Setiap hari kita lihat korban akibat Covid-19 semakin meningkat. Dan semalam mencatat 82 kematian.
Malah setiap kematian mencatat pengalaman yang sukar untuk dilupakan buat keluarga mangsa.
Seperti perkongsian di mana pesanan seorang ibu menyuruh lelaki ini supaya menjaga adik-adiknya dengan baik sebelum dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).
Muhammad Haidir Rodzi tidak menyangka pesanan menerusi panggilan video itu adalah amanat terakhir ibu kepadanya sebagai anak sulung untuk mengambil alih tanggungjawab menjaga adik-beradik selepas ibu bapanya meninggal dunia akibat COVID-19. Masih terngiang-ngiang di telinganya saat kata-kata itu dilafazkan.
Kedua ibu bapa, Rodzi (kiri) & Nazita Idris (gambar kanan tengah) yang menjadi meninggal dunia akibat Covid-10.
Sebelum itu ayah mereka, Rodzi Tahar, 55, telah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Tampin pada 31 Mei lalu, manakala ibunya, Nazita Idris, 45, meninggal dunia enam hari kemudian di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ).
“Kami berasa sedih namun reda dengan ketentuan Allah atas pemergian ibu bapa tersayang. Perkara paling menyedihkan apabila kami sekeluarga tidak dapat mencium jenazah arwah ibu dan bapa buat kali terakhir, namun doa dan ingatan sentiasa ada buat mereka,” katanya mewakili adik beradik lain.
Muhammad Haidir bersama-sama empat adiknya, Muhammad Hairie Rodzi, 20, Nurhairieka Rodzi, 18, Muhammad Haiqiel Rodzi, 13 dan Muhammad Khierzamani Rodzi berusia tujuh tahun kini menetap di rumah peninggalan arwah bapa mereka di Bandar Sunggala, Port Dickson.
Ads
Bercerita mengenai perkara itu, Muhammad Haidir berkata bapanya mengalami demam biasa pada 26 Mei lalu dan mengambil keputusan untuk menjalani ujian saringan di Hospital Port Dickson pada 29 Mei sebelum disahkan positif pada keesokan harinya dan dihantar ke Hospital Tampin.
Namun, tanpa diduga, keluarga mereka menerima perkhabaran duka apabila doktor mengesahkan bapanya meninggal dunia pada jam 4.30 pagi keesokan harinya.
Lima beradik yang kehilangan kedua ibu bapa disebabkan virus merbahaya ini.
“Perkara paling menyedihkan apabila arwah bapa tidak sempat meninggalkan pesanan buat kami selepas dimasukkan ke hospital.
“Bapa saya mempunyai sejarah penyakit darah tinggi, kencing manis dan sakit buah pinggang, manakala ibu pula mempunyai penyakit darah tinggi. Jadi mereka golongan berisiko.
Ads
“Kami tidak tahu punca jangkitan dapat dari mana dan tidak tahu kontak rapat daripada siapa?”, katanya lagi.
Muhammad Haidir berkata, arwah ibunya melakukan ujian calitan pada 30 Mei selepas mengalami simptom seperti demam dan batuk serta disahkan positif COVID-19, pada keesokan harinya.
Katanya, mereka adik-beradik juga didapati positif COVID-19 dan menjalani kuarantin di rumah, bagaimanapun tidak mengalami simptom yang teruk dan kini sudah sembuh daripada jangkitan itu.
Menjadikan kisah keluarganya sebagai contoh, Muhammad Haidir mengingatkan orang ramai supaya sentiasa mematuhi arahan ditetapkan kerajaan dan tidak memandang remeh terhadap penularan wabak COVID-19 yang boleh meragut nyawa insan tersayang.
Telur merupakan sumber protein yang tinggi khasiat dan menjadi hidangan paling pantas disediakan bersahur.
Malah telur juga mengandungi protein lengkap dan menu terbaik untuk bersahur. Kira-kira 97 peratus daripadanya boleh diserap oleh badan.
Ia juga mengandungi kolin yang membantu metabolism dan pusat sistem saraf berfungsi.
Namun untuk makan telur begitu saja pasti tidak berselera. Apa kata anda sediakan resipi sahur kilat dengan menyediakan telur dadar gebu berkeju yang hanya mengambil masa 10 minit disediakan.
