Kalau biasakan makan menu dada ayam, ini adalah sumber protein yang baik untuk menurunkan lemak dan membina otot.
Jadi anda boleh cuba beberapa idea masak ini jika rasa nak kurangkan kalori yang masuk dalam tubuh badan. Macam mana nak masak, jom tengok!
Menu Dada Ayam Untuk Seminggu
Okay, selepas mencuci dada ayam (200g-300g), potong dada ayam.
Perap semalaman dalam peti sejuk dengan sos.
Cara menggoreng dada ayam tanpa minyak:
1️. Tanpa menambah minyak ke dalam kuali, masukkan dada ayam dan masukkan sos yang banyak.
2️. Goreng selama 3-4 minit.
1. Sos tiram lada hitam
1 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar sos tiram
2 sudu besar kicap
1/4 sudu besar lada hitam
2. Bawang Putih Limau
1 sudu minyak zaitun
3 lemon
3 sudu air lemon
1 sudu kicap
Ads
1 sudu madu
1/4 sudu garam
1 sudu bawang putih kisar
3. Rasa BBQ
1 sudu minyak zaitun
2 sudu kicap
1 sudu sos tiram
1/4 sudu lada hitam
1 sudu serbuk jintan manis
1-2 sudu serbuk cili
4. Yogurt kari
Ads
1 sudu minyak zaitun
3 sudu yogurt tanpa gula
1 sudu madu 2 sudu
serbuk kari
1 sudu bawang putih
½ limau nipis
5. Orleans Chicken breast
1 sudu minyak zaitun
3 sudu serbuk Orleans
1/4 sudu garam (pilihan)
Ads
1 sudu madu
6. Rasa Manis dan Pedas Korea
½ sudu minyak zaitun
2 sudu sos panas Korea
1 sudu serbuk cili
1 sudu madu
7. Rasa Pedas dan Masam Gaya Thai
1 sudu besar minyak zaitun
3 sudu besar bawang
3 sudu besar sos manis dan pedas Thai
8. Teriyaki
2 sudu kicap jepun
1 sudu madu
sedikit halia dicincang
1/4 sudu lada hitam
Hah, selepas ini tiada alasan lagi untuk malas nak mula makanan sihat! Ini sudah cukup mudah untuk anda cuba di rumah, perap siap-siap dan tinggal nak masak sahaja.
Pasti sukar berdepan dengan sitúasi apabila wajah jadi breakout. Setelah mencuba pelbagai produk, tetapi hasilnya tidak seperti diharapkan, malah jadi lebih teruk.
Perkongsian wanita ini Amyrah yang pernah berdepan masalah breakout, tetapi berjaya memulihkannya hanya menggunakan produk drugstore.
Ayuh ikuti perkongsiannya di laman sosial Facebook beberapa tahun lalu. Boleh dijadikan panduan bagi mereka yang berdepan masalah ini.
Alhamdulillah muka Kak Mighah dah recover balik dari breakout yang teruk gila
Ingat lagi time tu bangun pagi nak cuci muka ehh apa ni muka kasaq, lepas tu tengok cermin, ya allah pasaipa muka jadi mcm ni . Yang dahi dia naik biji biji yang ada air bisa tu.. memang geram rasa nak kikis ja dahi huhu.. kat pipi biji pasir, kena tahan diri dari picit sebab semua tu kuman nanti lagi merebak tau.
Ramai orang tegur awat muka jadi macam ini, sebab sebelum ini memang muka dok okay haa..Muka start jadi mcm ini bulan may hari tu, sebab allergic habuk, pernah juga jadi sebab salah pakai product.. alhmdulillah raya baru ni recover
Nasib baik kalau tak raya pon murung ja muka masalah gini. Kira sebulan lebih juga nak recover.. sekarang parut dah tinggal merah-merah ja dan ada la jerawat hormon yang naik kekadang tu.. kalau makan kekacang tu dia naik la
Tapi dah tak risau sebab tau dah nak pakai apa dan cepat kecut jerawat. Time jadi gini abah mak smpai ajak pergi klinik sebab mmg terok.. ubat klinik pakai tak okay juga
Thanks Beloved Alyf Afiq, my biggest supporter..I love you
Kak Mighah share naa, caption di setiap gmbr
Moga bermanfaat utk kita semua taw, share jangan tak share.
Kulit yang tak dak masalah pon boleh amalkan, takkan kita nk tunggu kulit rosak baru nak start.
