Mata adalah antara anggota badan yang sangat penting dan berperanan dalam banyak perkara. Dengan matalah kita dapat melihat sesuatu yang baik, buruk dan indah.
Justeru, jagailah mata sebaiknya walaupun anda mengenakan kaca mata ataupun kanta lekap.
Dalam satu perkongsian di laman sosial twitter, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan memberitahu betapa pentingnya ubat titis mata yang betul dalam memastikan organ ini terpelihara sebaiknya.
Ubat titis mata yang berada di pasaran ada bermacam-macam jenis, dan setiap jenis itu ada kegunaan yang tertentu. Maka kalau beli jenis yang salah, maka ia tidak berkesan.
Apakah jenis-jenis ubat titis yang ada di pasaran?
■ Pelembab/Pelincir (Moisturizer/Lubricants) Digunakan apabila mata menjadi kering atau rengsa akibat cuaca, penuaan, pengunaan kanta lekap, masuk habuk, dsb. —Bahan aktif: hypromellose, propylene glycol, etc
Ads
■ Anti-alahan (Anti-inflammatory) Digunakan apabila mata menjadi gatal, merah dan bengkak akibat terdedah kepada sesuatu yang menyebabkan alahan. —Bahan aktif: ketotifen, dexamethasone, etc
■ Anti-Merah Mata (Decongestant) Digunakan untuk menghilangkan gejala mata merah, tetapi tidak merawat puncanya. Sejenis pengecil salur darah (vasoconstrictor). —Bahan aktif: tetryzoline, naphazoline, etc
■ Antibiotik dan Antikulat Digunakan untuk menghapuskan bakteria atau kulat yang menjangkiti mata. Ia perlu digunakan ikut tempoh yang disyorkan. —Bahan aktif: neomycin, chloramphenicol, etc
■ Kombinasi Ubat titis yang menggabungkan 2 atau lebih bahan aktif dari kumpulan berlainan, contohnya antibiotik dan anti-alahan. —Bahan aktif: dexmethasone + neomycin, etc
Selain itu, terdapat juga ubat titis yang diberi oleh doktor untuk tujuan atau penyakit spesifik, contohnya:
Ads
■ Anti-glaucoma Digunakan untuk megurangkan penghasilan cecair di dalam bebola mata untuk mengurangkan tekanan di dalamnya. —Bahan aktif: latanoprost, timolol, etc
■ Midriatik Digunakan untuk mengembangkan bukaan anak mata secara sementara, supaya pemeriksaan mata mudah dijalankan. —Bahan aktif: tropicamide, atropine, etc
Bagaimana nak pilih yang mana sesuai? Kalau salah pilih ada masalah, tak?
Ada ubat titis mata yang menyebabkan komplikasi jika digunakan terlalu lama, antaranya: ulser mata, kerengsaan, buta, dsb. Ada juga yang tidak sesuai untuk penghidap penyakit kronik.
Ads
Oleh itu, pemilihan ubat titis yang betul amatlah penting. Disarankan, jika ada keraguan atau ketidakpastian, berjumpalah dengan doktor untuk pemeriksaan dan pengesyoran ubat.
Dr Kamarul juga turut menerangkan kesan penggunaan ubat mata jenama tertentu kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Dr, saya dari zaman sekolah lagi pakai ubat mata jenama Dextracin.. bila mata saya rasa gatal atau merah saya akan pakai ubat ni. Saya nak tanya, ubat mata jenis ini ada kesan jangka panjang ke ?
Dextracin ada dexamethasone(steroid). Tak digalakkan untuk penggunaan berterusan untuk masa yang lama, kerana terdapat risiko penipisan dan ulser kornea.
Kalau kerap guna, tapi tak tempoh lama, dan jarak masa antara pengunaan adalah jauh, maka tiada masalah. Hanya perlu hati².
Terpesona melihat penampilan terkini Wilma Muhammad, pelakon utama filem Ghazal Untuk Rabiah yang popular sekitar tahun 90an.
