Jerawat di badan atau body acne tumbuh dengan cara yang sama seperti jerawat di wajah apabila gabungan minyak kulit semula jadi, sel kulit mati dan bahan lain menyebabkan penyumbatan berlaku di folikel rambut.
Folikel tersumbat ini menjadi jerawat dan dalam beberapa kes boleh menjadi merah, meradang dan menyakitkan.
Jadi untuk elakkan jerawat badan terus menapak, apa kata anda cuba 7 cara yang dikongsi oleh saudari Izzatie Jahira kali ini. Tetapi jika ada masalah jerawat yang agak teruk, mungkin kena dapatkan nasihat daripada doktor.
Ads
1.Pakai pakaian dengan fabrik yang longgar dan breathable
Pakaian longgar yang diperbuat daripada polyester dan cotton boleh mengelakkan peluh daripada melekat pada tubuh dan mengelakkan timbul iritasi pada kulit.
2. Peluh berlebihan
Kerap bersenam atau tinggal di tempat yang panas dan lembap, disarankan untuk mandi secara kerap untuk mengelakkan peluh daripada menjejaskan
3. Pakaian
Berhati-hati dengan pakaian yang memberikan tekanan kepada tubuh. Keadaan ini akan menyebabkan kulit mengalami iritasi dan memburukkan keadaan jerawat iaitu acne mechanica terutamanya jika pakaian tersebut dipakai untuk jangka masa yang lama.
Ads
4. Basuh cadar dan sarung bantal setiap minggu
Sebum, sel kulit mati dan bakteria akan berkunmpul pada cadar. Sel kulit mati, minyak dan sebum yang berkumpul akan menggalakkan kehadiran dan pembiakan bakteria. Keadaan ini
akan memudahkan jerawat untuk tumbuh.
Ads
5. Elakkan dari sunburn
Kurangkan pendedahan terhadap sinaran UV dan memakai sunscreen yang mempunyai SPF 15+ dan ke atas.
5. Jangan garu, picit dan sentuh jerawat
Menggaru dan memicit jerawat meningkatkan risiko jangkitan dan parut pada jerawat.
6. Guna kosmetik dan produk penjagaan kulit yang bersifat non-comedogenic
Produk-produk yang mempunyai label non-comedogenic atau oil-free tidak mempunyai sebararng minyak dan kurang berkemungkinan untuk menyumbang kepada pertumbuhan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita dengar antara tip bila anak sakit tekak waktu demam adalah beri makan aiskrim. Ramai yang praktikkan perkara ini tambah pula aiskrim memang senang anak nak makan.
Tapi apa yang ramai tak tahu, bukan semua aiskrim sesuai. Ada aiskrim yang boleh menyebabkan sakit tekak yang dialami oleh anak takkan reda. Info ini dikongsi oleh pegawai perubaan, Dr Mazliana Mazlan.
Menurut beliau aiskrim vanilla atau pelbagai perisa yang selalu diberi pada anak waktu demam tidak sesuai dan harus dielakkan. Beliau memberikan penjelasannya.
Elakkan aiskrim vanila waktu anak sakit tekak. Aiskrim nilah sebenarnya mungkin buat radang tekak tak baik-baik.
Ais. Yang ini memang boleh kurangkan sakit. Sakit lebam dahi anak sebab jatuh, kita letak ais. Kaki anak tergeliat main basikal, kita letak ais.
Ais, hanya untuk kurangkan rasa sakit di tekak. Cari ais yang tak dapat tambahkan radang pada tekak anak.
Aiskrim vanila, banyak betul bahan ramuan dia kan. Gula pulak tu yang pertama. Perasa tiruan, pewarna tiruan, pengawet, dan banyak lagi kan. Sakit tekak ni, biasanya sebab jangkitan bakteria atau virus. Gula makanan bakteria. Kita bagi baja gula, makin lambat anak nak sembuh dari sakit dan radang tekak bila makan aiskrim vanila sebenarnya.
Walau yang buat sendiri kat rumah guna susu segar dan gula organik, tetap ada sumber radang dari susu yang boleh pekatkan kahak. Dan gula walau organik sekalipun, ia tetap gula, tetap pemanis yang kita perlu kurangkan dari anak bila tak sihat.
Sebenarnya kan, dulu saya pun pernah beritahu pesakit cilik untuk makan aiskrim vanila sebab nak kurangkan sakit tekak. Belum dapat kesedaran tentang makanan proses lagi waktu itu. Sekarang, baru tahu semua ini.
