Ramai sebenarnya yang tak begitu berani pakai tudung putih, risau kelihatan kusam dan seolah-olah wajah nampak gelap.
Kalau biasanya golongan pengantin yang pakai warna bersih ini, namun sekarang putih juga menjadi trend dan dipakai ke majlis-majlis tertentu. Jadi, pastinya ada yang mencari tip untuk naikkan seri bila menyarung tudung putih.
Tip Pakai Tudung Putih, Ini Cara Untuk Naikkan Seri
Haaa.. jangan risau, anda boleh tampil berseri dan nampak anggun dengan beberapa tip ini. Cuma anda patut kenal pasti beberapa kategori warna putih dulu ya.
Ads
Pilih ton putih sesuai dengan warna kulit
Kalau anda perasan, warna putih juga mempunyai pelbagai tona seperti off white, cream, pearl dan banyak lagi. Keputusan untuk memilih warna putih ialah bergantung pada kesesuaian warna kulit anda.
Pakai anak tudung warna sama atau pastel
Jangan sesekali pakai warna anak tudung yang lebih gelap atau terlalu cerah dari warna putih. Ini akan menyebabkan penampakan bentuk kepala dan terlalu kontra dengan wajah anda.
Jangan lupa mekap
Antara faktor kita nampak kusam ketika mengenakan tudung putih ialah tanpa bantuan mekap. Tambahkan lipstik, pemerah pipi dan maskara untuk mekap yang ringkas. Tak perlu tebal, nipis-nipis pun dah membantu naikkan seri wajah. Biar natural!
Ads
Kemudian pastikan pakai lipstik warna dark-bold seperti merah hati, coklat atau deep pink untuk menaikkan lagi seri wajah. Nak pakai nude boleh, cuma cari yang sesuai jangan sampai anda nampak pucat.
Dengan beberapa tip ini, harap anda lebih berani nak pakai tudung putih. Kalau tak skip tip di atas, pasti anda nampak lebih menarik dan anggun berpakaian putih.
Kulit Dah Memang Cantik Di Usia 53 Tahun. Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation! Seperti tidak percaya walaupun usianya sudah mencecah 53 tahun, tetapi raut wajah seperti wanita berusia awal 30an dan kelihatan tidak dimamah usia.
Malah setiap kali muncul membawakan apa jua watak di kaca televisyen, pasti terlihat penampilan Maria Farida yang sentiasa muda.
Rupanya dalam satu perkongsian video, seorang jurusolek mendedahkan pengalamannya ketika menata rias wajah pelakon ini.
Menurutnya dia pernah make-up Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas.
“Saya pernah make-up Datin Maria Farida di rumahnya dua tahun lepas. Kulit dia memang cantik, tak ada satu pun garisan tua. Cekang orang kata. Dan kulit dia tak perlu pakai foundation.
“Bila pakai foundation nampak sikit kering even guna liquid. Jadi Datin Maria memang tak suka pakai foundation pun.
“Tapi body, kulit semua macam anak dara. Memang segak lah orang kata, kalah kita yang muda,” tulis jurusolek berkenaan.
Sebelum itu, ada juga yang bertanya pada Maria Farida jika ada memakai bengkung memandangkan pinggangnya yang langsing dan ramping.
Jurusolek Dedah Maria Farida Tak Suka Pakai Foundation
Ramai taksub nak putih tetapi bagi pelakon wanita, Ika Nabella kecantikan tidak terletak pada warna kulit seseorang.
Kulit Putih Tak Semestinya Cantik
Menerusi hantaran di Instagram Stories, pemilik nama lengkap, Ika Nabila Abdul Rahim menegaskan berkulit gelap mahupun cerah tidak melambangkan kecantikan seseorang itu.
“Kalau ada yang cakap ‘tak putih pun’ saya tepuk dahi tu. Kulit putih tak semestinya sihat dan cantik. Kulit coklat atau gelap tak semestinya hodoh atau cantik atau penuh cela atau sihat. Faham kan?
“Kalau ada yang macam tu tolong pastikan fakta awak betul. Buang pemikiran kuno yang kulit kena putih baru lawa,” jelasnya lagi.
Ambil Produk Macam-macam, Risau Kesannya!
Menurutnya, pengambilan produk yang boleh mengubah warna kulit boleh mendatangkan kesan buruk kepada wajah.
“Kalau dah lahir coklat tetiba tua jadi putih itu yang bahaya. Apa lah awak tepek kat kulit sampai macam tu kejadiannya. Jaga-jaga nanti hyperpigmentation. Tua sikit bertompok bintik-bintik hitam. Hati-hati sisters.
“Saya ada sorang staff yang obsessed nak kulit putih tapi kejap putih kejap warna asal macam susahnya nak kekalkan warna tu.
“Lepas tu kering gila sampai nampak smile lines. Selepas berbulan di sekolahkan, sekarang kulit dia lembut elok je. Berseri tak putih tapi cantik bersih dan glow. Sihat pastinya.
