Sofia Jane, bukan impak lakonan sahaja menjadi kegilaan peminatnya tetapi kecantikan pelakon filem Kekasih Awal Dan Akhir ini juga acap kali menjadi sebutan ramai.
Dengan rupanya yang sangat cantik, anggun dan langsung tak nampak tua walaupun usianya sudah separuh abad. Macam vampire!
Wajah Sofea Jane Tak Makan Dek Usia, Ini Gaya Pemakanan Yang Diamal
Dipetik daripada Kosmo!, Datin Sofia mendedahkan dia sering menerima pertanyaan tentang rahsia kecantikan dan kesihatannya. Kalau nak tahu, ini jawapannya.
Sejak tujuh tahun yang lalu, Datin Sofia mengambil langkah untuk menukar cara pemakanannya dan gaya hidupnya. Antaranya dia mula mengambil makanan yang berasaskan sayur-sayuran sahaja.
“Saya pengamal sayur-sayuran. Saya sudah menjadi ‘vegetarian’ sejak tujuh tahun lalu. Selain itu, saya hanya amalkan perkara asas yang dilakukan seperti orang lain iaitu bersenam dan minum air putih dengan banyak.”
Ads
Manakala untuk jalani kehidupan yang sihat pula, ibu kepada empat cahaya mata ini turut amalkan senaman secara berkala. Tujuannya adalah untuk memastikan badannya sentiasa berasa aktif. Kemudian Datin Sofia akan pastikan dirinya mengambil air dalam kuantiti yang cukup setiap hari.
Pilih Makanan Sihat
Menurut aktres itu, penjagaan dari segi pemakanan dan aktiviti harian adalah faktor dirinya kekal sihat dan awet muda. Selain itu, dia memaklumkan pengambilan pemakanan yang seimbang juga adalah salah satu langkah menjaga minda dan tubuh badannya.
“Bila saya cakap, tiada orang nak percaya. Namun, ia amat mudah jika kita nak kekal sihat. Bagi saya, saya menjaga diri dari segi pemakanan dan aktiviti seharian kerana saya ingin bekerja dengan lebih lama.
Ads
“Untuk minda dan fizikal, saya perlukan tubuh badan dan pemikiran yang berfungsi dengan baik.
“Jadi, saya rasa dari segi itu adalah bukti yang apa yang kita perlu buat adalah eat well, makanan pemakanan yang seimbang,” tuturnya lagi.
Suka Senyum
Ads
Bukan itu sahaja Datin Sofia turut menambah yang dia akan pastikan dirinya sentiasa senyum terutamanya pada orang sekelilingnya setiap hari. Barulah wajah akan sentiasa nampak muda dan ceria!
Seakan menolak dakwaan dirinya langsung tidak alami sebaang penuaan, Datin Sofia mendedahkan wajahnya sudah mempunyai garis-garis halus.
Apa-apa pun, Datin Sofia Jane tetap cantik. Yang mana nak maintain cantik dan awet muda sepertinya, bolehlah cuba apa yang diamalkannya.
Semoga bermanfaat!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Percaya atau tidak, masker susu beras pulut cukup membantu nak anjalkan kulit dan cerahkan wajah secara selamat dan jimat poket.
Hanya perlukan 2 bahan dapur di rumah, boleh membuat wajah anda bersih dalam keadaan sihat. Manfaat masker beras:
Bergantung pada kulit masing-masing. Kongsi Puan Arieza Rieza, hampir 5 bulan juga untuk mendapatkan kulit yang bersih.
Dulu dia mempunyai masalah kulit yang sangat teruk. Tak boleh pakai produk-produk luar habis naik jerawat nanah yang besar. Nak cover dengan make up pun tak cantik sebab berkerutu.
Selepas amalkan masker, alhamdulillah kulit dah semakin sihat. Apply make up simple dan pakai bedak baby. Ini bahan-bahan can cara nak buat:
Haa… nanti amalkan masker susu beras pulut ini ya, barulah kulit anda cantik dan sihat. Cukup sekali seminggu pun, dah berbaloi.
Tidak dinafikan bawang putih sememangnya mengandungi khasiat tersendiri untuk membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan.
Selalunya dicampur sebagai perisa bahan makanan atau dihiris halus dan digoreng untuk dimakan begitu saja.
