Sebelum ‘kemaskan’ perut pada waktu pagi, anda patut memilih menu sarapan terbaik untuk keselesaan dan rasa kenyang yang lama. Tak ada lah kes tetiba sakit perut selepas makan, jom baca kejap!
Tahukah anda, sesetengah menu sarapan pagi boleh menyebabkan rasa ketidakeselesaan pada perut khususnya untuk mereka yang sudah mempunyai masalah perut berangin dan Gastroesophageal Reflux Disease (Gerd).
3 Menu Sarapan Yang Patut Anda Elakkan Demi Kesihatan Perut
Sebagai makluman, Gerd adalah sejenis penyakit refluks apabila kandungan perut melimpah ke esofagus sehingga menyebabkan rasa pedih ulu hati.
Melalui satu perkongsian di TikTok, seorang pempengaruh kesihatan dikenali sebagai Zack Kinrara menjelaskan tiga juadah sarapan pagi yang tidak digalakkan demi kesihatan perut.
1. Karipap
Ads
Menurut Zack, karipap diperbuat daripada tepung gandum, dan di dalam tepung gandum ada kandungan gluten.
Pengambilan gluten dalam jangka masa panjang boleh menyebabkan leaky gut atau usus bocor sehingga menimbulkan rasa sakit pada bahagian perut.
2. Roti canai
Ads
Roti canai, seperti karipap juga, diperbuat daripada tepung gandum yang di dalamnya terkandung gluten.
“Jika boleh dielak, sangat bagus. Kalau tidak boleh, cuba kurangkan mengambil hidangan roti canai,” ujar Zack.
3. Donut
Ads
Donut juga diperbuat tepung gandum, selain mempunyai kandungan gula yang banyak.
“Daripada gluten dalam tepung gandum ini, ia boleh menyebabkan anda rasa susah nak bernafas, berdebar-debar dan jantung berdegup laju.
“Lepas tu perut berangin. Bagi mereka yang langsung tak ada masalah perut, boleh je nak makan karipap, roti canai dan donut semua ni, tapi biarlah berpada-pada,” kata Zack. – Zack Kinrara
Jadi selepas ini sebaiknya anda pilih menu sarapan yang terbaik. Selagi boleh elak, cuba teruskan. Sebab kalau dah kena gerd, memang tak selesa. Lebih mudah jika makan menu sihat yang membantu ‘cantikkan’ penampilan anda dengan berat idaman!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ya, suatu masa semua orang akan berkedut juga tetapi sekurang-kurangnya anda ada usaha untuk elak wajah cepat tua daripada umur. Bukan habiskan duit beribu untuk cucuk sana sini tetapi cukup 3 langkah ini sahaja.
Menurut sumber tentang kecantikan wajah, ada tiga produk siang hari yang pakar dermatologi jelaskan ada cara yang berkesan untuk meminimumkan kesan penuaan mengikut jenis kulit masing-masing.
Ingat ya, anda wajib melakukan rutin secara konsisten di bawah ini pakar dermatologi memecah tiga produk yang anda perlu lakukan dalam harian.
Cuci lah muka tu walau cuma sekali sehari. Tetapi jika anda jenis pakai mekap tebal, pastikan dua kali cucian dibuat, itu paling selamat untuk elakkan jerawat muncul.
Pastikan bersihkan wajah dengan sabun lembut dan tidak keringkan kulit, ini penting untuk mengeluarkan sisa produk yang telah anda gunakan seharian.
Mencipta penghalang untuk melindungi kulit daripada radikal bebas adalah kunci. Pakar mencadangkan menggunakan serum yang mengandungi kedua-dua vitamin C dan asid ferulik hasil gabungan kuasa antioksidan dan keupayaan untuk membawa sinaran pada kulit.
Vitamin C pada kepekatan sekitar 12 peratus membantu dengan pigmentasi dan menyokong sintesis kolagen. Selain menjadikan vitamin C tersebut lebih berkesan, asid ferulik juga akan membantu meningkatkan ketegasan kulit sambil melembapkan dan memberikan kesan anti-radang. Dan jika kulit anda sangat kering? Cari formula dengan vitamin E.
