Tak mudah nak cerahkan kulit dengan cara yang lebih selamat dan tak bahayakan kulit wajah. Tip ini cukup selemat kerana menggunakan bahan alami yang biasanya ada di rumah.
Ini kalau anda biasakan anak-anak dara guna pun cukup bagus daripada bagi produk yang menipiskan kulit wajah yang akhirnya breakout.
Jika amalkan selama seminggu, anda akan nampak perbezaan pada kulit wajah, jom tengok macam mana saudari Shahirah Atikah buat.
Ads
Cara-caranya:
1. Sapukan buah tomato di seluruh muka.
Ads
2. Sapukan seperti bulatan di pipi.
3. Sapu juga di bahagian mata supaya masalah dark circle dan kedutan halus di mata berkurang.
4. Anda juga boleh sapu di bahagian dahi, biarkan selama 15 minit.
5. Basuhkan muka seperti basuh. Dah siap!
Selain ikan kembung, siakap atau tenggiri, ikan keli antara hidangan yang jadi kegemaran ramai.
Ikan keli juga tidak semahal harga ikan lain dan ia mudah didapati. Terdapat pelbagai khasiat ikan keli yang ramai tak tahu terutama kepada tubuh.
Sama ada dimasak secara goreng atau salai, kandungan nutrisi dalam ikan keli memang sangat baik untuk kesihatan tubuh.
Bagi setiap 100 gram ikan keli, ia mengandungi kandungan nutrisi seperti berikut:
Berdasarkan kajian yang diterbitkan pada tahun 2015, ikan keli merupakan antara jenis makanan yang mengandungi asid lemak omega-3.
Asid lemak ini terdiri daripada jenis asid eicosapentaenoic atau EPA dan juga asid docosahexaenoic atau DHA.
Jenis makanan yang tinggi dengan kandungan asid lemak omega-3 sememangnya diketahui memberikan manfaat kepada kesihatan jantung manusia.
Omega-3 berperanan menjaga lapisan arteri jantung daripada mengalami sebarang kerosakan.
Selain itu, nutrisi yang terdapat pada ikan keli juga boleh mencegah penebalan arteri akibat daripada plak yang menjadikan aliran darah lebih lancar.
Asid lemak omega-3 juga dapat menurunkan paras trigliserida dengan memperlahankan pembentukannya.
Jika paras trigliserida ini berada dalam keadaan yang tinggi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mendapat penyakit jantung.
Keradangan boleh berlaku pada mana-mana bahagian tubuh manusia termasuklah pada bahagian otak.
Jika keradangan pada otak terjadi, ia boleh meningkatkan risiko anda untuk mengalami penyakit Alzheimer.
Perlu diketahui bahawa penyakit Alzheimer boleh menjejaskan kemampuan otak manusia untuk berfikir dengan baik.
Namun, anda juga boleh mencegah risiko keradangan pada otak ini dengan memakan ikan keli.
Ini kerana, ikan keli mengandungi asid lemak omega-3 yang boleh mencegah keradangan daripada berlaku.
Penyakit anemia boleh dicegah melalui penyerapan vitamin B12 yang lebih banyak.
Anda tidak perlu risau untuk mendapatkan vitamin B12 kerana ikan keli ternyata memiliki nutrisi ini.
Apabila anda memakan ikan keli, tubuh akan menyerap vitamin B12 ini bagi membantu penghasilan DNA, memberi makan sel saraf selain menggalakkan penghasilan sel darah merah normal.
Oleh itu, ikan keli boleh membantu anda untuk mencegah masalah darah ini selain menjadi menu pilihan bagi mereka yang menghidap anemia.
Disebabkan ikan keli juga mengandungi kalium, ia boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko mengalami strok.
Kalium berperanan menjaga kesihatan otot, saraf dan juga pembuluh darah, sekali gus menurunkan risiko penyakit strok.
Sekiranya kita memakan ikan keli dan mendapat jumlah kalium yang mencukupi untuk keperluan tubuh badan, maka risiko mendapat penyakit strok juga akan semakin berkurangan.
Ikan keli juga mengandungi kandungan protein yang tinggi, dan ini memberikan kesan positif dengan menguatkan sistem imun tubuh.
Sistem imun yang kuat dapat membantu tubuh untuk melawan serangan jangkitan daripada bakteria, virus mahupun parasit yang lain.
Ini akan menjadikan kita tidak mudah untuk jatuh sakit.
Selain itu, protein juga berperanan penting dalam mempercepatkan proses penyembuhan luka.
Kisah pelakon, Uqasha Senrose menjadi tular di media sosial apabila ada segelintir individu yang menegur tentang kenaikan berat badannya. Malah ada juga yang membuat pelbagai spekulasi tentang fizikal pelakon wanita ini dan meninggalkan komen-komen negatif di Instagramnya.
Namun baru-baru ini, Uqasha mendedahkan dia sebenarnya pernah mengalami keguguran sebanyak dua kali sepanjang tiga tahun bergelar isteri kepada Kamal Adli.
Jelasnya, situasi itu berlaku semasa dia mengalami haid yang berpanjangan dan dia pula tidak tahu dirinya sedang berbadan dua.