Bahan-bahan
3 biji telur Gred A
1 sudu kecil garam
1/2 sudu kecil lada sulah
1/2 sudu besar mentega
1 sudu besar susu segar
1/2 biji bawang besar yang dihiris
2 cendawan butang yang dihiris
1 keping roti Gardenia Original Classic dipotong dadu
1 tangkai daun sup, dihiris
1/4 cawan keju ceddar
1/4 kawan keju mozzarella (pilihan)
Cara penyediaan
1. Pukul telur bersama susu segar, garam dan lada sulah
2. Panaskan kuali dan cairkan mentega di atas api sederhana kecil
3. Kemudian tumiskan hirisan bawang dan cendawan sehingga layu
4. Masukkan roti Gardenia Original Classic yang dipotong dadu ke dalam bancuhan telur dan gaul seketika
5. Tuangkan bancuhan telur ke dalam bahan tumisan. Kacau seketika dan biarkan telur dadar masak sepenuhnya
6. Taburkan dengan daun sup dan parutan keju ceddar
7. Lipatkan telur dadar gebu berkeju dan terus hidangkan
8. Untuk mendapatkan hidangan yang seimbang, Telur Dadar Gebu Berkeju boleh dinikmati bersama ulam-ulaman dan disertakan dengan taburan roti rangup
Tips masakan
Pukul telur sehingga berbuih untuk mendapatkan telur dadar yang gebu.
Senangkan sangat untuk menyediakannya waktu bersahur. Dan hidangan ini juga boleh mengenyangkan dan membuat kita bertahan sehingga waktu berbuka nanti.
Bagi anda yang tengah alami muka breakout disebabkan salah pakai produk, boleh cuba tenangkan kulit wajah dengan cara ini.
Tips yang dikogsi Puan Mamaa Sal ini memang sesuai untuk anda yang tersalah guna produk lambakan dipasaran sekarang.
Jadi untuk merawat dan bagi muka rileks semula, detox dulu cara ni. Ini petua mudah dan in shaa Allah anda boleh pulihkan semula kulit anda tu.
Cara Sembuhkan Muka Breakout Guna Dua Bahan
Bahan-bahan:
Sebiji tomato ( dah masak ranum)
1 sudu besar lemon
Cara buatnya:
1. Basuh bersih, potong 4 tomato dan lenyekkan je guna tangan tomato tu dah lembut bagi hancur semua ye. Tak perlu kisar pun tau. Bagi texture dia kasar macam dalam gambar.
2. Perahkan sesudu besar buah lemon.
3. Campur kedua dua bahan tersebut. Lepas itu kacau kedua-dua bahan tu sebati elok.
4. Cuci muka dengan air suam dulu, bagi liang pori terbuka. Dan boleh lah letak bahan ni pada muka.
5. Biarkan dalam 15 ke 20 minit. Baru bilas dengan air bersih.
Kebaikan lain bila buat masker ni kan, adalah seperti berikut:
1. Merawat kulit dari parut jerawat
2. Merawat dari kesan kusam
3. Tegangkan dan anjalkan kulit muka
4. Merawat masalah jeragat
5. Membantu mengecutkan jerawat
6. Menjadikan tona kulit jadi sekata
Buah lemon ni ada Vitamin C dan antioksidan, jadi baik sangat untuk glowingkan muka kita tau.
Amalkan tips kecantikan dan merawat muka dari breakout ni 3kali dalam seminggu ya.
Inshaa Allah kulit muka korang akan beransur baik dan berseri semula.
Sebarkan kebaikan tips ini pada kawan-kawan anda yang ada masalah muka breakout. Siapa tahu cara ini bermanfaat pada anda. Lagi best tak perlu keluar modal yang besar.
Jom cantik berjemaah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Seperti yang kita maklum, tahun ini sekali lagi akan merayakan sambutan Aidilfitri di rumah sahaja.
Ini adalah bagi mengekang penularan kes jangkitan Covid-19 yang semakin tinggi.
Walaupun hanya beraya di rumah bersama ahli keluarga tetapi tidak membataskan kita bersiap secantik mungkin untuk beraya bersama ahli keluarga masing-masing.
Apa yang penting mood raya tetap onzz dengan tampil cantik di pagi raya. Tidak susah untuk tampil cantik, hanya perlu seminit dua wajah polos akan terampil menawan dengan solekan ringkas
Untuk yang gemar bergaya ringkas, boleh ikut tutorial mekap oleh penyanyi remaja Iman Troye atau Iman Alyysa Sahabudin.