Dalam pada itu, Siti Sarah juga memaklumkan segala urusan perniagaan berjalan biasa dan dikongsi dalam IG.
“Untuk mengelak salah faham, saya mahu menjelaskan. Segala urusan perniagaan dan perkara lain akan dimuat naik di laman IG serta diuruskan oleh kakitangan,”
Siti Sarah dan Shuib mendirikan rumah tangga pada 26 Februari 2011.
Menerusi perkahwinan, pasangan ini dikurniakan tiga cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, dan Ariq Matin, 6.
Ads
Sebaik muat naik posting ini, rata-rata rakan selebriti membuat hantaran komen mendoakan agar mereka sekeluarga kuat, selamat dan dilindungi Allah SWT.
ctdk Semoga terus diberi kekuatan & Allah swt permudahkan semuanya dik.. banyak banyak zikir
alyah81 Semoga sentiasa positif dan dipermudahkan segalanya sarah 🤲 dan seluruh keluarga…
elizadsharifuddin Allahuakhbar , moga cepat sembuh semua . be strong dear
sariyanti Allahuakbar , please stay strong babe. Semoga u sekeluarga cepat sembuh dan dalam jagaan Allah swt selalu.. amin Allahumma Amin
Ads
catrionabrianross Oh nooooo I doa semua nya dipermudahkan untuk u sekeluarga. Please take care. Speedy recovery .Inshaa allah
Memiliki tubuh badan yang gempal sebenarnya tidak bagus untuk kesihatan kita. Golongan inilah dikatakan lebih terdedah kepada masalah atau mudah menghidap penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah lain.
Namun tiada masalah seseorang itu berusaha untuk kembali menjalani gaya hidup sihat dan mendapat berat normal.
Seperti perkongsian lelaki ini berjaya menurunkan berat badan sebanyak 100 kg dengan menggunakan caranya sendiri tanpa mengambil sebarang produk.
Berkongsi di laman sosial Facebook Malaysia Runner, Fuad Darjat menceritakan pengalamannya menurunkan berat badan daripada 190 kg kepada 90 kg.
Lelaki ini berkata dia mula melakukan pelbagai cara termasuklah mengamalkan diet yang seimbang, bersenam di gym dan banyak lagi.
Saja nak share pengalaman saya dalam ni. Saya nak bukan la runner sejati tapi perjalanan lost weight saya bermula dengan “berlari”.
Saya ni dulu memang badan gemuk dan semakin hari semakin gemuk. Makan punya makan dan 1 hari pada penghujung 2015 saya timbang berat saya dah cecah 190kg! Ya 190kg tuan puan. Out meter bagi penimbang analog tu. Termenung saya sekejap.
Selepas tu saya fikir dan fikir bagaimana nak kurus, sebab sebelum ni mindset saya dah fikir macam mustahil nak kurus sebab dah terlalu gemuk. Yela dengan berat 190kg, baju 6XL, seluar size 56, kasut size 11 serta tinggi waktu tu 178.
Datang 1 seketika saya terpasang niat dengan nekad, sampai datang satu seru “Aku sanggup mati tak makan sebab tak sanggup mati tengah makan banyak” (sampai macam tu sekali dia punya semangat datang). Don’t take seriously.
Dah pada Januari 2016 saya mulakan dengan prediet. Contohnya macam hari 1st saya amik nasi pagi dan tengah hari, esoknya amik nasi tengah hari dan malam dan lusanya cuma amik pagi dan ulang sampai saya dapat tinggalkan nasi terus dalam seminggu terus. (Saya tak cakap nasi bersalah tapi tula cara saya sebab saya kalau makan nasi bertambah 2 pinggan).
Dan pada 04/02/2016 saya mulakan perjalanan nekad saya. Saya mulakan dengan buat diet low carbs (as we know). Slow-slow saya belajar dan bertanya dengan ramai orang untuk memperbaiki ilmu diet.
Hasilnya pada 01/04/2016 berat saya dah cecah 160. Laju kan? Memang la sebab permulaan ini orang cakap berat air. Siapa yang tak seronok dah hilang 30kg dlm masa 2 bulan. Selepas itu berat saya statik selama sebulan. Allah saja yang tahu waktu itu, dan sy bertanya dan belajar serta mulakan bersenam. Sebelum ni saya tak bersenam apa pun.
Sebut pasal bersenam mesti la malu dengan badan gemuk 150kg nak bersenam luar? Saya pun cuma berlari-lari anak dalam rumah pusing meja makan je. Pusing mula-mula dalam 10 minit. Pastu up 15 minit dan pastu pusing dalam kawasan ruang tamu rumah plak. Dan berat semakin turun lagi. Selepas Raya 2016 baru la beranikan diri jogging di Mini Stadium Sepang.
Waktu memang rasa sangat malu nak jogging situ. Pergi jogging pun gelap-gelap pukul 6:30 pagi dah terpacak sebab waktu masih gelap dan takde orang. Jogging punya jogging sampai hujung 2016 berat dah cecah 130kg kalau tak silap. Dari 157 ke 130 makan masa lama hampir 3 bulan lebih juga sebab banyak on off. Masa tu ada kawan kata tak teringin masuk gym ke. Saya cakap tak nak la malu la gym sume sado badan, saya badan sendu je.