Namun sebenarnya bawang putih yang diletakkan dalam nasi juga turut mempunyai khasiat yang tinggi untuk kesihatan.
Perkongsian Ahli Kimia Dr Fatimah Salim memberitahu kebaikan makan bawang putih yang ditanak bersama nasi dan juga yang masih mentah.
Saya memang suka tanak labu bawang putih yang sudah dibersihkan dalam nasi yang hampir-hampir selesai proses memasaknya. Saya suka rasa lemak berubi bawang putih yang sudah empuk. Apa lagi jika dinikmati bersama nasi berperisa seperti nasi ayam, nasi beriani, nasi daging, dan sebagainya.
Tahukah anda, bawang putih yang diambil mentah dan dimasak mempunyai khasiat yang berlainan? YA. Kepada yang terlepas perkongsian saya sebelum ini, jom baca
Bawang putih (garlic) mempunyai nama saintifik Allium Sativum yang berasal dari tumbuhan famili Amaryllidaceae. Bawang putih mampu memberikan manfaat kesihatan jika diambil bertujuan jelas dan dengah cara yang betul. Di sini pentingnya pemahaman sifat kimia bahan aktif dalam bawang putih supaya bukan hanya kesan placebo yang diperolehi.
Bahan kimia aktif utama dalam bawang putih ialah allicin. Ianya sejenis bahan kimia organik bersulfur (organosulfur) yang mempunyai bau tengit dan berasa pedas menyengat. Bahan kimia aktif ini terbentuk hasil tindakbalas bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase.
Seperti di dalam tumbuhan bebawang lain, kedua bahan kimia pencetus (alliin dan enzim alliinase) terpisah di ruang masing-masing dalam sel. Semasa proses mencincang/melenyek bawang putih, sel-sel akan terpecah menyebabkan dua bahan kimia ini terbebas dari ruang masing-masing dan bertindakbalas membentuk bahan kimia aktif allicin.
Disebabkan ketidakstabilan, allicin kemudiannya akan melalui beberapa fasa perubahan struktur molekul membentuk pelbagai bahan kimia organosulfur berkaitan yang mana memberikan kepelbagaian kepada bau dan rasa bawang putih ini.
Bolehkah bahan kimia aktif allicin terhasil tanpa memusnahkan sel bawang putih?
Tidak. Proses biosynthesis penghasilan allicin hanya akan berlaku apabila sel pada bawang putih dimusnahkan dengan aktiviti memotong, melenyek, mencincang atau menumbuk.
Semakin banyak sel yang dimusnahkan (semakin lumat), semakin tinggi potensi untuk bahan kimia pencetus alliin dan enzim alliinase bertemu. Maka, semakin banyak allicin akan terhasil.
Jelas di sini cara pengendalian bawang putih sangat penting untuk penghasilan bahan aktif yang optimum. Tambahan pula, cara mengunakan bawang putih juga penting.
Apakah akan berlaku apabila bawang putih diMASAK (rebus, panggang, goreng)?
Tanpa daya memusnahkan sel bawang:
Apabila sel bawang putih tidak dimusnahkan, bahan kimia pencetus alliin tidak akan bertemu dengan enzim alliinase, dan bahan kimia aktif allicin TIDAK akan terbentuk.
Apabila diikuti dengan aktiviti memasak, enzim alliinase akan termusnah (denatured). Enzim ini akan ternyahaktif pada suhu 40 degree Celsius, iaitu sedikit tinggi daripada suhu badan normal manusia.
Haba berterusan pula akan memusnahkan sel-sel bawang putih dan bahan kimia pencetus alliin juga ternyahasli.
Dengan daya memusnahkan sel bawang:
Semestinya bahan kimia aktif akan terbentuk. Namun, haba yang berterusan akan menyebabkan bahan kimia aktif allicin meruap.
Jadi, adakah bawang putih yang sudah masak ini tidak elok?
Tidak juga. Selain dari bahan kimia aktif allicin, bawang putih juga mengandungi nutrisi stabil lain seperti karbohidrat, protein, mineral, vitamin dan pelbagai fitokimia yang memberikan keunikan bau dan rasa kepada bawang putih. Dan ini juga boleh dimanfaatkan oleh badan kita.
