Selain demam berpanjangan salah satu simptom diserang virus Covid-19 adalah sesak nafas. Jika ini berlaku cepat-cepat berjumpa doktor untuk lakukan swab test.
Namun begitu, sesak nafas juga boleh terjadi disebabkan beberapa faktor lain seperti alahan pada debu atau terdedah pada semburan bahan kimia atau mempunyai masalah anaemia.
Perkongsian menarik dari Doktor Zubaidi Hj Ahmad mengenai gejala sesak nafas yang jarang kita ambil tahu punca dan tindakan apa perlu dibuat jika terkena serangan ini.
SESAK NAFAS
Sesak nafas adalah keadaan di mana seseorang itu mengalami kesukaran bernafas atau semput dan biasanya keadaan ini lebih ketara semasa melakukan aktiviti fizikal.
Sesak nafas ini boleh berlaku secara akut dan kronik :
1. Sesak nafas akut adalah gejala datang secara tiba-tiba dan hilang dalam jangka masa beberapa hari setelah rawatan.
2. Sesak nafas kronik adalah keadaan di mana sesak nafas berlaku secara berterusan dalam jangka waktu yang lama.
Sesak nafas adalah gejala yang perlu diberi perhatian kerana ia mungkin memberi petanda seseorang itu mengalami penyakit sistem pernafasan atau sistem kardiovaskular.
Penyakit sistem pernafasan yang biasa berlaku sesak nafas adalah asma, jangkitan paru-paru akut (pneumonia), jangkitan paru-paru kronik seperti tibi, paru-paru berair (pulmonary oedema), penyakit obstruktif saluran pernafasan kronik (Chronic Obstructive Airways Disease) dan kanser paru-paru.
Penyakit kardiovaskular yang boleh menyebabkan sesak nafas adalah kegagalan jantung, serangan jantung dan kelainan denyutan jantung (cardiac arrhythmias).
Keadaan lain yang boleh menyebabkan seseorang mengalami masalah sesak nafas adalah kekurangan darah merah (anaemia), alahan , resdung, kegelisahan (AnxietyDisorders) dan kegemukan.
Ads
GEJALA SESAK NAFAS
1. Jika anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba disertai sakit atau ketat dada, kemungkinan anda mengalami serangan jantung, pneumothorax (udara berada antara paru-paru dan dinding dada) atau pulmonary embolism (darah beku dari bahagian kaki telah bergerak ke paru-paru).
2. Jika anda mengalami sesak nafas mengikut episod disertai oleh bunyi seperti wisel (wheezing) atau batuk, anda mungkin menghidapi serangan asma atau jangkitan yang menyebabkan saluran pernafasan menjadi sempit.
3. Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan dan semakin teruk disertai dengan sejarah pendedahan kepada asap rokok, habuk dan semburan bahan kimia anda mungkin menghidapi penyakit saluran pernafasan obstruktif kronik (COPD).
4. Jika anda pernah bekerja di tempat yang mendedahkan anda kepada asbestos, habuk kayu, semburan bahan kimia, anda mungkin menghidapi penyakit paru-paru berkaitan pekerjaan (Occupational Lung Diseases).
5. Jika kaki anda bengkak dan mengalami sesak nafas semasa baring mendatar, anda mungkin mengalami kegagalan jantung (heart failure).
6. Jika anda cepat berasa letih, kelihatan pucat dan sesak nafas terutamanya bila melakukan aktiviti fizikal, anda mungkin mengalami anaemia.
7. Jika anda bernafas dengan cepat disertai dengan rasa pening atau berasa kebas pada tangan atau sekitar mulut, anda mungkin mengalami hyperventilation (bernafas keterlaluan biasanya disebabkan oleh aktiviti fizikal yang berlebihan dan tekanan emosi).
Ads
8. Jika anda sesak nafas disertai demam, batuk atau batuk darah dan kehilangan berat badan,anda mungkin menghidapi jangkitan seperti tibi atau kanser paru-paru atau pulmonary embolism.
9. Jika anda demam, disertai hingus berair dan batuk berkahak anda mungkin mengalami jangkitan saluran pernafasan (bronchitis) atau jangkitan paru-paru (pneumonia).
