Sebelum workout, perhatikan dulu jenis makanan apa yang anda makan kerana jika tersilap boleh menyebabkan badan tidak menjadi seperti yang anda inginkan.
Mengambil makanan yang salah bukan sahaja boleh memberi kesan yang buruk kepada tubuh badan, sebaliknya boleh menghalang anda untuk mendapat hasil yang maksimum.
Ads
Oleh itu, sebelum workout pastikan anda tidak mengambil makanan-makanan ini jika tidak mahu usaha anda untuk membina otot menjadi sia-sia.
Ads
Ads
Siapa kata kaum wanita tidak boleh membina otot, cuba dulu baru tahu hasilnya.
1. GULA & MINYAK
Memang nampak menyelerakan, namun pastikan anda elak mengambil makanan yang mempunyai kandungan gula dan minyak yang tinggi seperti donut atau kuih-muih tradisional sebelum bersenam. Walaupun ia mampu memberi tenaga ketika peringkat awal anda bersenam, namun badan anda akan mula rasa lemah semasa pertengahan aktiviti senaman, sekali gus boleh menyebabkan pening kepala.
2. MAKANAN SEGERA
‘Makanan segera’ bukan sahaja mengundang penyakit, malah ia juga sukar untuk dihadam. Ini kerana darah lebih tertumpu untuk mengalir ke organ perut untuk membantu proses pencernaan. Seterusnya, ia akan menyebabkan darah kurang mengalir ke otot-otot utama yang diperlukan semasa anda melakukan aktiviti bersenam.
3. MAKANAN TINGGI SERAT
Secara umum, makanan yang kaya dengan serat seperti pasta, roti gandum dan oat dapat membuatkan perut anda kenyang lebih lama. Namun sebelum bersenam, makanan tinggi serat ini perlulah dielakkan kerana ia memerlukan masa yang lama untuk dicernakan di dalam badan sehingga boleh mengganggu pencernaan. Ketidakselesaan ini boleh mengakibatkan timbulnya kembung, mual dan kekejangan perut yang boleh menghalang aktiviti senaman anda.
4. MINUMAN BERKARBONAT
Minum jenis ini sememangnya tidak berkhasiat dan sudah pasti ia tidak sesuai untuk diambil sebelum pra-latihan. Kandungan gula yang tinggi boleh membuatkan perut kembung, kejang perut atau mual semasa bersenam.
5. MINUMAN TENAGA
Minuman tenaga sebenarnya mengandungi kandungan gula dan kafein yang tinggi. Pengambilan minuman tenaga yang berlebihan boleh membuatkan pola tidur anda menjadi tidak sekata. Ini boleh mengganggu rutin senaman dan pemakanan sehingga merosakkan impian anda untuk memiliki bentuk badan yang anda idamkan.
6. MAKANAN PEDAS
Makanan pedas perlu anda hindari sebelum bersenam kerana ia boleh menyebabkan terjadinya gangguan pada pencernaan ataupun pedih ulu hati. Bukan itu sahaja, makanan pedas juga boleh meningkatkan kekejangan sekali gus memaksa anda untuk menghentikan latihan atau mempengaruhi usaha anda ketika bersenam.
Mampu Senyum & Kekal Cantik Waktu Meneran. Elfira Dedah Kelebihan Ambil Epidural Bersalin Anak Kedua! Baru sahaja melahirkan anak keduanya, pelakon Elfira Loy dipuji pengikutnya kerana nampak tenang dan cantik sewaktu detik melahirkan anak keduanya, Nur Arial Mikayla 20 Mei lalu.
Video yang dikongsi olehnya memperlihatkan momen dia melahirkan puterinya dalam keadaan tenang malah boleh tersenyum sepanjang proses melahirkan berkenaan. Ramai yang meminta bagaimana dia boleh setenang itu ketika dalam bilik bersalin.
Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.
Bukan itu sahaja, Elfira turut menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu proses itu.
Untuk info, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan dikurnikan dua anak, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun dan Nur Aria Mikayla.
Setiap orang pastinya punya impian untuk kekal awet muda, sihat dan bertenaga walaupun usia sudah bertambah.
