Faktor sering berjaga lewat malam boleh menyebabkan seseorang itu mengalami gejala penyakit insomnia.
Jika tidak diatasi segera akan mengganggu rutin harian kerana kita tidak tidur pada waktu kebiasaannya.
Jadi bagi mereka yang mengalami masalah ini, akan dinasihatkan untuk bersenam dan menjaga pemakanan serta tidur pada waktu ditetapkan
Perkongsian Dr Zubaidi Hj Ahmad menerangkan lebih jelas gejala lain dan langkah untuk atasinya.
TAK TIDUR TIGA MALAM TANDA INSOMNIA KRONIK
Tidak dapat tidur secara berterusan selama tiga malam dalam tempoh seminggu dan mengalaminya secara berterusan sepanjang tiga bulan, tanda seseorang itu menghidap insomnia kronik.
Ada pelbagai cara merawat insomnia termasuk ubat hipnotik atau ubat tidur tetapi ia hanya untuk jangka pendek kerana boleh menyebabkan ketagihan. Jika pesakit mempunyai penyakit mental, amat penting penyakit itu diubati dengan ubat sepatutnya.
Insomnia terbahagi kepada dua peringkat iaitu primer dan sekunder. Insomnia primer adalah disebabkan gangguan tidur, berlaku bukan disebabkan penyakit, penyakit mental, genetik atau ubat.
Insomnia sekunder pula disebabkan pelbagai jenis penyakit kronik seperti asma, hipertiroidisme, arthritis, barah, pedih ulu hati (GERD), alahan dan sakit belakang. Sesetengah ubat yang diambil juga memberi kesan sampingan insomnia seperti ubat darah tinggi dan demam.
Gaya hidup tidak sihat juga seperti makan lewat malam, mengambil dadah atau alkohol boleh menyebabkan insomnia.
GANGGUAN MENTAL PUNCA SUKAR TIDUR
Penyakit mental yang dikaitkan dengan gejala insomnia adalah kemurungan (depression) dan kegelisahan (anxiety) iaitu penghidap sentiasa risau atau sering memikirkan masalah sehingga mengganggu tidur.
Ads
Pesakit `Bipolar Mood Disorder’ juga boleh mendapat gangguan tidur yang mana ketika fasa mania, penghidap ada kalanya berasakan sentiasa bertenaga, banyak perkara yang diperlu dilakukan, banyak idea yang perlu diketengahkan sehingga enggan tidur.
Insomnia yang terjadi dalam tempoh antara beberapa hari sehingga beberapa minggu dikenali sebagai insomnia akut.
Serangan ini boleh berlaku apabila emosi terganggu disebabkan kejadian seperti kematian orang disayangi atau mengalami tekanan hidup serta boleh datang dan pergi mengikut keadaan semasa individu terbabit.
Pesakit juga dinasihatkan menjalani gaya hidup lebih sihat termasuk bersenam, makan diet seimbang dan tidur pada waktu tetap setiap hari.
GEJALA INSOMNIA
1. Mengantuk pada sebelah siang.
2. Keletihan.
Ads
3. Mudah marah.
4. Sukar memberi tumpuan dan memori.
LANGKAH ATASI INSOMNIA
1. Tidur pada waktu tetap setiap malam.
2. Bangun pada waktu sama setiap pagi.
3. Elakkan tidur di siang hari.
4. Elakkan menggunakan telefon tangan atau membaca menerusi gajet.
Ads
5. Elakkan kafein, nikotin dan alkohol di lewat malam.
6. Senaman sebelah petang (elak bersenam tiga jam sebelum tidur).
7. Jangan makan hidangan berat pada lewat malam.
Sekiranya tidak boleh tidur:
1. Baca buku.
2. Lakukan aktiviti yang boleh membuatkan anda mengantuk.
Siapa tidak kenal dengan pelakon yang sangat berbakat melakonkan watak dalam setiap drama yang dipaparkan di kaca televisyen.