Kalau dah pakai pencuci dan pelembap, pastikan anda ada juga sunscreen untuk melindungi kulit pula! Inilah anti penuaan paling utama, guna yang ada SPF tetapi persoalannya, adakah anda perlu menggunakan pelembap juga sebelum sapu sunscreen? Ia bergantung pada kulit anda.
Sebagai contoh, menggunakan SPF spektrum luas dan bukannya pelembap, sama ada untuk menggunakan krim tambahan bergantung pada perasaan kulitnya setiap pagi. Jika anda menggunakan pelembap, pastikan mengandungi asid hyaluronik atau seramida dan letakkannya selepas serum anda tetapi sebelum SPF.
Hah, dah tahu cara macam mana nak elak wajah cepat tua dari umur anda, maka amalkan tip ini ya!
Gara-gara menaip 5-6 jam sehari, tangan Kebas, Sakit Menyucuk. Rupanya Sindrom Capal Tunnel!Dek kerana faktor bekerja yang perlu menggunakan tangan terutama dalam bab menaip di papan komputer menyebabkan tangan sering menjadi sakit.
Rasa sakitnya hingga menyebabkan mahu mengangkat tangan juga tidak berdaya. Terasa menyucuk di bahagian tangan yang sering digunakan untuk menaip. Situasi ini sebenarnya menunjukkan anda sedang mengalami sindorm Carpal Tunnel.
Perkongsian Dr Samhan memberitahu secara detail mengenai sindrom Carpal Tunnel ini dan cara rawatan terbaik.
“Ok, saya akan terangkan tentang penyakit encik ini”
CARPAL TUNNEL SYNDROME(CTS)
Carpal tunnel syndrome ataupun sindrom terowong karpal merupakan penyakit disebabkan himpitan pada saraf median tangan. Ia akan menyebabkan tangan merasa kebas, sakit dan merasa kesemutan pada ibu jari, jari telunjuk dan jari tengah.
BAGAIMANA IA TERJADI?
Terowong karpal adalah salah satu laluan untuk beberapa struktur daripada bahagian lengan ke bahagian tapak tangan. Struktur yang berada di dalam terowong tersebut adalah saraf median dan juga tendon daripada otot.
Terowong ini disempadani dengan tulang karpal dibahagian bawah dan ditutupi oleh tisu penghubung yang dinamakan sebagai ‘Flexor retinaculum’.
Apabila kawasan dalam terowong itu membengkak, ia akan menghimpit saraf median dan mengganggu fungsi saraf tersebut.
Pesakit pada mulanya akan mengalami rasa kebas, sakit dan rasa semut. Apabila keadaan ini berlaku secara kronik, saraf motor iaitu saraf yang melibatkan pergerakkan otot pula akan terlibat sama.
Hasilnya, kekuatan genggaman tangan semakin berkurangan dan pada tapak tangan dapat dilihat otot tersebut semakin mengecut.
SIAPA YANG BERISIKO?
1. Pekerjaan: Melibatkan pekerjaan yang menggunakan tangan yang banyak seperti menaip sepanjang hari,chef,tukang jahit. 2. Umur yang meningkat: Kebanyakan pesakit berumur 30 tahun ke atas 3. Jantina perempuan: Kajian mendapati nisbah antara perempuan kepada lelaki bagi penyakit ini adalah 3-10:1 4. Berat badan yang semakin meningkat 5. Mereka yang ketinggian rendah 6. Mengandung 7. Hypotiroidisme(kurang hormon tiroid) 8. Keturunan: Mereka yang mempunyai saudara yang mempunyai masalah ini akan mempunyai kemungkinan yang lebih besar untuk mendapat sindrom ini. Ini mungkin disebabkan mereka mempunyai persamaan daripada struktur badan. 9. Beberapa jenis penyakit: Kencing manis, rheumatoid arthritis, kegagalan buah pinggang, tumor dalam terowong karpal, amyloidosis dan beberapa jenis penyakit lain
SIMPTOM
1. Tangan kebas 2. Sakit 3. Rasa semut-semut 4. Selalunya ketiga-tiga simptom ini akan menjadi semakin teruk apabila waktu malam. Pesakit akan tiba-tiba terbangun disebabkan kesakitan pada tangan yang terlibat. 5. Kekuatan untuk gengaman dan mencubit juga semakin berkurangan 6. Dapat dilihat perbezaan otot di antara tangan yang mengalami sindrom tersebut dengan tangan yang normal. Tangan yang mempunyai masalah tersebut mempunyai otot yang lebih kecil.