1. Okay make up remover ini wajib kita guna, untuk remove make up. Even pakai bedak sikit ja pon wajib remove dulu. Sebab nak make sure muka kita bersih and remove guna kapas biasa yang kita guna. Boleh dapat kat watson/guardian. Harga dalam RM14+ kalau sale lagi murah boleh dapat. Tahan sebulan.
2. Lepas remove make up, Kak Mighah cuti pakai cetaphil ini.. dia ada dua jenis untuk kulit normal dan untuk kulit allergic. Kak Mighah guna yang ini, memang best sangat lepas cuci muka rasa lembut. Dia tak berbuih, High recommended untuk kulit breakout. Tapi jangan pkai sekejap jaa tengok muka terus tak berubah terus tinggal. its take time taw.. kena pakai sampai muka okay. Lepas itu muka akan licin. Yang ini lebih kurang RM40+ kalau tak silap. Yang untuk kulit allergic RM60+.
3. Safi gamat ini elok untuk jerawat dan dia ada habbatus sauda. Contoh kalau cetaphil habis kita boleh cover yang ini. Harga tak ingat dah berapa sebab lama dah beli.
4. Haa lepas dah cuci muka segak segak, lap muka bagi kering dengan tuala bersih tak pun kapas muka. Lepas itu buat dap dapp muka dengan toner ni. Jerawat cepat kecut. dia protect muka kita dari jerawat. Memang best sangat-sangat. Harga dalam RM5 ringgit, kat watson cari tak ada, tapi mall biasa ada rasanya
5. Okay lepas toner dah kering, kita apply moisturizer ini. Sebab muka kita memang wajib guna moisturizer sebab nak elakkan muka jadi kering. Alhmdulillah sepanjang pakai memang muka lembut ja rasa. Aloevera memang elok kan. Tapi make sure beli yang original jangan beli yang siam pula Ni Kak Mighah beli kat The face shop. Tahan lama tau
6. Tidact ini apply bila muka naik jerawat hormon. Yang jerawat period, Jerawat allergic seafood. Pakai sikit ja calit kat jerawat tu sahaja jangan banyak. Harga dalam RM20, boleh beli kat farmasi terdekat anda.
7. Kita juga wajib detox badan kita, yang makanan bermnyak atau yang tak elok untuk penghadaman kita kena cuci bg usus bersih. Sebab dari usus kotor la macam macam naik kat muka. Make sure yang ada collagen sebab collagen yang akan bagi kulit kita gebu gebas putih. Jus slimming detox ini bagus sebab dari buahan juga dan ada vitC.. Ini hrga dalam Rm80 sesuai untuk semua
Nota kaki: Kalau muka breakout mesti ada parut kan, kalau parut kita kena pakai scrub untuk buang kulit mati, atleast seminggu 2 kali pon dah memadai tau. Banyak sekarang scrub yang ada kat pasaran so boleh pilih ja taw. Tapi Kak Mighah selalu buat sendiri jimatttttt hiks.
Bahan-bahan untuk scrub.
1. Beras yang direndam semalam, segenggam pon cukup. Beras buat kulit kita lembut
2. Kunyit hidup/serbuk. Kunyit berfungsi matikan kuman juga dan kecutkan jerawat
Blend dua-dua ini tempek la kat muka, waktu nak blend letak air beras sikit yang kita rendam tu.
Pakai dalam setengah jam or dah kering di muka. Kemudian cuci dengan air suam dan usap-usap macam buat scrub, nanti white head black head semua hilang. Kulit mati pon keluar , air suam berfungsi bagi pori terbuka so akan cuci la minyak-minyak yang tersumbat kat pori. And then bilas dengan air sejuk bagi tutup balik pori.
Beauty with brain, Bella atau nama sebenarnya Sophea Isabella, 12, dilihat semakin cantik dengan berlesung pipit di wajahnya.
Bukan dianugerahkan wajah yang cantik seperti ibunya, anak perempuan Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina ini sangat bijak. Buktinya dia telah berangkat ke Oxford, United Kingdom untuk Program Kepimpinan baru-baru ini.
Menurut Dr Sheikh, anak perempuannya itu terpilih untuk mengikuti satu program kepimpinan di universiti berkenaan.
“Bella kini sudah 12 tahun dan terpilih ke Universiti Oxford untuk Program Kepimpinan selama seminggu. Beliau nampak bersemangat, saya yang sedih.
