Tak mudah nak bakar kalori bila anda jenis suka makan, jadi kena rajin bersenam atau keluarkan peluh buat aktiviti sukan.
Selain berjoging, aktiviti berbasikal merupakan cara paling berkesan untuk membakar kalori dan meningkatkan kecergasan.
Berbasikal dengan kelajuan sederhana (kira-kira 12-14 mph atau 19-22 km/jam) boleh membakar kira-kira 300-500 kalori setiap jam, bergantung kepada berat badan dan keadaan laluan.
Bakar Kalori Cara Dato’ Azizulhasni Awang
Wah, ini dikira berita baik buat kaum wanita! Jom tengok 6 tips berbasikal istimewa buat kaum hawa yang baru nak bermula tu :
1. Pilih Basikal Yang Sesuai
Penting untuk memilih basikal yang sesuai dengan saiz badan dan keperluan anda. Basikal wanita sering kali direka khas untuk anatomi wanita, dengan rangka yang lebih kecil dan reka bentuk yang sesuai.
Ads
2. Pakai Pakaian Yang Selesa
Pilih pakaian yang sesuai dan selesa untuk menunggang basikal, termasuk seluar pendek yang mempunyai pelindung dalam (padding) dan jersi yang membuang keringat.
3. Pilih Laluan Yang Sesuai
Mulakan dengan laluan yang sesuai untuk pemula, seperti laluan basikal yang terpisah dari trafik jalan raya atau laluan yang kurang sibuk pada waktu awal.
4. Latih Keseimbangan dan Kekuatan
Latihan keseimbangan dan kekuatan adalah penting untuk meningkatkan prestasi berbasikal anda. Latihan di luar basikal seperti yoga atau pilates boleh membantu meningkatkan keseimbangan dan kekuatan inti anda.
5. Jaga Keselamatan
Sentiasa pakai topi keledar yang selamat dan sesuai. Kenakan juga peralatan keselamatan lain seperti sarung tangan dan kacamata matahari. Sentiasa berwaspada dengan kenderaan lain di jalan raya dan gunakan isyarat tangan dengan jelas.
Ads
6. Berbasikal Dengan Kawan
Berbasikal dengan kawan-kawan yang lebih berpengalaman boleh membantu anda mempelajari tips dan teknik yang berguna serta memberikan sokongan moral.
Dengan mengamalkan tips ini, anda dapat memulakan aktiviti berbasikal dengan cara yang betul. Silap haribulan, dah boleh berbasikal fit macam Dato’ Azizulhasni Awang!
Ads
Siapa yang tak kenal dengan jaguh berbasikal trek negara kan? Dato’ Azizulhasni Awang yang dikenali dengan nama jolokan Pocket Rocketman kini dilantik sebagai duta jenama Oligo kerana semangat juang beliau yang tidak pernah luntur dalam sukan berbasikal trek pecut.
Sejajar dengan slogan Oligo, “Aktifkan Potensi Anda”, kita bakal melihat Pocket Rocketman memaksimumkan kehebatan beliau semasa pertandingan dengan Oligo yang diperkaya Nutrimax.
Melalui gandingan Dato’ Azisulhasni dengan Oligo, syarikat Power Root berharap ia akan memberikan inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk mengejar kecemerlangan, mempunyai kecekalan serta mengamalkan gaya hidup sihat.
Untuk menarikan kehebatan beliau sebagai jaguh dunia, Oligo akan memperkenalkan bungkusan baru yang memaparkan Dato’ Azizulhasni. Oligo mempunyai Nutrimax, iaitu sejenis campuran proprietary Oligofruktosa vitamin B6, B12, kalsium dan mineral-mineral penting.
Apa tunggu lagi, jom kita amalkan gaya hidup sihat bersama Oligo dengan aktiviti berbasikal sehebat Dato’ Azizulhasni Awang. Untung-untung banyak kalori terbakar nanti.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sejak bulan lepas kita menyaksikan pelbagai sektor ekonomi telah dibuka dan ramai yang telah kembali bekerja di pejabat.
Oleh kerana sudah lama kerja dari rumah, pasti ramai lemau dan kurang bertenaga kerana sebelum ini tidak keluar ke mana-mana.
Apa kata bagi mengekalkan kecergasan, anda mula lakukan beberapa aktiviti senaman bagi mengembalikan kecergasan untuk kembali bekerja.
Ayuh kita lihat beberapa set senaman yang boleh dilakukan tidak kurang 20 minit dan mampu memberikan kecergasan fizikal untuk anda sepanjang hari.
Jumping Jacks
– Berdiri tegak dalam posisi kaki dijarakkan sedikit. Tangan diluruskan dan diletakkan di sisi tubuh.
– Lompat dan pastikan kaki dibuka luas. Kedua-dua belah tangan diangkat ke atas kepala seakan menepuk tangan. Ulang semula sebanyak 20 kali.
Wall Sit
– Berdiri tegak dalam keadaan bersandar pada dinding
– Turunkan badan sehingga lutut membengkok (seakan duduk di atas kerusi). Kedua belah tangan diletakkan rapat di atas dada. Ulang semula sebanyak 20 kali.
Abdominal Crunch
– Baring dalam posisi kepala diangkat sedikit. Lutut diangkat dan dibengkokkan. Tangan diluruskan ke hadapan selari dengan paha.
– Angkat badan ke hadapan setinggi yang mampu dan lutut serta kaki tidak diubah posisi seperti asal. Ulang semula sebanyak 15 kali.
Squat
– Berdiri tegak dan posisi tangan dirapatkan di sisi tubuh. Rendahkan badan (seakan posisi duduk di atas kerusi)
– Badan dibawa ke hadapan sedikit serta tangan diluruskan ke hadapan. Ulang semula sebanyak 10 kali.
High Knees Running In Place
– Berdiri tegak dalam keadaan kaki dipijak secara menjengket. Lutut dibengkokkan dan paha diangkat separas pinggang. Ulang semula dengan kaki yang berlawanan. Lakukan sebanyak 20 kali.
Push-Up Rotation
– Meniarap dalam posisi tekan tubi.
– Pusingkan badan ke kiri dalam posisi tangan kiri diluruskan sambil menanggung beban tubuh. -Tangan kanan diluruskan ke atas. Ulang semula dalam posisi berlawanan. Lakukan sebanyak 5 kali.
Nekad nak turunkan berat badan, lelaki ini memilih teh hijau untuk kontrol rasa nak makan dan perlahan-lahan dia dapat tinggalkan air bergula.
Mula belajar mengenai tentang diet, saudara Harith Faisal akhirnya dapat turunkan berat sebanyak 10kg dalam masa 2 bulan.
Amal Minum Teh Hijau
Benda ni antara yang saya amalkan sepanjang saya diet 2 bulan ni. Yup! Hari ni genap 2 bulan saya mula diet. Dah dapat turun 10kg tanpa sebarang supplement. Diet kurang kalori.
Saya makan nasi, makan ayam, makan ikan, makan sayur, makan spaghetti. Makan je, tapi saya kurangkan pengambilan dia. Memang tinggal air bergula kecuali masa cheat day.
Kesan Minum Teh Hijau
Saya tak pasti betul ke tak dari segi saintifik. Tapi saya rasa sendiri, bila amalkan minum teh hijau ni, perut tak masuk angin, tak sebu dan tak kembung sepanjang diet saya ni.
Okay kejap. Saya google dulu. Tak sah kalau tak pakai skil menggoogle saya yang hebat sejak azali ni. Jadi, teh hijau ni katanya kalau kau amalkan dia setiap hari;
Dapat berikan tenaga.
Dapat tingkatkan pembakaran lemak.
Dapat tingkatkan metabolisma.
Sekaligus, dapat turunkan berat badan.
Sila cuba kepada yang tengah diet. Yang saya buat ni memang air teh hijau kosong. Tak ada gula, tak ada susu. Mula-mula rasa memang tak sedap. Lama-lama tak sedap juga. Eh!
Kat mana nak beli? 99 Speedmart.
