Rupanya lemon hilangkan bau masak dalam rumah, ini cukup bagus kalau dapur anda tak ada penyedut asap. Jika dibiar, habis langsir dan sofa bau asap masakan.
Namun bukan menggunakan lemon semata-mata, ada lagi tiga bahan dapur yang anda boleh guna untuk hapuskan bau masakan ini dengan serta merta. Mudah sahaja, buat macam cara yang dikongsikan di bawah.
Lemon Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah
Apa yang anda boleh lakukan adalah, selepas memasak tumis-tumis apa semua, pasti rumah akan berbau. Untuk hilangkan bau asap memasak, anda boleh rebus beberapa bahan ini.
Ads
Bahan-bahan yang diperlukan adalah:
-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis
Ads
Cara-caranya:
1.Rebus dalam 10-15 minit ikut keadaan. Buka api kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.
Ads
2. Kemudian, air rebusan tapis dan masukkan dalam botol spray. Anda dah boleh spray satu rumah setiap kali selesai masak.
Haa.. selepas ini tak adalah perabot dan langsir kelat bau asap memasak. Buat sahaja spray lemon ini, tetamu masuk rumah pun akan selesa. Nanti cuba, ya!
Kredit: Sharifah Nursakinah
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Diet biasa tak menjadi, akhirnya Melly Geoslew pilih buat Bariatrik. Dah berusia mahu jadi lebih sihat. Bagi mereka yang mempunyai masalah berat badan berlebihan dan masih gagal untuk berdiet, tegar memilih untuk melakukan prosedur Bariatrik.
Salah seorang selebriti yang mengakui turut melakukan proses ini adalah penyanyi dari seberang Melly Goeslow.
Penyanyi dan komposer terkenal ini memilih untuk melakukan prosedur ini bagi mengatasi masalah obesiti yang dialaminya.
Menurut Melly, 48, dia sebelum ini pernah berusaha menurunkan berat badan namun beberapa amalan dietnya itu masih belum mengurangkan berat badan yang ideal.
Dia hanya berjaya menurunkan berat sebanyak 25kg dan masih mempunyai sekitar 35kg untuk diturunkan. Ini kerana berat badannya masih berada dalam kategori obesiti atau berlebihan.
“Walau saya berhasil turunkan berat badan sebanyak 25 kilogram, tetapi masih obesiti. Berat badan saya kekal begitu,” katanya yang mengambil keputusan untuk melakukan prosedur bariatrik untuk turunkan berat badannya itu.
Menurut Melly juga selepas 2 bulan melakukan Bariatrik, dirinya semakin sihat dan menyenangkan serta boleh memakai saiz baju diingini.
Dalam satu posting Public Health Malaysia memberitahu pembedahan ini bukan sebagai pembedahan kosmetik, tetapi fungsi utamanya bukan sekadar tampak kurus tetapi lebih kepada pemulihan kesihatan kerana obesiti dan mempunyai pelbagai penyakit kronik.
Ada banyak kelebihan kulit sawo matang, jadi kenapa nak taksub berkulit putih sampai sanggup pakai produk kilo yang akhirnya rosakkan kulit disebabkan mempunyai bahan kimia yang tinggi?
Ini terbukti apabila ada pelbagai lambakan produk pemutih yang ada di antaranya tidak mempunyai kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) dan dijual secara terbuka.
Ramai sangat lah yang terpedaya dengan iklan promosi produk pemutih tanpa memperdulikan kesan jangka panjang pada kulit dan kesihatan, namun ramai tidak tahu sebenarnya memiliki kulit sawo matang banyak kelebihan dan anda sepatutnya berasa bangga dengan diri sendiri.
Kandungan pigmen melanin yang tinggi pada orang berkulit sawo matang memberikan perlindungan lebih baik daripada sinar UV. Ini akan menyerap sinar berbahaya selain jaringan sel terhindar daripada risiko kanser kulit.
Tetapi bukanlah bermaksud orang kulit sawo matang tak perlu pakai sunscreen ya! Krim pelindung wajah tetap kena sapu kalau anda nak kulit cantik dan sihat.
Ini paling best, orang berkulit sawo matang memiliki kulit lebih awet muda sebab perlindungan melanin dapat menjaga kulit dari rosak termasuk kemunculan bintik hitam atau tekstur kulit kasar serta mampu menutup tanda-tanda penuaan.
