Seperti yang kita maklum, program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan telahpun bermula sejak pertengahan Mac lalu.
Sebelum ini fasa vaksin pertama telah diberikan kepada frontliner di seluruh negara. Dan perkembangan terkini pemberian vaksin menyaksikan slot vaksin AstraZeneca COVID-19 bagi penduduk Kuala Lumpur dan Selangor telah ditempah sepenuhnya hanya dalam tempoh tiga jam 20 minit, selepas pendaftaran dibuka pada 12 tengah hari tadi.
Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar yang telah berkongsi kemas kini mengenai proses pendaftaran melalui akaun Twitternya berkata, mereka yang telah berdaftar akan menerima butiran lanjut mengenai temu janji pada aplikasi MySejahtera atau SMS mereka tidak lama lagi.
“Mereka yang tidak berjaya mendapatkan slot masih berpeluang meletakkan nama mereka dalam senarai menunggu di laman web sama di http://vaksincovid.gov.my,” katanya di Twitter.
Pada Sabtu, Khairy berkata, vaksin AstraZeneca dibuka kepada 268,000 individu secara ‘siapa cepat, dia dapat’ di laman web itu bagi penduduk KL dan Selangor dan temu janji pertama bagi slot vaksinasi itu akan dijalankan pada 5 Mei di PPV yang ditetapkan.
PPV itu adalah Universiti Malaya (UM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur dan Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) Shah Alam.
Khairy juga dilaporkan berkata, Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin Covid-19 (JKJAV) akan melancarkan inisiatif sama di negeri lain sementara menunggu penghantaran selanjutnya vaksin AstraZeneca.
Beliau berkata kerajaan juga dijadual menerima sejuta lagi dos vaksin AstraZeneca pada bulan ini melalui Akses Global Vaksin Covid-19 (COVAX).
“Kami akan memperluaskan pilihan ini di negeri-negeri lain, kecuali Sarawak yang telah menunjukkan penurunan dan akan memastikan mereka yang tidak mempunyai akses internet serta yang lain juga boleh mendaftar,” katanya.
Pernah tak kita mengalami Mmasalah bersin berulang-ulang kali hingga menyebabkab rasa tidak selesa. Malah hidung juga berasa gatal dan terpaksa digosok hingga kemerahan.
Ini mungkin petanda awal anda mengalami masalah rendung. Perkongsian Dr Zubaidi Ahmad memberitahu sebab dan rawatan terbaik untuk mereka yang mengalami masalah ini.
APAKAH PENYEBAB RESDUNG (ALLERGIC RHINITIS)?
Rinitis atau selsema adalah radang pada hidung. Ia adalah keadaan di mana seseorang mengalami hidung berair atau berhingus, gatal hidung atau mata, bersin dan rasa hidung tersumbat.
Perkara ini berlaku disebabkan sistem imun badan yang terlalu sensitif. Ia berlaku apabila pesakit terdedah kepada sesuatu perkara yang menyebabkan dia alahan, maka pesakit akan menghasilkan simptom yang berlebihan.
Dalam resdung, lapisan yang menyelaputi bahagian dalam hidung sangat sensitif terhadap habuk mahupun debunga.
Resdung boleh dibahagikan kepada 2 kategori iaitu :
1. Bermusim : Gejala bagi resdung jenis ini boleh berlaku pada musim bunga, musim panas dan awal musim gugur. Ia biasanya disebabkan oleh sensitiviti alergi terhadap spora yang terbang di udara atau debunga dari rumput atau pokok yang berbunga.
2. Berpanjangan : Pesakit akan mengalami gejala sepanjang tahun. Ia biasanya disebabkan oleh hama debu, bulu daripada binatang peliharaan, lipas atau kulat. Alergi terhadap makanan jarang menyebabkan gejala yang berkaitan dengan hidung.
Sesetengah orang mungkin mengalami kedua-dua jenis resdung, dengan gejala-gejala bagi resdung bermusim semakin teruk semasa musim debunga yang spesifik. Terdapat juga punca-punca bukan alergi bagi resdung termasuklah asap rokok atau asap lain, minyak wangi, produk pencuci dan bau lain yang kuat.
PUNCA RESDUNG
Beberapa perkara menjadi pencetus ataupun bahan allergen yang akan memulakan simptom resdung. Ianya adalah :
1. Debunga
Disebabkan Malaysia bukan negara 4 musim, rakyat Malaysia senang terdedah dengan debunga yang boleh menyebabkan mereka mengalami simptom resdung selalu. Di negara 4 musim, selalunya simptom resdung menjadi teruk ketika musim bunga kerana banyak daripada pokok akan menghasilkan debunga pada musim tersebut.
2. Kulat
Di dalam keadaan rumah yang lembab, kulat senang tumbuh dan menghasilkan spora. Spora inilah yang akan berterbangan di dalam rumah dan masuk ke dalam saluran pernafasan pesakit dan menyebabkan serangan resdung bermula.