TINDAKAN
Sekiranya anda mengalami salah satu gejala yang dinyatakan, sila pergi ke Jabatan kecemasan hospital atau klinik kesihatan dengan atau hubungi perkhidmatan ambulan dengan serta-merta, sekiranya anda mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan disertai oleh sakit atau ketat dada, serangan asma teruk, bibir dan jari anda menjadi biru dan rasa seperti hendak pengsan.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami sesak nafas hanya dengan melakukan aktiviti fizikal ringan, sesak nafas semasa baring dan perlu bersandar dengan beberapa bantal untuk melegakannya, nafas berbunyi, sesak nafas disertai demam dan batuk.
Ads
Jika anda mengalami sesak nafas yang berterusan kerana menghidapi penyakit paru-paru kronik, anda digalakkan untuk berhenti merokok, lakukan senaman secara berkala mengikut kemampuan fizikal anda, elakkan dari terdedah kepada udara tercemar dan bahan alahan dan berterusan mengambil ubat-ubatan yang dibekal oleh doktor mengikut arahan.
DIAGNOSA DAN RAWATAN SESAK NAFAS
Doktor akan bertanya lebih lanjut dan membuat pemeriksaan fizikal serta melakukan ujian tertentu bagi mengenal pasti penyakit anda.
Antara ujian yang mungkin dilakukan oleh doktoradalah X-Ray dada, electrocardiogram (ECG), ujian fungsi paru-paru (PEAK FLOW METER / SPIROMETER), pemeriksaan darah dan kahak.
Rawatan yang diberi adalah khusus untuk penyakit yang menyebabkan gejala sesak nafas tersebut.
Perjalanan diet yang berjaya, ini salah satu perubahan saiz yang nampak hasilnya. Bukan ‘kaleng-kaleng’, hilang 28KG selepas berusaha jaga pemakanan setiap hari.
Menerusi perkongsian Puan Ulfa Alwi, dia yang beratnya 85 kg sebelum ini dapat turunkan sampai 57 kg. Sekarang selesa sangat nak bergerak dan yang penting dia kurus tanpa ambil produk, ya.
Jemput baca tips wanita yang berstatus ibu dan isteri ini amalkan sepanjang dia nekap nak kurus.
Kurus Tanpa Ambil Sebarang Produk
“Cara saya cuma tinggalkan minuman manis, makanan bergoreng, dan makanan yang mengandungi tepung.
“Sarapan wajib setiap hari, makan tengahari ambil protein dan karbo barulah kenyang sampai ke malam. Air wajib dua botol mineral besar sehari.
“Saya tak berapa pro lagi dalam bidang diet, tapi saya selalu belajar dan nekad.
Apa yang perlu dan tak perlu. Senam pun wajib buat. Saya buat dari rumah saja. Setiap pagi atau petang. Buat senaman kardio selama sejam.” Tulisnya.
Bila berat badan kita turun, kulit pun auto cantik.
“Hari itu saya ada kogsikan pasal penurunan berat badan saya setahun.
Tapi saya tak bagitau lagi detail tentang cara pemakanan dan senaman yang saya buat selama setahun. Sesiapa yang ada persoalan boleh lah baca perjalanan diet saya ni.” Kongsinya lagi.
Perjalanan Diet Yang Berjaya
Hakikatnya bukan senang nak ubah saiz kalau anda tak jaga makan. Namun untuk mudahkan anda, rujuk contoh gaya makanan wanita ini seperti di bawah.
Sarapan
Dua biji telur rebus / oat + nestum + kurma. Sebelum makan wajib ambil air putih segelas. Selepas makan pun sama. Kalau nak amik roti wholemeal campur dengan telur hancur pun ok. Yang penting wajib sarapan.
Tengah Hari
Nasi segenggam, ikan/ayam, sayur sayuran. Tapi saya jarang sangat ambil nasi. Bila rasa teringin baru amik. Kalau tak ambil nasi tukarkan kepada ubi kentang, jagung atau roti wholemeal dua keping.
Makan Malam
Saya jarang makan malam. Kalau rasa nak kunyah atau lapar boleh makan sebiji epal + oat. Tapi selalunya saya jarang sangat makan malam.
Minum air dua botol mineral setiap hari dan saya suka zumba. Seminggu 5 kali setiap petang selama sejam.
Dan setiap bulan saya suka reward diri saya. Sebulan 3 kali saya akan cari hari di mana saya akan makan benda yang saya teringin sangat.
Contoh nak minum air manis dan mcd saya makan dalam satu hari tu. Jadi memang tak stress langsung dengan diet. Dalam masa kita diet, kita boleh makan apa yang kita nak tapi jangan selalu. Boleh set dalam sebulan bila nak cheatday.
Semoga sesiapa saja nak turunkan berat, tercapai lah untuk tahun ni. Ingat, tiada siapa boleh tolong kita melainkan diri sendiri.
Konsisten dan mental yang cekal perlu, ok. Sebab hari hari kita akan hadap makanan sedap sedap di depan mata.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Pernah mengalami kenaikan berat badan berlebihan yang tidak sesuai dengan saiz ketinggian menyebabkan wanita ini tekad untuk diet.
Memilih diet yang lebih sihat iaitu suku-suku separuh dan masih mengutamakan pengambilan nasi dalm setiap hidangan.
Bagi wanita ini Ika yang pernah mengalami berat sehingga mencecah 68.9 kg tidak putus berusaha untuk mencapai berat idaman.
Melihat pada perkongsian menu yang diambil semuanya memikat selera. Siapa kata diet tak boleh makan sedap, apa yang penting portion yang diambil.
Hampir 9 bulan mengamalkan diet, akhirnya dia berjaya menurunkan berat badan sehingga 13 kg.
Tak ada apa yang senang, Kalau banyak sangat alasan bagi sampai bila-bila tak jalan
Ni pun down hari tu sebab atan bawa makan malam, mana lah kita tak terliur Support orang sekeliling penting
Banyak bagi alasan tak boleh nak diet betul-betul sebab member ajak lepak makan sedap-sedap. Senang je, pengganti gula dah ada (sweetener/stevia)
Tapi ika tak amik pun, ika terus order kak fresh oren takda gula ya
Kalau kawan makan sedap sekali sekala cheat apa salah nya. Takkan lepak hari-hari kan
Nak seribu daya, tak nak seribu dalih. Hari-hari bsing orang cakap gemuk lah apa lah tapi diri sendiri bagi alasan
Ika diet pun makan benda sedap, subway boleh, tanpa sos, cuma olive oil. Ayam masak lemak aku makan, salai lemak aku makan, sardin ika makan,
Aih semua sedap-sedap. Portion jaga ! Slow-slow. Naik turun tu benda biasa
Semoga berjaya kawan-kawan.
Ini Menu Sihat & Sedap Diambil:
#dsss disebabkan berat ika naik mendadak waktu pregnant ni ika kena buat diet suku separuh. InshaAllah boleh untuk ibu2 mengandung and baby pun dapat cukup nutrisi
3 kali makan mcm ni Malam dinner buah. Nasi nmpk mcm banyak tapi sikit je tu sbb ika lenyekkan
Jangan jeles tengok sayur kita
Tekak memang x boleh terima kimchi tapi kimchi ni tak ada gula cuma ada gram, ambil berpada2 lah kan. Yang ni sedap ika 1st time suka kimchi
Siapa tidak mengenali pelakon yang sangat berbakat, Fazura. Bukan saja cemerlang dalam dunia lakonan, dia juga mempunyai seraut wajah yang cantik.
Malah tak puas mata memandang setiap kali figura ini muncul di khalayak ramai. Kecantikan semula jadi dimiliki dan wajahnya tetap berseri walaupun tanpa sebarang solekan.
Walaupun kini sudah mempunyai seorang anak, isteri kesayangan Fattah Amin ini tetap kekal jelita dalam sisi tersendiri, terutama bab senyuman.
Rupanya inilah rahsia kecantikan sebenar Fazura. Sentiasa ketawa menjadikan dirinya sering berada dalam keadaan positif dalam apa juga situasi.
Menurut fazura, ketawa adalah tip paling mudah untuk kelihatan cantik . Ketawalah setiap hari kerana perasaan gembira itu akan membuatkan diri kita sentiasa nampak muda.
Cantik Itu Sebenarnya Hati Kita
Cantik itu apabila kita adalah milik Allah dan segala pujian hanya miliknya-Nya. Cantik itu sebenarnya hati kita.
Menurut Fazura, tekanan beri masalah pada kesihatan dan kulit. Stres itu negatif. Anda tidak nampak cantik bila anda ‘memakai’ negatif.
Sentiasa Berfikiran Positif
Ini antara tips penting dari Fazura. Selalu berfikiran positif, be happy dan sayangkan diri. Berhenti menganalisis orang lain malah fokus pada diri sendiri dan bersyukur atas apa yang anda miliki.