Hilangkan Kulat Dalam Almari, Boleh Guna Kristal Kucing Saja

Share

Menarik, sesekali anda kena hilangkan kulat dalam almari sebab kalau dibiar nanti pakaian atau barang yang disimpan akan berbau!

Hah, kalau pakai perabot jenis MDF board (medium density fiber bord), particle bord, compressed bord atau seangkatanya, lagi mudah naik kulat.

Hilangkan Kulat Dalam Almari, Boleh Guna Kristal Kucing Saja

Masalah ini akan kerap berlaku jika perabot lembap dalam tempoh yang lama dan kedap, biasanya akan kena pada almari baju, rak buku dan sebagainya.

Dah lap dan dibersihkan pun, masih ada lagi kelihatan kulat wujud terutamanya di bahagian yang telah dibersihkan. Ini berlaku disebabkan oleh spora yang tersia dan keadaan atau kondisi ruang tersebut masih lembap.

Namun Bijen Mohd ada cara tersendiri untuk atasi masalah kulat dalam almari.

Guna Gel Silika, Kulat Tak Naik Balik

Ingat lagi dua tahun lepas saya pernah share cara buat DIY dehumidifier menggunakan gel silika? Ada sesiapa yang dah cuba? Macam mana kesannya? Berhasil tak?

Setelah dua tahun menggunakan kaedah tersebut, saya dah boleh tarik senyum lebar sampai ke telinga. Dalam seminggu ni saya buat deep cleaning kat rumah, tak jumpa sehabuk kulat pun.

Kalau diikutkan, dah dua cycle musim winter kat Kertih ni. Saya pun tak ambil cakna sangat keadaan dalam rak tu. Tengok-tengok, kulat langsung tak timbul balik.

Jadi, ini saya kongsi balik cara nak selesaikan masalah habuk kulat yang rajin membiak di perabot rumah. Ikuti langkah-langkah dalam gambar di bawah.

Kulat mudah membiak di permukaan perabot murah sebab sifatnya yang mudah menyerap lembapan kerana diperbuat daripada habuk kayu.

Jadi misi kita adalah memikirkan supaya udara di dalam ini sentiasa berada dalam keadaan kering.

Beli pasir crstal dekat sini je https://invol.co/cl8ey75. 5 liter baru RM 17. Banyak pula tu dapat.

Oleh itu, kita gunakan gel silika yang selalu terdapat di dalam kotak pembukusan barang dan beg. Konsep macam Thirsty Hippo-lah lebih kurang. Tapi nak kumpul gel ni banyak-banyak makan tahunlah jawabnya.

Cara mudah adalah beli gel timbang kilo di Shopee atau alternatifnya beli kristal kucing di kedai haiwan peliharaan.

Kemudian bungkus masuk dalam bekas dan jangan lupa tebuk lubang agar ia dapat berfungsi dengan baik.

Oh ya, kristal ni boleh dikitar semula kalau nak. Setahun atau dua tahun sekali, korang boleh jemur balik di bawah terik mentari atau salainya atas kuali kat dapur.

Kalau korang beli gel silika yang boleh berubah warna bila kandungan air tinggi, lagi mudah nak nampak.

Bungkus banyak-banyak dan gunalah di tempat yang sepatutnya seperti di dalam rak, perabot, storage box, luggage bag dan sebagainya.

Gel silika ni menyerap lembapan di dalam udara. Bukan menyedut air.

Satu lagi tips nak kongsi, kalau korang bungkus wayar, dawai besi atau barang dalam plastik dan diletakkan dalam storage box, pastikan letak sekali gel ni dalam plastik tersebut.

Sebab udara yang terperangkap dalam plastik tu masih ada lembapan. Jadi, kalau biar lama-lama nanti jadi stained wayar tu nak kena cuci balik.

Kalau tak, sila gunakan plastik yang berlubang supaya pengaliran udara baik dan tak terperangkap dalam plastik.

Ini rupanya setelah dua tahun. Masih berkilat macam saya tinggalkan dulu. Habuk-habuk sawang tu adalah sikit. Tapi kehadiran kulat tu langsung tak ada.

Dua tahun lepas lepas bersihkan kulat, saya spray dan lap dulu guna Dettol Disinfectant Spray. Baru saya isi barang dan letak dua kotak gel silika di dalamnya.

Senang bukan? Selepas ini anda pun boleh cuba guna gel silika ini untuk hilangka kulat yang muncul dalam almari. Selamat mencuba!

IKLAN