Baru-baru ini media sosial dibanjiri dengan cerita Khairul Aming yang berkait dengan isu minyak banyak dalam masakan selepas ditegur seorang pakar kesihatan yang menganggap kurang sihat dan berisiko kepada orang ramai menerusi ciapannya di Twitter.
Namun, tidak cepat melatah malah pempengaruh media sosial Khairul Aming dilihat membalas kritikan tersebut dengan penuh ilmu dan menjaga hati semua pihak.
Makan Boleh Tapi Kena Kawal Portion
Menerusi video yang dimuatnaik di Instagram, Khairul Aming tampil memberi penjelasan sebagai seorang individu yang pernah mengalami obes dan food content creator. Selain itu, Khairul Aming juga sempat berkongsi perjalanannya untuk menurunkan berat badan.
“Saya terima semua maklum balas dengan hati yang terbuka. Saya sememangnya setuju kesihatan adalah no.1. Berat saya 4 bulan lepas adalah sebanyak 113 kg dengan tinggi 184 cm. Jadi BMI saya sangatlah tinggi, kategori obese. Dan kini berat saya 100 kg, maknanya saya dah hilang sebanyak 13 kg.
Ads
Makanan kita sedap, rugi tak makan sebenarnya. Cuma kita kena kawal portion,” kata Khairul Aming
Komen Azrinaz Mazhar Hakim Curi Perhatian
Penjelasan Khairul Aming di media sosial turut dihujani dengan komen netizen yang memuji penjelasannya yang sangat jelas dan tenang terhadap kritikan yang dilemparkan padanya.
Malah komen dari bekas personaliti televisyen yang juga bekas isteri Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah, Azrinaz Mazhar Hakim, memberi respon terhadap kenyataan pempengaruh media sosial itu.
Ads
“Makanan melayu ni kalau nak sedap mana boleh control kurang minyak, garam, gula. Itu dah tak ori. Kalau nak jaga badan, pergi workout dulu. Kalau setakat nak komen je tapi exercise pun tak, macam mana nak sihat.
Ya jaga portion juga penting. But if you keep eating clean, you’ll end up in depression because not enjoying our delicious food.” Komen Azrinaz Mazhar Hakim
Haa.. bagus ya Khairul Aming menjawab tentang isu minyak banyak dalam masakan ini. Jadi, kepada anda yang nak diet, apa yang penting adalah JAGA PORTION. Tidaklah stress sangat nak diet!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Semakin ramai artis buat pembedahan bariatrik, terbaru personaliti TV3, Anim Ezati mengakui bahawa dirinya juga salah seorang yang mengambil jalan itu untuk kurangkan berat.
Bekas pramugari Air Asia itu berkongsi, dia membuat pembedahan bariatrik untuk tujuan kesihatan sekitar tahun 2022 selepas mendapatkan nasihat dari doktor dan juga pakar.
Namun keputusan itu dibuat kerana dia sukar untuk menurunkan badan selepas melahirkan anak sulungnya pada 2020 walaupun telah mengamalkan diet sihat.
“Lepas bersalin, berat saya hampir mencecah 100kg. Tetapi, selepas mengamalkan diet dan juga bersenam, berat saya hanya turun jadi 89 kg.”
Ujarnya lagi, pembedahan tersebut turut membantu untuk dirinya menjaga penampilan sebagai seorang personaliti TV selain meningkatkan keyakinannya untuk berada di hadapan kaca televisyen.
Pun begitu, Anim turut memberitahu bahawa kuantiti makanannya kini perlu diambil dengan sedikit kerana sebahagian perutnya telah dibuang sebagai salah satu prosedur pembedahan bariatrik.
“Bila dah buat pembedahan ni, keluasan perut tinggal dalam 20%. Jadi, saya makan dalam dua ke tiga sudu sahaja pun dah kenyang.”
Walaupun kuantiti makanan diambil dengan sedikit, pengacara Helo Doktor itu turut menegaskan bahawa dia perlu mengisi perut semula setiap dua jam agar tidak terlalu lapar.
Bukan itu sahaja, dia juga mendedahkan yang dirinya masih lagi mengamalkan diet sihat selain masih melakukan ‘follow up’ bersama penasihat pemakanannya untuk mengekalkan berat badan.
Sebenarnya tak salah pun buat pembedahan bariatrik jika anda mampu, sekurang-kurangnya boleh ringankan badan untuk buat aktiviti dan beribadah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak ramai yang ambil tahu cara solekan yang tepat, jadi dalam tak sedar air muka nampak tak kena dan pelik. Dan kalau silap gaya bersolek, anda akan nampak lebih berumur!
Okay, untuk nampak awet muda anda boleh semak macam mana nak mekap dengan cara yang betul.
Cara Solekan Yang Salah
Ini adalah 10 cara solekan yang salah dan boleh membuatkan wajah nampak lebih tua daripada umur. Pasti anda tidak mahu perkara ini terjadi kepada anda bukan?
Kesilapan 1: Banyak Sangat Sapu Bedak/Krim Asas ( Foundation )
Satu lapisan foundation yang terlalu tebal memang boleh menutup garis-garis halus dan kilauan pada kulit anda. Anda tidak perlu memakai foundation pada setiap inci kulit anda. Apabila membeli foundation, elakkan produk “matte”, “velvet” dan “tahan lama” tetapi carilah produk formula yang lebih ringan. Jika anda mempunyai kulit kering, lapisan foundation boleh menyerlahkan perubahan warna kulit anda tetapi boleh membuatkan wajah kelihatan bertompok.
Kesilapan 2: Pakai Concealer Tebal
Menyembunyikan lingkaran gelap bawah mata dengan concealer tebal tidak sesuai kerana ia juga akan menarik perhatian kepada garis dan lebam yang biasanya muncul di kawasan itu (kerana kulit paling nipis di bahagian itu).
Kesilapan 3: Pakai Gincu Berwarna Gelap
Memakai warna gelap membuat apa-apa permukaan kelihatan lebih kecil dan ilusi itu sesuai jika dikenakan pada warna pakaian tetapi tidak pada bibir anda. Untuk membuat melihat mulut kelihatan seksi dan menarik, pilih gincu cerah dan kenakan pengilat bibir berwarna terang seperti pic, merah jambu atau merah terang (pic, pinks, merah bertenaga) berbanding warna dalam (burgundy , merah wain, coklat). Tak salah memakai gincu gelap, tetapi biar kena pada tempatnya.
Kesilapan 4: Solekan Serbuk
Penggunakan serbuk nipis mengelakkan pantulan cahaya dan cenderung untuk membesarkan garisan pada kulit. Jika memakai bedak serbuk merupakan langkah terakhir rutin solekan anda sejak awal, ini boleh menjadi perkara sukar untuk ditinggalkan.
Ini tiga langkah yang boleh anda cuba: Pertama, beralih kepada sheer translucent powder, kemudian, mula gunakan hanya pada hidung dan dagu anda. Akhir sekali, gantikan bedak serbuk dengan blotter ( tisu serap minyak ) hanya pada T-zon (hidung, dagu, dan dahi).
Kesilapan 5: Memakai Celak Hitam
Memakai celak adalah satu cara yang baik untuk membuat mata anda kelihatan lebih besar tetapi pilih warna coklat berbanding warna hitam. Antara sebabnya adalah kita mahu menampakkan mata kelihatan lebih besar dengan cara yang lembut dan tidak terlalu kasar seperti satu garis hitam yang lurus. Jika mengenakan celak dengan adunan warna bundar, mata akan nampak lebih besar secara asli.
Kesilapan 6 : Pakai Penggaris Bibir
Pensel bibir atau penggaris bibir digunakan supaya gincu kelihatan terletak pada bibir anda dan tidak comot. Jika anda memakai penggaris bibir dengan terlalu banyak, atau dengan warna yang terlalu gelap, ini akan membuatkan bibir anda kelihatan seperti robot dan ‘ketat’ . Untuk kesan yang paling semula jadi, warna pensel bibir anda perlu sepadan dengan warna bibir anda, bukan warna gincu anda. Pilih formula berkrim yang tidak akan menonjolkan mana-mana tompok kering dan jangan lupa, anda perlu pakai secara sekata.
Kesilapan 7 : Penggaris Mata / Celak Dan Maskara
Menggunakan celak dan maskara anda boleh membuat mata anda kelihatan droopy dan menarik perhatian kepada lingkaran hitam bawah mata. Sebaliknya, gunakan pada bulu mata atas dan kenakan maskara sampai ke akar bulu mata danperlahan-lahan hingga ke hujung bulu mata untuk kesan yang paling menarik.
Kesilapan 8 : Tak Pakai Pemerah Pipi
Pemakaian ringan pemerah pipi boleh merubah penampilan wajah anda. Dan, jika digunakan dengan betul, pemerah pipi boleh memberi kesegaran dan menampakkan keremajaan wajah anda. Gunakan berus berbulu besar, dan sapukan pada pipi anda secara membulat, bukan hanya dalam satu garisan menaik.
Kesilapan 9: Gunakan Gincu Tanpa Berus
Sempadan di bahagian bibir akan melembutkan selari dengan usia, dan apabila gincu dipakai, ia akan melekat dengan mudah. Untuk mengelakkan warna yang berlebihan pada bibir, gunakan jari anda atau berus gincu supaya anda tidak mendepositkan pigmen warna dari gincu dengan terlalu banyak. Oleskan gincu di tengah-tengah bibir anda, dan ratakan keluar hingga ke hujung bibir dengan jari. Selain itu, penggunakan balsem pelembap atau pengilat bibir juga digalakkan.
Kesilapan 10: Warna Pensil Bulu Kening Terlalu Gelap
Warna bulu kening anda pudar selari dengan umur anda, jadi pensil kening yang anda gunakan pada umur 25 tahun akan nampak terlalu terang jika digunakan pada umur 50 tahun. Pilih satu warna yang lebih ringan dan terang daripada warna kening semula jadi anda.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.