Cantik dan anggun dengan auranya, pelakon, penyanyi dan usahawan wanita Malaysia, Noniswara kelihatan masih jelita dan berseri walau sudah berusia 54 tahun.
Dramatis terkenal kelahiran Pasir Mas, Kelantan ini baru sahaja kehilangan suaminya tahun lepas selepas diserang strok.
Rutin Noniswara Jaga Kulit
Memetik perkongsian Datin Sri Noniswara tentang rahsia kecantikannya, ibu anak tiga ini mendedahkan beliau tidak mengamalkan sebarang petua.
Ads
Bagi Datin Noniswara, cukup sekadar konsisten dengan rutin asas sahaja untuk kekal cantik dan sihat. Baginya apa yang penting elakkan stres yang menjadi punca penuaan awal.
Ads
Penjagaan asas kulit amat penting, setiap hari Noniswara akan pastikan menyapu pelembap pada kulit wajah bagi mengekalkan kelembapan pada kulit. Sebab kulit yang kering akan mempercepatkan proses penuaan.
Ads
Kongsinya, “Saya juga banyak banyak beriadah termasuklah sentiasa menjaga ‘kolam jiwa’ agar sentiasa gembira dan bahagia.”
Untuk rekod, suami kepada pelakon Datin Seri Noniswara Baharuddin iaitu arwah Datuk Seri Dr Sheikh Nordin Sheikh Ahmad telah meninggal pada Oktober tahun 2023 di sebuah hospital swasta.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selepas bersalin, golongan wanita biasanya akan berdepan dengan masalah stretch mark. Habislah kulit jadi pecah-pecah sekitar perut, memang boleh tutup dengan kain tetapi kurang selesa nak tengok keadaan perut macam itu.
Jadi bagi anda yang mahu hapuskan masalah ini, boleh cuba petua yang dikongsikan oleh Puan Mastura Rasyid, katanya sangat berkesan untuk hilangkan stretch marks.
Sebaiknya masa berpantang tu lumurkan jus limau nipis yang dicampur kapur barus keping ke perut.
Gaulkan, masuk dalam tin susu, campur air hingga 3/4 tin, panaskan hingga mendidih. Sejukkan dan lumur ke perut. Kemudian barut perut sekemasnya.
Memang perut akan jadi licin dan bebas stretch marks.
Saya tak berpeluang buat petua ni lepas lahirkan Bilal 7 tahun lalu, sebab bersalin secara pembedahan.
Luka pembedahan pun pernah pecah hingga membuak darah, kalau cuba petua ni mau terbakar luka perut.
Guna Halia Dan Cuka
Tapi ada lagi petua lain kalau nak cuba, boleh tengok cara ini ya.
Tumbuk lumat dua ketul halia bersaiz 1 inci setiap satu dan kemudian campurkan dengan dua sudu cuka makan.
Gaul ramuan sampai sebati hingga jadi pes pekat. Kemudian sapukan ke perut dan pinggang. Pakailah bengkung macam biasa untuk maintain ramuan tu sentiasa panas.
Ini antara petua orang tua untuk elakkan pecah-pecah pada kulit perut. Perut pun tak gelebeh dan lembik tau.
Oh ya, balm yang saya pegang ni stretch marks balm.
Saya hasilkan dari minyak avokado tulen dan shea butter. Kedua-kedua bahan memang sangat baik untuk baiki semula kulit yang pecah akibat stretch marks bersalin.
Alhamdulillah berkesan sangat untuk stretch marks. Kalau untuk selulit pula, amalkan dry brush badan setiap hari sebelum mandi.
Hah, dah dapat petua ini jangan sekadar simpan dan baca ya. Buat dan amalkan. Boleh panjangkan kepada kawan-kawan yang lain juga!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.
Masih ramai yang terlepas pandang dan membuat kesilapan waktu cuci muka, dan ini yang membuatkan kulit wajah tiba-tiba bermasalah!
Ada kalanya kita tidak sedar ada melakukan beberapa perkara hingga boleh pertumbuhan jerawat.
Perkongsian Puan Farain Mohammad yang memberitahu 6 kesilapan yang dilakukan ketika mencuci wajah.
6 Kesilapan Jangan Buat Waktu Cuci Muka
Tanpa sedar kadang-kadang kita sebenarnya silap menjaga muka. No.6 tu ramai tak yang buat?
Kesilapan 1 : Cuci muka terlalu kerap
Ada 2 sebab kenapa kita tak boleh cuci muka terlalu kerap:
1. Boleh menyebabkan kulit terlalu kering dan hilang kelembapan selepas dicuci
2. Kulit akan cenderung jadi lebih berminyak dan berjerawat.
Kesilapan 2 : Gosok muka terlalu kuat
Ramai yang ingat bahagian yg ada jerawat atau bermasalah kena gosok dan sental lebih kuat untuk keluarkan sebum dan kotoran dalam liang roma. Sebenarnya kira dilarang mengosok kulit terlalu kuat kerana boleh menyebabkan kulit menjadi kemerahan dan men’cederakan’ kulit dari dalam.
Kesilapan 3 : Skrub muka terlalu kerap
Scrub selalunya mempunyai tekstur berbiji yang agak kasar. Elakkan menggunakan scrub terlalu kerap kerana boleh menyebabkan kulit menipis, lebih sensitif dan boleh menyebabkan gatal.
Kesilapan 4 : Membiarkan syampu rambut terkena kulit muka
Syampu rambut mengandungi bahan pelembab atau minyak untuk melembutkan rambut. Kalau terkena pada muka, minyak tersebut boleh meresap ke dalam kulit muka dan boleh menyebabkan jerawat.
Kesilapan 5 : Biar peluh kering sendiri tanpa dilap
Jangan dibiarkan peluh kering sendiri di muka tanpa dilap. Sebaiknya lap muka dengan kain yang bersih untuk mengelakkan peluh anda kering dan menyerap kedalam kulit muka anda. Peluh anda mungkin mengandungi kotoran bersamanya.
Kesilapan 6 : Berkongsi tuala badan dan tuala muka.
Ramai yang buat ni kan? Lap muka menggunakan tuala badan. Sebaiknya asingkan tuala untuk muka dan badan.
Jika tuala badan anda mempunyai kotoran, sangat mudah ia merebak ke muka anda juga. Lagipun tuala badan kita lebih banyak melekat kotoran atau kuman berbanding tuala muka.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.