Mature woman photo created by gpointstudio - www.freepik.com

Mempunyai tubuh badan dan fizikal yang besar dari normal memberikan cabaran tersediri apabila ingin bersenam. Antara cabarannya ialah sakit lutut selain berdepan stamina yang rendah ialah masalah kecederaan sakit lutut.

Tapi sebenarnya terdapat banyak senaman yang sesuai untuk mereka. Untuk pengetahuan anda badan bersaiz besar bukanlah satu-satunya faktor seseorang itu sakit lutut.

Antara faktor lain ialah trauma akibat kemalangan dan juga faktor genetik. Bagi anda yang mengalami sakit lutut, anda tidak digalakkan melakukan aktiviti berimpak tinggi.

Contohnya jenis senamam yang mempunyai aktiviti memerlukan anda melompat atau berlari. Ini dikhuatiri boleh memberikan tambahan bebadanan pada lutut lalu meningkatkan risiko kecederaan lebih teruk terhadap lutut.

Anda juga dinasihatkan agar tidak memasksa diri untuk melakukan senaman dan tahu limit diri sendiri. Amalkan tip untuk ‘listen to your body’ bagi memastikan perkara tak diingini berlaku.

IKLAN

Hal ini kerana dalam usaha untuk menurunkan berat badan, menjaga pemakanan amatlah penting. Mengikut kajian, 70% usaha untuk menurunkan berat badan datangnya daripada pemakanan dan hanya 30% datangnya daripada senaman.

Jadi kepada mereka yang mengalami kekangan untuk bersenam kerana pelbagai penyakit, jangan patah semangat kerana anda masih lagi boleh mengawal pemakanan. Sebaik sahaja berat badan sudah turun dan sakit lutut semakin berkurang, anda boleh mulakan aktiviti senaman secara berperingkat.

BERIKUT MERUPAKAN TIGA JENIS SENAMAN YANG SESUAI UNTUK ANDA

IKLAN

Brisk walk

Brisk walk sesuai untuk mereka yang mengalami sakit lutut. Anda boleh berjalan secara santai di sekitar taman atau tasik berdekatan kawasan perumahan anda. Tingkatkan kadar kelajuan bergantung kepada kemampuan anda.

Tiga Jenis Senaman Paling Sesuai Untuk Insan ‘Bersaiz XL’ Agar Lutur Tak Sakit
Walking sport photo created by jcomp – www.freepik.com

Berenang

Berenang ialah salah satu aktiviti senaman yang sesuai untuk mereka yang mempunyai berat badan berlebihan untuk mengelakkan bebanan berat badan diletakkan di lutut bila bersenam.

IKLAN
Selain itu:  Nak Mantapkan Bahagian Perut & Lengan. Ini Cara Betul Lakukan Senaman Push Up!

Berbasikal

Berbasikal juga merupakan salah satu senaman yang rendah impak, mereka yang minat berbasikal boleh menjadikan sukan ini salah satu aktiviti senaman.

 

 

 

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI