Baru-baru ini kita baru saja meraikan sambutan Tahun Baru Cina dan pastinya buah limau jadi kemestian dihidangkan buat tetamu bagi memeriahkan perayaan ini.
Namun ada yang memberitahu jika makan terlalu banyak iimau mandarin akan menyebabkan seseorang itu batuk. Benarkah perkara ini dan apa penyebab sebenar seseorang boleh mengalami batuk.
Perkongsian Dr Fatimah Salim di Grup Makmal Makanan (MaMa) memberitahu secara terperinci mengenai perkara ini. Menurutnya benar makan limau mandarin boleh menyebabkan batuk kerana kandungan bahan kimia SO2 yang digunakan sebagai pengawet.
MAKAN LIMAU MANDARIN BATUK?
Merujuk kepada pertanyaan ahli MaMa mengenai benarkah memakan limau Mandarin boleh menyebabkan batuk dan apakah puncanya?
Jawapannya adalah YA, boleh.
Saya sudah pernah kongsikan dulu, namun tidak salah dikongsikan semula. Jom baca
Ads
Kulit limau Mandarin (juga sesetengah buah segar lain juga) mengandungi bahan kimia sulfur dioksida (SO2). Bahan kimia SO2 ini digunakan sebagai pengawet untuk mengekalkan kesegaran dan menghalang pertumbuhan kulat pada buah.
Sebenarnya dalam kuantiti yang sedikit, ianya tidak mendatangkan bahaya kerana badan kita boleh bertoleransi dan mampu untuk detox secara semulajadi. Sebab itu FDA membenarkan ianya sebagai pengawet pada makanan. Untuk sistem badan normal, ianya tidak akan terkumpul dalam badan ya. Tiada istilah, sikit-sikit lama-lama jadi bukit.
Selain daripada penggunaan pada limau Mandarin, bahan kimia pengawet SO2 juga digunakan dalam makanan (contoh buah kering seperti kismis, prune…) dan minuman (minuman berkarbonat dan beralkohol). Jika tidak, mudah saja buah kering ini ditumbuhi kulat dan tidak tahan lama.
Kredit: Pexel.com
Jika mahu membuang bahan pengawat ini, eloklah direndam seketika dan dibasuh beberapa kali dahulu buah limau Mandarin dengan air sebelum dimakan. Ini kerana bahan kimia SO2 mudah larut air membentuk bahan kimia asid sulfurik (yang cair).
Ads
Merendam seketika dengan air garam/ baking soda diikuti dengan bilasan air bukan saja boleh membuang pengawet, malah saki baki racun perosak (pesticide) yang terdapat pada sayur atau buah lain juga.
Adakah semua individu akan terkesan dengan SO2 sebagai pengawet ini?
Tidak. Hanya sesetengah individu sensitif kepada bahan kimia ini yang mana boleh menyebabkan gejala seperti sakit tekak dan batuk. Dan bagi mereka yang mempunyai penyakit asthma pula berpotensi berhadapan dengan masalah pernafasan yang kronik.
Ads
Untuk saya dan anak-anak, yang tidak mempunyai masalah kesihatan, kami kopek dan makan terus saja limau Mandarin ini. Tidak semestinya jika kita terkesan, orang lain terkesan sama. Maka, seperti yang saya selalu pesan, ambil tahu tahap kesihatan dan fahami badan sendiri.
Beringatlah…, jika badan sudah mula menunjukkan tindakbalas (gejala), maka sedarlah dan berhentilah. Ingat, apa-apa yang berlebihan boleh membawa mudarat!
Nota: Tahap toleransi ini boleh berubah dengan peningkatan usia. Maka tidak hairanlah jika dulu kita tiada masalah dengan pengawet SO2, kini boleh terkesan pula.
Masih ramai yang tak ambil peduli cara cuci muka yang betul, main tonyoh asal berbuih dan bilas dengan air. Sepatutnya anda kena ada ilmu walau cuma tentang bersihkan kulit wajah.
Langkah penjagaan yang paling asas perlu dilakukan ialah mencuci wajah. Ini demi mengekalkan kulit sihat tanpa liang pori terbuka, jerawat dan jeragat. Jadi anda pastikan cuci muka kalau anda jenis suka pakai mekap dan banyak keluar rumah.
Benar memang banyak terdapat produk, teknik dan tips mencuci kulit wajah. Namun anda perlu tahu ada juga mitos mengarut yang didengari seperti berkesan tapi sebenarnya boleh merosakkan wajah. Biasanya mitos ini kononnya membersih wajah sebersih yang mungkin dan berkesan.
Cara Cuci Muka Macam Ini Salah, Betulkan Sebelum Kulit Rosak
Mari semak tiga mitos yang sentiasa menjadi tanggapan yang benar, kalau ada yang anda lakukan. Hentikan sekarang dan tukar kepada tips yang lebih tepat.
1. Guna air panas untuk singkirkan kotoran dan minyak
Kulit wajah bukan pinggan mangkuk yang perlu dibilas atau direndam dengan air panas! Cukup sekadar air suam atau suhu bilik yang juga berkesan membersih kotoran dan lebihan minyak pada wajah. Jangan lupa produk pencuci wajah juga akan membantu membersih pori-pori jauh kedalam. Jika anda cuci dengan air panas, kemungkinan berlaku lecur, iritasi dan kulit bahkan terasa lebih kering.
2. Kerap mencuci wajah lebih baik
Jangan mudah terpengaruh amalan mencuci wajah setiap masa, apatah lagi anda mencuci dengan produk pembersih. Ini boleh menganggu keseimbangan pH kulit dan sudah tentu kulit akan menjadi kering. Cuci wajah hanya sekadar dua kali sehari sahaja, pada waktu pagi dan waktu malam sebelum tidur. Cukup!
3. Wajib double-cleans setiap hari
Antara mitos yang sangat ramai salah faham tentang teknik double-cleanse. Teknik hanya boleh dipakai jika anda memakai mekap atau mekap kalis air. Tidak perlu pun lakukan double-cleanse pada setiap hari. Risau ya kulit akan mengalami iritasi kerana terbeban dengan cucian wajah yang berat.
Hah, dah faham? Pastikan anda tahu cara yang betul dan selamat beramal!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Gandingan 3 Saka & 13 ZIN Gegar Pentas Mega Zumba Event Beach Party. Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit! Meneruskan kecemerlangan membawakan aktiviti zumba, kali ini #RapiWerkit anjuran Majalah Rapi berjaya menghimpunkan hampir 300 peserta dalam Mega Zumba Event yang berlangsung di Dewan Ababil, TUDM Subang.
Persiapan yang dirancang lebih sebulan akhirnya berjaya dilaksanakan dengan kerjasama rakan partner, Uni3Fit Studio membawakan kolaborasi 3 Saka dengan bertemakan Beach Party menampilkan Zin Aliez Jazam, Set Ramizah dan ZIN Shah Bariah.
Bukan itu sahaja, turut tampil dalam zumba kali ini adalah 13 Zin yang semuanya hadir dengan semangat, energi, fit dan bertenaga membawa lebih 20 lagu tanpa henti selama hampir 2 jam.
Dengan pelbagai genre muzik rancak, peserta yang hadir rata-rata kelihatan enjoy dan gembira mengikut rentak lagi dimainkan sepanjang acara berlangsing.
Posing dulu
Acara yang bermula jam 3 petang di dewan tertutup ini dengan permulaan persembahan gimmik dari Uni3fit, sebelum semua ZIN mengambil tempat masing-masing mengikut giliran persembahan sehingga majlis berakhir sekitar jam 5.30 petang.
Tidak terpancar rasa letih, sebaliknya masing-masing menunjukkan kebolehan berzumba mengikut tarian zumba dibawakan ZIN masing-masing.
Wow, menarik sekali
Pakaian kena dengan tema, Beach Party.
Ikut rentak muzik
Rata-rata peserta sangat berpuas hati dengan perjalanan acara dan berharap akan dapat menyertai lagi majlis sebegini pada masa akan datang.
Sebelum itu, peserta datang lebih awal dan mendaftar untuk mengambil goodies bag yang disumbangkan oleh rakan penaja.
Antara pemenang cabutan bertuah
Hadiah dari penaja, Sofea Rose
Himpun 300 Peserta Anjuran #RapiWerkit & Uni3Fit
Jangan tak tahu ada juga antara peserta yang datang menaiki bas daripada Pahang turut berpeluang dan mereka turut meninjau beberapa booth penaja yang mengambil bahagian seperti, Kitsui, Nestle Omega Plus, Bubble Gum Wax, Eatsymy dan beberapa booth lagi.
Juga tidak ketinggalan peserta turut merakamkan kenangan di photo booth dihiasi belon hasil kreativiti penaja Aura Bunga yang sangat cantik sekali.
Berusia 42 tahun, Wan Sharmila memilih imej muslimah yang cukup menjaga auratnya. Simple tetapi nampak awet muda dan sopan. Pendek kata, layak untuk dijadikan idola melihat penampilannya yang terkini.
Pelakon yang berbakat besar ini telah banyak membintangi drama, telefilem, serta filem tempatan. Antara drama bersiri popular lakonannya adalah Emil Emilda, Tari Tirana, 7 Hari Mencintaiku dan lain-lain.
Suka Tengok Wan Sharmila, Cukup Ayu Dan Sopan Dengan Penampilannya
Baru-baru ini, di laman tiktok milik kelab peminat Wan Sharmila, mereka memuat naik satu video yang meraih perhatian ramai. Video tersebut meraih 475 ribu jumlah tontonan, 49 ribu tanda suka dan 6 ratus komen.
Di dalam video berkenaan, memaparkan suasana Wan Sharmila ketika di tanah suci Makkah dan Madinah.
Pada ruangan komen pula, peminat meluahkan rasa syukur kerana Wan Sharmila antara artis yang terus berjuang untuk istiqamah selepas mengambil keputusan untuk berhijrah dahulu. Mereka juga mengatakan bahawa lebih menyukai penampilannya yang sekarang kerana kelihatan lebih ayu dan sopan.
“Antara artis yang paling aku obsessed dengan hijrahnya. Semoga istiqamah selalu buat Wan Sharmila, love sangat”-kata mereka
“Alhamdulillah, berserinya muka Wan Sharmila”-tulis mereka
“Janji tau dengan kitaorang dengan Allah, yang hati akak takkan berubah, takkan berpaling macam yang lain. kami suka tengok akak macam ni”-ujar mereka
“Yang baik itu baik dikekalkan dalam mencari husnulkhotimah. Insyaallah amin”-tambah mereka
“Betul tu, makin suka tengok dia selepas hijrah makin cantik”-tulis mereka
Rapi doakan semoga Wan Sharmila sentiasa istiqamah dengan penampilan yang dipilih dan dikurniakan kebahagiaan serta ketenangan dalam penghijrahannya.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!