Sopan dan nampak manis dengan berhijab, penyanyi Nana Sheme mendedahkan tidak lagi berdepan serangan keresahan atau penyakit anxiety selepas disatukan dengan suaminya, Zikri Zakaria.
Penyakit Anxiety Nana Sheme
Pernah bergantung dengan ubat di bawah pemantauan doktor sejak berusia 12 tahun bagi menenangkan diri, Nana Sheme atau nama penuhnya Nur Nabilah Hashimi itu bersyukur apabila tidak lagi memerlukan pil atau berjumpa pakar bermula pada 2019.
Menerusi portal Kosmo!, penyanyi berusia 28 tahun itu berkongsi, “Saya pernah mengalami masalah anxiety sejak awal belasan tahun yang memerlukan saya mengambil pil sehingga keadaan kesihatan saya disahkan pulih sekitar empat tahun lalu.
“Perkara ini pernah saya kongsikan ketika awal kemunculan dulu yang asalnya berpunca daripada trauma ketika kecil berikutan perpisahan orang tua saya disusuli pemergian ibu pada usia saya 15 tahun.
“Alhamdulillah, selepas bertemu suami saya, Zikri Zakaria empat tahun lalu yang menjadi tempat saya berkongsi semua cerita dan tempat mengadu, emosi saya semakin stabil dan kembali tenang.
“Berbeza dengan dulu, hal kecil yang sebenarnya tiada isu pun boleh mengganggu fikiran, tapi sekarang segala kebimbangan dapat saya atasi tanpa perlu ubat-ubatan,” katanya.
Cukup Menjaga Kulit Wajah
Sebelum ini, penyanyi yang pernah menjadi sensasi YouTube dan dikenali menerusi lagu Hantu atau Buaya pada 2014 itu pernah berkongsi situasinya berjumpa pakar psikiatri berikutan trauma dialami sejak remaja.
Ads
Melihat gaya penampilannya menerusi perkongsian kaman Instagram, Nana Sheme cukup rajin buat rawatan kulit wajahnya dan bersenam.
Jadi tidak pelik jika wajahnya tampak gebu dan mulus walau sesekali bergambar tanpa solekan. Memang cantik, orangnya!
Ads
Kurang Aktif Di Media Sosial
Kata anak jati Bumi Kenyalang itu, sepanjang tempoh tiada karya baharu ada pihak menyangka dia sudah bersara, sedangkan hakikatnya menyanyi tetap nombor satu.
“Saya masih buat persembahan pentas, cuma mungkin kurang aktif dalam media sosial walaupun menyedari kepentingan medium ini sebagai gelanggang promosi.
“Sejujurnya sikap introvert menyebabkan saya jarang berkongsi aktiviti harian seperti penggiat seni lain malah selepas single Ragu-Ragu empat tahun lalu, kerjaya saya agak perlahan.
“Sekarang saya baru berjinak-jinak dengan TikTok sekaligus berharap penghasilan single terbaharu ini membolehkan saya terus aktif mendekati peminat,” ujarnya.
Berkarya Menerusi Lagu
Mengenai Aku Mencoba, lagu yang digarap sendiri bersama suaminya, Zikri Zakaria yang berkisar perjuangan hidup melambangkan kematangan dirinya berbanding kemunculan perdana hampir sedekad lalu.
Ads
“Lagu ini dilhamkan realiti yang dilalui setiap insan termasuk saya sendiri yang menjalani pelbagai rintangan dalam kehidupan, namun memilih untuk terus berjuang dan tidak berputus asa.
“Jujurnya selepas sebulan saya dan suami berkahwin pada Oktober 2022, kami diuji dari segi kewangan, dan emosi sampaikan saya pernah terkasar membuatkan saya muhasabah diri,” katanya.
Kahwin Dengan Penerbit Muzik
Terdahulu, lagu Hantu atau Buaya melonjakkan nama penyanyi itu sehingga berada antara 10 lagu teratas dalam Carta Red Box Karaoke pada 2015.
Nana mendirikan rumahtangga dengan penerbit muzik, Zikri Zakaria pada 22 Oktober tahun lalu selepas berkenalan ketika menyertai program Big Stage musim tiga.
Ada sesetengah orang, terpaksa tutup jeragat guna mekap disebabkan tak sempat nak pulihkan wajah daripada masalah kult kering.
Namun, ramai diantara kita gagal menutup cela seperti jeragat dengan baik sebab kurang pandai bersolek dan tak tahu nak guna produk apa yang sesuai untuk wajah.
Tutup Jeragat Guna Mekap, Ini Tip Daripada MUA
Jangan risau, ini tip yang MUA kongsikan buat anda yang gagal menutup jeragat atau tompok hitam pada wajah walau dah menggunakan concealer paling mahal.
Rawat Kulit Cerahkan Jeragat
Lebih gelap jeragat, lebih payah nak menutupnya dengan mekap. Jadi cuba rawat permukaan kulit yang bermasalah dengan cecair glyclic, salicylic atau lactic acid.
Sapuan ketiga-tiga cairan itu mampu menghakis lapisan kulit paling luar secara lembut -mencerahkan parut dan jeragat pada wajah secara berperingkat.
Anda pasti teruja melihat tiba-tiba jeragat jadi pudar, malah lebih senang menutup cela dengan bedak asas serta concealer dengan rapi.
Sesuaikan Warna Leher Atau Dada
Ramai orang salah teknik apabila mencari concealer yang sama dengan warna jeragat atau parut walhal, cara terbaik untuk menutup jeragat adalah dengan mencari rona foundation atau bedak asas yang sama dengan warna kulit.
Untuk cari warna yang lebih tepat, cuba padankan foundation atau concealer pilihan dengan warna leher atau warna kulit dada kamu.
Guna Jari
Ramai tak tahu sebenarnya menggunakan jari lebih mudah dan sempurna untuk menyapu concealer dengan baik. Ini kerana jari lebih lembut dan haba dari tangan sebenarnya mampu mencairkan produk pada suhu terbaik agar ia melekat pada kulit lebih lama. Tapi kalau tak mahu menggunakan alat, cuba guna BeautyBlender.
Sama dengan menggunakan jari, cuba manfaatkan gerakan menekan kerana parut atau jeragat akan tertutup bila tekan-tekan lembut sama ada menggunakan jari atau BeautyBlender sekalipun.
Cuba guna warna neutral yang memiliki tona panas seperti pic atau oren. Supaya orang tidak terus nampak tompokan jeragat, boleh alihkan perhatian mereka dengan sebarang sapuan cream blush. Ini kerana cream blush mampu membentuk hasil kemerahan pipi yang asli.
Malah warna-warna pemerah pipi yang natural sebegitu sesuai dengan semua jenis tona kulit baik cerah mahupun gelap.
Sekarang dah faham caranya? Jangan lupa, pastikan sapu bedak asas dahulu sebelum sapu concealer. Barulah jeragat tertutup kemas.
Bagai cendawan tumbuh selepas hujan, amal cuka epal untuk cantikkan kulit wajah juga adalah salah satu petua yang tular di media sosial.
Baik artis mahu pun golongan biasa, semakin ramai yang memilih tips cantik orang lama dalam gaya kehidupan harian. Ini salah satunya, mengamalkan cuka epal saja untuk kulit wajah sihat dan jaga berat badannya.
Amal Cuka Epal
Menurut perkongsian seorang wanita, Sarifa Redzuan, dia hanya mengamalkan sapu dan minum cuka epal untuk jaga kecantikan.
Di rumah ini sentiasa ada cuka epal dan madu. Bukan saja untuk diminum tapi untuk sapu di kulit. Cuka epal memang bagus untuk kulit alergik dan bermasalah. Untuk minum biasanya.
1 cawan air
1 sudu kecil cuka apple
2 sudu besar madu
Sebatikan dan minum setiap hari atau selang sehari. Jangan overdose cuka epal. Banyak manfaat cuka epal termasuk maintain berat badan dan kawal gula. Namun biarlah sederhana dalam pengambilan. Jangan over ya.
Apple Cider Vinegar in a Bowl
Ini Untuk Sapu Di Kulit
1/2 cawan air
2 sudu besar cuka epal
Rendam kapas muka, dan sapu dekat seluruh wajah atau tempat yang kena alergik, atau jerawat atau bintik bintik.
Rajin amal kulit pun cantik semula jadi. Banyak lagi cara guna cuka epal untuk kecantikan kulit. Ada masa dan rezeki saya kongsi resipi lain pula.
Selamat mencuba, semua!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Langsung tak ambil gula, makan nasi separuh. Rahsia Zaidi Omar kekal sihat di usia 64 tahun. Jika orang lain dilewat usia 60 tahun ke atas pasti akan berdepan dengan pelbagai penyakit seperti darah tinggi, kencing manis atau masalah urat saraf.
Tetapi bagi pelakon berpengalaman, Zaidi Omar diihat masih kekal fit dan bertenaga walau usia lewat 64 tahun.
Tidak lokek berkongsi rahsianya, menurut Zaidi dia memberitahu tidak langsung mengambil gula dan hanya minum air kosong.
Inilah amalan dilakukan selama ini untuk membantu dirinya sentiasa sihat dan bertenaga dalam usia begitu.
Kata Zaidi, dia amat menjaga pemakanan dan tidak menyentuh minuman manis sejak dahulu lagi. Malah katanya di rumah memang tidak ada stok gula. Selain mengamalkan diet pemakanan suku-suku separuh.
“Di rumah saya tidak ada gula. Kalau pergi ke mana-mana majlis, saya tidak akan mengambil minuman manis, sebaliknya hanya minum air kosong.
“Saya juga jaga pemakanan. Tidak pernah tambah nasi dan hanya mengamalkan pengambilan separuh. Itupun, kadang-kadang tidak habis.
“Kalau tidak ada penggambaran drama, saya akan tidur awal. Pukul 10 malam sudah atas katil. Saya jarang keluar jumpa kawan jika sudah lewat malam,” katanya yang juga mengamalkan senaman di gimnasium setiap hari.