Kalau dilihat menerusi media sosial miliknya, Ika yang memiliki kulit ‘hitam manis’ ini suka berkongsi produk kecantikan yang diamalkan, dilihat memberikan kesan baik kepada kulit wajahnya.
Masih ramai yang menyangka alat solek mahal adalah penentu kepada hasil yang baik. Namun sangkaan tersebut salah kerana semahal apa pun alat solek, jika tidak ada kemahiran, hasilnya belum tentu sempurna.
Jadi adalah penting untuk anda mengetahui tip solekan yang sesuai dengan wajah masing-masing bagi mendapatkan hasil yang licin dan tahan lama.
1. Pakai set penjagaan kulit sebelum memakai solekan
Kunci untuk solekan tahan lama adalah dengan mengaplikasikan set penjagaan kulit terutamanya pelembap.
Pelembap muka berfungsi untuk melembapkan kulit walaupun sewaktu cuaca panas. Ini mampu menghidrasikan kulit muka dengan baik, kulit nampak lebih cantik.
Kesan tidak memakai pelembap adalah solekan akan kelihatan cracky dan tidak rata. Makeup juga tidak tahan lama tambahan pula kalau anda keluar dengan cuaca panas.
Jangan memakai produk penjagaan muka dengan terburu-buru. Tunggu hingga kesemua set penjagaan kulit meresap ke dalam kulit sebelum mengaplikasikan alat solek. Jika tidak, ini akan membuatkan kesan piling pada solekan anda.
Bukan hanya pelembap, anda juga perlu mengaplikasikan sunscreen supaya kulit anda dilindungi daripada sinaran UV yang bakal merosakkan kulit yang terdedah.
2. Sapu primer untuk solekan tampak licin
Primer sangat penting diaplikasikan sebelum memakai alat solek supaya solekan nampak licin. Ini merupakan perkara asas bagi solekan untuk menghaluskan tekstur kulit, menutup kesan pori serta garis halus di muka.
Kulit diibaratkan seperti kanvas untuk melukis. Untuk menghasilkan karya yang licin dan sempurna, pelukis harus menggunakan base yang akan membuatkan lukisannya tampak lebih licin dan menarik.
Primer juga bertindak untuk menjaga kulit muka daripada alat solek yang bersentuhan secara langsung pada wajah. Bagi wanita yang memiliki kulit berminyak, sensitif, dan berjerawat, primer sangat penting untuk anda aplikasikan kerana dapat meminimumkan risiko kerosakan kulit bahkan iritasi.
Primer hadir dalam pelbagai tekstur iaitu cecair, gel ataupun krim. Tentukan primer yang bersesuaian dengan wajah anda supaya solekan anda kelihatan cantik dan berseri.
3. Tutup masalah muka menggunakan concealer
Tidak ada satu orang di dunia ini yang memiliki wajah terlalu bersih sehingga tiada sebarang parut jerawat, noda hitam, mahupun lingkaran gelap bawah mata. Permasalahan ini boleh ditutup dengan memakai concealer pada kawasan tertentu.
Letakkan concealer pada kawasan muka yang bermasalah dan biarkan selama dua minit sebelum meratakannya. Ini membantu concealer supaya tidak bercapuk dan crack
Pilih concealer yang lebih cerah daripada tona wajah anda untuk memberikan dimensi pada muka anda. Concealer juga berfungsi untuk membentuk kening dengan lebih cantik. Letakkan di keliling kening untuk menutup bulu kening yang berlebihan.
4. Sapu foundation atau cushion dengan cara yang betul
Ramai yang beranggapan cara mengaplikasikan foundation dengan tepat adalah dengan menggosok atau meleret menggunakan span atau berus.
Walhal, cara yang terbaik untuk mengaplikasikan foundation adalah dengan menggunakan teknik ‘dab’ secara perlahan-lahan ke seluruh muka. Teknik ini akan memberikan kesan yang sempurna tanpa sebarang cacat cela.
Pilih warna foundation sama seperti concelear. Ini kerana terjadinya proses pengoksidaan, berlakunya tindak balas kimia yang akan menyebabkan foundation bertukar menjadi warna gelap setelah memakai selama beberapa jam.
Berbeza dengan foundation, pemnilihan cushion harus dipilih menngikut warna kulit. Cara mengaplikasikannya adalah sama seperti memakai foundation. Namun kalau sudah kering, elak untuk melakukan layering kerana span cushion akan meninggalkan bekas yang membuatkan solekan anda tidak cantik.
5. Sembur setting spray
Setting spray adalah langkah terakhir dalam pemakaian alat solek. Ia berfungsi sebagai alat yang membuatkan solekan tahan lama dan kelihatan natural.
Cara pemakaian setting spray ini sangat mudah dengan menggoncang botol terlebih dahulu supaya partikelnya tersebar ke seluruh muka dengan jarak 10-25 sentimeter.
Jangan sembur terlalu banyak kerana akan mengakibatkan cairan tersebut terkena mata lalu mencairkan solekan mata. Semburan yang terlalu sikit pula akan menyebabkan cecair tidak tersebar dengan rata.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!