Menurut Elyana atau nama penuhnya Erneelya Elyana Emrizal berkata, kesan rawatan itu lambat bertindak balas seperti pengalaman sebelum ini.
“Sekarang ini saya masih di hospital dan buat rawatan radioterapi. Semalam sudah sesi keenam jadi ada empat lagi. Di sini bukan setakat buat radioterapi, tapi juga tambah darah, masukkan susu dan benda lain.
“Sekarang baru terasa kesan radioterapi selepas kali keenam. Kebiasaannya kesan rawatan ini memang lambat sikit. Kesannya sudah mula pecah lidah dan bahagian dalam ada ulser sebab panas. Maksudnya kesan rawatan ini sudah mula bertindak balas.
“Sekarang ini saya kena bersabar sikit dengan kesan radioterapi ini. Untuk pernafasan, alhamdulillah lebih baik dari sebelum ini. Batuk pun makin kurang,” katanya kepada Harian Metro.
Elyana yang sudah 10 tahun menghidap kanser limfoma tahap empat berkata, rawatan radioterapi kali ini lebih tenang berbanding beberapa siri rawatan yang pernah dibuat sebelum ini.
“Mungkin sebab sudah ada pengalaman yang lepas, jadi sudah tahu macam mana nak kawal. Alhamdulillah kali ini lebih tenang.
“Selepas itu banyak sangat kata-kata semangat, doa orang ramai yang saya tak kenal, yang bersedekah dan mendoakan. Memang saya tak sangka. Mungkin dari situ saya dapat kekuatan dengan kata-kata positif semua orang,” katanya.
Terdahulu, Elyana juga penyanyi lagu Kalis Rindu terpaksa menggunakan bantuan oksigen untuk bernafas ketika mula menjalani rawatan radioterapi sejak pertengahan bulan ini.
Dalam masa sama, Elyana turut mengalami pengurangan berat badan sehingga terpaksa dibekalkan satu pek susu untuk dimasuk ke dalam badan selama 16 jam.
Tambah Elyana dia perlu melakukan rawatan radioterapi berkenaan sebanyak 10 sesi dan harus menghadapinya dengan cekal hati berikutan berat badan yang semakin merosot.
Namun dalam satu perkongsian di lama Instagramnya Elyana memberitahu beratnya kini sudah naik 7kg menjadikan berat 42 kg. Dia juga turut berterima kasih kepada yang memberi sedekah makanan padanya.
Sebelum itu Elyana juga mendapat hadiah kiriman tudung daripada Neelofa dan Prof Dr Muhaya.
Alhamdulillah!
Berat saya dari 35kg ,hari ni timbang 42kg… Terima kasih yang mendoakan dan yang tak jemu2 sedekah makanan pada saya..i love u!
Masalah jerawat pasir ini biasanya ada di sekitar dahi, tetapi kalau yang naik sekitar pipi itu mungkin atas nasib juga. Anak remaja biasanya akan melalui fasa ini.
Haaa… nak tahu macam mana nak selesaikan masalah muka yang ada jerawat pasir? Jom baca perkongsian Puan Aisyah Badar Bajrai yang mana dia dapatkan petua ini daripada juru mekap.
Petua ni Aisyah dapat daripada seorang MUA dulu. MUA ini cerita, dulu dia ada solekkan model yang ada jerawat pasir. Lepas dia advice model tu pakai tomato ais kat muka, kulit model tu licin sangat.
Petua tomato ais ini bukan setakat boleh kecutkan jerawat dengan licinkan kulit, tapi kalau ada parut jerawat pun boleh hilang tau. Kalau konsisten pakai, pori-pori muka pun boleh makin kecil.
Ok jom tengok cara buat tomato ais ini;
1. Masukkan sebiji tomato dalam freezer 3-4 jam. Pastu potong dua.
2. Ambil sebelah tomato yang dipotong tu pastu basuh sikit dengan air. Pastu baru golek tomato tu kat muka sampai tomato tu hancur.
3. Biarkan dia kering 15-20 minit. Pastu baru basuh.
Sehari boleh buat 2 kali. Cuba konsisten buat seminggu insya Allah nampak beza nanti.
Apa kelebihan anda yang guna tomato ais ini?
Sekurang-kurangnya boleh hilangkan jerawat di muka, kecilkan pori-pori terbuka, kurangkan masalah berminyak di wajah dan paling best kulit wajah jadi ‘pinkish’.
Owh ya, nak hilangkan blackhead sekitar hidung pun sangat membantu, cubalah!
Sumber: Aisyah Badar Bajrai
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Setiap kali apabila diserang demam, kita biasanya akan mengambil ubat tahan sakit seperti panadol atau paracetamol bagi mengurangkan kesakitan dialami.
Jika serasi dan hanya demam biasa, panas akan kebah dalam masa sehari. Namun begitu ada juga yang takut untuk mengambil apa-apa jenis panadol kerana dikatakan akan merosakkan hati.
