Ramai yang suka guna warna putih untuk naikkan seri, tetapi cara basuh cadar langsung tak peduli. Akhirnya lama-lama nampak kuning dan kena beli baru.
Haaa… tahu tak, ada cara yang betul kalau anda nak basuh kain warna putih, semak langkah-langkah yang dikongsikan Puan Zaza Zalina ini. Tanpa clorox ya, tetap bersih elok!
Cadar putih memang nampak minimalist dan membuatkan bilik kelihatan kemas dan berseri tetapi penjagaan cadar putih agak susah kerana jika salah cara membasuhnya akan menyebabkan kekuningan.
Begitu juga dengan tuala putih, perlu cara menggunakan cara betul supaya kekal putih dan tidak kekuningan.
Cara Basuh Cadar Dan Tuala Putih Dengan Betul, Barulah Tak Kuning!
Cadar putih ni memang cantik, nampak cerah dan bersih bila dibentang atas katil. Begitu juga dengan tuala putih. Masalah bila cuci selalu ada karat kotoran dari air paip.
Ads
Kaedah jimat gunakan tuala tangan yang kecil masukkan ke dalam tempat letak sabun. Dapat juga lah mengurangkan karat terjun terus ke kain cucian. Alhamdulillah dah tak ada kotoran tu lagi.
Sesekali boleh gunakan nila untuk nampak berseri-seri gitu. Bila guna nila jangan letak pelembut kain sekali ya sebab akan menyebabkan nila bertompok-tompok tak sekata pada kain cucian.
Ads
Bancuh sedikit nila di dalam baldi dahulu sebelum dicurah masuk bercampur air yang ada dalam mesin basuh. Saya suka nila yang cair sdikit.
Hasilnya! Cantik putih berseri-seri macam baru dibeli di kedai kan?
Tak ramai yang ambil tahu cara solekan yang tepat, jadi dalam tak sedar air muka nampak tak kena dan pelik. Dan kalau silap gaya bersolek, anda akan nampak lebih berumur!
Okay, untuk nampak awet muda anda boleh semak macam mana nak mekap dengan cara yang betul.
Cara Solekan Yang Salah
Ini adalah 10 cara solekan yang salah dan boleh membuatkan wajah nampak lebih tua daripada umur. Pasti anda tidak mahu perkara ini terjadi kepada anda bukan?
Kesilapan 1: Banyak Sangat Sapu Bedak/Krim Asas ( Foundation )
Satu lapisan foundation yang terlalu tebal memang boleh menutup garis-garis halus dan kilauan pada kulit anda. Anda tidak perlu memakai foundation pada setiap inci kulit anda. Apabila membeli foundation, elakkan produk “matte”, “velvet” dan “tahan lama” tetapi carilah produk formula yang lebih ringan. Jika anda mempunyai kulit kering, lapisan foundation boleh menyerlahkan perubahan warna kulit anda tetapi boleh membuatkan wajah kelihatan bertompok.
Kesilapan 2: Pakai Concealer Tebal
Menyembunyikan lingkaran gelap bawah mata dengan concealer tebal tidak sesuai kerana ia juga akan menarik perhatian kepada garis dan lebam yang biasanya muncul di kawasan itu (kerana kulit paling nipis di bahagian itu).
Kesilapan 3: Pakai Gincu Berwarna Gelap
Memakai warna gelap membuat apa-apa permukaan kelihatan lebih kecil dan ilusi itu sesuai jika dikenakan pada warna pakaian tetapi tidak pada bibir anda. Untuk membuat melihat mulut kelihatan seksi dan menarik, pilih gincu cerah dan kenakan pengilat bibir berwarna terang seperti pic, merah jambu atau merah terang (pic, pinks, merah bertenaga) berbanding warna dalam (burgundy , merah wain, coklat). Tak salah memakai gincu gelap, tetapi biar kena pada tempatnya.
Kesilapan 4: Solekan Serbuk
Penggunakan serbuk nipis mengelakkan pantulan cahaya dan cenderung untuk membesarkan garisan pada kulit. Jika memakai bedak serbuk merupakan langkah terakhir rutin solekan anda sejak awal, ini boleh menjadi perkara sukar untuk ditinggalkan.
Ini tiga langkah yang boleh anda cuba: Pertama, beralih kepada sheer translucent powder, kemudian, mula gunakan hanya pada hidung dan dagu anda. Akhir sekali, gantikan bedak serbuk dengan blotter ( tisu serap minyak ) hanya pada T-zon (hidung, dagu, dan dahi).
Kesilapan 5: Memakai Celak Hitam
Memakai celak adalah satu cara yang baik untuk membuat mata anda kelihatan lebih besar tetapi pilih warna coklat berbanding warna hitam. Antara sebabnya adalah kita mahu menampakkan mata kelihatan lebih besar dengan cara yang lembut dan tidak terlalu kasar seperti satu garis hitam yang lurus. Jika mengenakan celak dengan adunan warna bundar, mata akan nampak lebih besar secara asli.
Kesilapan 6 : Pakai Penggaris Bibir
Pensel bibir atau penggaris bibir digunakan supaya gincu kelihatan terletak pada bibir anda dan tidak comot. Jika anda memakai penggaris bibir dengan terlalu banyak, atau dengan warna yang terlalu gelap, ini akan membuatkan bibir anda kelihatan seperti robot dan ‘ketat’ . Untuk kesan yang paling semula jadi, warna pensel bibir anda perlu sepadan dengan warna bibir anda, bukan warna gincu anda. Pilih formula berkrim yang tidak akan menonjolkan mana-mana tompok kering dan jangan lupa, anda perlu pakai secara sekata.
Kesilapan 7 : Penggaris Mata / Celak Dan Maskara
Menggunakan celak dan maskara anda boleh membuat mata anda kelihatan droopy dan menarik perhatian kepada lingkaran hitam bawah mata. Sebaliknya, gunakan pada bulu mata atas dan kenakan maskara sampai ke akar bulu mata danperlahan-lahan hingga ke hujung bulu mata untuk kesan yang paling menarik.
Kesilapan 8 : Tak Pakai Pemerah Pipi
Pemakaian ringan pemerah pipi boleh merubah penampilan wajah anda. Dan, jika digunakan dengan betul, pemerah pipi boleh memberi kesegaran dan menampakkan keremajaan wajah anda. Gunakan berus berbulu besar, dan sapukan pada pipi anda secara membulat, bukan hanya dalam satu garisan menaik.
Kesilapan 9: Gunakan Gincu Tanpa Berus
Sempadan di bahagian bibir akan melembutkan selari dengan usia, dan apabila gincu dipakai, ia akan melekat dengan mudah. Untuk mengelakkan warna yang berlebihan pada bibir, gunakan jari anda atau berus gincu supaya anda tidak mendepositkan pigmen warna dari gincu dengan terlalu banyak. Oleskan gincu di tengah-tengah bibir anda, dan ratakan keluar hingga ke hujung bibir dengan jari. Selain itu, penggunakan balsem pelembap atau pengilat bibir juga digalakkan.
Kesilapan 10: Warna Pensil Bulu Kening Terlalu Gelap
Warna bulu kening anda pudar selari dengan umur anda, jadi pensil kening yang anda gunakan pada umur 25 tahun akan nampak terlalu terang jika digunakan pada umur 50 tahun. Pilih satu warna yang lebih ringan dan terang daripada warna kening semula jadi anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain penjagaan wajah, kuku sepatutnya bahagian anggota badan yang juga perlu diberi perhatian.
Ini kerana kuku yang sihat memberi kelebihan untuk kita melakukan tugasan lain dengan lebih cepat.
Jika bahagian ini kotor, busuk dan bermasalah akan menyebabkan urusan kerja jadi terbantut. Malah keyakinan juga sedikit tergugat dek kerana masalah ini.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu tanda-tanda jangkita kulat pada kuku dan cara berkesan untuk merawatnya.
“Doktor, kuku saya ni dia tumbuh tak cantik. Kenapa eh?”
Saya pun periksa kuku dia satu persatu. Rupa-rupanya dia menghidapi onychomycosis, atau jangkitan kulat pada kuku. Tahu tak apa tanda-tanda jangkitan kulat pada kuku?
– Kuning gelap / hitam – Menggerutu dan tebal – Melengkung ke atas – Tertanggal dari isi – Rapuh dan bergerigi – Berbau busuk
Jangkitan kulat pada kuku ni berlaku atas beberapa sebab, antaranya kerana terdapat kecederaan pada kuku, masalah kebersihan, imuniti rendah, kencing manis dan lain-lain.
Macam mana nak rawat jangkitan kulat pada kuku ni? Sejujurnya, rawatannya tak sukar tapi ramai tak sanggup nak turuti saranan doktor kerana:
Ubat anti-kulat(antifungal) topikal disapu atau dititiskan pada kuku pada setiap hari, selama 4-6 bulan atau sehingga kuku baru yang bebas jangkitan tumbuh sepenuhnya. Ia perlukan disiplin tinggi.
Ubat anti-kulat oral (pil) dimakan setiap hari selama 2-4 bulan. Pil ini tak sesuai jika anda ada masalah hati. Jika anda diberi pil ini, kadangkala doktor perlu pantau fungsi hati.
