Ada orang kata, muka bulat itu tandanya berat dah naik. Eh, memang golongan perempuan cukup risau terlebih makan, takut tetiba muka dan badan jadi bulat semacam!
Muka Bulat, Berat Naik. Fakta Atau Mitos?
Bagi wanita perubahan bentuk muka menandakan bahawa berat badannya telah bertambah dan harus mengubah diet pemakanan bagi menurunkan semula berat badan.
Tapi adakah konsep pemikiran sebegini berlandaskan fakta atau mitos semata-mata? Jom kita semak sama ada benar atau tidak muka bulat, menandakan berat badan telah bertambah.
Muka jadi bulat sebab berat badan dah bertambah?
Fakta – Dipetik daripada Fatherly, muka bulat berlemak dipengaruhi faktor kenaikan berat badan secara keseluruhannya.
Ads
Ini kerana amalan gaya pemakanan yang gemar mengambil makanan dan minuman beralkohol, manis, masin, kurang tidur, atau terlalu kerap tertekan boleh mempengaruhi kenaikkan berat badan diri lalu memberi kesan yang sama pada muka.
Apabila berat badan naik, wanita akan dapat lihat sendiri perbezaan saiz tubuh berbeza dari yang normal dan muka pula secara keseluruhannya menjadi chubby dan penuh.
Ads
Pipi tembam akibat terlebih makan dan badan naik?
Fakta – Dipetik daripada Today, ada juga wanita yang mempunyai muka dan pipi yang tembam malah bentuk mereka juga badan tak banyak berubah, tapi yang peliknya apabila timbang berat badan telah bertambah jadi di mana silapnya?
Ads
Hal ini berlaku kerana dipengaruhi amalan pemakanan yang tidak sihat seperti gemar makan makanan tinggi kandungan garam dengan kerap, kurang minum air masak, kurang bersenam, kerap makan makanan ringan, kurang kalsium dan kerap minum minuman beralkohol serta merokok.
Ada sesetangah wanita mengalami penambahan berat badan tanpa mempengaruhi bentuk badan mereka, cuma boleh dikesan menerusi perubahan muka bulat dan pipi tembam.
Muka chubby kerana terlebih berat?
Fakta – Tubuh dan wajah merupakan kayu ukur indeks jisim badan (BMI) dan berat badan diri, justeru itu jika wajah yang pada awalnya runcing tiba-tiba menjadi chubby dan pipi kelihatan penuh berlemak. Maka boleh jadi badan mengalami berat badan berlebihan dari biasa.
Haaa… sekarang anda yang macam mana? Muka bulat semula jadi atau sebab berat sudah naik?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Menjaga kecantikan kulit wajah menjadi keutamaan bagi mengelak berlakunya masalah jerawat yang boleh mengakibatkan breakout.
Perlu tahu cara penjagaan yang sesuai dengan memilih produk bersesuaian dengan kulit wajah.
Paling penting mengetahui cara menjaga wajah yang basic iaitu proses membersih, menyegar dan melembapkan.
Perkongsian di laman twitter pemilik akaun @rjsarahhhh memberitahu cara untuk menjaga wajah dan mendapat kulit halus dan flawless seperti glass skin hanya guna bahan dapur.
Ketahui toner hacks sebelum anda pergi lebih jauh soal kulit cantik dan bersih untuk keluar tanpa mekap tebal.
Agak ramai yang pakai toner tetapi tidak pernah tahu apa kelebihan dan macam nak guna dengan cara yang betul-betul memberikan kesan pada kulit wajah.
Okay, jom belajar sedikit ilmu cantik daripada saudari Norhidayah, banyak sangat kebaikan toner mask hack. Antaranya ialah lembapkan kulit dan mampu cerahkan kulit wajah yang kusam.
Anda boleh apat lihat kesannya dalam 1 atau 2 minggu selepas menggunakannya.
Basahkan cotton pad dengan toner.
Tekan2 cotton pad sampai basah.
Letakkan di bahagian pipi dahi dagu dan hidung!
Tunggu selama 5 minit.
Selepas 5 minit kita dap dap muka kita supaya lebih serap.
Sapukan cotton pad tarik ke atas.
Nanti nampak kotoran yang melekat pada kapas muka yang diguna.
Sebelum wajah penuh dengan liang pori terbuka. Selepas itu nampak liang pori semakin kecil dan kulit lebih sihat dan cerah.
Nanti cuba secara konsisten amalkan pakai toner, nanti nampak perubahan ketara pada kulit anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak mudah sebenarnya untuk seseorang itu mengubah bentuk fizikal dari sebelumnya kepada saiz yang lebih ideal.
Tanpa usaha dan semangat yang kuat, pasti angañan mendapat tubuh badan ideal hanya sia-sia.
Semalam tular kisah di mana salah seorang menteri yang mana penampilan jadi lebih baik dari sebelumnya. Ramai tertanya-tanya bagaimana beliau boleh mengubah penampilan menjadi sangat cantik dan bertubuh langsing.
