Perasan atau tidak jika tidur bersama pasangan akan kedengaran bunyi berdengkur sebaik saja si dia melelapkan mata.
Jika dengkuran terlalu lama pastinya akan membuatkan tidur anda terganggu. Dan akan menjadi masalah besar sekiraya keadaan ini berterusan.
Apa sebenarnya penyebab masalah dengkur ini dan adakah ada rawatan terbaik mengatasinya.
Perkongsian bebenang di laman sosial twitter Dr. Iskandar Mirza menjelaskan masalah dengkur ini.
Berdengkur adalah bunyi yang kuat dan garau berlaku semasa udara melalui bahagian sempit saluran pernafasan di bahagian tekak dan menyebabkan bahagian tersebut bergetar semasa bernafas. Sesetengah pesakit boleh mendapat masalah dengkur kronik.
Simptom berdengkur
Berdengkur kebiasaan berkait rapat dengan masalah obstructive sleep apnea (OSA). Jika anda ada masalah OSA, anda perlu berjumpa doctor untuk pemeriksaan dan doctor akan bertanyakan soalan seperti
-Tersedar pernafasan berhenti semasa tidur
– Terlalu mengantuk pada waktu pagi
– Susah untuk memberi perhatian
– Sakit kepala pada waktu pagi
– Sakit tekak semasa bangun tidur
– Tidur yang tidak berkualiti
– Terasa tercekik atau mengah pada waktu malam
– Tekanan darah tinggi
– Berdengur terlalu kuat sehingga mengganggu tidur pasangan anda
Bila untuk berjumpa doktor?
Jika ada simptom yang disenaraikan di atas.
Penyebab berdengkur
1) Anatomi mulut -> palate lembut (lelangit) yang tebal dan rendah boleh menyempitkan ruangan pernafasan anda
2) Mengambil alkohol -> mengambil alkohol sebelum tidur akan membuat otot di tekak menjadi lemah dan merendahkan sistem pertahan semulajadi untuk melawan masalah salur pernafasan sempit.
3) Masalah nasal -> masalah selsema yang kronik atau masalah nostril yang tidak normal boleh menyebabkan berdengkur
4) Tidur yang tidak mencukupi-> akan menyebabkan otot di tekak menjadi lemah
5) Posisi tidur -> Apabila tidur dalam posisi baring melintang, kesan graviti adalah paling tinggi terhadap tekak dan menyebabkan bahagian pernafasan menyempit.
Risiko untuk mendapat masalah berdengkur
-Lelaki
-Obes
-Masalah anatomi pernafasan
-Meminum alcohol
-Masalah nasal
-Sejarah keluarga untuk sakit OSA
Komplikasi berdengkur
-Mengantuk pada waktu pagi
-Selalu berasa hampa atau marah
-Susah untuk memberi perhatian
-Risiko tekanan darah tinggi -> stroke
-Risiko untuk berlaku kemalagan jalan raya kerana terlalu mengantuk
Diagnosis
Doktor akan melakukan pemeriksaan menyeluruh dan akan melakukan pengimejan diagnostik dan melakukan ujian tidur
Rawatan berdengkur
Lifestyle changes
-Kurangkan berat badan
-Mengelak mengambil alkohol sebelum tidur
-Merawat masalah selsema kronik
-Elak dari kurang tidur
-Elak dari tidur melintang
Rawatan berdengkur
Jika anda ada OSA
1) Oral appliances -> dapat membuat salur pernafasan sentiasa terbuka semasa tidur
Rawatan berdengkur
Jika anda ada OSA
2) Continuous positive airway pressure (CPAP) -> pressure dari CPAP boleh membuka ruangan sempit di bahagian tekak semasa tidur.
3) Upper airway surgery -> dilakukan oleh pakar bedah ENT
Artikel Berkaitan:
10 Tahun Layan Makan Pedas, Punca Wanita Ini Hampir Kena Kanser
“Bangun Pagi Muka Senget” – Peneraju Bernama Radio Ini Kongsi Pengalaman Alami ‘Bell’s Palsy’
Download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI