Manis berlesung pipit, model tudung dan pelakon, Qasrina Abdul Karim ini mempunyai daya tarikan tersendiri dalam usian 27 tahun.
Pernah dikatakan mirip pelakon Mira Filzah dan penyanyi Dato’ Sri Siti Nurhaliza, kerjaya Qasrina sebagai model Muslimah mula berkembang ke bidang lakonan.
Ads
Berasal dari Subang Jaya, Qasrina sebenarnya mempunyai segulung ijazah dalam jurusan Sarjana Muda Bahasa dan Kesusasteraan Inggeris dari Universiti Islam Antarabangsa (UIA) Malaysia.
Rahsia Kulit Sihat Dan Cantik
Ads
Menurut Qasrina, antara rahsia yang diamalkan untuk mengekalkan keserian wajahnya ialah membasuh muka sekurang-kurangnya selama satu minit untuk memastikan wajahnya menyerap segala segala fungsi pencuci muka yang digunakan.
“Saya selalunya akan mengambil masa selama satu minit untuk mencuci muka kerana ia merupakan sebuah proses yang penting dan tidak harus diabaikan,” kongsinya lagi.
Bintang kelahiran Subang Jaya ini juga turut menyatakan bahawa dia selalu mengamalkan pengambilan dua liter air setiap hari. Qasrina juga hanya minum susu jenis oat dan juga kacang badam untuk memastikan wajahnya bebas dari masalah jerawat.
Jadi tak pelik lah jika kulitnya nampak sihat dan bersih daripada sebarang cela, bukan?
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak dinafikan perut buncit akan menyebabkan penampilan seseorang itu jadi tidak cantik dan kurang menyelesakan.
Faktor utama kepada masalah ini adalah disebabkan diet yang tidak seimbang atau selepas melahirkan anak.
Jadi pelbagai cara dllakukan termasuk makan pelbagai jenis produk untuk mengempiskan perut, namun segalanya sia-sia.
Sebenarnya tidak perlu bajet mahal, sebaliknya kita boleh melakukannya hanya dengan melalukan beberapa senaman mudah.
Ini antara senaman yang boleh dlakukan untuk mengempiskan perut dengan lebih berkesan.
Berbasikal – Senaman ini merupakan aktiviti kardio berimpak rendah yang boleh merangsang pembakaran lemak dalam badan. Anda boleh mendapatkan mesin basikal yang statik di dalam rumah atau membeli basikal sebenar dan berkayuh di taman sambil menikmati udara yang segar.
Berjoging – Semasa berjoging, anda akan membakar lemak di seluruh badan. Aktiviti ini sememangnya tidak menyasar pembakaran lemak di perut sahaja. Namun, ianya penting untuk meningkatkan aktiviti otot-otot untuk membakar lemak sebagai sumber tenaga.
Senaman kayuhan basikal – Dalam bahasa Inggeris, senaman ini dinamakan ‘bicycle crunches’. Hal ini kerana pergerakan senaman ini seperti anda berkayuh basikal tetapi dalam posisi terlentang. Cara melakukan senaman ini adalah mudah. Baring di atas tikar yoga anda.
Letakkan tangan di belakang kepala. Mulakan dengan bawa lutut kanan anda sehingga menyentuh siku kiri anda. Tegangkan otot abdomen anda untuk hasil yang lebih mantap. Ulang dengan menyentuh lutut kiri dengan siku kanan. Pergerakan ini akan seiras mengayuh basikal.
Berjalan pantas – Ini merupakan pilihan jika anda tidak larat untuk berjoging atau berlari Mekanismenya sama dengan berjoging. Namun, terdapat kajian yang menunjukkan berjalan pantas dapat mengekalkan kadar degupan jantung dalam fasa membakar lemak.
Aktiviti berjoging yang terlampau boleh memasukkan badan dalam fasa membakar otot. Anda disarankan untuk melakukan aktiviti berjalan pantas selama 20-30 minit pada awal pagi semasa badan anda masih dalam status berpuasa.
Squats – Jika dilakukan dengan betul, senaman squats boleh mengempiskan perut, mencantikkan punggung dan juga paha. Caranya amat mudah. Kangkangkan kaki anda seluas bahu dan turunkan badan anda ke posisi mencangkung. Pastikan lutut anda tidak melepasi hujung jari kaki anda apabila dalam posisi ini. Anda boleh stabilkan diri dengan menghulurkan tangan anda ke depan. Ulang pergerakan ini sebanyak yang mampu.
Tekan tubi – Senaman ini sangat popular sebagai senaman untuk menguatkan otot. Kedudukan awal adalah dengan memposisikan diri anda dalam plank tinggi(tangan lurus). Kemudian, rendahkan badan dalam posisi ini sambil menegangkan abdomen anda. Pastikan siku anda selari dengan badan anda apabila dibengkokkan. Tolakkan badan anda ke posisi plank tinggi semula. Ulangi pergerakan ini sebanyak yang mampu.