Adakah benar atau sekadar mitos yang didengari di mana-mana platform. Perkongsian Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan ini menjelaskan mengenai perkara ini yan sebenarnya tidak ada kemudharatan jika mengambil panadol atau paracetamol ketika demam kecuali dos berlebihan.
“Doktor, Panadol ni boleh rosakkan hati, kan?”
Pesakit ni dah demam 2 hari, hari ini datang ke klinik kerana demamnya tak kebah-kebah. Macam biasa, saya akan tanya sama ada ada ambil apa-apa ubat tak sepanjang tak sihat ni. Dia kata tiada, maka sana tanyalah kenapa tak ambil Panadol(Paracetamol).
Dia beritahu yang dia ada baca satu hantaran di Facebook yang mendakwa Paracetamol ni boleh merosakkan hati. Jadi, dia tak mahu ambil risiko itu.
Ya, benar! Paracetamol boleh merosakkan hati! Namun hanya jika ia diambil melebihi dos yang disarankan. Jika diambil pada dos yang ditetapkan, ia adalah ubat yang selamat.
Paracetamol atau nama penuhnya para-acetylaminophenol ini, adalah ubat yang telah dicipta untuk meredakan demam dan kesakitan. Ia agak inferior dari segi keberkesanan kepada ubat deman dan sakit jenis NSAID (aspirin, Ibuprofen, Voltaren, dsb) kerana ia kurang meredakan keradangan, TETAPI paracetamol lebih superior dari segi keselamatan.
Berbanding NSAID, Paracetamol tidak menyebabkan risiko pendarahan atau keradangan salur penghadaman. Jadi, Paracetamol lebih selamat digunakan untuk pesakit yang mempunyai masalah pembekuan darah, atau pesakit yang ada gastritis. Malah ia juga selamat untuk kanak-kanak dan ibu hamil atau menyusu.
Paracetamol adalah ubat yang boleh dibeli tanpa preskripsi. Sebab itu, selain di farmasi ia jugadijual di kedai 7-11, kedai runcit, malah juga di premis restoran.
Dos Paracetamol yang selamat untuk orang dewasa adalah 4000mg/hari. Satu tablet Paracetamol biasanya mengandungi 500mg bahan aktif, bermakna anda boleh makan maksimum 8 biji Paracetamol sehari (500mg x 8 biji = 4000mg/sehari)
Tapi janganlah makan 8 biji sekaligus. Makanlah 2 biji, empat kali sehari.
Dos kanak-kanak dikira mengikut berat badan kanak-kanak, iaitu 15mg/kg. Jadi jika berat kanak-kanak itu 10kg, maka dos yang sesuai adalah 15mg/kg x 10kg = 150mg untuk satu kali makan. Maksimum boleh makan 4 kali (sela masa 6 jam).
Kalau beli Paracetamol di farmasi atau klinik, doktor atau pegawai farmasi akan kirakan siap-siap dalam bentuk berapa mililiter.
Selain dalam bentuk pil dan sirap yang diambil melalui mulut, Paracetamol juga wujud dalam bentuk suppositori(ubat peluru) untuk dimasukkan ke dalam dubur, dan dalam bentuk cecair intravena(masuk melalui salur darah). Ini pun ada dosnya yang selamat. Suppositori :30mg/kg x4 sehari. IV : 1mg x4 sehari
Kalau makan lebih daripada dos yang ditetapkan ini, maka ada risiko kerosakan hati. Ini kerana Paracetamol diuraikan di hati. Oleh sebab yang sama, individu yang mempunyai masalah/penyakit hati, perlu ambil dos yang lebih sedikit daripada yang disyorkan di atas tadi.
Dos toksik paracetamol ialah pengambilan lebih 10g(20 biji) sehari. Jika berlaku keracunan Paracetamol (akibat terlebih dos secara sengaja atau tidak), ada antidot untuk mengurangkan risiko komplikasi keracunan. Antidot untuk keracunan Paracetamol adalah N-acetylcystein(NAC). Selain itu, pesakit akan dipantau oleh doktor untuk beberapa hari.
Kesimpulannya, Paracetamol adalah ubat yang selamat jika diambil mengikut dos dan cara yang disyorkan oleh pengeluar. Diakui juga paracetamol mempunyai kesan sampingan lain seperti alahan, loya dan sebagainya, tetapi ia jarang berlaku. Penghidap G6PD perlu dapatkan nasihat doktor sebelum ambil Paracetamol.
Kalau demam, atau sakit kepala, lenguh-lenguh badan, period pain, boleh cuba makan Paracetamol dahulu. Demam tinggi tak terkawal lagi bahaya! Boleh sawan!
Ohya! Jangan pula gunakan Paracetamol tidak mengikut saranan, seperti gunakan tablet Paracetamol yang ditumbuk halus pada luka, atau makan suppositori Paracetamol. Jangan buat pelik.
Ini antara langkah manjakan kulit sebelum tidur paling mudah, mestilah cuci muka. Tetapi untuk kekalkan kelembapan pada wajah, anda kena juga ada sesuatu.