RAWATAN Selalunya para doktor akan menasihati untuk melakukan rawatan yang tidak melibatkan pembedahan terlebih dahulu. Ini kerana simptom tersebut mungkin kurang ataupun hilang apabila melakukan perkara-perkara tersebut.
Berberapa yang boleh dibuat untuk mengurangkan simptom sindrom terowong karpal adalah:
1. Penggunaan anduh pada pergelangan tangan: Ia perlulah digunakan terutamanya waktu tidur supaya kedudukan tangan pada posisi yang neutral. 2. Menjalani fisioterapi 3. Penggunaan ubat: Suntikan steroid dalam terowong karpal telah terbukti mampu mengurangkan simptom tersebut. Ia selalunya dibuat apabila rawatan lain tidak berkesan. 4. Pembedahan Pembedahan Pesakit yang masih mempunyai simptom setelah rawatan diberikan mungkin akan dinasihatkan untuk melakukan pembedahan.
Dalam pembedahan ini, bahagian atas terowong karpal iaitu tisu flexor retinaculum akan dibuka dan dilepaskan untuk mengurangkan tekanan di dalam terowong tersebut.
Selalunya, pembedahan akan melibatkan bius setempat. Iaitu bius pada bahagian tangan sahaja. Pesakit tersebut masih sedar ketika mana pembedahan tersebut dibuat. Pesakit akan dibenarkan pulang pada hari sama pembedahan kerana ia melibatkan pembedahan yang kecil sahaja
“Maksudnya, urat saya tersempit la kan?”
“Ya betul. Kita kalau kena tekan pun akan stress. Betul tak?”
Nota: saya juga banyak berkongsi ilmu kesihatan di telegram saya
Mampu Senyum & Kekal Cantik Waktu Meneran. Elfira Dedah Kelebihan Ambil Epidural Bersalin Anak Kedua! Baru sahaja melahirkan anak keduanya, pelakon Elfira Loy dipuji pengikutnya kerana nampak tenang dan cantik sewaktu detik melahirkan anak keduanya, Nur Arial Mikayla 20 Mei lalu.
Video yang dikongsi olehnya memperlihatkan momen dia melahirkan puterinya dalam keadaan tenang malah boleh tersenyum sepanjang proses melahirkan berkenaan. Ramai yang meminta bagaimana dia boleh setenang itu ketika dalam bilik bersalin.
Elfira turut menjelaskan bahawa dia mengambil epidural untuk percepatkan bukaan sekaligus memudahkan urusan bersalin kerana semasa melahirkan anak sulungnya sebelum ini, dia terpaksa menahan sakit selama berhari-hari tetapi bukaan masih 2cm.
Bukan itu sahaja, Elfira turut menjelaskan mengapa dia kelihatan tersenyum sewaktu proses itu.
Untuk info, Elfira berkahwin dengan Faris Khairol Anuar pada 1 Januari 2019 dan hasil perkahwinan dikurnikan dua anak, Muhammad Rayyan Khalaf, 3 tahun dan Nur Aria Mikayla.
Boleh ke makan telur setiap hari? Jangan risau, sis! Ketahui fakta sebenar tentang kolesterol dan bagaimana protein dalam telur boleh bantu anda kekal kenyang, bertenaga, dan ramping dengan cara yang sihat.