Jangan Abai Sakit Digigit Serangga Kecil. Risikonya Boleh Datangkan Sawan & Sukar Bernafas!

Share

Kadang-kadang tanpa disedari, kita turut terdedah dengan pelbagai jenis bahaya. Antaraya adalah gigitan serangga kecil.

Walaupun kecil tetapi sebenarnya berbisa dan boleh nmenyebabkan pelbagai masalah kesihatan terutama jangkitan pada kulit.

Perkongsian dari laman web Farmasi @Farmacora ini memberitahu bahaya serangga yang boleh hidup bawah kulit manusia dan tanda-tanda perlu tahu sebelum itu.

1. Kutu/sengkenit

Kutu suka kawasan yg hangat tetapi tersorok seperti ketiak & kepala untuk menghisap darah. Digigit kutu tak bahaya tapi ada beberapa jenis kutu yang bawa kuman berbahaya dan boleh menyebabkan penyakit seperti demam tompok Rocky Mountain (RMSF) atau penyakit Lyme.

2. Hama Gatal/Skabies

Hama gatal betina duduk pada bawah lapisan kulit manusia untuk bertelur selama berminggu-minggu lamanya tanpa dikesan oleh perumah. Haiwan ini cuma bertelur dan tidak akan membiak di bawah kulit manusia.

Skabies boleh menjangkiti orang lain dengan sangat cepat menerusi sentuhan fizikal. Disebabkan penyakit ini mudah berjangkit, doktor selalunya akan mencadangkan satu keluarga mendapatkan rawatan secepat mungkin.

Doktor akan merawat hama gatal menggunakan sejenis racun. Selalunya, ia boleh didapati dalam bentuk krim dan losen dan amat efektif dalam membunuh hama dan juga telur-telurnya.

Sesiapa yang pernah tinggal di asrama kebiasaanya pernah terkena skabies ni.

3. Ulat Skru (Screwworm)

Ulat skru merupakan serangga pemakan daging yang berbahaya dan boleh mencetuskan pelbagai masalah. Rupanya yang sama macam ulat sampah membuatkan ramai yang keliru.

Ulat skru dewasa akan jadi lalat dan mencari perumah yang mempunyai luka terbuka. Kemudian, lalat ini akan bertelur pada kawasan tersebut. Selepas beberapa jam, telur akan menetas dan mengeluarkan larva.

Larva ini ada garisan pada badannya yang menyerupai skru. Ulat ini akan makan tisu di sekelilingnya dan jangkitan hanya boleh dibuang melalui pembedahan.

Jangkitan oleh serangga berbahaya ini susah dirawat. Oleh itu, sebarang luka yang dijangkiti ulat skru perlu ditutup secepat mungkin.

Buat masa ini, hanya pembedahan sahaja yang boleh menyelesaikan masalah jangkitan oleh ulat skru. Selepas serangga ini dibuang, doktor akan menggunakan antibiotik untuk elakkan jangkitan pada kawasan luka.

Kalau mengalami masalah kulit disebabkan gigitan serangga, sila berjumpa doktor secepat mungkin.

Perhatikan tanda-tanda seperti ruam yang merebak dan sukar sembuh, rasa ketulan atau pergerakan di bawah lapisan kulit, demam, susah bernafas, tak dapat melihat dengan baik & sawan.

Sila berjumpa doktor secepat mungkin untuk rawatan lanjut. Jangan sesekali abaikan rasa sakit yang dialami disebabkan gigitan serangga. Jika tak berhati-hati, boleh membawa maut!

Untuk info kesihatan setiap hari, jangan lupa follow @Farmacora

Artikel Lain: Pakar Farmasi Senaraikan Jenis-Jenis Ubatan Sesuai Diambil, Jika Diserang Selesema

IKLAN