Antara penyakit paling berisiko dan ditakuti orang ramai selain jantung adalah kanser.
Sepatutnya mereka yang berisiko mempunya penyakit kronik ini perlu mendaftar diri untuk segera menerima suntikan vaksin.
Namun begitu ketidakpastian tentang tahap keselamatan vaksin terhadap pesakit menyebabkan ada antara yang sedang menjalani rawatan kanser tidak mendaftarkan diri.
Ada yang risau jika disuntik akan menganggu rawatan kanser dan pada masa sama tingkatkan risiko meongalami komplikasi kesihatan lain.
Bagaimanapun, Perunding Pakar Radioterapi dan Onkologi, Mahkota Medical Centre, Dr Chong Kwang Jeat menyangkal pandangan berkenaan.
Beliau menegaskan bahawa vaksin Covid-19 selamat dan tidak ada bukti menunjukkan ia tidak selamat untuk penghidap kanser.
“Malahan, pesakit lebih selamat sekiranya mengambil vaksin itu bagi melindungi diri daripada jangkitan Covid-19. Ini kerana beberapa kajian yang dijalankan oleh pakar perubatan di negara-negara seperti China, Amerika Syarikat (AS), United Kingdom (UK) dan Itali baru-baru ini merumuskan kesan buruk terhadap pesakit kanser yang dijangkiti Covid-19 berbanding mereka yang tidak menghidapi penyakit.
“Berdasarkan rumusan itu, penghidap kanser lebih berisiko mengalami jangkitan Covid-19 yang teruk dan memerlukan rawatan di unit rawatan rapi,” katanya ketika ditemu bual oleh Bernama baru-baru ini.
Beliau menambah, risiko kematian bagi penghidap kanser yang dijangkiti Covid-19 adalah sekitar 15 hingga 30 peratus.
Ads
Keadaan itu dikesan khususnya dalam kalangan penghidap kanser berkaitan darah yang terimunokompromi (keadaan sistem imun defektif yang mengakibatkan timbulnya gejala penyakit) atau barah paru-paru.
Selain itu, penghidap kanser aktif atau tahap akhir yang sedang menjalani rawatan serta mereka yang tergolong sebagai komorbiditi seperti penghidap diabetes, hipertensi, penyakit jantung, masalah buah pinggang dan obesiti.
Ubah suai rawatan
Bagi menangani isu pesakit kanser keberatan divaksinasi, pakar itu berkata, orang ramai perlu dididik tentang faedah besar vaksin.
“Kita juga perlu menekankan bahawa apabila seseorang itu menerima vaksin, dia bukan sahaja melindungi dirinya, tetapi juga orang di sekelilingnya serta masyarakat amnya. Tidak ada siapa yang selamat sehinggalah semua orang selamat,” ujarnya.
Mengulas lanjut, beritahu Dr Kwang Jeat, data yang mengaitkan risiko Covid-19 yang lebih tinggi terhadap pemandiri kanser (mereka yang sembuh daripada kanser) juga bercampur.
Ads
“Hal ini disokong oleh kajian di Britain baru-baru ini yang menunjukkan kemoterapi dalam tempoh 12 bulan terkini dikaitkan dengan jangkitan yang teruk serta kematian akibat virus itu, khususnya bagi mereka yang menerima rawatan yang menjejaskan sistem imun mereka.
Mengenai keperluan pesakit kanser meneruskan rawatan semasa penularan pandemik Covid-19 berikutan risiko lebih tinggi untuk mereka dijangkiti penyakit itu, pakar itu menjelaskan, setiap kes adalah berbeza.
Justeru, setiap daripada mereka perlu membincangkan perkara tersebut dengan pakar onkologi untuk meneliti sama ada rawatan berkenaan boleh diubah suai.
“Prinsip panduan adalah meneruskan rawatan kanser sambil mengurangkan risiko penghidap dijangkiti Covid-19 kerana pengabaian mana-mana satu aspek ini boleh menyebabkan kesan yang lebih serius,” katanya.
Terang pakar itu, doktor boleh mengubah suai rawatan kanser seperti menggantikan rawatan imunosupresif seperti kemoterapi dengan rawatan hormon bagi sesetengah kes barah payu dara atau mengurangkan kekerapan dan/atau durasi kemoterapi.
Ads
Cari lain adalah menggunakan kemoterapi oral berbanding suntikan intravena atau infusi yang memerlukan lebih banyak kunjungan hospital.
