Sebelum ini kita mendengar pengalaman selebriti lain yang turut disahkan positif Covid-19.
Namun bagi Marsha, pengalamannya menjentik rasa sebak kerana sebelum itu dalam kesedihan disebabkan kehilangan bapa mertua Datuk Seri Mohamed Ismail Mohamed Othman, 60 tahun pada 10 Syawal lalu.
Walaupun dikatakan bapa mertua meninggal dunia disebabkan Covid-19 tetapi menurut Marsha pula sebaliknya.
Malah dia masih lagi sensitif kerana baru saja kehilangan arwah turut berkongsi bahawa ayah mertuadisahkan bebas jangkitan Covid-19 sebelum meninggal dunia.
Bagaimanapun, kesan virus tersebut telah merosakkan organ-organ di dalam badan arwah sehingga menyebabkan beliau tidak dapat survive.
Tambah Marsha lagi buat masa ini dia masih lagi dalam fasa mengembalikan semula semangat dan emosi yang hilang setelah disahkan positif Covid-19.
“Bagi melawan jangkitan berkenaan prosesnya memerlukan semangat dan pemikiran yang positif memandangkan virus ini tidak mempunyai ubat khusus.
“Mengenai keadaan kesihatan suami dan ahli keluarga yang lain juga ok. Kami banyak mengisi masa dengan aktiviti kelas mengaji dan tahlil bersama ahli keluarga sahaja.
“Begitu juga diri saya sendiri yang mana semakin hari semakin baik berbanding hari pertama dimaklumkan positif Covid-19 dan fasa ‘bertarung’ dengan virus terbabit.
Ads
“Mental pun okey cuma kini saya ekstra berhati-hati dan menjaga SOP kerana difahamkan sekiranya bekas pesakit Covid-19 terkena jangkitan kali kedua, maka berganda risikonya.
“Saya dah lalui situasi itu dan ia amat sengsara. Sukar untuk saya menterjemahkan dengan kata-kata kerana lain orang, lain simptomnya.
“Pengalaman peribadi, Covid-19 telah menganggu paru-paru dan sistem pernafasan saya termasuk mengalami batuk teruk tanpa henti,” katanya yang turut sebak melihat frontliner yang memakai sut PPE tetap tersenyum walaupun dalam keadaan keletihan.
Itu antara pengalaman sepanjang menjalani rawatan di hospital selain melihat keadaan di sana begitu padat hingga katil tidak mencukupi manakala jumlah pesakit di ICU (Unit Rawatan Rapi) pun penuh.
Lebih menyayat hati melihat bayi berusia 40 hari juga dimasukkan ke wad.
Dan kini walaupun telah sembuh namun bagi Marsha tiada istilah pasca Covid-19 selepas dijangkiti virus ini.
Ads
“Segelintir indvidu mungkin berpendapat selepas sihat, maka saya sudah bebas sepenuhnya.
“Jawapan, tidak. Tubuh badan tidak akan sama seperti sebelum ini. Saya mudah penat, apatah lagi ketika menyanyi rasa tersangkut-sangkut.
“Doktor pun sarankan supaya mengawal paru-paru agar tidak bekerja berlebihan dan menangguh sebarang aktiviti nyanyian buat masa ini sehingga badan stabil.
“Mungkin proses penyembuhan mengambil masa antara satu hingga tiga bulan bergantung pada antibodi.
“Alhamdullilah, setakat ini saya dah boleh ke sana dan ke sini. Bahkan, turut melakukan senaman dan menjalani fisioterapi dua kali seminggu bagi memastikan badan khususnya paru-paru bertambah baik,” jelasnya lagi.
Sebagai bekas pesakit Covid-19, Marsha juga turut mengambil tanggungjawab untuk memberikan kesedaran.
“Jangan ambil ringan apabila mengalami simptom tertentu. Semasa bergejala, saya ingatkan anxiety kerana dada berasa terlalu sakit umpama ditindih manakala bahagian kaki dan tangan pula kebas.
“Maka, saya segera bertindak mengasingkan diri dan menjalani ujian calitan Covid-19. Sekali lagi, jangan bersikap sambil lewa apabila mengalami gejala.
“Segera rujuk doktor. Pada masa sama, terus kekal menjaga SOP,” pesannya sebelum mengakhiri temubual bersama SinarPlus.
Masalah jerawat ini bukan disebabkan salah pakai produk sahaja, tetapi kadang berkait dengan hormon juga.
Namun untuk pulihkan dengan selamat, anda kena elakkan beli produk yang tak sesuai untuk kulit. Nak selamat, lebih baik menggunakan bahan alami tanpa bahan kimia yang tinggi.
Hanya dengan dua bahan, dapat bantu elak masalah kulit wajah seperti jerawat melanda.
Sungguh, kalau kulit muka ada masalah, ini buat hilang mood nak jumpa orang. Hilang keyakinan, nak mekap pun tak selesa.
Satu hal lagi, rasa jeles pula bila tengok kulit orang lain bersih cantik. Mestilah lah kita pun nak kulit cantik tanpa jeragat dan jerawat.
Masalah Jerawat, Sapu Dua Bahan Ini Untuk Hilangkan Cara Jimat
Okay jom cuba petua kecantikan yang dikongsikan oleh Puan Zana Mokhtar, hanya dua bahan mudah dan murah untuk hasil terbaik pada wajah iaitu wajib ada buah lemon dan bebola kapas.
Bahan-bahan:
Lemon
Kapas muka
Cara nak buat:
Buah lemon tu anda cuma ambil air jus sahaja. Air perahan lemon inilah yang sangat membantu cerahkan kulit dan pulih segala cela di wajah.
Kemudian ambil bebola kapas, celupkan dalam jus tu lepas tu tekapkan pada kulit wajah yang bermasalah.
Biarkan sekejap, bagi meresap. Lepas tu baru lah anda cuci muka dengan air dan lapkan dengan tuala bersih.
Bagi mendapatkan hasil terbaik, anda kena konsisten setiap hari. Percayalah, kulit jadi cerah dan masalah kulit kusam pun hilang.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kentang sangat terkenal dalam pembuatan untuk dijadikan kudapan ringan ataupun dalam apa jua masakan seperti kari atau kurma.
Buah berwarna kuning keemasan ini menjadi pilihan terbaik bagi mereka yang mahu mengekalkan diet dalam pengambilan pemakanan sihat.
Namun buah kentang ini juga mempunyai banyak khasiat untuk kesihatan dan kecantikan yang ramai tak tahu.
Khasiat Kentang Untuk Kesihatan & Kecantikan
1. Membantu Mengurangi Berat Badan
Sebenarnya jika anda memilih kentang rebus tidak akan menambah berat badan anda, sebaliknya akan mengurangi berat badan, tetapi pastikan kentang yang direbus tidak ditambahkan garam, keju, ataupun mayonis.
Kentang yang mengandung serat berfungsi sebagai cadangan makanan dalam tubuh dan mengakibatkan rasa kenyang bertahan lebih lama dan boleh melakukan kegiatan sehari-hari.
2. Membantu Menjaga Fungsi Jantung dengan Baik
Karotenoid dalam kentang membantu menjaga fungsi jantung dengan baik. Vitamin C dan B6 juga membantu mengurangi radikal bebas pada sel jantung dan sel-sel tubuh lainnya. Vitamin B6 juga memiliki peranan penting dalam proses di dalam tubuh bernama proses metilasi.
3. Mengatasi Kulit Kering
Penggunaan kentang sangat bermanfaat untuk kulit Anda. Jika memiliki kulit kering, kentang sangat sesuai untuk mengatasinya. Buat masker kentang untuk memberikan nutrisi dan melembabkan kulit. Tidak hanya itu, kentang juga dapat dijadikan sebagai penyegar alami dengan menggunakannya sebagai toner.
4. Membantu Mengelola Nutrisi Jadi Energi
Kandungan vitamin B6 yang tinggi pada kentang sangat berfungsi memecah karbohidrat dan protein menjadi glukosa dan asam amino. Keduanya merupakan bahan bakar utama sebagai sumber energi bagi tubuh.
5. Mampu Menghilangkan Mata Panda
Jika anda termasuk orang yang memiliki katung mata, kentang juga dapat mengatasi lingkarang hitam di sekitar mata. Telah terbukti kentang sangat efektif dalam menghilangkan lingkaran hitam di sekitar mata kerana sifatnya yang mampu mencerahkan secara alami.
Anda boleh gunakan kentang yang sudah dipotong-potong atau jus kentang, kemudian letakkan di mata. Penggunaan secara konsisten akan memudarkan lingkaran hitam dalam waktu singkat.
6. Melancarkan Sistem Pencernaan
Kentang kaya akan serat yang mampu melancarkan sistem pencernaan. Penggunaan bahan serat juga boleh membantu mencegah jenis kanser tertentu terutama usus besar dan membantu mengatur kadar gula darah serta kolesterol.
Sudah hampir dua tahun kita hidup dalam pandemik Covid-19 sejak ia tercetus awal tahun 2020.
Dan sejak itu jugalah kita perlu menjalani hidup dengan situasi berbeza berdepan ‘new norm’ serta mengikut SOP ditetapkan.
Bukan itu saja, seluruh dunia juga perlu menerima suntikan vaksin sebagai perlindungan untuk diri daripada jangkitan virus ini.
Walaupun kerajaan mengadakan kempen kesedaran mengenai perlunya mengambil suntikan vaksin ini, namun ada juga golongan yang menolaknya.
Sejak itu timbul bermacam-macam mitos menakutkan orang lain mengenai vaksin yang juga telah hampir mencapai sasaran imuniti kelompok
Perkongsian Dr. Arisman MD di laman sosial Facebook mengenai 7 mitos popular mengenai virus merbahaya ini.
7 MITOS TENTANG VAKSIN COVID-19
MITOS 1: Vaksin Covid-19 mRNA boleh menyebabkan spike protein hidup dan membiak selama-lamanya dalam tubuh badan kita.
MITOS 2: Vaksin Covid-19 mempunyai bahan logam magnet yang disuntik pada tempat suntikan. Menjadikan badan kita magnetik.
MITOS 3: Vaksin Covid-19 diperbuat dari unsur-unsur babi dan haram.
MITOS 4: Vaksin Covid-19 boleh mengubah struktur DNA kita. Ia akan mengubah kod genetik anak kita jika disuntik pada ibu mengandung. Tingkah laku manusia akan berubah kerana ini.
MITOS 5: Vaksin Covid-19 mengandungi microchips.
MITOS 6: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan badan kita dijangkiti Covid-19 dan jatuh sakit.
MITOS 7: Vaksin Covid-19 boleh menyebabkan ujian PCR menjadi positif.
Ini semua adalah kumpulan mitos. Ianya adalah tidak benar dan hanya mengelirukan. Tujuan mereka (antivax) sebarkan MITOS ini adalah untuk menakutkan dan menghasut supaya tidak mengambil vaksin tetapi ambillah produk-produk sampah kesihatan yang mereka jual atau promosikan.
Jawapan kepada setiap mitos ini sudahpun dijawab dalam penulisan-penulisan saya sebelum ini dan doktor-doktor bertauliah lain dalam media sosial. Termasuklah Fb KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA sendiri.
Dr. Arisman, MD.
Sumber: CDC and WHO / Myths and Facts about Covid-19 vaccines