Selepas hampir sebulan melangsungkan pertunangan, pelakon Zulin Aziz, 33 tahun kini sah bergelar isteri dalam satu majlis ijab kabul bersama pasangan yang juga rakan kongsinya Farhan Norzaini, 35 tahun.
Zulin Aziz atau nama sebenarnya, Farah Azleenda Abdul Aziz kelihatan tampil berseri-seri dan anggun dalam persalinan rona putih untuk majlis pernikahannya yang diadakan di Masjid Negara jam 9.20 pagi.
Dalam majlis berkenaan yang dijalankan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN) dan Jabatan Agama Islam Kuala Lumpur (JAWI).
Kedua mempelai diijabkabulkan berwalikan abang pengantin perempuan, Shah Rezza Abdul Aziz. Mereka dinikahkan Imam Besar Masjid Negara, Ustaz Ehsan Mohd. Hosni.
Untuk majlis resepsi malam ini yang akan diadakan di di premis acara, Magica Grand Hall, Shah Alam, pasangan sama padan sama cantik ini akan menggayakan busana dari pereka terkenal Ezuwan Ismail, yang dipertanggungjawabkan dalam menggayakan penampilan keduanya yang turut mengenakan baju nikah dari pereka sama.
Bekas penyampai radio Suria FM itu berharap kehidupan bersama suami
waktu mendatang akan dipermudahkan.
“Saya sering digambarkan dengan cinta sejati selama ini. Begitu juga dengan fantasi dunia kartun Disney yang membahagiakan antara dua karakter kartun.
Ads
“Namun sebelum dua karakter kartun itu bersatu, pelbagai dugaan juga ditempuhi. Di alam realiti juga, saya sendiri melalui pahit getir dalam mencari cinta sejati.
“Kehadiran suami dua tahun lalu bagai magis yang mengubah persepsi bahawa kemarau panas berpanjangan itu berakhir dengan kehadiran pelangi setelah hujan. Hujung tahun lalu ketika mengerjakan umrah, dia melamar saya di Madinah,” kata Zulin usai majlis nikah.
Zulin menyifatkan kesungguhan dan keluhuran hati Farhan menjadi penambat hatinya.
“Dia seorang yang bertanggungjawab dan pandai mengambil hati keluarga. Dia juga seorang pendengar yang setia. Saya selesa bersama dengannya dan boleh meluahkan apa sahaja kepadanya.
Ads
“Tiada rahsia antara kami. Dia menerima saya seadanya sewaktu zaman saya berisi dan kini berjaya menurunkan berat badan.
“Saya percaya dialah yang akan membimbing diri ini ke jalan diredai dan menjadi bapa kepada bakal anak kami kelak. Insya-Allah,” katanya yang kelihatan langsing di hari bahagianya.
Sebelum ini Zulin yang mempunyai masalah berat badan berjaya mendapatkan berat ideal di majlis pernikahan dan berkahwinannya.
Pasangan yang sama-sama terbabit dalam bisnes ini juga tidak menolak jika dikurniakan anak dalam masa terdekat kerana beranggapan ia adalah rezeki diberikan Tuhan.
‘Buat Sampai Separuh Nyawa’. Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing. Melihat penampilan penyanyi nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang kelihatan langsing kala membuat persembahan di progran Gegar Vaganza.
Tokti dilihat sangat bertenaga dan lincah membuat persembahan khas malam tadi.
Ternyata ibu kepada 2 cahaya mata ini memang sangat menjaga penampilannya sebaik melahirkan anak keduanya Muhammad Afwa April tahun lalu.
Jika sebelum ini Siti kelihatan sedikit berisi tetapi malam tadi fizikal Siti nampak langsing dan cukup anggun menggayakan busana bersesuaian.
Ditinjau dalam laman Instagram, Siti juga rupanya aktif melakukan senaman Muaythai. Dalam perkongsiannya Siti memberitahu hampir separuh mati melakukan senaman ini kerana sudah lama tak lakukannya.
Rajin Muaythai, Penampilan Tokti Semakin Cantik & Langsing
Dalam perkongsian netizen, ada memberitahu senaman ini juga sangat bagus untuk kesihatan dan dapat memberi keyakinan diri.
“Dah lama saya tak buat latihan Muay Thai.. separuh nyawa jadinya”
Jika anda baru nak belajar melukis eyeliner untuk hasil yang buat mata nampak seksi dan besar, boleh cuba praktik tip ini.
Jangan rasa tak pandai nak buat sebab ada caranya untuk kelihatan sempurna.
Tip Melukis Eyeliner Jenis Mata Kelopak Kecil, Hasilnya Sempurna!
Mula-mula anda perlu faham produk eyeliner yang bersesuaian dengan kelopak mata, hasil bentuk eyeliner dan teknik yang konsisten untuk dua belah mata.
Hah, jadi menggaris eyeliner ini pun salah suatu bakat dan boleh diasah kalau nak cantik bahagian mata.
Buat anda yang memiliki kelopak mata kecil atau dipanggil hooded eyes, sebenar kawasan untuk bermain eyeliner agak terhad. Apatah lagi yang mempunyai kelopak mata ‘kuyu’.
Jadi ketepatan garis dan ekor eyeliner amat dititikberatkan. Kalau tidak, mata mungkin nampak lagi sepet dan tidak bermaya.
Sebelum anda nak mula mencuba eyeliner, ada beberapa perkara yang perlu anda tahu;
1. Sebaiknya guna eyeliner jenis gel atau pensil supaya garisan yang salah mudah dipadam.
2. Cuba cari mata eyeliner yang lebih kecil atau nipis untuk garisan yang lebih tepat dan tidak comot.
3. Bagi yang baru nak cuba boleh guna eyeliner warna coklat agar terlihat lebih natural dan senang untuk praktis.
Faham?
Ini video ringkas untuk teknik apply eyeline untuk si mata kecil.
Anda perlu kenal pasti hujung ekor eyeliner yang mahu. Nak pendek atau jenis ada ekor. Kemudian gariskan dari tengah mata dan sambung ke bahagian luar mata.
Ada tak yang mencari tip untuk hilangkan dark circle dengan cara kilat? Ya, kurang selesa nak keluar rumah kalau nampak bahagian mata tak cantik. Jadi jom cuba petua mudah ini.
Menurut Puan Irdina, dia sendiri sudah cuba petua ini yang sangat berkesan dengan hanya menggunakan timun dan Cotton pads.
Hilangkan Dark Circle
Hasilnya memang melembabkan bawah mata dan hilangkan dark circle. Anda pun boleh cuba di rumah tetapi pastikan bahan-bahan ini lengkap.
Bahan-bahan:
Timun
Cotton pads
Nak tahu macam mana nak buat, boleh rujuk menerusi gambar yang dikongsi.
Kemudian ambil cotton pads gunting ikut potongan mudah untuk ditampal dan rendam dalam timun yang dikisar tadi dalam bekas.
Lebihan air timun jangan buang, tapi guna untuk cotton pad serap habis.
Lebihan cotton pads tadi anda boleh simpan dalam bekas yang bersih dan letak dalam peti.
Waktu nak pakai, boleh ambil sahaja dan letak bahagian bawah mata. Confirm fresh!
Nanti jangan lupa cuba ya, nak cantik memang kena rajin. Boleh amalkan dalam dua tiga kali seminggu pakai.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!