“Bagi sesetengah pesakit, doktor boleh memendekkan durasi radioterapi dan mengurangkan kekerapan rawatan susulan bagi kes yang tidak mendesak,” katanya sambil menambah para pesakit yang tidak dapat hadir di hospital, mereka boleh memilih konsultasi dalam talian dan ubat-ubatan dihantar ke rumah.
Dr Kwang Jeat sendiri melaksanakan konsultasi dalam talian selepas pendemik itu bermula tahun lepas dengan kebanyakan pesakit beliau adalah dari luar negara.
Buat masa ini kerajaan sedang giat menjalankan kempen menggalakkan orang ramai untuk mendapat suntikan dos penggalak.
Jadi bagi memudahkan orang ramai mendapat suntikan Kementerian Kesihatan menawarkan perkhidmatan vaksinasi secara datang terus atau walk-in untuk semua penduduk dewasa berusia 18 tahun ke atas.
Perkhidmatan dos penggalak secara walk in ini akan diberikan di empat PPV Intergrasi sekitar Lembang Klang yang sedang beroperasi ketika ini bermula esok.
Kenyataan media kementerian itu menyatakan, ia bagi mempertingkatkan lagi kadar pengambilan dos penggalak dan memastikan lebih ramai penduduk di Lembah Klang mendapat perlindungan imuniti yang optimum terhadap jangkitan COVID-19 termasuk ancaman varian Omicron.
Kementerian itu berkata, liputan vaksinasi dos penggalak di Lembah Klang juga amat menggalakkan dengan 68.2 peratus penduduk dewasa sudah menerima dos penggalak, selepas Sarawak yang mencatatkan liputan tertinggi iaitu sebanyak 69.5 peratus.
“Sehingga semalam, seramai 11,119,363 atau 47.5 peratus penduduk Malaysia berusia 18 tahun dan ke atas sudah menerima dos penggalak vaksin COVID-19,” katanya.
KKM berkata, Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan – Dos Penggalak (PICK-Booster) yang bermula pada 13 Oktober lalu, adalah antara langkah mengawal pandemik COVID-19.
Ia memaklumkan, sejak 15 Januari lalu, empat PPV Integrasi dibuka untuk mempertingkatkan lagi kapasiti pemberian vaksin di Lembah Klang, iaitu di World Trade Centre (WTC), Kuala Lumpur; Axiata Arena, Bukit Jalil; Ideal Convention Centre (IDCC), Shah Alam; dan Dewan Soka Gakkai, Klang.
Katanya, vaksin yang diberikan di PPV Integrasi di Lembah Klang adalah vaksin AstraZeneca, manakala vaksin Pfizer juga akan dibekalkan bagi individu tertentu seperti ibu hamil yang sudah menerima temujanji atau individu yang mempunyai kontraindikasi terhadap vaksin AstraZeneca.
“Individu yang ingin hadir secara ‘walk-in’ perlu memastikan sijil vaksinasi digital dalam aplikasi MySejahtera adalah lengkap bagi melancarkan proses vaksinasi,” katanya lagi.
Viral baru-baru ini apabila dilaporkan satu laporan polis oleh seorang lelaki yang mendakwa disuntik dengan picagari kosong ketika hadir mendapatkan suntikan vaksin di sebuah hospital.
Perkara ini juga telah disahkan polis Kuala Langat yang sedang menyiasat kes itu.
Menurut laporan polis yang dibuat, lelaki berkenaan mendakwa dia disuntik menggunakan picagari kosong oleh petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) selepas menonton semula video yang dirakamnya semasa proses vaksinasi itu.
Menurutnya, selepas menerima vaksin dia melihat semula video yang dirakam di telefon bimbit dan mendapati dirinya disuntik menggunakan picagari kosong malah jarum suntikan tidak ditekan pada tubuhnya.
Dia yang berasa sangsi kembali kepada petugas KKM berkenaan untuk mendapatkan kepastian dan menunjukkan video tersebut.
Namun dakwanya lagi, petugas KKM memarahinya kerana membuat rakaman dan minta memadam video itu selepas memberi suntikan sekali lagi.
Terpanggil dengan kes yang berlaku dan sebagai salah seorang frontliner, Doktor Izzar Anwari yang juga suami kepada pelakon Ummi Nazeera memmberi peringatan dan nasihat kepada mereka yang akan menerima suntikan vaksin.