‘Crunch/sit-ups’ – Senaman ini merupakan senaman yang menyasar otot di abdomen. Terdapat pelbagai variasi ‘crunch’ yang boleh dilakukan. Contohnya, ‘vertical leg crunch’, ‘long arm crunch’, ‘side-to-side crunch’ dan sebagainya. Pergerakan asasnya adalah baring di atas tikar yoga dengan kaki dibengkokkan/lurus ke atas kemudian tegangkan otot abdomen sehingga badan anda diangkat dari lantai.
Plank – Seperti tekan tubi, plank menyasar pelbagai otot dalam satu masa. Biarpun nampak senang, senaman ini sebenarnya susah kerana memerlukan kekuatan otot untuk menahan badan anda dalam posisi mendatar.
Cara melakukan plank adalah dengan baring meniarap kemudian angkat badan anda dari lantai menggunakan siku atau terus meluruskan tangan anda (‘high plank’). Kekalkan posisi ini untuk beberapa saat atau sehingga beberapa minit sekiranya anda mampu.
‘Burpees’ – Senaman ini berfungsi untuk bukan sahaja bahagian abdomen, tetapi juga dada, bahu, dan kaki. Senaman ini juga akan meningkatkan kadar degupan jantung anda. Untuk melakukan burpees, berdiri dan jarakkan kaki anda seluas bahu anda.
Kemudian, turunkan pinggul anda ke belakang sehingga mencecah posisi squat rendah. Letakkan tangan anda di luar tapak kaki anda dan lompatkan tapak kaki anda ke belakang sambil menurunkan dada anda ke lantai.
Anda sepatutnya dalam posisi meniarap sekarang. Kemudian, gunakan tangan anda untuk menolak badan anda dari lantai dan masuk ke dalam posisi plank. Lompat kembali ke dalam posisi squat rendah lalu tolakkan badan anda ke atas setinggi yang boleh menggunakan tumit anda.
Banyak kelebihan cuka epal dalam penjagaan kulit, malah cukup bagus untuk kesihatan. Antara khasiat cuka epal adalah untuk membantu mengimbangi tahap pH dalam badan yang kemudiannya menurunkan tekanan darah.
Manfaat cuka epal juga boleh memecahkan simpanan lemak dan kahak dalam badan dan ini membantu peredaran darah yang lebih baik selain mengurangkan tekanan terhadap dinding arteri.
Namun apa yang menarik kali ini, Puan Niza Hamid menjadikan cuka epal sebagai toner untuk membebaskan kulit daripada masalah jerawat.
Realitinya muka yang berjerawat dan kusam memang boleh mendatangkan stress, baik lelaki atau perempuan sama sahaja. Haa… jadi jom cuba tips kecantikan daripada wanita ini pula.
Caranya dengan menggunakan cuka epal (apple cider)!
Kalau ikutkan cuka epal ini bukan sahaja baik untuk kesihatan dalaman badan kita tetapi kita boleh jadikan sebagai salah satu bahan utama untuk penjagaan kulit muka.
Salah satunya kita boleh jadikan sebagai toner selepas mencuci muka. Caranya mudah.
Sesudu cuka epal
2 helai kapas muka
Letak sesudu cuka epal dalam mangkuk.
Celupkan kapas atau tuang cuka epal tadi atas kapas. Sapukan ke seluruh bahagian muka kecuali mata dan bibir.
Basuh muka selepas 5 minit.
Antaranya bertindak sebagai anti bakteria dan keratolik yang mampu menghilangkan parut dan luka jerawat.
Seorang pakar dermatologi, Ellen Marmur memberitahu, cuka epal kaya dengan asid organik seperti lactic, citric, malic acids dan acetic acid yang efektif membunuh bakteria penyebab jerawat.
Penggunaan cuka epal bukan sahaja dapat menghilangkan jerawat tetapi mematikan sel kulit mati di wajah.
Kandungan alpha hydroxy acids (AHAs) di dalamnya juga mampu menjadikan kulit kita lebih mulus, mematikan sel-sel kulit mati dan menghasilkan lapisan kulit yang sihat.
Hasilnya kulit kita akan glowing kalau amalkan selalu. Kongsi wanita ini, dia hanya buat 2 kali seminggu. Sebulan setengah macam itu, insyaAllah boleh rasa kesan.
Cubalah anda kongsi petua murah mudah dan semulaj adi ni. Tak payah pergi Spa buat rawatan mahal.
Peringatan: Sesetengah orang mungkin alah dengan cuka epal secara langsung. Cuba letak sedikit pada bawah dagu dahulu. Atau boleh campur sesudu air masak pada larutan cuka epal sebelum disapu pada wajah.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Nampak remeh tapi kesannya besar! Melangkau sesi memanaskan badan boleh mengundang risiko kecederaan serius seperti otot terkoyak, sakit sendi, hingga tekanan jantung. Ketahui kenapa warm up adalah langkah paling penting sebelum anda mula bersukan.