Perasan tak kadang-kadang sedang kita berehat santai di rumah, tiba-tiba seperti ada haiwan melintas dan terus masuk di telinga.
Oleh kerana kejadian berlaku sekelip mata, kita tidak dapat pastikan haiwan apa yang sedang menghuni telinga kita.
Jika ini berlaku apa yang perlu anda lakukan. Jangan panik dengan situasi ini dan cubalah untuk bersikap tenang.
Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan di laman sosial Facebook memberiahu apa perlu dibuat jika ada haiwan seperti lipas masuk ke lubang telinga.
Ini Perlu Dibuat, Haiwan Masuk Telinga
“Doktor, lipas masuk telinga saya!”
Kes serangga masuk dalam telinga ni kes yang lazim berlaku. Kalau ia berlaku pada kau orang, tahu tak apa nak buat? Nak tahu? Jom baca!
Tanda-tanda serangga masuk telinga:
– Berdengung
– Bunyi keritik
– Pergerakan
Ads
– Sakit
– Kurang dengar
– Keluar air/nanah
– Berdarah
Apa nak buat jika serangga masuk ke dalam telinga?
1. BERTENANG
Memanglah ngeri dan geli geleman bila ssrangga masuk dalam telinga, tapi cubalah untuk bertenang. Pergerakan yang terlalu banyak mungkin akan menyebabkan serangga masuk lebih dalam.
2. GUNA GRAVITI
Halakan telinga yang dimasuki serangga, ke bawah dan goyangkan sedikit kepala. Jika serangga itu tidak berada terlalu dalam, ia mungkinakan keluar atau terjatuh keluar dari telinga.
Ads
3. ELAK GUNA PUTIK KAPAS
Putik kapas atau pencungkil boleh menyebabkan serangga masuk lebih dalam lagi, terutamanya jika serangga itu masih hidup. Ada risiko serangga itu akan gigit gegendang telinga.
4. ELAK GUNA PENGEPIT
Melainkan serangga tu dah mati, elakkan guna pengepit(twizzers) untuk menariknya keluar. Kaki serangga tajam, jika ia meronta, ia boleh mencederakan salur dan gegendang telinga.
5. GUNA MINYAK ZAITUN
Jika graviti tak membantu, cuba titiskan minyak zaitun atau baby oil ke dalam telinga yang dimasuki serangga . Minyak akan melemaskan serangga itu, dan ia akan keluar atau mati.
6. CUCI DENGAN AIR
Jika serangga dah mati, selain keluarkan guna pengepit, boleh cuci dengan semburan air sehingga keluar. Gunakan picagari, tapi tak usah sembur kuat sangat. Rosak pula gegendang nanti.
7. JUMPA DOKTOR
Jika semua langkah di atas gagal, maka pergilah berjumpa doktor. Jika berjaya keluarkan, tetapi selepas itu telinga keluar nanah, masih sakit kuat dan telinga kurang dengar, maka jumpa doktor juga.
Ads
HATI-HATI!
– Selepas keluarkan serangga dari dalam telinga, pastikan seluruh serangga tu dikeluarkan. Jangan tertinggal sisa.
– Selepas prosedur keluarkan serangga, kemungkinan anda akan alami pening. Jadi, jangan terus berdiri. Rehat sebentar.
“Kalau anda tak tahu, inilah pacemaker (orang Melayu panggil bateri). Tidak semua orang tahu yang saya menggunakan perentak jantung sejak saya berumur 11 tahun.”
“Sebenarnya saya pernah dibuli waktu di sekolah menengah kerana bawa cara diri yang berbeza dan saya akan malu untuk mengaku bahawa hidup saya bergantung 100% pada benda kecil ini sebab takut apa orang akan nilai saya.”
Namun apabila semakin dewasa, Nina belajar untuk menerima hakikat yang kita semua istimewa dengan cara kita sendiri. Walaupun tak sama, Nina telah menjalani hidup dengan baik cuma dengan cara sedikit berbeza.
“Saya tak malu untuk mengaku sebab saya tak nampak kenapa saya nak sembunyikan lagi. Malah saya bangga dengan diri saya sendiri terpaksa hidup dengan perentak jantung 20 tahun dalam hidup saya dengan kekuatan yang saya tak pernah tahu ada dalam diri saya.”
“Saya memilih untuk menganggap ini sebagai satu rahmat dengan cara ini.”
Nina kini sudah menggantikan dengan perentak jantung yang baru untuk tempoh sepuluh tahun akan datang.
Sedikit pesanan daripada Nina, “kepada bekas perentak jantung yang dihormati, terima kasih sebab menjadi sebahagian daripada saya sejak 12 tahun yang lalu (2010-2020).”
“Dan untuk perentak jantung baharu saya, ini untuk satu dekat lagi. Jom, jalani kehidupan sepenuhnya!”
Untuk rekod, Nina atau nama sebenarnya Nur Akmalina Iskandar mendirikan rumahtangga dengan penolong pengarah Azlan Adzanan atau lebih dikenali sebagai Lan Lebah pada April 2019. Dikurniakan cahaya mata lelaki, Muhammad Aaryan ar-Rizqin pada 23 Disember 2019, itu menjadi pengikat kasih sayang pasangan suami isteri ini.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nak tahu rahsia mekap wanita Thailand nampak muda dan flawless? Kalau ikutkan mereka cukup terkenal dengan kulit putih bersih dan mempunyai bentuk muka yang cantik.
