Cuma amalkan penyegar semula jadi, kulit akan lebih sihat dan sihat. Okay, bagi anda yang nak wajah licin tanpa parut, bolehlah cuba tip Puan Sarifa Redzuan kerana dia menggunakan 100 peratus bahan semula jadi untuk penyegar muka.
Bukan sahaja kulit berasa segar dan lembap, parut bekas alergi dan jerawat pun cepat pudar. Kulit wajah sensitif pun boleh!
Jadi tak perlu lagi berbelanja mahal untuk jaga kulit wajah, apatah lagi di pasaran pun banyak produk yang mengandungi bahan kimia yang tinggi. Bukan senang nak pilih yang terbaik.
1. 1/3 timun
2. 1/8 sengkuang
3. 1/4 ubi bit
1. Kisar semua bahan tanpa air atau boleh sagat mahupun tumbuk menjadi halus
2. Perah dan ambil airnya sahaja
3. Simpan dalam peti sejuk
4. Sebaiknya letak dalam botol semburan
1. Selepas cuci muka, sapu atau sembur penyegar wajah ni
2. Kemudian lakukan sedikit urutan pada wajah supaya cecair penyegar tadi dapat meresap masuk ke dalam kulit
3. Amalkan 2-3 kali dalam sehari untuk mendapatkan kesan maksima
Penggunaan ubi bit dapat membantu mencegah masalah pigmentasi di samping memudarkan parut kerana bahan ini diperkaya dengan vitamin C.
Sumber zat besi, fosforus dan protein yang terkandung di dalamnya juga akan membuatkan kulit menjadi sihat ala ‘pinkish’ apabila selalu diamalkan.
Timun pula kaya dengan antioxida dan merupakan ejen pelembap terbaik pada kulit di samping khasiat sengkuang yang sarat dengan vitamin A, vitamin B, vitamin C, vitamin K dan vitamin B1.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tular kisah ibu dua orang anak di China apabila mampu membeli rumah selepas berhenti kerja di pejabat.
Ibu dikenali sebagai Liu Xiaoli merupakan graduan universiti dan pernah bekerja sebagai pekerja pentadbiran sebuah pejabat di Henan.
Menurutnya, kerjaya tersebut tidak menghasilkan pendapatan lumayan buat dirinya. Ibu itu akhirnya membuat keputusan untuk menukar pekerjaan sebagai tukang cuci kerana memerlukan lebih banyak wang untuk digunakan anak ke sekolah.
“Anak saya mula bersekolah dan ibu bapa saya semakin tua. Saya memerlukan lebih banyak wang. Selepas menjadi tukang cuci, saya takut untuk memberitahu ibu bapa saya dan tidak mahu mereka dimalukan,” ujar Liu.
Liu pada mulanya menyembunyikan pekerjaan tetapi selepas setahun dia akhirnya memberitahu perkara sebenar kepada ibu bapanya.
Sokongan ibu bapa membuatkan wanita tersebut semakin semangat untuk berkerja dan menjadi tukang cuci profesional. Hasil titik peluh Liu, dia akhirnya berjaya membeli dua rumah dan kereta.
Kisah Liu berjaya menarik perhatian warganet dan video memaparkan dirinya membersihkan rumah mendapat lima juta tontonan.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Cuci muka guna teknik 60-second rule, hasilnya kulit wajah flawless & glowing. Sungguh, nak cantik memang perlukan kerajinan dan minat.
Tidak perlu modal besar untuk kelihatan cantik, tetapi nak sedikit kerajinan dengan teknik yang betul untuk dapatkan kulit wajah yang bersih dan sihat.
Sebenarnya ada cara tertentu teknik mencuci wajah yang mampu memberikan kesan yang halus dan mulus pada kulit.
Perkongsian daripada pengguna laman twitter Maisara Mahmud yang memberitahu teknik 60-second rule dan keajaiban yang dirasainya.
Cuci Muka Guna Teknik 60-Second Rule
Semalam I tak bawak jam masuk toilet, so bila I cuci muka tuh I kira 1 sampai 60 saat.
I used my Simple Cleansing Oil for 60 second and bila I usap usap kulit i for 60 second, I dpat rasakan byaknya biji dari muka i yg terkeluar. Smpai I question I guna cleansing oil ke scrub ni??
So after 60 second, I rinse off my face. I boleh nmpk my skin is sooo much smoother (softer?) than before. Then I proceed with my normal cleanser (Yg normal cleanser I tak guna the 60 second rule I buat guna cleansing oil jeh).
But after awhile, I notice my skin started to get red (potential sign of irritation) mungkin sebab terlalu lama usap muka yaaa.
Pastu I proceed with my next step – Hada Labo Hydrating Lotion (sebaik my HL Lotion tuh sejuk! ) it calms my irritated skin at that time.
So my take on this technique – I love the #60SecondRule so much because I baru sedar I byak biji dkat muka & this technique help me to cleanse my face better.
But I will not use this technique everyday, maybe 1-2 times a week to begin.
Everytime you encounter a new technique – always listen to your skin, what does your skin tell you.
You guys boleh try sehari dlu & tgok how your skin reacts.
60 second rule ni dia guna normal cleanser sepatutnya, tapi I nk try guna my cleansing oil.
CARA-CARA URUTAN CUCI MUKA YANG BETUL
Cara urutan muka yang betul adalah dengan cara menaik ke atas agar kulit tidak berlaku kekenduran dan sama juga kalau semasa mencuci wajah hendaklah menolak kulit ke atas agar kulit menjadi bersih.
KENAPA MENOLAK KE ATAS?
bila mencuci kita hendaklah menolak ke atas ruang-ruang kulit yang tertutup oleh bedak tadi dapat dibuka dan dicuci bersih dengan pencuci muka.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.