Dipercayai ada pork gelatin & tak halal, pengguna dinasihat elak beli produk Soft Candy With Jam. Golongan kanak-kanak memang sangat menggemari gula-gula sama ada yang keras atau lembut.
Dengan pelbagai corak serta warna menyebabkan gula-gula ini cepat viral dan menjadi salah satu tarikan untuk kanak-kanak merasainya.
Namun begitu, sebagai pengguna kita perlu peka dengan sebarang produk gula-gula yang dimakan oleh anak-anak kerana ada antaranya mengandungi bahan terlarang.
Ads
Seperti perkongsian seorang pengguna laman sosial Facebook Syasya Eyrah yang menyedari bahawa gula-gula Soft Candy With Jam ini rupanya mengandungi gelatin babi.
Jelas tertera pada isi kandungan tertulis Pork Gelatin walaupun diletakkan logo halal JAKIM di muka depannya. Gula-gula ini dikatakan boleh dibeli secara dalam talian.
Walau bagaimanaun setelah disiasat oleh pihak JAKIM, rupanya logo halal yang digunakan adalah tidak diiktoraf oleh JAKIM dan ia telah disalah guna oleh pihak pengilang berkenaaan yang juga telah merahsian alamat seenar produk dikeluarkan.
Ini juga bertujuan untuk mengelirukan umat islam yang pasti akan tertarik untuk membelinya disebakan ada memaparkan logo Halal berkenaan tanpa menyedari isi kandungannya.
Ads
Pada produk tersebut juga turut tertera logo Halal Food Council International $ Asia Region dan situasi ini sedikit sebanyak memgundang rasa salah faham masyarakat terhadap pensijilan Halal Malaysia.
Untuk maklumat semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang tidak diiktoraf oleh JAKIM. Sehubungan itu penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan negara ini.
Produk Soft Candy With Jam
Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/
Ini rahsia wanita Jepun nampak lebih muda bukan sebab mekap tebal ya, tetapi biasanya dek kerana penjagaan wajah dengan betul. Tidak menggunakan bahan kimia yang tinggi, tetapi lebih memilih bahan semula jadi dan selamat untuk kulit.
Menurut satu perkongsian daripada Puan Dea Nadya, dia pernah tanya kawan yang berasal dari Jepun tentang tips cantikkan kulit wajah.
Haaa… inilah rahsia wanita Jepun nampak 10 tahun lagi muda dari umurnya.
Terkejut kalau tahu umurnya, malah sedikit cemburu melihat kecantikan kulitnya. Selain cuaca dan makan yang banyak antioksida, dia amalkan tips ini juga. Jom semak.
1 biji telur putih
1 sudu serbuk kopi atau nescafe
1 sudu tepung jagung
3 titik vitamin E atau minyak zaitun
Anda boleh sapu dekat tangan, muka dan bawah mata. Rasa kulit tegang dan lebih segar. Cubalah, nanti anda dapat rasa perbezaan pada kulit selepas konsisten pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Buat anda yang sedang ‘menggali’ cara hilangkan selulit dengan lebih jimat dan berkesan, anda boleh menggunakan beberapa tip ini.
Sebenarnya selulit muncul bukan sebab berat badan, tetapi kandungan lemak di bawah kulit yang terkumpul sehingga memberi tekanan pada tisu-tisu penghubung yang ada permukaan kulit menyebabkan garisan-garisan selulit.
Namun selulit bukanlah penyakit tetapi hanya lapisan lemak terkumpul di bawah kulit.
Jangan risau, jom cuba beberapa cara hilangkan selulit yang anda boleh cuba.
Penggunaan retinoid seperti tretinon dapat membantu mengurangkan selulit di bahagian paha dan perut kerana membina semula protein dalam kulit yang dipanggil kolagen.
Namun, ibu hamil dan ibu yang menyusukan anak tidak dinasihatkan untuk menggunakan kaedah ini kerana kesan sampingan yang boleh menjejaskan bayi.
Selain itu, untuk menghilangkan selulit boleh juga menggunakan laser. Laser berfungsi untuk mencairkan lemak dan menghasilkan kolagen untuk menegangkan kulit. Tetapi rawatan ini agak mahal dan hanya mampu bertahan dalam tempoh enam bulan.
Minyak kelapa dara mengandungi banyak manfaat dan antaranya adalah boleh menghilangkan selulit. Urut kawasan paha dan perut menggunakan minyak kelapa secara lembut setiap hari.
Perlu diingatkan bahawa sebarang rawatan penjagaan kulit kadang kala boleh menyebabkan alahan atau sensitiviti. Jadi, jika ada sebarang tindak balas negatif, hentikan segara.
Aktiviti sukan dapat membantu menegangkan otot dan menghilangkan selulit. Yoga, Pilates, berenang, berjalan kaki, berbasikal, memanjat tangga dan menari boleh dilakukan untuk mendapatkan kulit yang cantik.
Pengurangan makanan berproses, karbohidrat dan lemak tepu dapat mengurangkan masalah selulit. Ini kerana pengambilan makanan yang tidak sihat boleh menyebabkan lemak berkumpul dan selulit.
Pengelupasan kimia yang melibatkan penggunaan asid, seperti asid glikolik boleh membantu menghasilkan kolagen semula. Secara umum, prosedur klinikal adalah lebih berkesan berbanding ubatan rumah tetapi prosedur ini biasanya sedikit mahal dan tidak sesuai untuk semua jenis kulit.
Rawat selulit di rumah menggunakan skrub serbuk kopi. Caranya mudah sahaja iaitu campurkan dengan minyak kelapa, minyak zaitun dan kopi. Gosok perlahan-lahan selama beberapa minit. Ampas kopi boleh mengurangkan lebam, merangsang peredaran darah dan menggalakkan pengaliran limfa.