“Ingatkan ada tujuh anak tak kisah akan lepaskan seorang. Rupa-rupanya saya saya salah. Menusuk kalbu. Sayang awak Bella, Semoga dapat menimba ilmu di sana,” luahnya menerusi kapsyen.
Perkongsian suami kesayangan Datin Dr Halina Mohd Yunos tersebut meraih perhatian warga maya.
Ada juga yang memuji penampilan beliau kini yang tampak tinggi lampai dan lebih manis. Sekarang pun sudah nampak kerata kelebihannya, apatah dewasa nanti. Hebat Dr Sheikh dan isterinya mendidik anak-anaknya.
Untuk rekod, Dr Sheikh Muszaphar dan isteri, Dr Halina, dikurniakan tujuh cahaya mata iaitu Sophea Isabella, Sophea Natasha, Sheikh Adam, Sheikh Noah, Sheikh Eusoff, Sophea Emilia dan Sheikh Muhammad.
Berjalan atau mendaki bukit memang banyak faedahnya. Bukan sahaja dapat membakar kalori dan lemak dengan cepat, malah ia terbukti mampu mengekalkan kesimbangan dan postur badan.
Sesungguhnya, rutin ini memerlukan tenaga yang banyak di samping penggunaan otot badan yang stabil berbanding berjalan atau berlari di atas permukaan rata.
Namun, kebanyakan daripada kita menganggap rutin mendaki bukit ini agak sukar untuk diikuti kerana mudah berasa letih dan semput, lalu ia kurang diamalkan.
Rutin latihan atau senaman menggunakan ‘treadmill’ mungkin dipandang ringan. Ramai beranggapan berjalan atau berlari di posisi dan di atas lantai bergerak yang sama membosan, buang masa dan tidak berkesan.
Sebenarnya anda silap. Penggunaan mesin treadmill ternyata sama faedahnya seperti mendaki bukit yang tinggi.
Untuk mendapatkan kesan yang terbaik ada caranya tersendiri yang perlu diikuti.
Bagi mendapatkan keputusan yang ketara dan pantas, pengamal treadmill ini haruslah terlebih dahulu menyesuaikan diri dengan rutin treadmill termasuk kestabilan postur dan imbangan badan ketika menggunakannya.
Pasti anda akan rasakan kesesuaian tubuh badan sendiri apabila mencubanya. Apabila anda sudah selesa dengan rutin tersebut, tiba masanya anda cuba rutin atau tahap kelajuan lain pula.
Sekiranya anda belum pernah menggunakan treadmill, anda boleh mulakan langkah dengan memegang handrails iaitu pemegang tangan. Dapatkan kesimbangan badan terlebih dahulu dan mulakan perlahan.
Jangan paksa diri dan bawa bertenang. Sekiranya anda sudah menstabilkan posisi dan postur badan anda, lepaskan handrails dan teruskan. Ayunkan tangan berselang seli dengan langkahan kaki seperti berkawat. Tindakan berkesan untuk membakar kalori dengan cepat.
Kelajuan treadmill ternyata mampu membawa perubahan. Kenal pasti kelajuan sama ada untuk berjalan mahupun berlari. Anda boleh mengambil langkah dengan mula berjalan perlahan-lahan untuk beberapa minit dengan kelajuan sederhana.
Selang beberapa minit, tukar ke tahap kelajuan maksimum selama 5 hingga 10 minit. Selesakan diri anda dengan kelajuan yang disetkan itu. Jika tidak, anda mungkin akan tercedera kerana gagal mengikutinya.
1- Keputusan terbaik hanya akan diperoleh dengan konsistensi. Jadikan amalan penggunaan treadmill sebagai satu rutin harian anda. Capai target anda dan pacukan.
2- Anda tidak perlu luangkan masa berjam-jam lamanya di atas treadmill. 20 hingga 30 minit sudah mencukupi di samping menjalankan senaman lain bagi mendapatkan keputusan yang terbaik. Contohnya senaman erobik, yoga dan lain-lain. Bagi yang baru memulakannya, anda disyorkan untuk melakukan sesi ini selama 5 hingga 10 minit.
3- Amalkan tabiat kosongkan perut terlebih dahulu sebelum memulakan rutin ini. Makan sebelum mulakan latihan hanya akan melambatkan proses pembakaran lemak dan kalori.