Tertarik mengupas isu ini, Dzuriasikim Dzulkifli yang juga pengasas produk K’ Hermosa Skincare & Puteri Saadong ini turut berkongsi pengalamannya pernah mengalami situasi berkenaan.
Menerusi akaun Facebook, wanita yang berusia 51 tahun ini juga akui setiap perempuan sememangnya menyimpan hasrat untuk memilik tubuh yang kurus dan menawan.
Menurutnya jika kita mahukan sesuatu, kita boleh lakukannya dengan syarat ada kesunguhan, disiplin, komitmen dan doa.
Bukan mudah terpaksa korbankan diri sendiri sepert dirinya yang keluar pagi untuk bersenam, perlu tahan nafsu makan serta elak emosi tidak menentu agar tidak terus makan dan makan setiap kali ada masalah.
Dia juga mengingatkan apa yang buat bukan untuk mendapat pujian, sebaliknya perlu ikhlas dan hasilnya jadi akan membanggakan diri kita sendiri.
Ikuti perkongsian ibu kepada 5 orang anak ini yang sangat berinspirasi dan boleh kita jadikan panduan.
“Bariatric surgery…RM30K…ada duit semua boleh jadi…”.“Owh hidung pun dah mancung.Made in China tu…”.
“Begitu komen netizen….
“Sebenarnya, bila kita makin kurus…Sudah tentulah bentuk wajah berubah dan hidung jadi lebih mancung.
“Penampilan terkini Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun menjadi topik hangat hari ini.
“Banyak juga kata-kata tidak baik dan cemuhan dari netizen yang dilemparkan dengan pelbagai tuduhan.
“Bagi saya, memang teruja habis! Saya adalah manusia yang suka memandang sudut positif untuk setiap perkara. Menjadi langsing dan sihat adalah salah satu impian yang tak pernah padam untuk semua wanita!
“Jika kita benar-benar mahu, kita pasti boleh. Tetapi semua perkara perlu dilakukan dengan kesungguhan, keikhlasan, disiplin, dedikasi, komitmen, doa dan apa sahaja. Tidak mudah tetapi boleh.
“Hendak keluar bersenam awal pagi pun bukan mudah. Melainkan jika benar-benar mahu. Orang lain sedang enak tidur, kita terus turun dari rumah selepas Subuh.
“Jika kita seorang ibu pula, perlu masak makanan yang sedap-sedap untuk keluarga dan kita sendiri hanya makan pada kadar yang perlu sahaja.
“Tidak boleh makan lewat malam. Tidak boleh ambil gula berlebihan. Tidak boleh makan makanan berminyak. Harus rajin bersenam. Tidak minum air manis. Banyak perkara. Tidak ada shortcut jika hendak berjaya baik dari segi menjaga kulit wajah, kesihatan badan dan berat badan. Kita adalah apa yang kita makan dan amalkan.
“Jika kita lihat kejayaan orang seperti penampilan menteri wanita itu, kemudian kita ketawakan dengan tulisan yang tidak baik. Dapat pula sokongan orang yang sependapat dengan kita (dengan cemuhan yang tidak baik juga)… Itu menjadikan kita secara tidak sengaja membentuk “tribes” yang mempunyai minda negatif. Saling menyokong, tetapi merugikan.
“Saya selalu mengajak wanita untuk sayangi diri. Sayangi diri itu adalah dengan menghargai diri dengan menjaga apa sahaja anugerah Tuhan kepada kita dengan sebaik mungkin.
“Jangan kerana kecewa atau frust kita duduk di hadapan TV dan makan sebanyak mungkin. Jangan kerana putus cinta atau kegagalan dalam rumahtangga kita menangis berbulan hingga tak buat kerja. Nangis sekejap sahaja… Itu biasa. Jangan kerana rasa tidak dihargai kita hendak merosakkan diri supaya orang jadi simpati.
“Kutip balik hati yang berkecai tu…”. Be the best that you can be… The best version of you. Jika dulu berisi, jaga pemakanan dan turunkan berat badan. Bukan untuk cantik, tapi untuk kesihatan. Jika dulu tidak sempat melanjutkan pelajaran, sekarang sambung study. Jika dulu tidak reti menjaga diri, sekarang jadi seorang yang lebih menghargai diri. Kita kena hargai diri kita dahulu, barulah nanti orang akan menghargai kita.
“Lagi satu, buat semuanya untuk diri… Buat bukan kerana kita mahukan pujian dari orang atau kerana hendak bersaing dengan orang. Atau kerana mahu membalas dendam kepada orang yang kecewakan kita. Buat apapun biarlah ikhlas. Barulah kita tidak lelah.
“Nah, saya guna gambar saya sendiri. Ketika berisi dulu. Ketika saya terlupa dengan istilah sayangi diri dan lebih menyayangi orang lain. Apa-apa, saya utamakan orang lain, jaga hati orang sehingga tidak jaga hati sendiri. Meninggalkan kerjaya demi untuk membahagiakan orang lain…
“Gambar baru adalah gambar saya terkini. Saya berasa lebih ceria dan sihat juga lebih berkeyakinan. Kita usaha berserta doa. InsyaAllah dengan izin Tuhan. Sayangi diri.