Tak mudah nak turun kilo tanpa mengambil sebarang produk, apatah lagi kalau anda jenis yang suka makan macam-macam.
Nak-nak bulan Ramadan, pasti juadah pemanis mulut sangat menggoda. Semua akan nampak sedap dan ‘seksi’.
Namun kalau anda selongkar perkongsian daripada Nur Izzani, pasti anda juga akan rasa mahu nekad turunkan berat sebelum raya.
Apa yang menarik, dia dapat hapuskan banyak kilo selepas menjaga gaya pemakanannya. Haaa… nak tahu macam mana, jemput baca ya.
Turun Berat Tanpa Ambil Produk, Ini Cara Paling Berkesan!
Slowly but surely and consistent is the key. Diet jaga makan sahaja buat suku-suku separuh. Tak bersenam sebab malas. Nasib baik nak kurus tak perlu bersenam tapi kalau nak fit, lebih baik anda bersenam juga ya.
Mula diet bulan 7 tahun lepas. Diet sebab nak sihat. Gemuk tu tak sihat undang banyak penyakit. Gemuk buat badan cepat penat and berjalan pun semput. Gemuk susah nak cari baju cantik-cantik dan gemuk nampak tua!
Bulan pertama cut gula dan air manis dulu. And surprisingly berat banyak turun. Elakkan makan berkuah banjir.
Makan real food sahaja no fast food. Tetapkan cheatday seminggu sekali untuk makan fast food atau kek yang manis-manis tu. Pernah dalam fasa berat statik tak turun-turun.
Itu maknanya kena ubah lagi cara pemakanan. Sebab badan dah boleh terima cara pemakanan kita. Selebihnya sabar dan konsisten . Pernah je diet kelaut. Tapi cepat-cepat start over. Sebab yang gemuk tu bila kita makan banyak hari-hari.
Okay, jangan putus asa ya! Pastikan anda dapat berat idaman yang anda mahu dan ambil peluang Ramadan ini untuk amalkan gaya pemakanan sihat sampai bila-bila.
Semoga berjaya capai impian nak kurus!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selain barah payudara, kanser ovari juga antara musuh kaum wanita yang paling merbahaya.
Namun begitu, jika seseorang itu didiagnosis lebih awal, kita boleh membuat pencegahan kerana kadar survival (masa hayat) boleh menjadi sehingga 95% saja.
Kenali dulu simtpon awal pembunuh senyap ini daripada menjadi serius dan merebak terus ke peringkat selanjutnya.
Rasa penuh dengan cepat selepas makan, walaupun makan hidangan kecil
Berat badan menurun atau menaik
Sakit belakang
Perubahan dalam tabiat usus, seperti sembelit atau cirit-birit
Kerap membuang air kecil
Perdarahan faraj yang tidak dapat dijelaskan
Keletihan melampau, mudah letih
Walau bagaimanapun, jika anda mengalami simptom-simptom di atas, ia tidak bermakna bahawa anda sudah pasti mempunyai kanser ovari. Perlu segera membuat temu janji dengan doktor anda untuk pemeriksaan.
Doktor menggred tumor mengikut seberapa cepat mereka menjangka ia berkembang. Kanser yang kelihatan sama dengan tisu normal akan tumbuh dengan perlahan dan ditandakan gred rendah.
Kanser bergred tinggi berbeza dengan tisu normal dan merebak dengan cepat. Tumor ovari dibahagikan kepada 4 gred:
Gred 0: Gred 0 tumor adalah yang paling sedikit agresifnya dan kelihatan seperti sel-sel tisu normal. Ia tidak mungkin merebak dan mudah sembuh
Gred 1: Tumor jenis ini kelihatan sangat mirip dengan sel normal. Ia cenderung berkembang perlahan-lahan
Gred 2: Tumor Gred 2 tidak kelihatan seperti tisu biasa. Ia berkembang dengan cepat
Gred 3: Tumor Gred 3 sangat berbeza dengan tisu normal. Ia berkembang dengan cepat dan dengan cara yang tidak teratur. Ia adalah jenis kanser yang paling agresif
Rawatan Kanser Ovari
Rawatan kanser ovari umumnya memerlukan pembedahan membuang ketumbuhan kanser ovari serta ovari yang sebelah lagi, rahim dan lapisan lemak dalam perut (omenta). Lain-lain organ yang di jangkiti kanser seperti usus akan di bedah jika perlu. Ini diikuti pula dengan rawatan kemoterapi.
Sebaik sahaja diagnosis kanser ovari dibuat, pesakit hendaklah dioptimakan bagi menjalani pembedahan secepat mungkin. Pembedahan adalah langkah yang pertama dan paling penting untuk memastikan (confirm) diagnosis, mengetahui tahap penyakit (staging) serta membuang sebanyak mungkin ketumbuhan yang nampak dengan nyata.
Di akhir pembedahan diharapkan sebanyak mungkin tisu-tisu kanser dapat dibuang dan tidak lebih daripada 1 cm sahaja tisu yang tertinggal.
Langkah-langkah rawatan susulan (follow-up) serta rawatan lanjutan seperti kemoterapi atau radioterapi hendaklah diatur dengan cepat. Sekiranya rawatan kemoterapi diberi dengan lewat ada kemungkinan sel-sel kanser boleh tumbuh kembali.
Jika dikesan awal, peluang untuk sembuh amatlah tinggi. Jadi sekiranya ada tanda-tanda di atas, terus sahaja berjumpa doktor untuk pemeriksaan.
Sebenarnya banyak alasan digunakan seseorang untuk memulakan aktiviti senaman. Antaranya tidak ada masa, letih dan tiada seseorang yang menemani tatkala bersukan.
Namun itu bukan alasan sebagai penghalang untuk memulakan aktiviti senaman yang boleh membantu kesihatan tubuh badan.
Antara pelbagai cara yang boleh anda lakukan untuk memupuk minat dalam bersenam termasuklah;
1. Mencari Teman Bersenam
Mungkin jika anda melakukan senaman berseorangan, anda akan mudah berasa bosan. Oleh itu, cuba mencari teman bersenam sama ada kawan atau ahli keluarga untuk bersama anda.
Jika anda tidak mempunyai seorang pun rakan atau ahli keluarga yang suka bersenam, apa kata anda cari teman di tempat anda pergi seperti taman rekreasi, pusat gim dan sebagainya agar masa akan datang anda boleh lakukan secara bersama-sama.
Kredit: Pexel.com
2. Mainkan Muzik Digemari
Ketika anda ingin melakukan senaman tidak kira dimana pun anda berada. Cuba mainkan muzik yang bersesuaian agar anda akan berasa lebih yakin dan semangat untuk melakukannya.
Ada kajian mendapati bahawa pemilihan lagu yang tepat dapat meningkatkan pengaruh positif, menghasilkan mood yang baik dan menguatkan kecekapan pergerakan.
3. Pilih Aktiviti Menarik & Disukai
Bila sebut sahaja senaman ramai yang membayangkan anda perlu ke berlari atau memiliki peralatan profesional. Anda perlu tahu bahawa banyak aktiviti yang boleh dilakukan mengikut minat dan kebolehan anda sendiri.
Paling penting adalah anda perlu tahu bagaimana untuk membuatnya menjadi sesuatu yang menarik.
4. Jadikan Sebagai Permainan
Ternyata, kebanyakkan mereka di luar sana melakukan aktiviti senaman ini adalah kerana mereka ingin mencapai sesuatu yang diingini.
Contohnya seperti meningkatkan kadar pembekalan oksigen ke jantung, menghasilkan emosi stabil, mengharapkan bentuk badan yang diidamkan dan banyak lagi.
Oleh itu, anda disarankan menjadikannya sebagai aktiviti permainan agar seronok melakukannya dengan konsisten.
5. Beri Ganjaran Pada Diri
Dan akhir sekali, setkan minda anda dengan apa-apa ganjaran disukai sekiranya matlamat anda dapat dicapai. Jika tujuan anda bersenam untuk menurunkan berat badan tercapai hadiahkan sesuatu untuk diri anda sebagai tanda penghargaan. Secara tidak langsung ia akan memberikan inspirasi dalam diri anda sendiri.