3. Habuk, bulu haiwan peliharaan, asap, karpet
TANDA DAN GEJALA
1. Bersin
2. Hidung berair
3. Hidung tersumbat
4. Hidung gatal
5. Kurang deria bau
6. Sakit kepala
7. Sakit telinga
8. Keluar air mata
9. Mata merah
10. Mata bengkak
11. Rasa letih
12. Rasa pening kepala
KOMPLIKASI
Jika selsema ini berlarutan, komplikasi yang mungkin berlaku seperti :
1. Nasal polyps. Terdapat tumbuhan benigna yang lembut terjadi pada lapisan hidung atau sinus disebabkan radangan kronik. Polyps yang kecil tidak menyebabkan masalah tetapi yang besar akan menyekat peredaran udara melalui hidung dan susah untuk bernafas.
2. Resdung/Sinusitis: Hidung tersumbat yang berpanjangan boleh menyebabkan resdung/sinusitis – jangkitan atau radangan pada lapisan membran sinus. Pesakit mengalami sakit bahagian pipi, mata atau dahi, nafas berbau busuk dan lelehan bertukar warna kuning atau hijau. Resdung yang teruk boleh merebak ke bahagian mata dan otak dan boleh membawa maut.
3. Cecair di telinga tengah. Pesakit akan mengalami masalah kurang pendengaran.
RAWATAN
Rawatan untuk pesakit resdung terbahagi kepada 3 iaitu mengelakkan diri daripada allergen, penggunaan ubat dan juga terapi imun.
1) Mengelakkan diri daripada allergen
Beberapa perkara yang boleh dibuat di dalam rumah seperti:
1. Elakkan menggunakan perabut yang akan berhabuk seperti karpet
2. Selalu membersihkan habuk
3. Elakkan daripada membela haiwan peliharaan
4. Sarung tilam perlu selalu ditukar
5. Sentiasa memastikan keadaan di dalam rumah kering agar kulat tidak tumbuh
6. Pesakit juga boleh mengelakkan diri daripada mencium bunga kerana debunga akan menyebabkan mereka mempunyai simptom resdung
2) Penggunaan ubat
Beberapa jenis ubat boleh digunakan untuk merawat masalah resdung tersebut. Ianya adalah:
1. Ubat anti-histamine : Ia berfungsi untuk menghentikan proses yang akan menyebabakan simptom alahan. Contoh ubat adalah Chlorpheniramine, cetrizine dan loratadine.
2. Ubat untuk mengurangkan hidung berair : Ia berfungsi untuk mengecilkan saluran darah di bahagian hidung supaya penghasilan air hidung dapat dikurangkan. Contoh ubat adalah pseudoephedrine.
3. Ubat spray hidung yang berasaskan steroid : Ia berfungsi untuk mengurangkan keradangan di bahagian hidung. Kajian telah dibuat menunjukkan penggunaan spray hidung ini adalah lebih berkesan daripada penggunaan anti-histamine dan juga ubat yang mengurangkan hidung berair.
Ia bertanggungjawab mengurangkan 4 simptom resdung yang utama iaitu bersih, gatal hidung, hidung berair dan juga hidung tersumbat. Oleh itu, simptom resdung akan lebih terkawal dan aktiviti harian pesakit akan lebih tidak terganggu
3) Terapi Imun
Di dalam terapi ini, ubat akan diberikan sama ada melalui suntikan ataupun diletakkan dibawah lidah untuk mengurangkan sensitiviti sistem imun badan terhadap allergen.
Peratusan untuk sembuh dengan menggunakan terapi imun ini boleh dikatakan tinggi tetapi selalunya ia digunakan hanya untuk pesakit yang mempunyai simptom resdung yang teruk dan kerap walaupun sudah menggunakan ubat.
Jangan buang uncang teh lepas anda guna buat air sebab benda ini boleh sambung untuk cantikkan kulit wajah.
Pelik namun inilah cara jimat yang anda boleh amalkan dalam kehidupan harian. Merujuk perkongsian Puan No Or di laman Facebook, uncang teh sangat membantu dalam dunia kecantikan.
Jangan Buang Uncang Teh
Selepas buat teh, anda terus buang ke uncang tu?
Hah, rugi tau! Sebaiknya jangan terus buang sebab uncang teh ni masih boleh digunakan sebenarnya. Senang sesangat caranya.
1. Petua lembut dan haluskan tangan
– Keluarkan serbuk teh dari uncang.
– Lumurkan keseluruh tangan dan tapak tangan.
– Gosok perlahan-lahan selama 3-5 min.
2. Petua cerahkan kulit muka, hilangkan pori terbuka & hilangkan jerawat
– Uncang yang dah guna tu, korang bukak dan kuarkan serbuk teh tu.
– Lumurkan ke seluruh muka dan leher.
– Biarkan selama 15min. Kemudian bilas bersih.
– Boleh buat setiap hari, sampai dapat result yang anda nak.
3. Petua hilangkan mata panda (lebam di bawah mata)
– Untuk petua ni korang perlukan 2 pcs uncang
– Sejukkan kat peti sejuk sekejap
– Lekapkan kat kelopak mata. (time ni korang kena pejam mata tau)
– Tunggu sampai hilang sejuk uncang tu