Produk-produk kecantikan dan solekan dari Thai juga turut popular di negara kita. Malah kebanyakan mereka cukup gemar memakai solekan yang tipis dan kelihatan natural. Jika anda melihat wajah-wajah pelakon terkemuka Thailand, memang susah nak mencari yang bermekap tebal.
Biasanya bonus berkening hitam cantik dan pipi yang bentiknya cukup menarik. Nak tahu apa rahsia yang mereka amalkan? Jom, kita selongkar!
Rahsia Mekap Wanita Thailand Nampak Muda Dan Flawless, Ringkas Tapi Cantik
Inilah rahsianya, mereka suka memilih solekan yang ringkas untuk menyerlahkan kecantikan yang tersorok. Jadi, apa kata sesekali anda cuba praktikkan beberapa trik solekan wanita Thailand.
1. Base mekap yang ringan
Perempuan Siam amat suka kulit kelihatan dewy dan lembap. Jadi mereka lebih pilih base mekap dari BB cushion atau CC yang ringan pada kulit. Tak perlu pakai tebal pun, hanya sekadar menutup tompok cela atau kemerahan pada wajah.
2. Biarkan bentuk kening semula jadi
Tak perlu trim berlebihan, hanya kemaskan kening dengan berus dan tambah sedikit pigment untuk kening terletak. Orang Thailand pun suka bentuk kening tegak dan lembut seperti Korea, supaya nampak muda remaja.
3. Sapuan pembayang mata yang ringkas
Cuma guna satu rona pembayang mata yang disapu rata pada bahagian kelopak mata. Kemudian tambah light shimmer bagi mencipta ilusi mata yang galak.
4. Tambah kilatan putih dibawah mata
Teknik ‘puffy eyebags’ Thai sedikit unik. Mereka berani meletakkan pembayang mata ‘shimer’ warna putih pada bawah mata. Trik ini mekap artis Thai percaya untuk memberi rupa yang muda keanak-anak seperti barbie doll.
5. Teknik ‘drunk blush’
Trend solekan paling hits di Thailand iaitu ‘drunk blush’. Sapuan pemerah pipi dari atas tulang pipi dan sedikit bahagian batang hidung. Kononnya memberi warna kemerahan semulajadi dari kulit. Memang menjadi, solekan tampak fresh sepanjang masa.
6. Wajib contour tinggi
Bentuk muka yang bujur dan panjang ialah ideal kecantikan orang Thai. Jadi mereka gemar melakukan high contour dibahagian atas tulang pipi berbanding bawah. Ditambah pula face highlighter betul-betul antara mata dan tulang pipi.
7. Warna gincu ombre
Sebagai pelengkap solekan young-fresh, olesan warna gincu pula disapu dengan dua rona berbeza. Warna ombre pada bibir boleh dihasilkan dari gincu terang sebagai base dan tambah gincu warna gelap pada bahagian dalam bibir. Siap!
Haaaa… semua teknik diatas sangat senang, bukan? Rapi yakin hasil mekap sebegini memang akan menaikkan seri awet muda dan paling penting terlihat flawless.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Jika seseorang itu mengalami gejala ringan seperti demam dan selesema, eloklah segera melakuka ujian swab test di klinik atau hospital berdekatan.
Akan dilakukan ujian saringan menggunakan air liur kerana lebih sensitif, pantas dan mudah dilakukan.
Namun begitu sebelum melakukan ujian, anda diingatkan agar tidak melakukan beberapa perkara satu jam sebelum itu kerana bimbang sample ditolak makmal.
Menurut informasi Public Health Malaysia saringan menggunakan air liur sebenarnya sensitif, pantas dan mampu dilakukan dengan mudah.
Tetapi ia bergantung kepada kualiti sample dan teknik yang digunakan. Persiapan untuk ujian air liur (saliva) bermula 1 jam sebelum ujian dilakukan.
Jangan makan dan minum , merokok, vape dan memberus gigi. Berikut adalah contoh sample air liur yang tidak berkualiti,
Ini adalah sebab paling kerap sampel air liur ditolak oleh makmal:
– Air liur bercampur dengan bahan asing lain
– Air liur terlalu sedikit (di bawah 1.0 mL)
– Perubahan warna akibat sisa minuman/ makanan (sepatutnya jernih)
– Gumpalan makanan, lendir atau sisa lain
– Berbuih buih, sisa ubat gigi
Info Tambahan:
Baru-baru ini kerajaan melalui Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menetapkan harga runcit maksimum bagi setiap set kit ujian kendiri COVID-19 pada harga RM19.90, manakala harga borong ditetapkan RM16, bagi mengenal pasti sama ada seseorang itu disahkan positif atau tidak untuk jangkitan virus covid-19.
Jadi sangat digaakkan bagi setiap rumah untuk kita membelinya sebagai stok jika berlaku gejala awal seperti demam dan boleh terus lakukan sendiri ujian berkenaan.
Kit ini mudah digunakan kerana hanya memerlukan sampel air liur. Ia mampu dilakukan sendiri individu, dengan keputusan diperoleh cepat selepas 10 hingga 15 minit.