“Dua kali saya gugur, rasa sebak pula bila cakap pasal ini. Mungkin bukan rezeki lagi. Pertama kali saya tak tahu saya mengandung semasa tunaikan umrah.”
Uqasha memberitahu dia mengalami haid berpanjangan tanpa henti namun menyangka ia adalah perubahan hormon selepas berkahwin. Dia kemudiannya didatangi haid berpanjangan sekali lagi semasa mengerjakan ibadah umrah bersama suami dan juga semasa Pilihan Raya Umum ke-15.
“Saya cakap dengan suami tentang masalah datang haid tak berhenti itu dan bimbang kalau-kalau ada masalah dalaman, saya hubungi doktor sakit puan dia suruh beli ujian kehamilan (UPT).”
Pelakon itu kemudian membuat keputusan untuk berjumpa dengan doktor sebelum dimaklumkan bahawa kandungannya yang berusia dua bulan tidak dapat diselamatkan. Dalam masa yang sama, Uqasha juga perlu melalui pembedahan bagi membuang darah yang terkumpul di bahagian ovum.
“Bila buat ujian dapat dua garisan, kami terus pergi hospital kerana bimbang mengandung luar rahim tapi bila periksa anak dalam kandungan dah tak ada. Bila dapat tahu mengandung masa itu, tertanya-tanya kenapa tak jaga tapi Kamal bagi semangat kata tak apa kita cuba lagi.”
Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, Uqasha memberitahu dia redha dengan ketentuan itu dan dia serta suami tidak merancang untuk memiliki anak buat masa ini. Tambahan pula pada ketika ini dia sedang sibuk bekerja dan menjalani penggambaran drama sebanyak 70 episod.
Sementara itu, ini nasihat daripada Dr Imelda Balchin buat anda yang mengalami keguguran.
Bila seorang wanita mengalami keguguran, jangan kata “Rahim awak tak kuat”
Kalau anda tak boleh memberi kata-kata yang menyejukkan hati wanita yang keguguran, baik DIAM. Kalau anda hanya boleh memberi kata-kata yang membimbangkan wanita yang keguguran, DIAM.
Jangan mencari kesalahan wanita yang keguguran. Jangan tuduh rahim wanita itu tidak kuat jika keguguran yang awal berlaku pada tiga bulan pertama kehamilan. Jika anda bukan doktor yang merawat wanita yang keguguran, anda DIAM.
Kalau tak boleh memberi wanita kata-kata yang memberi ‘empowerment’ ‘motivasi’ ‘semangat’, anda DIAM saja.
Untuk wanita yang telah mengalami keguguran awal, sebelum 14 minggu kehamilan. Tak payah beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Insyallah kebanyakan wanita yang hamil semula tidak ada masalah.
Dan bagi wanita yang pernah mengalami keguguran selepas 14 minggu kehamilan, anda juga tak perlu beli produk cuci rahim, produk kesuburan, produk kuat rahim. Untuk kehamilan yang berikutnya, sila jumpa pakar gynae pada 12 minggu kehamilan untuk pemeriksaan dan rawatan terbaik untuk mencegah keguguran atau kelahiran pramatang.
Kita mesti berfikiran positif dan berusaha dengan cara yang terbukti berkesan sebelum bertawakal, tetapi apa yang tidak perlu ialah kata-kata kesat yang mengguris hati wanita dan mencari kesalahan wanita yang mengalami keguguran.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi yang mengalami kenaikan berat badan dan berazam untuk kurus, faktor pemakanan sangat penting selain amalan senaman yang konsisten.
Namun ramai yang tersasar bab makan ini dan mengambil apa saja untuk diet kerana tidak tahu panduan pemakanan yang betul.
Di sini dikongsikan panduan pemakanan yang boleh diambil untuk seminggu. Jika kita ikut apa yang dicadangkan tidak mustahilnya akan kelihatan lebih cepat.
Minum Pagi
1 cawan bluberry dan yogurt buah-buahan kering (dried fruits yogurt) + 1 gelas air suam
Makan Tengahari
1 pinggan salmon panggang bersama kentang dan lemon + sos oren + 1 mangkuk kecil asparagus tumis dengan minyak zaitun + 1 gelas jus prun
Minum Petang
2-3 keping digestive biscuits + ½ biji jambu batu + 1 cawan teh madu
Makan Malam
Spaghetti bebola daging dan brokoli kukus + 1 gelas jus epal
Sarapan
Nasi ayam Hainan + 1 gelas air soya kurang gula
Minum Pagi
2-3 keping siew pau (inti daging) + 1 cawan air suam
Makan Tengahari
Nasi kukus + tofu stim bersama ikan masak halia + bok choy goreng bersama minyak zaitun + 1 gelas jus epal dan lobak merah
Minum Petang
3 keping wantan (init daging) goreng + 1 gelas air suam
Makan Malam
Nasi kukus + chicken schezuan style + tofu dengan lada benggala dan sos kacang hitam + 1 gelas jus laici dan asam boi
Minum Malam
3 sudu oatmeal + snek buahan kering (kismis, aprikot, prun) + 1 gelas susu rendah lemak
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.