Bagaimana pula jika bawang putih dinikmati bersama bahan berasid (aka masam)?
Aktiviti enzim alliinase berlansung pada keadaan neutral (pH 6.5-7). Dengan menambahkan bahan berasid seperti cuka, limau, lemon, asam keping dan yang seangkatan dengan mereka, akan menyebabkan enzim ini kurang aktif. Maka peratusan pembentukan bahan kimia aktif allicin dari alliin juga akan menjadi kurang.
Bagaimana pula dengan membakar seketika?
Membakar seketika bawang putih dengan api perlahan, dan diikuti dengan memusnahkan sel bawang akan mengaktifkan lagi aktiviti enzim alliinase dan seterusnya menghasilkan lagi banyak bahan kimia aktif allicin.
Senarai gambar di bawah ini ialah kepelbagaian cara penyediaan bawang putih yang saya lakukan sendiri untuk menguji jumlah kehadiran bahan kimia aktif allicin secara perbandingan.
Rasa pedas menyengat terbanyak adalah dalam bawang putih yang dibakar seketika (berkulit menambah sedikit keunikan dalam rasa), diikuti dengan mentah. Goreng dan rebus tidak mempunyai rasa ini. Memasukkan bawang putih cincang dalam air dan madu juga memberikan rasa yang berlainan.
Adakah pengambilan bawang putih mentah memberikan kesan sampingan?
YA. Disebabkan Kehadiran bahan kimia semulajadi bersulfur, bawang putih mempunyai bau masam menyengat yang kuat yang mana boleh menyebabkan nafas berbau.
Bahan kimia aktif allicin bersifat asid yang mampu merengsakan kulit. Maka, cairkan dengan air, minyak atau madu.
Bawang putih mempunyai sifat pencairan darah. Maka, elakkan mengambilnya secara berlebihan apabila terluka kerana proses pembekuan darah pada kawasan luka akan menjadi lambat. Ini akan menyebabkan pendarahan berterusan.
Terdapat kajian yang menunjukkan bawang putih mampu berinteraksi dengan aktiviti ubat rawatan. Maka, mereka yang ‘on medication’, berbincanglah dengan doktor perubatan anda sebelum mengambil bawang putih mentah bersama dengan ubat.
KESIMPULANnya, sama ada ingin menikmati bawang putih secara mentah atau masak adalah bergantung kepada TUJUAN. Sekiranya ingin dijadikan ubat, maka ambillah mentah. Cuma ingat ‘jumlah’ yang diambil akan menentukan kesan teraputik. Dan ingat, apa-apa yang berlebihan berpotensi membawa mudarat. Ambil tahu tahap kesihatan diri dan jaga badan yang Allah amanahkan kepada kita sebaiknya.
Rasanya ada ramai lagi yang tak percaya ais buat kulit muka berseri dan glowing, malah lebih sihat tanpa cela.
Seperti yang dikongsikan oleh Puan Firizza, sudah lama dia mengamalkan skin icing dan memang nampak ketara perubahan kulit wajahnya.
Jika anda mahu cuba, ini ada beberapa langkah untuk skin icing dan perkara yang anda perlu elakkan.
1. Ambil 3/4 ketulan ais dan balut dengan kain. Biarkan sementara supaya kain basah.
2. Then, anda boleh “dab dab” kain contohnya, pada bahagian bawah mata.
3. Boleh gosok untuk pastikan sentuh keseluruhan permukaan muka.
Anda juga boleh gosok dekat di bahagian muka lain yang anda rasa selesa. Buat perlahan-lahan untuk dapat kesan yang baik.
Antara kebaikannya, it reduces inflammation, redness and sign of aging.
Bukan itu sahaja, skin icing ini juga membantu dalam menegangkan kulit. Mlancarkan peredaran darah dan mengecilkan pori. Mampu mengurangkan bengkak di sekitar mata dengan mengecutkan saluran darah yang melebar.
Owh ya, kalau anda menangis pun, boleh cuba guna ketulan ais ini untuk kurangkan mata bengkak.
Caranya, sapukan ais pada sekitar mata. Sebaiknya lapik dengan tuala kecil untuk guna kaedah ini, lebih selamat dan jangan letakkan ais terlalu lama.
Buat dalam 1 minit sehari sekali pun dah okay sangat.
Selamat mencuba!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!