Nama Fasha Sandha mula dikenali sejak awal pembabitannya sebagai pelakon. Bukan saja terkenal dengan sikap berdisiplin, tetapi selebriti ini juga dikenali sebagai pelakon yang sangat menjaga kecantikan serta penampilannya.
Biarpun kini sudan memiliki 3 cahayamata, namun pelakon berusia 37 tahun ini tetap kekal anggun dan jelita dengan sisi kecantikan tersendiri.
Baru-baru ini Fasha sempat berkongsi rutin solekan minimalis kepada semua followernya di laman Instagram.
Menerusi laman sosial Instagram @fashasandha, beliau memuat naik klip video solekan yang ringkas dan mudah diaplikasikan oleh warga maya.
“Fasha nak tunjukkan cara mekap yang cepat dan tidak lebih lima minit. Ini muka tanpa sebarang solekan kerana baru selesai mandi,” jelasnya dalam video berdurasi 6.29 minit tersebut.
Semua wanita mengimpikan saiz badan yang ideal dan langsing. Menjadi masalah jika mengalami pertambahan berat badan berlebihan kerana sukar untuk melakukan pelbagai aktiviti disukai.
Bagi wanita ini @_syarmineisa tiada yang yang mustahil. Walaupun pernah diejek tetapi dia akhirnya berjaya transformasi berat badannya dari 95 kg ke 58 kg.
Siapa sangka berjaya hilangkan lebih 30 kg dan hasilnya memang sangat mengagumkan.
Malah turut mengakui perjalanan dietnya mengambil masa 5 bulan dengan begitu mengambil berat soal pengambilan pemakanannya.
Pecahan diberikan kepada satu tahun yang pertama di mana dia berjaya menurunkan 12kg namun tidak konsisten. Baki 20kg lagi berjaya diturunkan dalam masa 5 bulan seterusnya.
Tidak dinafikan lebih menyakitkan bila seseorang diserang demam, lengkap dengan pakej batuk dan selesema.
Keadaan ini akan membawa kepada masalah sesak nafas dan menjadikan pernafasan tidak lancar.
Apatah lagi jika batuk mengeluarkan kahak dan mengambil masa berhari-hari untuk pulih.
Jika anda telah mencuba pelbagai cara memulihkannya, tetapi tidak berhasil, apa kata anda cuba cara lain dikongsi pengguna media sosial.
Ini adalah perkongsian daripada Dr Rizal Abu Bakar yang memberikan sata penyelesaian kepada masalah batuk berkahak.
Pernah tengok tak kesan ambil ubat batuk pada otak? Masa kerja di Melbourne dulu saya pernah tengok. Takut saya jadinya bila tengok.
Semenjak dari itu saya tak ambil lagi ubat batuk. Tak bagi lagi pada anak-anak. Jauhkan diri lagi ada la.
Kalau batuk saya cari alternatif lain. Cari ubat yang kesannya berbeza pada otak. Ubat tu tak bagi kesan menakutkan.
Lama juga cari alternatif ni. Macam-macam Jurnal yang dibaca. Macam macam buku ditelaah. Macam macam orang ditanya. Akhirnya berjumpa juga.
Saya mula buat petua alternatif ini kalau anak anak batuk. Cara pun mudah. Jadi saya kongsikan di bawah ni.
Caranya ialah:
1. Ambilsebiji bawang Holland atau Bombay. Potong kepada dua bahagian. Guna satu bahagian sahaja.
2. Leraikan ulas bawang tersebut.
3. Campurkan madu satu atau dua sudu mengikut kadar yang kita mahu.
4. Gaulkan biar rata.
5. Tutup dan biarkan selama satu atau dua jam.
6. Bawang tadi akan mengeluarkan jus yang secara otomatik bercampur dengan madu. Kalau cuaca panas akan jus akan keluar dengan lebih cepat berbanding cuaca sejuk.
7. Ambil satu sudu dan minum. Rasanya macam ubat batuk. Tujuannya mengeluarkan kahak. Natijahnya tiada kesan buruk pada otak.
Yang bestnya petua ni boleh keluarkan kahak dengan mudah. Lega anak anak jadinya. Bolehlah cuba.