3. Kuatkan tulang
Orang berkulit sawo matang mempunyai vitamin D3 lebih banyak dan dengan bantuan sinar UV, ini dapat menbentuk kalsium dalam badan. Untuk tempoh jangka panjang, dapat mengurangkan risiko osteoporosis!
Pandangan bahawa kulit cerah lebih menarik adalah sangat subjektif dan sepatutnya kita berbangga dengan apa juga jenis kulit yang dikurniakan Allah kerana setiap satunya mempunyai ciri-ciri dan keunikan tersendiri!
4. Cantik dan manis
Contoh figura yang berkulit hitam manis bagi wanita ialah Dayang Nurfaizah, Haneesya Hanee dan Nabila Huda. Walaupun berkulit gelap, mereka mempunyai ramai peminat yang mengagumi kecantikan dan bakat masing-masing.
Orang kata, hitam manis tak jemu mata memandang. Begitulah gambaran bagi wanita berkulit sawo matang. Ada suatu tarikan pada mereka yang membuatkan mata tak jemu memandang. Manis!
Mungkin ada yang rasa tak pandai naik main alat solek bila berkulit gelap, jadi ini antara tip yang anda boleh amalkan sebelum bersolek.
Hah, buat apa gigih memakai produk putih sedangkan berkulit sawo matang dan gelap tampak manis!
Salah seorang artis wanita yang menjadi inspirasi, Diana Amir tampil berniqab dan mahu tinggalkan dunia seni untuk mendapatkan keredaan Allah.
Mengambil keputusan berhijab membuatkan Diana memahami bahawa kematian sangat hampir dengan dirinya, apatah lagi mengenakan niqab adalah satu perkara yang tidak terlintas di kotak fikiran selama ini.
Menurut Diana, dia tidak berniat untuk membuat penampilan di kaca TV, malah nekad ucapkan selamat tinggal dunia seni. Jelasnya dia mahu lebih fokus dengan dirinya sahaja.
“Saya nak berhenti daripada muncul di khalayak ramai. Saya nak fokus pada diri saya, nak fokus pada betul-betul ikhlaskan diri saya mencari agama kerana Allah.
“Saya rasa ini satu fasa untuk saya, untuk diri saya nak dekatkan diri pada Allah SWT. Jadi saya cuma mengharapkan semua orang doakanlah. Maksudnya, saya mahu berada dalam kalangan muslimat sahaja.
“Bagaimanapun yang pentingnya saya tidak melanggar syarak dan yang paling penting sekali hati saya melakukan apa-apa sahaja bukan hanya berniqab tapi ibadah yang lain ikhlas lillahi ta’ala dan semoga mendapat rahmat Allah,” ujar Diana.
Mati itu pasti, saat itu yang menjadi rahsia agar kita sentiasa bersedia menghadap Ilahi. Menginsafi bahawa masa muda akan meninggalkan kita, selebriti ini akui kita juga akan dijemput bila-bila masa sahaja.
“Agaknya sebelum ini saya fikir hidup lama lagi. Saya fikir kematian itu lama lagi. Saya muda lagi. Yang penting saya buat baik. Namun sebenarnya mati itu yang paling dekat dengan kita.
“Bila saya faham hakikat yang kita ini akan mati juga satu hari nanti dan betapa sayangnya Rasulullah SAW pada kita semua, sebab itulah hati saya yang rasa amat memberontak dahulu boleh berubah sekelip mata.
“Saya terus rasa nak pakai tudung, tak nak buka lagi. Saya terus nak baiki diri,” tegasnya.
Ditanya mengenai perjalanan untuk istiqamah, Diana menjelaskan bahawa kita haruslah mencari hikmah dalam setiap tindakan yang dilakukan agar segalanya terasa dipermudahkan olehNya.
“Perjalanan untuk istiqamah itu saya rasa paling penting untuk semua orang adalah dia. Kalau niat dia kerana Allah, insyaAllah pastinya kita berjalan kepada Allah, Allah akan ‘berlari’ nak membantu kita. Nak dekatkan diri kita kepada Allah SWT.
“Jadi, saya rasa kita sebagai hamba Allah yang banyak kekurangan ini haruslah bersangka baik dengan Allah. Jadi apa saja yang kita buat, kita kena cari apa kebaikan di sebaliknya.
“Kalau kita dapat yang buruk-buruk, kita akan rasa susah. Kita akan rasa banyak cabarannya. Tapi kalau kita nak istiqamah, cari apa hikmahnya yang kita akan dapat. Itu akan mudahkannya. InsyaAllah,” kata Diana.