8. CUKA EPAL
Mengamalkan cuka epal boleh membantu mengurangkan berat badan dan pada masa yang sama mengurangkan selulit di bahagian paha serta perut. Minum satu sudu cuka epal tiga kali sehari dan sapukan pada kulit.
Gaya hidup sihat dan penjagaan kulit amat penting untuk mengurangkan selulit. Semoga bermanfaat!
Sumber: Mayo Clinic & Health Line
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Negara kita sekali lagi dilanda gelombang ketiga penularan virus Covid-19 ini. Malah angka bagi kes baru setiap hari semakin tinggi hingga membimbangkan semua.
Kebanyakan daripada kita sudah pun familiar dengan simptom yang boleh dialami oleh mereka yang dijangkiti virus seperti demam, sakit tekak dan sesak nafas.
Namun, sehingga kini, pelbagai jenis simptom baharu yang sering dikaji dan diperbincangkan oleh ahli akademik bagi memahami corak jangkitan virus Covid-19.
Mekanisme jangkitan virus Covid-19 agak kompleks dan manifestasinya hampir sama dengan penyakit lain.
Oleh sebab itulah simptom seperti sakit tekak atau sakit kerongkong sukar untuk dibezakan dengan jangkitan virus lain.
Kebolehannya untuk melekat dan masuk ke dalam sel badan melalui reseptor sel bergantung kepada struktur protein pada virus tersebut.
Secara amnya, kesemua virus yang berasal daripada keluarga coronaviridae mempunyai 4 protein yang menjadi tunjang utama bagi meningkatkan potensi kebolehjangkitan mereka.
Oleh sebab itulah ia diberi nama corona yang membawa maksud mahkota dalam bahasa latin.
Struktur ini mempunyai bahagian yang membolehkan ia melekat pada reseptor yang dikenali sebagai angiotensin converting enzyme 2 (ACE2).
Reseptor ACE2 dimiliki oleh pelbagai jenis organ termasuklah peparu manusia.
Apabila virus tersebut melekat pada reseptor ACE2, tindak balas kimia yang melibatkan protein pada permukaan virus akan membolehkan membran virus untuk diserap masuk ke dalam sel.
Kemudiannya, maklumat genetik virus yang dikenali sebagai RNA akan memasuki struktur nukleus sel (pusat kawalan sel) untuk melalui proses replikasi.
Kesan daripada proses biologi ini, lebih banyak protein virus dapat dihasilkan dan virus yang baru terbentuk akan berlepas keluar untuk menjangkiti sel lain.
Apa yang membezakan struktur virus korona baharu dengan spesies virus korona yang lain adalah protein pepakunya boleh bertindak balas dengan enzim lain yang dikenali sebagai furin.
Ramai sudah sedia maklum bahawa jangkitanCovid-19boleh disebarkan melalui titisan air yang keluar ketika seseorang itu bersin dan batuk.
Selain itu, mereka yang menyentuh permukaan yang tercemar dengan virus (fomit) turut berisiko mengalami jangkitan.
Apabila ujian Covid-19 dibuat pada pesakit, para pengkaji telah mendapati bahawa jumlah virus yang dapat dikesan melalui swab hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan swab oral.
Perkara ini secara tidak langsung membuktikan transmisi virus berlaku melalui hidung sebagai saluran utama sebelum ia bergerak masuk menerusi ruangan oral dan akhirnya peparu.
Jumlah reseptor ACE2 yang terdapat pada ruangan hidung adalah lebih tinggi berbanding dengan kawasan lain pada saluran pernafasan manusia.
Ini bermakna, virus Covid-19 yang berupaya untuk masuk ke dalam hidung mudah untuk menyebabkan jangkitan.
Kepekatan reseptor ACE2 yang tinggi pada ruangan hidung meningkatkan risiko kebolehjangkitan virus bagi mereka yang terdedah.
Perkara ini mampu mempengaruhi angka reproduktif asas (R-naught, R0) yang merupakan anggaran jumlah individu yang boleh dijangkiti melalui seorang yang berjangkit.
Virus lain seperti influenza, SARS dan selesema, kesemuanya mempunyai ciri-ciri yang sama dengan virus Covid-19.
Jumlah reseptor sasaran virus tertumpu pada saluran pernafasan atas.
Oleh sebab reseptor ACE2 turut terdapat pada sel yang menghuni sistem gastrousus manusia, simptom seperti cirit-birit boleh menjadi manifestasi tidak lazim bagi jangkitan COVID-19.
Sukar untuk kita buat kesimpulan berdasarkan kepada simptom semata-mata memandangkan ia tidak spesifik kepada jangkitan Covid-19.
Walau bagaimanapun jika anda mempunyai kriteria berikut, anda perlu membuat ujian saringan dan mengkuarantinkan diri selama 14 hari:
Sejarah perjalanan atau tinggal di luar negara dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU sejarah kontak rapat dengan individu yang disahkan positif Covid-19 dalam tempoh 14 hari sebelum bergejala, ATAU menghadiri acara yang dikenal pasti sebagai kluster wabak Covid-19 (keagamaan/ perkahwinan/ mesyuarat).
Apa yang anda perlu ingat adalah jika anda tergolong dalam mereka yang mempunyai kriteria di atas, kuarantin adalah langkah terbaik.
Simptom yang dialami perlu dipantau dan jika anda mengalami simptom teruk seperti sesak nafas, hubungi hospital berdekatan sebelum bergerak pergi.
Ia bagi memastikan kakitangan kesihatan bersedia menerima kes anda yang disyaki/disahkan positif Covid-19.
Buat masa sekarang, jika anda mengalami simptom ringan seperti sakit kerongkong, demam dan batuk, adalah lebih baik untuk anda mengkuarantinkan diri.
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.