Kajian Dedah Pencemaran Udara Boleh Sebabkan Berat Badan Naik. Kaum Wanita Kena Peka! Sebenarnya bukan saja pemakanan diambil yang boleh menyebabkan kenaikan berat. Tetapi ada faktor lain menyumbang ke arah berat naik mendadak seperti gaya hidup atau kadar metabolisme diri.
Tetapi jangan tak percaya rupanya ada satu kajian mendapati pendedahan jangka panjang kepada pencemaran udara boleh meningkatkan berat badan, khususnya dalam kalangan wanita berusia lewat 40an dan 50an, seperti dilaporkan akhbat New York Post.
Menurut laman web EurekAlert, kajian tersebut membabitkan 1654 wanita berkulit putih, hitam, China dan Jepun dengan medium usia 50 tahun.
Kajian Dedah Pencemaran Udara Sebabkan Berat Badan Naik
Gambar sekadar hiasan.
Kajian ini dilakukan selama lapan tahun dari tahun 2000 hingga 2008.
Ads
“Wanita-wanita yang terdedah kepada kualiti udara buruk, khususnya kadar zarah halis lebih tinggi seperti nitrogen dioksida dan ozon, menyaksikan peningkatan dalam saiz badan mereka,” kata Pengarang kajian, Xin Wang yang merupakan penyelidik Epidemiologi di Universiti Michigan.
Menurut EurekAlert, pendedahan kepada pencemaran udara dikaitkan dengan lemak badan lebih tinggi dan jisim tanpa lemak yang lebih rendah dalam kalangan wanita pertengahan usia.
Tambah laman web tersebut, kajian itu menunjukkan lemak badan meningkat sebanyak 4.5 peratus atau kira-kira 1.17 kilogram dalam persekitaran udara tercemar.
Dalam kajian itu, pasukan penyelidik mengukur tahap pencemaran udara di sekitar kediaman responden bagi mencari hubung kait antara dua entiti tersebut.
Kaum Wanita Kena Peka
Ads
Walau bagaimanapun senaman dan aktiviti fizikal bertindak sebagai penghalang kepada kesan buruk penemuan tersebut, kata EurekAlert.
Sementara itu, Xin Wang berkata disebabkan kajian itu hanya memberi fokus kepada wanita pertengahan usia, hasil penemuan tidak boleh diguna pakai untuk wanita dan lelaki lebih muda atau lelaki tua.
Kulit putih semula jadi, cukup bertuah bagi anda yang memang dilahirkan berkulit cerah. Tak perlu ambil suplemen atau suntikan yang mahal bagi puaskan hati sendiri dalam bab penjagaan wajah.
Namun, bagi wanita yang nak sangat kulit putih semula jadi, jangan terlalu mendambakan kepada ubatan atau suplemen, bimbang memudaratkan kesihatan dalaman. Ada tip yang boleh kita lakukan dengan cara jimat dan mudah.
Bahan-bahan:
1 cawan beras (direndam semalaman – simpan airnya)
Serbuk kopi
1 sudu kecil serbuk kunyit
2 sudu soda bikarbonat
Caranya:
1. Tumbuk beras yang direndam semalaman sehingga lumat.
.
2. Kemudian, campurkan dengan serbuk kopi dan serbuk kunyit.
3. Selepas itu, campurkan dengan soda bikarbonat dan baki rendaman air beras.
4. Gaul sebati
.
5. Lumurkan pada bahagian badan (tangan)
6. Lebihan bahan tadi boleh simpan dalam bekas tertutup dan letakkan dalam peti sejuk.
7. Amalkan selalu untuk dapatkan putih kekal.
8. Satu bekas tahan seminggu, jika disimpan dalam peti sejuk.
Haa…mudah bukan? Jadi kalau rasa nak kulit cerah semula jadi, anda boleh guna tip ini setap hari. Sesekali bagus juga buat untuk hilangkan sel kulit mati. Itu pun cara yang boleh hilangkan masalah kulit kusam. Jangan lupa cuba, ya!
Sumber: nsbe_95 (tiktok)
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap wanita pastinya akan mengalami pengalaman berdepan masalah senggugut atau sakit ketika datang haid.
Masalah ini dianggap bukan sesuatu yang luar biasa bagi kebanyakan wanita tanpa mengira usia selagi sistem reproduktifnya masih aktif.
Kejang perut, kembung, sakit pinggang serta pelbagai lagi adalah antara gejala yang dialami, dan tahap kesakitannya juga berbeza.
Namun senggugut yang teruk boleh mengganggu kualiti kehidupan seseorang wanita. Malah menurut pakar obstetrik dan ginekologi, ada yang perlu mengambil ubat tahan sakit setiap kali haid.
Menurut mereka, umumnya kesakitan haid ini disebabkan masalah pada sistem peranakan, dan paling biasa ialah fibroid pada uterus dan adenomiosis, dua ketumbuhan benigna yang ditemukan pada rahim atau uterus.
Selain pengambilan ubat tahan sakit yang hanya memberi kelegaan sementara, ada kaedah rawatan lain yang boleh “membebaskan” wanita daripada senggugut seperti miomektomi dan adenomiomektomi, dua prosedur melibatkan pembedahan namun berisiko menyebabkan komplikasi semasa hamil, selain alternatif yang lebih drastik iaitu histerektomi – prosedur membuang uterus.
