Sebelum ini pelakon Shima Anuar memberitahu dirinya akan berehat seketika dari dunia seni kerana mahu beri tumpuan pada kehamilan anak ketiga.

Namun kita merancang Tuhan juga menentukan apabila hasrat untuk menimang anak ketiganya tidak kesampaian apabila disahkan hamil luar rahim.

Perkara ini disahkan oleh Shima Anuar melalui laman Instagramnya dan pelakon ini masih berada di dalam unit rawatan Rapi (ICU) selepas menjalani pembedahan bagi menggugurkan kandungan berusia 3 bulan di sebuah hospital dua hari lepas.

Dia juga turut berterima kasih kepada orang ramai yang mendoakan kesejahteraan dirinya dan mengharapkan yang baik-baik sahaja.

Manakala dalam posting terbaru, Shima turut berkongsi pengalaman mengerikan selain membuatkan dirinya hampir kehilangan nyawa.

“Doktor cakap, saya hampir kehilangan nyawa. Saya mengalami kekurangan darah sehingga 2.5 liter. Tekanan darah saya 60/30 dan wajah saya kelihatan sangat putih dan pucat.

“Tetapi saya sangat berterima kasih pada Dr. Susanna yang merawat. Ia adalah satu pengalaman yang mengerikan, memang sakit sangat-sangat.

“Sampai tak boleh bergerak, tak boleh bercakap. Selepas proses pembedahan selesai, saya dah tak respons, doktor beritahu. Disebabkan itulah, kena masuk unit rawatan rapi (ICU) dan buat pemindahan darah,”.

IKLAN

Katanya lagi, sebelum ini dia tidak pernah tahu kehamilan luar rahim itu begitu sakit sehingga boleh menyebabkan ibu mengandung kehilangan nyawa.

“Tetapi, syukur Alhamdulillah, sekarang semuanya selamat. Cuma sakit itu masih ada. Kena potong di tempat jahitan luka pembedahan Czer dulu. Tapi sakit sekarang lagi sakit daripada Czer itu.

“Namun tak apalah. Anggap saja ini ujian dan dugaan. Saya reda”.

Untuk pengetahuan, Shima telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan, Mohd Dolih Toha, 54 tahun.

Selain itu:  Datin Shahida Kongsi Tip Jaga Kulit Di Rumah, Cantik Simple Begini

Dan hasil perkahwinana mereka dikurniakan sepasang cahaya mata, Mariam Sophia 3 tahun dan Mikhael Imaan, 2 tahun.

IKLAN

Perkongsian ini turut mendapat reaksi warga maya. Masing-masing mendoakan kesejahteraan peakon ini dan kembali sembuh seperti sebelumnya.

noradanish Allahuakhbar, semoga terus kuat sayang ku

eykafarhana Get well soon akak sayang

nadiaannuar Omg babe…get well soon. Strong mummy. sending hugs love and doa for you

nyati39 yes ectopic pregnancy is a medical emergency…kalu pecah d fallopian tube tu ia sgt bahaya…pendarahan ke dalam abdomen…tube tu xboleh expand byk ++ mcm rahim kita…Alhamdullilah Shima selamat dgn ikhtiar n usaha Dr dan izin Allah…get well soon…

syakirahkhairii InshaaAllah ada hikmahnya .. be strong Shima Anuar ! We love you so much

IKLAN

Kredit Foto: Instagram Shima Anuar

Artikel Berkaitan:

Bertahun Cuba Rawatan IUI & IVF Untuk Dapat Zuriat. Akhirnya Mizz Nina & Noh Ambil Anak Angkat!

Serik Pernah Obes Sampai 85KG. Wanita Gembira Berjaya Dapat Berat Ideal Tanpa Guna Produk!

Lepas 15 Hari Bersalin, Wanita Kena Buang Apendiks & Ovari. Gara-Gara Makan Ikan Haruan!

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI