Jerawat di badan atau body acne tumbuh dengan cara yang sama seperti jerawat di wajah apabila gabungan minyak kulit semula jadi, sel kulit mati dan bahan lain menyebabkan penyumbatan berlaku di folikel rambut.
Folikel tersumbat ini menjadi jerawat dan dalam beberapa kes boleh menjadi merah, meradang dan menyakitkan.
Jadi untuk elakkan jerawat badan terus menapak, apa kata anda cuba 7 cara yang dikongsi oleh saudari Izzatie Jahira
kali ini. Tetapi jika ada masalah jerawat yang agak teruk, mungkin kena dapatkan nasihat daripada doktor.Pakaian longgar yang diperbuat daripada polyester dan cotton boleh mengelakkan peluh daripada melekat pada tubuh dan mengelakkan timbul iritasi pada kulit.
Kerap bersenam atau tinggal di tempat yang panas dan lembap, disarankan untuk mandi secara kerap untuk mengelakkan peluh daripada menjejaskan
Berhati-hati dengan pakaian yang memberikan tekanan kepada tubuh. Keadaan ini akan menyebabkan kulit mengalami iritasi dan memburukkan keadaan jerawat iaitu acne mechanica terutamanya jika pakaian tersebut dipakai untuk jangka masa yang lama.
Sebum, sel kulit mati dan bakteria akan berkunmpul pada cadar. Sel kulit mati, minyak dan sebum yang berkumpul akan menggalakkan kehadiran dan pembiakan bakteria. Keadaan ini
akan memudahkan jerawat untuk tumbuh.
Kurangkan pendedahan terhadap sinaran UV dan memakai sunscreen yang mempunyai SPF 15+ dan ke atas.
Menggaru dan memicit jerawat meningkatkan risiko jangkitan dan parut pada jerawat.
Produk-produk yang mempunyai label non-comedogenic atau oil-free tidak mempunyai sebararng minyak dan kurang berkemungkinan untuk menyumbang kepada pertumbuhan jerawat.