknya adalah bulat dan mempunyai dua bahagian utama iaitu bahagian “inti” yang dinamakan sebagai Nucleus Pulposus manakala bahagian luarnya adalah gentian-gentian elastik yang terdiri daripada kolagen yang dinamakan sebagai Annulus Fibrosus.
Apa yang berlaku hingga menyebabkan terjadinya masalah Slipped Disc?
Tulang belakang fungsinya untuk menstabilkan tubuh kita. Peranannya juga adalah untuk memegang unsur utama iaitu saraf tunjang.
Apa yang berlaku membawa kepada slipped disc yang mana disebabkan oleh hentakan ataupun salah pergerakan adalah keran disc berbentuk bulat. Apabila terkena hentakan, ia akan menyebabkan terhasilnya benjolan yang akan menghimpit saraf akar yang letaknya berhampiran saraf tunjang.
Apabila saraf akar tertekan akan menyebabkan terjadinya lenguh-lenguh, tak selesa dan sakitnya akan menjalar hingga ke kaki. Simptom lain yang sering terjadi ialah terasa seperti adanya letrik, panas dan kebas.
Slipped disc ini mempunyai banyak peringkat dan kesakitannya bergantung kepada tahap seriusnya benjolan yang menghimpit saraf akar tadi.
Peringkat Slip Disc
Peringkat pertama – Hanya terdapat benjolan tetapi fiber atau Annulus Fibrosus masih tidak pecah. Pada tahap ini ia masih boleh cepat sembuh dan tiada masalah. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Protrusion.
Peringkat kedua – Apabila disc sudah mengalami luka ataupun ianya sudah pecah akibat benjolan dari Nucleus Pulposus. Keadaan ini dipanggil sebagai Disc Extrusion.
Peringkat ketiga – Sudah pecah dan bahagian “inti” atau Nucleus Pulposus tadi sudah keluar dan masuk ke dalam rongga lain. Ia merupakan peringkat slipped disc yang serius dan saraf terhimpit dengan teruk. Kebiasaannya pada tahap ini, individu akan memerlukan pembedahan. Keadaan ini dipanggil Disc Sequestration.
Punca membawa kepada Slipped Disc
1) Angkat barang berat
– Angkat berat mesti dengan postur yang betul. Iaitu duduk, peluk, berdiri dan baru pusingkan badan.
– Slipped Disc mudah berlaku kepada lelaki yang berusia 35-50 tahun. Apabila usia melebihi 50 tahun, slipped disc jarang berlaku tetapi masalah spinal stenosis pula yang menyerang.
2) Obes
– Individu obes mudah mengalami masalah slipped disc. Ini kerana, berat badan berlebihan akan memberi beban yang tidak sepatutnya.
– Walaupun slipped disc dirawat, individu ini juga berisiko 12 kali ganda untuk mendapat slipped disc ini semula. Jadi, penting untuk turunkan berat badan.
3) Pekerjaan
– Kerja-kerja berat seperti buruh kasar atau pekerjaan yang sentiasa mengangkat benda berat boleh menjadi punca kepada masalah slipped disc.
– Pekerjaan yang terlalu duduk lama seperti driver juga mudah terkena slipped disc. Individu ini memerlukan lumbar support. Bila duduk lama tulang akan terbeban.
4) Sejarah keluarga
– Jika dalam keluarga mempunyai sejarah slip disc, ahli keluarga lain juga berisiko mengalami slipped disc.
5) Tumit tinggi
– Wanita harus berhati-hati. Pada bahagian kaki mempunyai 28 tulang dan 44 sendi.
– Pemakaian kasut tumit tinggi yang lama akan menganggu paksi tulang menyebabkan tulang melengkung. Malah, ia meningkatkan risiko sakit belakang.
– Penggunaan kasut tumit tinggi seperti stiletto adalah tidak digalakkan. Jika ingin memakai kasut tumit tinggi, haruslah memilih kasut yang mempunyai tapak belakang yang lebih besar agar dapat mengimbangi berat badan seseorang.
Bagaimana untuk mengenal pasti adakah anda mempunyai masalah slipped disc?