Bermula gaya hidup di gym start Feb 2017. Saya selang-selikan juga dengan jogging di stadium. Sebab masa tu tak boleh joging di jalan tar sakit lutut, maybe sebab badan masih berat dan salah teknik. Dalam tak sedar akhirnya pada raya 2017 saya dah cecah 110kg. Alhamdulillah dah dapat beli baju raya di mall saja. Sebelum ni baju Melayu kena tempah dan guna kain 6 meter!
Selepas itu saya teruskan untuk try toning badan dan buang body fat. Macam biasa diselang-selikan gym dan running. Tapi yela manusia biasa tak lari kesilapan bila dapat kejayaan sikit akan ada lupa diri. Maka diet pun ada on off.
Dan pada April 2018 berat saya dah cecah 95kg. Hampir 100kg dah terbuang. Alhamdulillah sampai sekarang saya masih mengawal mungkin dan kekal aktif. Sekarang dah ada sukan baru saya join iaitu hiking pulak. Alhamdulillah sekarang hidup saya totally berubah kepada aktif, kalau takde aktiviti sukan tu rasa tak keruan rasa seperti tak lengkap.
Tapi apa yang saya boleh banggakan berjaya melakukan walaupun nampk mustahil pada mulanya. Insha-Allah saya kekalkan untuk turunkan lagi dan akan pastikan sebaik mungkin saya tak regain obesity lagi sehinggala sekarang. Semakin hari sehingga kini saya sekarang belajar tentang food nutrisi dan asas-asas sport sains serta bidang kejurulatihan.
Apa cuma saya kongsikan di sini ialah “Di mana ada kemahuan di situ ada jalan”. dan jangan sesekali cuma berangan saja. Bangun dari lena dan teruskan bergerak. Kepada sesiapa yang masih macam saya seperti dulu jangan la cepat mengalah. Salah 1 punca saya nak kurus dulu sebab saya sedih waktu gemuk tak dapat main lari-lari dengan anak kat mall.
Kalau bila pegi shopping sekejap je dah penat dan asyik nak cari kerusi je. Kalau tak dapat kerusi untuk duduk saya mengamuk penat kat wife haha serta asyik nk cepat balik je sebab penat berdiri.
Saya doakan semua yang ingin berjaya dalam diet akan terus dibekalkan kekuatan dan ketabahan dalam hati untuk terus istiqomah. Ingat tuan puan, nak kurus senang, nak kekalkan yang susah tapi tiada yang mustahil jika kita cuba lakukan. Dan saya sekarang menjalani hidup seperti biasa.
Benda yang paling penting untuk berjaya adalah bermula dari minda, sebab kita dikuasai segalanya dari minda. Tiada siapa dapat mengubah diri kita kecuali diri kita sendiri dan tak perlukan ubat-ubat kurus, lebih baik duit beli ubat kurus digunakan beli kasut, baju sukan. Sekian dari sy. Thank you kerana sudi membaca
21km. Next target 42km serta yang lebih mencabar lagi untuk sy cuba.
Fuad Darjat -190kg-90kg. -Bekas perokok tegar sehari 20 batang -Anda akan dapat buat jika anda fikir anda boleh lakukan
‘Kawal sakit untuk badan terus sihat’ – Ahli Farmasi jelaskan ada ubat kena makan sampai mati. Tidak dinafikan rupanya ada sesetengah ubat yang kita peroleh di farmasi perlu dimakan sehingga akhir hayat. Namun tahukah kenapa perlu berbuat demikian walaupun tidak ada sakit melampau.
Apakah akan ada kesan sampingan jika ubat berkenaan tidak dimakan mengikut arahan ditetapkan.
Kebiasaannya, ubat mengawal ini adalah untuk penyakit penyakit tidak berjangkit. Contohnya kencing manis, masalah jantung, darah tinggi dll.
Ubatan bagi penyakit ini perlu dimakan sepanjang hayat. Jika diambil konsisten mengikut dos, komplikasi buruk kesihatan dapat dicegah.
Ada juga ubat yang boleh merawat penyakit. Contohnya antibiotik untuk membunuh jangkitan kuman.
Atau ubatan untuk melegakan sakit akibat inflamasi. Ia dapat menghilangkan kesakitan dengan mengurangkan inflamasi.
Namun begitu, ubatan seperti ini kadangkala adalah bersifat melegakan simptom. Rawatan lain, sama ada bentuk ubat atau bukan, diperlukan untuk menyembuhkan punca masalah.
Sejenis lagi ubat adalah untuk mencegah penyakit. Yang paling popular sudah pasti vaksin. Kita ambil sebelum virus menjangkiti kita.
Selain itu, satu contoh lagi kombinasi ubat untuk menghalang HIV. Ia dipanggil Pre Exposure Prophylaxis atau ringkasnya PrEP.