Namun tidak ramai wanita yang sanggup menjalani prosedur terbabit. Justeru, apa lagi pilihan yang ada?
Baru-baru ini, Mahkota Medical Centre (MMC) melancarkan kaedah rawatan berasaskan ultrabunyi yang pertama di negara ini – High-Intensity Focused Ultrasound (HIFU) – khusus untuk menangani masalah ginekologi terutamanya adenomiosis dan fibroid.
Pakar Obstetrik dan Ginekologi MMC Dr S. Selva ketika dihubungi Bernama, berkata HIFU merupakan kaedah rawatan tidak invasif yang menawarkan tempoh pulih lebih singkat selain tidak menjejaskan kesuburan wanita.
Tidak seperti prosedur lain, pesakit tidak perlu menunggu uterus mereka pulih sepenuhnya sebelum mencuba untuk hamil, jelas beliau, dan menambah HIFU merupakan penyelesaian terbaik yang dapat mengurangkan impak terhadap kesuburan serta risiko komplikasi yang dihadapi oleh wanita yang menjalani rawatan tipikal bagi fibroid dan adenomiosis.
“Menerusi teknologi HIFU ini, MMC mengubah landskap rawatan bagi wanita dengan opsyen rawatan tidak invasif dan canggih namun terbukti memberikan hasil positif secara klinikal selain mengekalkan tahap kesuburan mereka.
“Teknologi HIFU menggunakan tenaga bunyi tertumpu untuk memanaskan dan memusnahkan tisu sasaran. Teknologi ini digunakan bagi merawat pelbagai masalah kesihatan seperti batu karang, katarak, gangguan neurologi, nodul tiroid benigna, penyakit prostat dan tumor pepejal, selain digunakan dalam terapi paliatif. Dalam bidang ginekologi, teknologi HIFU boleh digunakan untuk merawat fibroid uterus dan adenomiosis,” katanya.
Mengulas lanjut, Dr Selva berkata HIFU merupakan rawatan khas menggunakan transduser ultrabunyi berintensiti tinggi yang menumpukan gelombang bunyi di lokasi khusus, meningkatkan suhu setempat tisu daripada 60 darjah Celsius kepada 80 darjah Celsius dan menghasilkan nekrosis koagulatif tisu.
“HIFU dijalankan dengan berpandu sama ada pada Pengimejan Resonans Magnetik (MRgFUS) atau Ultrabunyi (USgHIFU) sebagai modaliti pengimejan bagi menyasarkan rawatan di kawasan fokus pada tisu dan pada masa sama mengelakkan kerosakan tisu-tisu lain.
“Kelebihan utama USgHIFU berbanding MRgFUS ialah kaedah tersebut menawarkan pengimejan pada masa sebenar, sekali gus membolehkan doktor melihat tisu yang berkenaan semasa prosedur dijalankan. Kaedah itu juga menggunakan transduser yang lebih besar dan lebih berkuasa, sekali gus memendekkan tempoh dan meningkatkan keberkesanan rawatan.
“USgHIFU turut memberikan akses lebih baik kepada pesakit selain fleksibiliti dalam posisi pesakit, justeru pesakit berasa lebih selesa, Selain itu, kaedah berkenaan juga lebih murah,” jelas beliau.
Memandangkan HIFU membabitkan prosedur tidak invasif, pesakit tidak memerlukan anestesia am semasa menjalani prosedur selain rawatan juga tidak meninggalkan kesan parut pada pesakit.
Prosedur tersebut mempunyai tempoh pulih yang lebih singkat berbanding miomektomi dan histerektomi. Rawatan HIFU juga lebih sesuai bagi wanita yang berhasrat untuk hamil kerana prosedur berkenaan tidak menjejaskan otot dan tisu lain pada uterus.
Menurut Dr Selva, disebabkan teknologi HIFU tidak meninggalkan kesan parut yang banyak pada dinding uterus, pengembangan rahim semasa kehamilan dan kontraktiliti ketika proses melahirkan dapat dikekalkan.
“Sesi rawatan HIFU berdasarkan ultrabunyi berlangsung selama satu hingga empat jam, dan dalam kebanyakan kes, rawatan boleh dilakukan dalam satu sesi sahaja. Pesakit dengan jumlah fibroid yang banyak atau bersaiz besar mungkin memerlukan beberapa sesi. Prosedur ini juga tidak menyebabkan pesakit kehilangan darah, bermakna pemindahan darah tidak perlu.
“HIFU juga boleh mengurangkan risiko komplikasi berpotensi yang mungkin berlaku semasa pembedahan membuang adenomioma atau fibroid. Paling penting, pesakit yang berhasrat untuk hamil tidak perlu menunggu sehingga rahim mereka pulih sepenuhnya sebelum cuba mengandung,” katanya.
Selain itu, pesakit juga boleh mengadakan hubungan seks selepas kitaran haid yang seterusnya berakhir memandangkan beberapa kajian terkini menunjukkan pesakit berjaya hamil dalam tempoh beberapa bulan sahaja selepas menjalani rawatan HIFU, sama ada mengandung secara semula jadi atau dibantu melalui rawatan reproduktif.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.