1. Satu ujian mudah boleh dilakukan, iaitu dengan luruskan kaki dan angkat kaki anda hingga 90 darjah.
2. Jika anda tidak mempunyai sebarang kesakitan, anda bebas slipped disc.
3. Jika angkat kaki dan terasa sakit pada bahagian belakang, anda perlu ke klinik dan membuat pemeriksaan lanjut.
4. Sakit belakang boleh disebabkan oleh pelbagai faktor lain, contohnya seperti jangkitan kuman yang membawa kepada penyakit tuberculosis (TB), kanser, osteoporosis atau faktor penuaan. Sakit belakang juga boleh disebabkan oleh penyakit batu karang.
5. Oleh itu, pemeriksaan lanjut di klinik atau hospital perlu dilakukan. Jika benar ia adalah disebabkan oleh slipped disc, rawatan susulan seperti X-ray dan MRI akan dilakukan.
Rawatan Slipped Disc
1) Gaya Hidup
– Individu yang mempunyai slipped disc perlu tahu bagaimana cara terbaik untuk baring, duduk atau berdiri dengan betul. Jika perlu berdiri lama, elakkan lenguh dengan mengangkat sebelah kaki dan gilir-gilirkan di antara kanan dan kiri.
– Cara duduk – Elakkan duduk di atas sofa secara sembarangan. Sofa atau kerusi hendaklah mempunyai lumbar support.
– Cara tidur – Perlu teliti pada pemilihan tilam yang betul. Tilam tidak boleh terlalu lembut (spring) dan tidak boleh terlalu keras. Sebaiknya perlu ada lumbar support.
– Berjalan kaki – Elakkan jalan secara mendaki. Jika banyak berjalan dan terasa sakit pada bahagian belakang, perlu berhenti dan berehat seketika. Ia bertujuan untuk merehatkan otot.
– Elakkan letak dompet pada bahagian belakang seluar. – Elakkan kasut tumit tinggi. – Angkat benda berat dengan cara yang betul.
2) Senaman
– Senaman paling disyorkan untuk individu yang ada masalah slipped disc adalah berenang iaitu ‘frog style’. Ini adalah sangat bagus untuk menguatkan tulang belakang. Yoga juga sesuai untuk slipped disc.
– Selebihnya, dinasihatkan untuk berjumpa pakar fisioterapi bertauliah untuk dapatkan nasihat mengenai senaman yang sesuai.
3) Ubat
– Jika terasa sakit jangan sekali-kali untuk tunjuk hero/kuat. Segera dapatkan rawatan dan ubat.
– Ubat yang biasa diberi adalah seperti NSAID iaitu sejenis ubat tahan sakit. Namun, pengambilan ubat tahan sakit tidak boleh diambil secara berterusan selama 6 bulan kerana ia boleh memberi kesan sampingan seperti ulser perut, gastrik dan masalah buah pinggang.
– Selain itu, koyok juga boleh digunakan bertujuan untuk dapatkan muscle relaxion.
4) Kuruskan badan
– Obesiti menyebabkan bebanan berlebihan pada tulang belakang. Oleh itu, individu ini dinasihatkan untuk menurunkan berat badan.
5) Urut
– Kiropraktik boleh dilakukan.
– Selain itu, acupuncture juga disyorkan untuk mengatasi masalah slipped disc.
6) Pembedahan
– Microdiscetomy – Kaedah dimana doktor hanya akan membedah keluar bahagian disc yang terkeluar dari tempat asalnya dan bukan keseluruhan disc tersebut.
– Laminectomy – Potongan bahagian tulang belakang untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf atau memberi ruang kepada saraf tunjang.
– Foraminotomy – Pembedahan untuk mengurangkan tekanan ke atas saraf yang ditekan oleh intervertebral foramina.
– Spinal fusion- Pembedahan yang dilakukan untuk menghubungkan satu atau lebih vertebra di bahagian tulang belakang.
– Pembedahan biasanya disarankan bagi individu yang mula mengalami kesan neurologi yang serius (Neurological Deficit). Sebagai contoh, seperti kesan sakit yang amat sangat hingga menyebabkan kaki mula lumpuh atau kebas yang serius. Juga pada situasi apabila buang air kecil dan air besar sudah tidak terasa. Pada tahap ini, pembedahan amatlah diperlukan. Perlu rujuk pakar ortopedik.
7) Nutrisi
– Bahan yang memegang atau menguatkan disc itu sebenarnya adalah kolagen. Dan kolagen ini pula akan menurun sebanyak 1.5 peratus setahun bermula usia individu itu mencecah 25 tahun. Pengambilan kolagen adalah digalakkan untuk menampung dan mengelakkan kemerosotan disc.
– Selain itu, pengambilan nutrisi anti-oksidan semulajadi seperti AstaREAL adalah disyorkan. Ini kerana ia mempunyai unsur yang hebat untuk melindungi disc daripada radikal bebas yang meyebabkan kepada kemerosotan diri.
– Ini boleh diambil sebagai suplemen untuk mencegah dan merawat masalah slipped disc pada tahap awal untuk sembuh.
BONUS untuk anda. KOMPLIKASI PEMBEDAHAN.
– Setiap pembedahan yang dilakukan sememangnya mempunyai risiko dan komplikasi.
– Journal yang membuat meta-analysis menyatakan antara komplikasi pembedahan slipped disc adalah:
a) 1-2 peratus pembedahan mempunyai risiko pendarahan dan menyebabkan jangkitan kuman.
b) 1-3 peratus mungkin boleh menyebabkan saraf calar, rosak atau terpotong.
c) 4-10 peratus yang telah dibedah juga mempunyai risiko untuk tak pulih sepenuhnya.
d) Namun kadar berjaya dalam pembedahan adalah tinggi.
Jadi, ambil langkah pencegahan awal sebelum ianya parah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekitar tahun 2019, pelakon dan pengacara Uyaina Arshad pernah mengalami masalah komplikasi jantung hingga menyebabkan dirinya terpaksa berehat panjang.
Menyedari betapa berharganya menjaga kesihatan, Uyaina atau mesra dipanggil Yana kini begitu menitik beratkan pengambilan waktu rehat yang cukup.
Oleh kerana dirinya terdedah dengan pelbagai aktiviti sihat dan aktif, jadi mengambil kisah pengalaman dulu menjadikan dia kini sangat berhati-hati dalam menjaga kesihatan.
“Sebelum itu Yana ada terfikir (ketika sakit), bolehkah Yana teruskan aktiviti yang pernah dilakukan sebelum ini.
“Tetapi alhamdulillah, dengan langkah penjagaan kesihatan diri yang betul seperti mengambil ubat sepatutnya, paling penting mental kita main peranan perlu yakinkan badan kita yang diri kita ok sebenarnya.
“Kita kena tentukan untuk jaga tidur, rehat secukupnya, makan kena on time, makan ubat sepatutnya dan insyaAllah semuanya akan ok.
“Alhamdulillah, setakat ini tiada lagi episod (seperti pertama kali melaluinya) dan harapnya akan berterusan. Yana rasa dah tahu bagaimana nak menjaga diri dan jaga kesihatan. paling penting rest, rest dan rest,” ujarnya ketika ditemui dalam majlis Pencarian Superwomen anjuran Majalah Nona baru-baru ini.
Tambahnya dia juga jika masuk kereta, akan mengambil masa untuk berehat dengan melelapkan mata seketika. Menurutnya inilah waktu terbaik curi masa untuk tidur dan berehat seketika sebelum kembali bekerja.
Ketika ditanya petua untuk menjaga kesihatan diri pula, Uyaina memberitahu dia lebih gemar mengamalkan cara tradisional.
“Kakak Yana selalunya akan blend tomato. Kalau Ummi Yana pulak akan blend daun pegaga dibuat jus. Yana juga suka minum cuka epal yang dicampur dengan madu. Tiga benda ini dah cukup untuk Yana jaga kesihatan dalaman berbanding pengambilan suplemen lain.
“Cuma Yana ada juga cuba minum campuran air kunyit halia, manjakani yang diadun macam jamu tradisional. Dan Yana rasa benda ini bagus untuk menjaga kesihatan dalaman.
“Sebagai wanita bab menjaga kesihatan dalaman ini sangat penting. Selalunya Yana blend pegaga yang dibuat jus untuk stok seminggu,” jelasnya yang kelihatan tampil cukup berseri-seri ketika di majlis pernikahannya baru-baru ini.
Dia yang selamat diijabkabulkan dengan pasangan hatinya, Raja Syahiran pada Disember lalu di Colony Star Boulevard.
Uyaina atau nama sebenarnya Saidatul Naseha Uyaina Arshad berkata, dia bersyukur ke hadrat Ilahi apabila majlis akad nikah berjalan dengan lancar.
Pasangan selebriti ini mula berkenalan pada awal 2019 di sebuah program terbitan Astro dan Uyaina menerima rombangan merisik keluarga Syahiran pada Julai 2019.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.