Tidak perlu menggunakan produk kosmetik mahal sebaliknya hanya mengamalkan minum jus pelbagai campuran buah-buahan dan sayuran.
Dengan mengamalkan pengambilan secara konsisten dapat membantu sebagai anti penuan kala usia menjengah 30-an.
Siapa yang tidak mahu sihat dan muda sentiasa? Pastinya perkongsian sebegini begitu manfaat untuk diri sendiri dan keluarga.
Memang tidak dinafikan buah-buahan dan sayur-sayuran ini memang banyak manfaatnya. Cuma bagi mereka yang sibuk pastinya, akan culas untuk makan makanan yang sihat.
Yang pasti, campuran buahan-buahan dan sayuran ini akan memberi manfaat kepada yang mengamalkannya.
Mudah sahaja. Kisar dan minum. Malah ada petua mengatakan, jika mahu mendapat lebih khasiat, minum segera dalam tempoh dua minit.
Amalkan minuman ini. Seminggu sekali sudah memadai untuk kesihatan diri. Minuman ini adalah untuk kurus, kulit cantik, mata cantik, kulit mulus dan halus, toksin keluar, darah lancar, penjagaan usus, tenaga zahir dan batin.
Kisar sahaja semua bahan dan boleh sejukkan dalam peti sejuk. Boleh buat stok untuk beberapa hari.
Kebanyakan wanita cukup takut kalau wajah tua dari usia sebenar, namun apa cara yang terbaik untuk kelihatan awet muda dengan cara yang selamat dan jimat?
Ini usia belum pun cecah 40an tetapi sudah ada garis-garis halus di dahi dan bahagian tepi mata. Malah wajah juga kelihatan kusam dan lebih tua berbanding usia sebenar.
Apa faktor sebenarnya terjadinya masalah ini. Semuanya adalah berkaitan dengan faktor pemakanan dan kurang menjaga kesihatan diri.
Faktor Wajah Tua Dari Usia
Jika ada faktor di bawah ini menjadi amalan anda, tinggalkan tabiat ini agar wajah anda kembali segar, bermaya dan nampak muda.
Terlalu terdedah kepada cahaya matahari boleh merosakkan kulit sekali gus menyebabkan berlakunya penuaan kulit melalui tekanan oksidatif. Sentiasalah memakai krim pelindung wajah atau sebaiknya kurangkan aktiviti anda di luar rumah.
Perubahan dalam badan yang disebabkan oleh molekul reaktif tinggi yang dikenali sebagai radikal bebas boleh merosakkan sel-sel kulit.
Tekanan yang berlebihan boleh mempercepatkan penuaan otak sekali gus meningkatkan tekanan darah dan mengganggu tabiat tidur yang akhirnya merangsang proses penuaan badan secara keseluruhan.
Tidur menelungkupkan muka pada posisi yang sama di bantal setiap hari juga boleh mempercepatkan penuaan dan menimbulkan kedutan atau garis-garis tidur.
Pastikan anda tidur secukupnya setiap malam, 7-9 jam ya. Kalau tidak cukup tidur atau mempunyai tidur yang tidak berkualiti, ini akan memberi banyak kesan pada kesihatan antaranya meningkatkan berat badan, menjadikan kulit pucat dan wajah nampak tua, menjejaskan sistem imun dan daya ingatan serta mengurangkan tumpuan.
Kulit yang terdedah pada pencemaran seperti asap, habuk, kekotoran dan bahan kimia juga boleh menjadi antara punca berlakunya penuaan kulit kerana ia boleh merangsang pelepasan radikal bebas yang merosakkan kulit.
Seorang perokok tegar memiliki wajah yang kelihatan lebih tua berbanding umur sebenarnya. Merokok dan menghidu asap rokok boleh menghasilkan banyak radikal bebas yang mempercepatkan penuaan kulit. Tabiat tidak sihat ini juga boleh meningkatkan risiko pelbagai penyakit antaranya penyakit jantung, kemandulan, tekanan darah tinggi dan pelbagai jenis kanser khususnya kanser paru-paru.
Kebanyakan masalah kesihatan seperti penyakit jantung, diabetes, kanser dan arthritis berkait rapat dengan berat badan berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh sel-sel lemak yang menggalakkan proses penuaan.