Boleh saja kita nak bagi makan aiskrim waktu anak tak sihat. Bagi aiskrim dari buah.
Blend sendiri buah semata-mata, gula pun tak payah letak. Cari buah yang manis, kalau tawar sangat tambah madu sikit.
Inilah baru namanya aiskrim sihat yang walau anak sakit pun masih boleh makan. Gitu!
Kita yang pilih apa anak boleh makan dan tak boleh makan kan. Kita cuba sama-sama ya.
Buat sendiri aiskrim untuk anak
Yang ni aiskrim buah betik. Blend je betik dan air, tambah madu. Masuk dalam aiskrim mould. Anak sakit tekak makan mesti kurang sakit dan radang tekak, insyaAllah.
Ini aiskrim dari buah naga dan pisang saja!
Aiskrim vanila saya buat ni, walaupun homemade, tetap ada susu dan gula organik. Dua sumber radang jugak. Elakkan waktu anak tak sihat ye.
Selain batuk, demam, ada kalanya seseorang itu kerap diserang sakit tekak. Jika mengalami masalah ini pasti akan menyebabkan rasa tidak selesa di bahagian berkenaan.
Apa penyebab sebenar mengalami sakit tekak dan cara terbaik bagi mengelak masalah menjadi lebih serius.
Menurutnya juga kebanyakan sakit tekak ini bukan saja berpunca daripada jangkitan virus tetapi juga disebabkan oleh bakteria.
1. Minum air secukupnya. Kekurangan air atau dehidrasi boleh menyebabkan tekak berasa kering, perit, dan menyebabkan kahak menjadi pekat. Itu boleh mengganggu keselesaan.
2. Ambil sesudu kecil garam dan bancuh dengan segelas air suam untuk hasilkan air garam. Berkumur dengan air garam di tekak (gargle). Tidak cukup hanya berkumur di mulut seperti selepas berus gigi.
3. Makan aiskrim khususnya yang berperisa vanilla. Aiskrim yang sejuk dapat memberi kelegaan pada tekak perit. Sebatian vanillin dalam vanilla juga boleh membantu mengurangkan keradangan pada tekak.
4. Kesip lozenges. Ada banyak pilihan lozenges yang dijual di pasaran. Ada pelbagai perisa. Ada yang mempunyai bahan untuk beri rasa kebas(analgesia), ada yang berangin(menthol), dan sebagainya.
5. Berkumur dengan cecair cucian mulut seperti listerine, thymol dan difflam untuk mengurangkan gejala sakit tekak. Kumuran juga perlu dibuat di tekak. Ia dibuat sebelum dan selepas makan.
6. Boleh makan ubat demam (paracetamol/panadol) atau ubat tahan sakit. Ia biasa digunakan jika sakit tekak amat teruk. Ubat ini mengurangkan keradangan pada tekak.
7. Jumpa doktor. Kebanyakan sakit tekak berpunca dari jangkitan virus, tetapi boleh juga disebabkan oleh bakteria. Jika doktor dapati ia disebabkan bakteria, doktor akan beri antibiotik.
Pengambilan Vitamin C dikatakan perlu dalam situasi sekarang ini bagi meningkatkan sistem pertahanan tubuh seseorang.
Namun berapa dos sukatan yang perlu diambli setiap hari dan apa kesannya jika tablet ini diambil secara berlebihan.
Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu manfaat Vitamin C dalam pengambilan seharian.
Semenjak wabak virus Co19 menular ke seluruh dunia, ramai pakar perubatan mencadangkan pengambilan vitamin C selain dari yang kita ambil dari makanan.
Ini bertujuan untuk meningkatkan sistem pertahanan tubuh.
Menurut kajian, tahap vitamin C dalam badan yang mencukupi dapat mengurangkan risiko mendapat jangkitan virus Co19.
Untuk mendapatkan tahap vitamin C yang mencukupi dalam badan, ia bergantung kepada kadar penyerapan vitamin C mengikut penyediaan. Jika dalam bentuk pil, penyerapannya lebih rendah (mungkin dalam 40-50%). Ini disebabkan faktor asid yang ada di dalam perut. Jadi jika kita mengambil 1000mg, hanya 400-500mg yang menyerap dalam tubuh.
Jika ia ditambah gula, penyerapannya semakin menurun. Ini kerana dalam proses penyerapan, enzim GLUT-1 dan GLUT-3 yang bertanggungjawab dlm proses penyerapan vitamin C juga bertanggungjawab menyerap glukosa. Bila kita mengambil suplemen vitamin C yang mengandungi gula, enzim-enzim ini lebih suka menyerap glukosa berbanding dengan vitamin C. Jadi penyerapan vitamin C semakin rendah.
Itu tidak termasuk ubat-ubatan yang diambil untuk mengawal penyakit kronik termasuk ubat gastritis dan anti-diabetes. Ia juga merendahkan penyerapan vitamin C.
Mengikut pandangan doktor-doktor di sesawang Mayo Clinic, secara purata sebanyak 100mg sehari diperlukan oleh tubuh. Ini bermakna kita perlu memastikan penyerapan sebanyak 10mg ke dalam darah.
Jika kita mengambil 1000mg vitamin C secara oral (masuk ke dalam mulut), hanya 400mg-500mg yang akan diserap dengan cepat. Kemudian penyerapan menjadi perlahan jika kita menambah dos pengambilan sehingga 1000mg, di mana vitamin C tidak diserap lagi.
Maka tahap optimum (terbaik) pengambilan vitamin C adalah 1000mg, terutama pesakit metabolik seperti diabetes, hipertensi dan hiperkolestrolemia. Begitu juga pesakit auto-immune dan pesakit kanser selepas menjalani rawatan kimoterapi dan radioterapi.
Perokok dan peminum arak juga memerlukan dos vitamin C yang lebih besar (1000mg). Wanita hamil dan wanita yang menyusukan anak juga berkongsi vitamin dengan anak mereka. Mereka memerlukan vitamin C yang lebih banyak.
Tahap maksima pengambilan vitamin C yang selamat adalah 2000mg. Jika ambil lebih 2000mg, tanpa minum air yang cukup, ia menyebabkan pembentukan batu dalam ginjal.
Oleh itu minum air secukupnya, agar oxalate yang terhasil dari metabolisme vitamin C tidak membentuk batu dalam ginjal. Ia akan dikeluarkan melalui air kencing. Minum sebanyak 2-2.5L sehari sudah cukup untuk membuang bahan kumuh seperti oxalate dari tubuh melalui air kencing.
Tiada kajian yang spesifik menunjukkan pengambilan vitamin C memberikan kesan negatif atau kerosakan pada ginjal jika diambil dalam dos 1000mg sehari. Apatah lagi jika meminum air yang mencukupi.
Pengambilan dos yang lebih tinggi (mega dos iaitu lebih 3000mg)sebagai rawatan komplimentari kepada pesakit kanser, Co19 dan lain-lainnya, harus mendapat pemantauan doktor yang mahir. Ia diambil untuk jangkamasa tertentu (pendek).
Pengambilan makanan dan suplemen untuk meningkat tahap vitamin C dalam tubuh juga dapat mempercepatkan penyembuhan luka untuk pesakit diabetis (diabetic ulcer), selepas pembedahan atau luka akibat trauma.
Vitamin C merupakan vitamin yang bersifat antioksida yang sangat bagus melawan sebatian radikal bebas. Jadi sangat bagus untuk pesakit kronik dan perokok.
Ia juga mencantikkan dan memutihkan kulit dan menguatkan tulang.
Kesimpulannya *selamat dan bermanfaat mengambil vitamin C 1000mg* terutama bagi mereka yg berisiko dan memerlukan. Kebanyakan vitamin C dijual di farmasi juga pada dos 1000mg. Jika berbahaya dan merosakkan ginjal, sudah tentu pihak berkuasa kesihatan telah mengeluarkan kenyataan dan merampasnya dari farmasim
1. Waring AJ, Drake IM, Schorah CJ, et al. *Ascorbic acid and total vitamin C concentrations in plasma, gastric juice, and gastrointestinal mucosa: effects of gastritis and oral supplementation*. Gut. 1996;38:171–176.
2. Mowat C, McColl KE. Alterations in intragastric nitrite and vitamin C levels during acid inhibitory therapy. Best Pract Res Clin Gastroenterol. 2001;15:523–537.
3. Wilson JX. Regulation of vitamin C transport. Annu Rev Nutr. 2005;25:105–125.
Nak peha lebih kemas dan punggung yang mantap? Ketahui kenapa senaman squats adalah rutin wajib untuk setiap wanita yang mahukan bentuk badan impian secara semula jadi dan efektif.