Wilma aktres dan model kelahiran Lahad Datu, Sabah yang suatu ketika dulu cukup terkenal dengan imej seksi dan menggoda dalam drama mahupun filem.
Manis Bertudung, Wilma Muhammad Nampak Cantik Walau Dah Anak Lima
Terbaharu, menerusi Instagram peribadi Wilma memuat naik satu hantaran penampilan terkininya yang masih kelihatan cantik serta langsing.
Haa… kalau masih ingat-ingat lupa, Wilma ini juga pernah membintangi filem Pasrah sekitar tahun 2000.
Sekilas pandang nampak seperti baru berusia 30an je, kan?
Awet Muda Sungguh, Walau Usia 50 Tahun
Namun siapa sangka, usia sebenar ibu anak lima ini dah mencecah 50 tahun! Memang awet muda betul. Paling tertarik bila melihat senyuman Wilma yang sangat menawan.
Posting Wilma di Instagram dengan kapsyen “Syukur Alhamdulillah” telah meraih pujian daripada para pengikut serta peminatnya yang teruja dengan kecantikannya.
“Sweet as always.”
“Love sangat dari dulu cantik.”
“MasyaAllah cantiknya sis pakai tudung.”
“Still maintain sweet as before.”
“Lama tak nampak..Wilma makin cantikkk..”
Memetik perkongsian Wilma suatu ketika dulu di saluran YouTube Zayan My slot Kisah Inspirasi, dia mendedahkan bagaimana kisah penghijrahannya bermula dari seorang yang berimej seksi sehinggalah berkahwin dan bertudung.
“Selepas berkahwin saya tinggalkan industri hiburan sebab nak fokus dengan kehidupan berkahwin dan mahu tukar cara hidup. Mahu lebih fokus pada suami, anak-anak dan keluarga.
“Saya tak suka bertudung. Dari sekolah sampailah masuk universiti saya cakap tidak akan pakai tudung. Kawan-kawan termasuk rakan-rakan artis juga tahun tak mungkin saya akan pakai tudung.
“Tapi bila saya pakai tudung, semua terkejut. Mana tidaknya, dari seksi yang teramat dan sekarang ni berubah 360 darjah,” katanya seperti yang dipetik.
Wilma kehilangan suami (pertama) pada 2011 kerana serangan jantung.
Dalam masa yang sama, Wilma memberitahu dia pernah bermimpi arwah suaminya itu.
Ulas Wilma lagi, dia selalu berdoa agar Allah SWT kuatkan imannya untuk terus istiqamah.
Untuk info, Wilma berkahwin buat kali kedua dengan seorang ahli perniagaan pada Jun 2012. Semoga Wilma kekal bahagia dan tenang bersama keluarga tersayang.
Jarang orang menggunakan getah kulit pisang untuk cantikkan kulit wajah, tetapi kali ini seorang lelaki berkongsi satu petua yang dia amalkan untuk jaga mukanya dari cela. Jom baca petuanya.
Getah Kulit Pisang Untuk Kulit
Tengok kulit lelaki ini, Nauf Safuan, licin dan flawless. Haa… jangan jeles ya. Ini tip yang dikongsikan untuk pudarkan parut jerawat.
“Petua dari sekolah lagi. Tiap sabtu ahad , abah akan beli pisang. Lepas makan, saya ambil kulit pisang ni.Saya pakai tenyeh kat muka ni.” Tulisnya ringkas.
Kesannya, rasa sangat best dan kulit jadi lebih bersih. Sangat berkesan untuk pudarkan parut jerawat dan mengecutkan jerawat.
Kalau nak tahu, dalam kulit pisang ni secara semula jadinya ada vitamin B & C yang dapat membantu untuk mengecutkan jerawat dan memudarkan jerawat.
Kongsinya, “Hampa pakai tiap hari selama seminggu dan hampa akan nampak perubahanya.”
Untuk masalah kulit sensetif dan kulit berminyak juga digalakan untuk mengunakan kulit pisang. Getah kulit pisang ni mengandungi anti oksida yang dapat mengawal masalah kulit berminyak dan mengurangkan radang pada kulit wajah.
