Pudarkan Jeragat, Sapu Masker Ini Setengah Jam Sahaja. Nanti Tengok Hasilnya!

Share

Nak pudarkan jeragat memang tak mudah, pakai skincare pun belum tentu membantu. Tetapi kalau nak laser, itu memerlukan kos yang agak tinggi.

Jika dibiarkan, ini membuatkan wajah kusam sekali gus menurunkan tahap keyakinan diri seseorang bila nak berdepan dengan seseorang.

Sekadar maklumat tambahan, masalah jeragat timbul disebabkan beberapa punca iaitu:

1) Tidak mengamalkan rutin penjagaan wajah dengan betul atau konsisten iaitu mencuci, memakai penyegar (toner) dan pelembab

2) Keturunan

3) Umur. Seiring dengan peningkatan usia, semakin tinggi risiko ditumbuhi jeragat

4) Cahaya matahari. Disebabkan itu, kita disarankan untuk memakai pelindung UV setiap hari lebih-lebih lagi sekiranya aktif melakukan aktiviti di luar

5) Perubahan hormon, lebih-lebih lagi dalam kalangan wanita apabila hamil, melahirkan anak, mengambil pil perancang dan sesetengah ubat-ubatan.

Ini Cara Pudarkan Jeragat

Sampai bila mahu mengenakan solekan tebal untuk menutup cela dan noda di wajah? Jangan risau, ini petua pudarkan jeragat sebagaimana yang dikongsikan oleh @zuriaty_musa:

1) Ambil sebiji ubi kentang, bersihkan dan kupas kulitnya

2) Parut ubi kentang menggunakan pemarut sehingga halus

3) Perah air ubi kentang menggunakan penapis. Asingkan airnya di dalam bekas lain dan simpan dalam peti ais di mana ia boleh tahan selama seminggu. Airnya boleh dijadikan semburan seperti penyegar

4) Hampas ubi kentang jangan dibuang, sebaliknya dicampur dengan aloe vera atau madu untuk dijadikan masker

5) Sapukan masker tersebut pada wajah dan biar setengah jam, kemudian bilas wajah dengan air bersih.

Nanti jangan lupa cuba ya, ini salah satu usaha untuk pudarkan jeragat dengan cara paling jimat dan berkesan.

Selamat mencuba!

IKLAN