Kombinasi ini diambil oleh golongan yang tidak menghidap HIV tetapi mengamalkan gaya hidup berisiko, atau mempunyai pasangan yang dijangkiti HIV.
Namun begitu ubat ini juga perlu diambil setiap hari secara berpanjangan selagi mana risiko jangkitan masih ada.
Secara ringkas, begitulah cerita ubat untuk mengawal, merawat dan juga mengelakkan penyakit.
Apa pun ubat yang anda dapat, ia hanya berkesan pada dos dan aturan yang betul.
Jadi, jangan abaikan kepatuhan terhadap pengambilan ubat!
Patutlah Orang Kata Elok Amal Minum Lemon Waktu Pagi, Ini Salah Satu! Sekarang ini ramai berlumba-lumba untuk kekal sihat dan jadi awet muda.
Malah ramai yang membeli supplemen kesihatan dari luar yang dijual untuk memastikan untuk menjaga kesihatan diri daripada gangguan kesihtan.
Namun sebenarnya kita boleh kekal sihat dan jadi awet muda hanya dengan mengamalkan petua tradisioal. Dengan hanya pengambilan lemon setiap pagi mampu memberi kesihatan yang bagus untuk kesihatan diri kita.
Amal Minum Lemon
Lemon mengandungi asid sitrik, Calsium, Magnesium, Vitamin C, Bioflavonoids, pectin dan limonene yang meningkatkan tahap imun sistem kita dan melawan sebarang jangkitan.
Lemon ni memang sedia maklum dengan dua khasiatnya yang terulung iaitu sebagai antibakteria dan antiviral yang kuat serta sebagai kuasa untuk boost immune system. Selain itu lemon juga terkenal sebagai ‘ubat kurus’ kerana jus limau membantu dalam proses pencernaan dan sebagai ‘pembersih’ hati atau detox.
Caranya ialah dengan menghiris lemon dan memerahkan dalam air suam. Minumlah setiap pagi dan hidangkannya tanpa gula untuk khasiat optimum.
Mengambil lemon setiap pagi boleh mengalkali tubuh. Oleh kerana sifatnya yang alkali, lemon boleh meneutralkan asid dalam badan. Asid berlebihan boleh mengakibatkan pelbagai kemudharatan dan kelesuan.
Ayuh semak 12 khasiat minum lemon setiap pagi dan sangat bagus diamalkan untuk sesiapa sahaja.
Minum air lemon sebaik sahaja bangun dari tidur boleh melegakan dan mampu mengelak masalah penghadaman seperti gastrik, kembung perut, angin dalam badan dan pedih ulu hati.
Bertindak sebagai agen detox. Lemon bersifat antiseptik dan mempunyai kesan ‘pembersihan’ yang baik kepada hati, buah pinggang dan darah. Hati kita bekerja untuk perkumuhan dan penapis, apabila ia dibersihkan, kita akan merasa lebih bertenaga dan bersemangat untuk membuat kerja. Air suam sememangnya membantu merangsang saluran penghadaman ditambah dengan lemon yang dipercayai dapat mengaktifkan dan membersihkan organ hati .
Minum air lemon pada waktu pagi memberi bekalan vitamin C semulajadi yang baik untuk kita. Ia juga memberi folate dan minerals seperti potassium, kalsium dan magnesium untuk tubuh. Ini bermakna Vitamin C sangat sangat penting seawal kita bangun dari tidur.
Kandungan mineral yang tinggi dalam lemon menyebabkan ia boleh bersifat alkali dan membuang atau merendahkan asid dalam badan.
Air lemon membantu dalam perkumuhan dan mengelakkan sembelit atau cirit-birit.
Ciri-ciri antibakteria yang terdapat pada lemon boleh membantu merawat sakit tekak. Jika anda mengalami sakit tekak, minum seteguk air lemon dalam beberapa jam.
Air lemon boleh membantu mengurangkan mukus atau lendir dan kahak yang terhasil dalam badan. Sesuai bagi merawat selesema, minum bersama air suam.
Minum Air Lemon boleh meningkatkan kesihatan kulit. Kandungan Vitamin C dalam lemon boleh membantu memperbaiki masalah kulit, lemon juga bersifat membersih, antibiotik dan antioksidan yang lebih penting untuk kulit.
Limonoid glucosides adalah sejenis flavonoid yang ada dalam lemon, kajian mendapati ia ada ciri-ciri anti-karsinogik yang boleh membantu mengelak risiko barah.
Terdapat banyak sumber yang mengaitkan faedah dan kelebihan air lemon dalam membakar lemak dan membantu untuk kurus dengan sihat dan selamat.
Air Lemon adalah sumber paling baik dalam menghilangkan bau mulut di awal pagi. Ia mengandungi ciri-ciri antioksida dan antibiotik yang juga boleh membantu mengurangkan bau badan.
Air Lemon membantu hati menghasilkan lebih hempedu yang membantu menghadam lemak degil. Hal ini membantu bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan secara sihat dan berkesan.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.