Bahan-Bahan:
Kulit pisang
Cara Pengunaan:
Tenyeh kulit pisang pada bahagian muka. Biar selama 5-10 minit atau sehingga getah pisang kering. Bilas dengan air bersih. Ulang setiap hari di waktu pagi.
Boleh juga di pakai sebelum tidur. Bangun keesokkan paginya. Baru bilas.
Fungsi Lain Kulit Pisang
Selain itu, kulit pisang juga boleh dijadikan masker untuk lembapkan kulit. Cara ini juga mudah cuma perlukan campurkan dengan bahan lain. Nah, cubalah!
Bahan:
Pisang
Kuning telur
Caranya mudah, haluskan kulit pisang, lalu campurkan dengan satu kuning telur. Jadikan sebagai masker wajah. Biarkan selama 5 minit, kemudian bilas wajah hingga bersih.
Tak susah bukan? Anda boleh pilih dua petua di atas untuk diamalkan malam ini. Yang penting pisang kena ada di rumah. Mudah!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ketika zaman kegemilangan penyanyi kumpulan wanita yang paling popular sekitar 90-an adalah Spice Girl. Dan dalam ahli kumpulan antara yang paling menonjol adalah Victoria Beckham.
Siapa yang tidak mengenali penyanyi kurus tinggi lampai yang juga isteri kepada pemain bola sepak David Beckham.
Biarpun sudah lebih 20 tahun berlalu menganggotai kumpulan itu, tetapi aura Posh Spice masih lagi hangat dan dikenali ramai.
Maklum sahaja penampilan ibu kepada empat anak ini sentiasa kelihatan outstanding dengan bentuk badan yang kekal langsing seperti anak dara.
Malah bukan itu sahaja, Posh Spice juga kelihatan kekal fit biarpun usianya hampir mencecah 50 tahun.
Apa agaknya rahsia di jelita ini yang sangat aktif dan energetik seperti wanita berusia 30 tahun.
Ramai tertanya-tanya apakah rejim kecergasan dan pemakanan yang diamalkan oleh personaliti yang juga pereka fesyen yang mempunyai lebih 30 juta pengikut di Instagram.
Victoria menggunakan khidmat seorang jurulatih kecergasan peribadi yang sangat popular dalam kalangan selebriti, iaitu Bobby Rich. Rich adalah pemenang lima kali pingat emas dalam sukan judo dan merupakan bekas jurulatih suami dan anaknya, Brooklyn Beckham.
Bercakap kepada The Sun, Rich mendedahkan bahawa senaman telah menjadi ‘keutamaan’ untuk Victoria malah dia memuji wanita itu kerana dedikasi yang mengagumkan.
Ujar Rich, Victoria bersamanya lima hari seminggu dan tidak pernah ‘ponteng’ setiap sesi walaupun mempunyai banyak komitmen peribadi dan profesional.
“Walaupun dia sedang melancong, tiada alasan untuknya ponteng dan kami beralih kepada sesi secara dalam talian,” jelasnya.
Kegemaran Victoria terhadap ikan sudah diketahui semua orang, tetapi perubahan latihan telah ‘memaksanya’ menukar diet yang diamalkan sejak 25 tahun lalu.
Menjadikan senaman sebagai rutin, dia kini mengambil lebih banyak lemak sihat, namun dalam masa sama dia mengekalkan wain sebagai salah satu keinginannya yang tidak boleh disentuh.
Victoria dikhabarkan tidak akan mengambil apa-apa makanan selepas latihan selama dua jam, sebaliknya memilih untuk minum cuka epal setiap pagi sebelum sarapan termasuk smoothie hijau, bijirin buatan sendiri atau telur hancur dengan salmon.
3. Menjaga Penampilan
Selain itu Victoria Beckham juga sangat menjaga penamilannya apabila berada di khalayak. Ini menjadikan dirinya sentiasa tampil anggun dan jelita dalam ada juga majlis yang dihadiri. Malah ada yang turut menjadikan dirinya ikon dalam berfeyen.