Nak jaga kuantiti nasi waktu makan itu tak mudah ya sebab bila hadap dengan lauk pauk yang meriah atas meja, automatik jadi pelupa! Lupa tentang patang larang kena sedikit.
Namun bila usia semakin meningkat dan faktor berat badan makin bertambah yang membuatkan anda sukar beribadah atau mengganggu untuk melakukan aktiviti seperti orang lain, anda terpaksa juga ubah cara pemakanan.
Jadi perkara pertama yang anda kena ubah adalah, jaga kuantiti nasi yang diambil dan pilih beras yang terbaik untuk kawal gula seperti yang dikongsikan oleh Puan Maria Ulfah ini.
Beras Pun Ada Beza
Beras yang rendah Glycemic Index (GI).
Beras jenis ini boleh bantu kawalan gula yang lebih baik. Gula lambat naik berbanding beras sederhana atau tinggi GI.
Antara beras Rendah GI
•Parboiled (beras rebus) : GI-46
•Basmati : GI-50
Tetapi…
Kena tahu bahawa semua jenis beras kandungan karbohidrat atau kanji adalah lebih kurang sama.
Tiada istilah beras tiada kanji ya. Itu semua mitos belaka (boleh rujuk gambar di bawah. Ada saya selitkan nota untuk rujukan).
Jadi kawalan terbaik utk makan nasi adalah dengan menjaga kuantiti nasi. 2-3 senduk nasi sekali makan dah cukup. Walaupun beras rendah GI, kalau kuantiti nasi penuh sepinggan, masih tak jalan. Gula akan naik tinggi jug.
Persoalan seterusnya.
Adakah pesakit kencing manis tak boleh langsung ambil beras sederhana/tinggi GI?
Beras sederhana GI
•Beras Perang : 68
Beras Tinggi GI
•Beras Putih : 73
•Beras Siam : 92
Masih boleh tiada masalah. Sebab bila makan nasi high GI, makan dengan lauk ayam ikan telur, ada kuah 2-3 sudu, dan sayur melimpah. GI nasi yang tinggi tadi boleh berubah menjadi rendah atau kita panggil sebagai rendah glycemic load.
Sebab, protein, lemak dan serat dalam sayuran bantu gula lambat naik dalam darah.
Tapi nak makan nasi tinggi atau sederhana GI ni, syaratnya sama. Kuantiti nasi pun kena jaga juga. Sekali makan 2-3 senduk nasi rata sahaja.
Jadi ambil beras apa pun bagus sebenarnya. Jangan gaduh gaduh nak pilih beras.
Jaga Kuantiti Nasi Yang Diambil
Paling penting kuantiti dijaga (sebab semua beras kandungan kanjinya sama).
Cuma untuk lebih bagus, bagi yang mampu (sebab beras rendah GI biasa harganya agak mahal) boleh ambil pilihan beras yang rendah GI untuk kawalan gula yang lebih baik.
Beras Parboiled (GI : 46)
Nilai per 100g
Karbohidrat = 79.4g
Beras Basmati (GI : 50)
Nilai per 100g
Karbohidrat = 78.5g
Beras Perang (GI : 68)
Nilai per 100g
Karbohidrat = 75.8g
Beras Bijirin Penuh Campuran
Nilai per 100g
Karbohidrat = 76.1g
Beras Herba
Nilai per 100g
Karbohidrat = 39.12g
Nilai karbohidrat beras ini yang paling sedikit berbanding beras lain. Boleh jadi ini sebab kenapa beras ini mendapat recommendation daripada National Diabetes Institute (NADI).
Beras Wangi Thai
Nilai per 100g
Karbohidrat = 79.0g
Terpulang kepada anda nak pilih beras jenis mana, janji kesihatan anda terjaga dan anda mampu membelinya. Apa yang terbaik, anda sihat!