Pernah tak setiap kali anda berdepan pengalaman setiap kali untuk dicucuk jarum suntikan, mengalami perasaan berdebar-debar, berpeluh dan seperti nak lari dari situasi ini.

Jika ini berlaku bagaimana mahu berdepan dengan Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan yang memerlukan bahagian lengan kiri dicucuk dengan vaksin.

Menurut Pakar Psikitari, Dr Rozanizam Zakaria berkata situasi ini dinamakan Fobia Jarum atau Trypanophobia di mana 1 dari 10 orang dewasa fobia terhadap jarum.

Jangan Pandang Ringan Gejala Trypanophobia,  Yang Panik Serius Boleh Sebabkan Pengsan

Selain itu individu tersebut akan sebolehnya mengelak dari segala yang berkait dengan objek tersebut.

Biasanya ada sejarah ahli keluarga lain yang takut pada objek yang sama ataupun pengalaman lampau yang buruk berkait dengan objek tersebut.

Fobia datang dengan tahap berbeza.

Ada yang ringan – tidak selesa, tetapi boleh dilakukan jika terpaksa.

Ataupun teruk – seperti akan alami gejala panik yang serius seperti pengsan.

IKLAN

Jangan Pandang Ringan Gejala Trypanophobia,  Yang Panik Serius Boleh Sebabkan Pengsan

Apa yang boleh dilakukan?

1. Terus tentang dengan Doktor atau pihak yang merawat.

Ini penting supaya mereka boleh menjangkakan reaksi

2. Praktik teknik pernafasna dalam dari awal. Tarikh perlahan-lahan, tahan dan hembus.

IKLAN

3. Gradual desensitization – dedahkan diri sedikit demi sedikit dengan proses suntikan – bercakap tentangnya, tengok gambar, tengok video, berbual dengan orang yang sudah disuntik, bayangkan, pergi ke tempat suntikan dan kemudian dapatkan suntikan.

4. Kenalpasti fikiran yang datang – Cuba gantikan dengan fikiran alternatif

Contoh: “matilah aku..” tukar kepada “tiada yang mati sebab kena suntikan” / “perlu suntikan sebab tak matilah..” / “sekejap sahaja”

4. Jangan tengok

5. Cuba fokuskan perhatian pada ransangan sensori

IKLAN

Contoh bawa sesuatu untuk digenggam, dilihat atau dihidu. Sibukkan otak dengan fokus6.  pada tugasan memproses deria.

6. Jika masih tak boleh kawal, maklum pada person-in-charge.

7. Jika phobia anda bukan sekadar pada jarum, terapi pada semua jenis rawatan perubatan dan ia menggangu kesihatan anda kerana tak boleh dapatkan rawatan sepatutnya – dapatkan bantuan dengan berjumpa psychologist atau Doktor Psikiatri untuk penilaian lanjut.

Jangan Pandang Ringan Gejala Trypanophobia,  Yang Panik Serius Boleh Sebabkan Pengsan

Artikel Berkaitan:

Selain itu:  Roti Putih Karbohidrat Sihat. Tapi Makan Lebih Akibatkan Risiko Gemuk, Kencing Manis & Jantung!

Elak Makan Petai Berlebihan Boleh Sebabkan Gangguan Buah Pinggang, Semak 3 Lagi Kesannya

“Makan Panadol Lepas Vaksin Bukan Sebelum” – Ahli Kimia Jelaskan Sebabnya & Senaraikan Jenis Panadol

Sedap Masakan Pakai Kuali ‘Legend’, Tapi Bahaya Untuk Kesihatan. Pakar Ini Dedah Sebabnya!

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI