Mata adalah antara anggota badan yang sangat penting dan berperanan dalam banyak perkara. Dengan matalah kita dapat melihat sesuatu yang baik, buruk dan indah.
Justeru, jagailah mata sebaiknya walaupun anda mengenakan kaca mata ataupun kanta lekap.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu betapa pentingnya ubat titis mata yang betul dalam memastikan organ ini terpelihara sebaiknya.
Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan.
Apakah jenis-jenis ubat titis yang ada di pasaran?
■ Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants) Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dsb. —Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol, etc
Ads
■ Anti-alahan (Anti-inflammatory) Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. —Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone, etc
■ Anti-Merah Mata (Decongestant) Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor). —Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline, etc
■ Antibiotik dan Antikulat Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan. —Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol, etc
■ Kombinasi Ubat titis yang menggabungkan 2 atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan. —Bahan aktif: dexmethasone + neomycin, etc
Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:
Ads
■ Anti-glaucoma Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya. —Bahan aktif: latanoprost, timolol, etc
■ Midriatik Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan. —Bahan aktif: tropicamide, atropine, etc
Bagaimana nak pilih yang mana sesuai? Kalau salah pilih ada masalah, tak?
Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya: ulser mata, kerengsaan, buta, dsb. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Ads
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat.
Dr Kamarul juga turut menerangkan kesan penggunaan ubat mata jenama tertentu kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Dr, saya dari zaman sekolah lagi pakai ubat mata jenama Dextracin.. bila mata saya rasa gatal atau merah saya akan pakai ubat ni. Saya nak tanya, ubat mata jenis ini ada kesan jangka panjang ke ?
Dextracin ada dexamethasone(steroid). Tak digalakkan untuk penggunaan berterusan untuk masa yang lama, kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Kalau kerap guna, tapi tak tempoh lama, dan jarak masa antara pengunaan adalah jauh, maka tiada masalah. Hanya perlu hati².
Bagi wanita yang baru melahirkan anak, amat digalakkan untuk memberi susu badan kepada bayi yang baru lahir.
Ini kerana khasiat tersendiri susu ibu yang baik untuk kesihatan bagi menghindari pelbagai penyakit.
Namun bagi mereka yang pertama kali bergelar ibu pasti tidak terlepas dari masalah kekurangan susu ibu.
Jangan risau kerana melalui pemakanan kita boleh menambah atau merangsang penghasilan susu ibu.
Kongsi seorang pakar pemakanan, Syaza Lyana Idris, terdapat pelbagai kaedah yang boleh dilakukan untuk meningkatkan penghasilan susu.
“Ibu-ibu di luar sana perlu tahu bahawa menyusukan bayi secara kerap adalah cara terbaik untuk meningkatkan bekalan susu.
“Namun, pemilihan makanan yang sihat juga mendorong badan menghasilkan susu ibu,” tulisnya di Facebook.
Berikut beberapa pemakanan yang perlu diberi perhatian buat ibu yang ingin merangsang penghasilan susu ibu:
i) Lobak Merah, Keladi & Ubi Merah
Beta caratene yang terdapat dalam makanan yang berwarna merah dan oren sangat membantu dalam penghasilan susu ibu.
ii) Sayur-Sayuran Hijau
Sayur-sayuran hijau mengandungi pelbagai sumber penting seperti enzim, vitamin dan mineral.
Warna hijau itu juga mempunyai kompoun phytoestrogen yang membantu menyokong penyusuan.
Bijirin penuh memberikan keselesaan kepada kepada seseorang dan ia akan menggalakkan rembesan oxytocin iaitu hormon yang membantu penghasilan hormon.
iv) Kekacang, Kacang Buncis & Lentil
Kekacang juga terkenal sebagai ‘milk-booster’.
v) Betik Muda
Ia sangat tinggi dengan kandungan vitamin A dan C.
Vitamin C yang tinggi untuk ibu yang menyusu amat digalakkan iaitu antara 115 hingga 120 miligram setiap hari.
vi) Jintan
Jintan putih dan hitam sangat banyak digunakan dalam memberikan rasa kepada masakan dan sangat bagus membantu meningkatkan penghasilan susu.
vii) Herba & Rempah
Banyak jenis herba dan rempah yang boleh membantu menggalakkan penghasilan susu ibu.
Namun, perlu diingatkan tidak semua orang sesuai dengan penggunaan herba dan rempah. Jadi, pastikan pengambilan herba dan rempah di ambil secara berhati-hati.
Ujar Syaza Lyana lagi, kebanyakan makanan yang disenaraikan itu berkhasiat dan selamat untuk ditambah dalam diet seharian.
“Namun, kepelbagaian, sederhana dan seimbang adalah penting untuk memastikan penghasilan susu ibu menjadi lebih terbaik,” pesannya.
Selain bersenam, pengambilan pemakanan juga penting bagi mengelak kenaikan berat badan mendadak.
Dan kita sememangnya perlu seimbangkan makanan dari pengambilan sumber protein dan kalsium lain.
Dan bagi penggemar ayam, ada beberapa bahagian perlu dielak jika anda serius untuk diet.
Ini kerana sesetengah bahagian ayam mempunyai kandungan lemak tepu yang tinggi, dan perlu dielakkan terutamanya bagi mereka yang ingin menurunkan berat badan.
Walau bagaimanapun bagi penggemarnya, masih boleh makan ayam, tetapi jangan selalu dan ambil bahagian dibolehkan saja.
6 Bahagian Ayam Yang Perlu Dielak Jika Anda Serius Nak Diet