Menurutnya kes ini sebahagian human error yang memang akan berlaku jika terlalu penat dek kerana tugasan yang sangat mencabar.
Justeru bagi mengelak berlakunya kes sebegini, Doktor Izzar meminta mereka yang menerima vaksin akan meminta vaccinator untuk periksa betul-betul syringe diberi sama ada kosong atau tidak.
Human error memang akan berlaku kalau dah terlalu penat atau apa2 lagi sebab pun. Yela, berdiri kat luar panas2 n lama2 kot. Orang tu dah dapat dah pun dos ulangan dia tu hari ni. Kesian pulak kena cucuk 2 kali. Terima kasih sebab masih nak dicucuk.
Kepada yang akan divaksinasi, minta vaccinator tunjuk dulu syringe vaksin sebelum n selepas dicucuk. Check betul2. Sebelum cucuk ada isi, selepas cucuk patut kosong la kan. Sebab memang akan ada faktor ‘human error’ ni. Kita sebagai yang dicucuk pun kena main peranan.
Wife saya pi vaksinasi haritu pun saya teman sebab faktor ‘human error’ ni. Alhamdulillah semua okay
All the best semua. Kadar vaksinasi Malaysia memang dah tinggi sekarang. Yang belum dapat tu, tak lama lagi la dapat tu. iAllah
Sentiasa berprasangka baik & jangan terburu-buru membuat kesimpulan. Kita kan orang Islam. #drizzarshares
Tidak lama lagi kita akan mnerima suntikan vaksin Covid-19. Namun ramai yang sangsi sejauh mana keberkesanan vaksin ini dalam melawan virus ini.
Adakah ia membahayakan kesihatan atau mempunyai kesan sampingan lain yang kita tidak tahu.
Dalam satu perkongsian di laman sosial Instagram, salah seorang doktor pelatih pakar bedah yang kini bertugas di Northampton General Hospital, United Kingdom (UK), Dr Farah Shaheera Roslan (Dr Farah) menyeru rakyat Malaysia agar menunaikan tanggungjawab bersama untuk mengambil suntikan vaksin Covid-19.
Menurutnya, sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK, beliau ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti barisan petugas hadapan dan warga emas supaya mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Sebagai salah seorang penerima terawal vaksin di UK (alhamdulillah), saya ingin mengajak rakyat Malaysia terutamanya kumpulan berisiko tinggi seperti pekerja petugas hadapan dan golongan tua untuk mendaftar dan mendapatkan suntikan vaksin.
Dia yang menerima Covid vaksin ini pada 7 Februari lalu berkata keadaannya alhamdulillah sihat dan hanya mengalami sengal-sengal lengan saja.
Justeru beliau menyeru agar rakyat Malaysia beramai-ramai mengambil vaksin ini bukan saja untuk menjaga diri tetapi juga ahli keluarga tersayang serta masyarakat daripada pandemik ini.
Pada masa sama, beliau juga berkongsi coretan mengenai Mufti Wilayah Persekutuan, Datuk Dr Luqman Abdullah yang telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus dan wajib.
Mufti Wilayah Persekutuan juga telah memutuskan hukum pengambilan vaksin adalah harus/wajib selaras dengan sabda Rasulullah (saw), “Tidak boleh melakukan sesuatu yang memudaratkan dan tidak boleh memberikan mudarat kepada orang lain” [HR Ibnu Majah]*
Marilah kita bersama-sama memainkan peranan dalam membanteras wabak COVID-19 ini bukan sahaja untuk menjaga kemaslahatan diri sendiri, tetapi orang yang kita sayangi juga.
Untuk maklumat tambahan mengenai COVID-19 dan vaksin di Malaysia: http://covid-19.moh.gov.my
Dalam perkembangan berkaitan, Dr Farah menyatakan Program Imunisasi Kebangsaan Covid-19 akan bermula secara berperingkat pada 26 Februari 2021 di seluruh Malaysia.
Jadi usahlah kita ragu-ragu untuk menerima suntikan vaksin secara percuma ini dalam membendung penularan virus ini dari terus merebak.
Sebelum ini nama Dr Farah yang dilahirkan di Negeri Sembilan menjadi sebutan selepas usaha beliau mencipta hijab pakai buang ketika berada di dalam dewan bedah mendapat sambutan positif.