Kombinasi ubat anti-kulat topikal dan oral. Gabungan dua jenis ubat ini boleh menambahkan keberkesanan rawatan, namun lazimnya masih perlukan masa berbulan-bulan.
Cabut kuku yang dijangkiti kulat dan menyapu ubat anti-kulat pada isi di bawah kuku yang dicabut tadi. Prosedur ini biasa dilakukan untuk kes jangkitan kulat pada kuku yang agak parah.
Laser atau rawatan cahaya. Ia jenis rawatan yang masih baharu dan belum tersedia di kebanyakan fasiliti kesihatan di Malaysia. Biasanya terdapat di pusat rawatan pakar kulit.
Rawatannya memakan masa yang lama dan perlukan keazaman yang tinggi. Jadi, adalah lebih elok jika kita cegah jangkitan kulat pada kuku. Macamana nak cegah masalah ini?
Jaga kebersihan: pastikan kuku sentiasa dipotong pendek dan dicuci bersih setiap kali mandi. Gunakan pengetip kuku yang bersih ketika memotong kuku.
Jaga kuku: elakkan risiko kecederaan kuku dengan memakai sarungan tangan dan kasut yang sesuai ketika melakukan aktiviti lasak.
Jaga kesihatan: penghidap kencing manis, atau apa-apa penyakit yang mengakibatkan imuniti menurun akan meningkatkan risiko jangkitan kulat.
Ada macam-macam cara untuk menjaga kecantikan wajah dan salah satunya menggunakan petua tradisional tanpa pergi membuat rawatan kulit yang mahal.
Selepas mencuci wajah, biasanya kita akan melengkapkan rutin penjagaan dengan pemakaian toner dan juga pelembap.
Untuk hasil lebih cantik seperti masyarakat Jepun, perkongsian Saadiah Saad memberitahu rahsianya menggunakan toner dari air beras.
Menurutnya toner air beras ini telah digunkan beribu tahun dulu dan inilah rahsia kulit orang Jepun sangat putih dan bersih.
Pernahkan korang cuci muka dengan air beras atau rice water.? Air beras kan SENANG dan MUDAH jumpa kat dapur.
Kalau tak pernah sebenarnya rugi bebebor kerana rice water ni boleh membersih, meratakan warna kulit dan memulihkan kulit yang rosak.
Rice water ni sudah diguna di Jepun beribu tahun yang lalu itulah buat kulit diorang tu sangat putih bersih tau.
Rice Water ni mengandungi Vitamin B1, C, E dan garam mineral yang sangadd bagus untuk memulihkan kesan jerawat, jeragat dan kesan parut. Best kan.
Ianya juga mampu menutup dan membersihkan liang roma yang tersumbat .
Rice water juga mengurangkan kesan-kesan kedutan macam anti aging la korang. YEHAAA. Okeyh la ajomms kita cekidot cara menggunakannya.
Bahan-bahan =========== 1/2 cawan beras ( beras jenama apa pun boleh tapii cadangan terbaik guna beras jasmin atau beras putih. Jangan guna beras perang. Beras perang untuk DIET)
Cara-caranya menyediakan RICE WATER ================================= 1. Basuh dulu beras, basuhan pertama untuk buang kotoran beras. 2. Lepas tu masukkan beras yang dibasuh dan masukkan air sampai beras tenggelam. 3. Biarkan selama 15 minit 4. Selepas 15 minit tuang air beras ke dalam jar atau bekas yang sesuai. Dan beras tu bolehlah dimasak seperti biasa. (Jangan la pi buang pulak)
Cara guna RICE WATER TONER ========================== 1. Jadikan Rice water sebagai pencuci muka guna sebelum atau selepas mencuci dengan pencuci biasa. Gunakan Rice Water selalu untuk dapatkan Vitamin dan mineral untuk kulit. 2. Jadikan Rice Water sebagai toner muka. Dap dap kan rice water ke kapas dan sapu seluruh muka dan leher. Boleh di gunakan di waktu pagi dan sebelum tidur. Untuk kesan yang oshemm.
Kesannya bila dah cuci muka dan guna Rice water toner ni kulit muka akan tegang sampai nyamuk nak geget pun melantun toink toink toink. Kulit semakin cerah dan bila pegang rasa lembut sangat.
Kalau nak lebih MUDAH dan SENANG guna je greenteamint scrub dan serum annona. Nak lagi cepat guna sekali dermaroller.
Okeyh gais. Selamat mencuba.
Kalau rasa Resepi Rice Water Toner ni bermanafaat dan best sila-silalah SHARE dan TAG nama member korang yang suka dengan donia kecantikan. Salam sayang dari #CikDygojes #TAK2006
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.