Saya pakai dua brand teh hijau jenis uncang. Uncang jelah. Senang nak buat, kan. Sehari saya pakai 2-3 uncang saja. Biasa satu uncang, saya pakai 2 round sebab nak jimat.
Ahmad Tea Jasmine Green Tea 25 teabags (Sedap)
Boh Green Tea 50 Teabags harganya (Kurang sedap)
Doakan saya dapat turun lagi a few kilo untuk sama berat masa saya zaman bujang. Jaga kewangan, bagus untuk miliki aset. Jaga kesihatan, bagus kerana badan adalah aset.
Kalau jumpa saya kat luar dan nampak saya dah susut berat badan, ringan-ringankanlah mulut tegur, “Eh Harith, nampak macam dah kuruslah”. Itu motivasi untuk saya.
Nampak tak hasil daripada usaha minum teh hijau ini? Anda pun boleh amalkan tetapi pastikan dengan cara yang betul dan jangan lupa bersenam ringan untuk keluarkan peluh.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Elisya Sandha gigih buat senaman, rahsia badan kekal langsing lepas 3 Bulan bersalin. Walaupun baru dua bulan melahirkan anak perempuanya, bukan alasan buat pelakon pelakon Elisya Sandha untuk tidak menjaga kesihatan diri.
Dalam satu posting di laman media sosialnya, pelakon yang juga menantu kepada penerbit terkenal Shiela Rusly dilihat sedang melakukan senaman bersama bayinya Bunga El-Haq.
Senaman yang dilakukan adalah dengan berlari sambil menolak kereta sorong anaknya itu di sekitar kawasan perumahan di samping melakukan senaman regangan di sisi anaknya yang nyenyak tidur.
Biarpun baru melalui proses melahirkan secara pembedahan, namun Elisya dilihat sangat cergas melakukan senaman untuk memastikan badannya kekal fit setelah dua bulan berpantang.
Menurut Elisya dia hanya berjogging beberapa langkah sahaja kerana hampir 3 bulan kakinya lembik seperti mahu terjatuh dan tidak kuat.
Rahsia Badan Kekal Langsing
Dalam ruangan komen ramai yang turut memberi kata-kata semangat kepada pelakon berusia 23 tahun ini.
Nisak Ghaffar Laratnya dia , rasanya dia bru 2 buln lepas bersalin jogging. Tapi jog bape langkah je kut tu. Sy pun dah 3 bulan kaki lembik cm nk terjatuh tk kuat
Hidayah Ibrahim hebatnye..keep it up siss..
A S M A A patut la mummy badan cantik. rajin bethol la
❤𝖜𝖆𝖜𝖆@𝖜𝖆𝖜𝖆𝖓❤ Alahai bunga… Bgus nyee.. Mama joging bunga tido..geram tgok bung… Dah mcm ank patung comeinye
Sebenarnya tidak salah melakukan senaman selepas melahirkan anak tetapi ada beberapa panduan perlu diikuti.
American College of Obstetricians and Gynecologists mengesyorkan agar para ibu selepas bersalin menyasarkan masa sekitar 20 hingga 30 minit untuk bersenam setiap hari.
Anda boleh bermula dari aktiviti berimpak rendah, seperti berjalan kaki.
Apabila sudah mendapatkan semula kekuatan, anda boleh menambah tempoh masa berjalan atau bilangan berjalan anda dan mula bekerja dalam aktiviti aerobik yang lain.
Lakukan secara perlahan-lahan enam minggu pertama selepas bersalin dan kekal pada intensiti senaman yang santai. Tahap pernafasan ketika itu perlu sederhana di mana anda boleh mengekalkan perbualan tetapi tidak menyanyikan.
Cuba lakukan rutin berjalan kaki sebanyak tiga hingga lima kali seminggu selama 30 minit sebelum bertukar kepada senaman lain.
Senaman selepas bersalin boleh membantu para wanita mengurangkan sakit belakang. Pun begitu, senaman yang keterlaluan boleh menyebabkan masalah. Jika ia berlaku, dapatkan rawatan segera.