Fasha Sandha Mengidam

Bahagia tengok badan langsing macam anak dara, untung Fasha Sandha dengan hasilnya selepas berusaha keras untuk dapatkan tubuh dan berat idaman.

Bagi wanita yang sudah berkahwin dan ada anak-anak, ini dikira satu bonus. Selesa nak bergerak dan boleh pakai baju saiz yang diidamkan tanpa was-was, jom lah tiru macam Fasha!

Tip Kurus Fasha

“Saya jaga pemakanan dan imbangi dengan senaman. Saya juga sudah boleh diet ketat selepas Aisha sudah meminum susu formula,” katanya.

Badan Langsing Macam Anak Dara, Fasha Sandha Mengidam Hamil Lagi

Menurut Fasha, setiap hari dia hanya makan ikan sahaja dan tidak menyentuh daging serta ayam. Namun, pada hari minggu dia akan makan sepuas hati.

“Dari Isnin hingga Jumaat, saya tak makan daging dan ayam langsung. Hanya jamah ikan saja. Manakala Sabtu dan Ahad, hari saya ‘melantak’,” kongsinya lagi.

Fasha Sandha Mengidam Hamil

Terbaru Fasha Sandha mengidam untuk memiliki cahaya mata lelaki pada tahun hadapan, pelakon Fasha Sandha merancang untuk menjalani rawatan persenyawaan in-vitro (IVF).

Badan Langsing Macam Anak Dara, Fasha Sandha Mengidam Hamil Lagi

Menurut Fasha atau nama sebenarnya, Nur Fasha Sandha Hassan, 39, keputusan tersebut dibuat bersama suaminya, pelakon Aidil Aziz kerana mahu mendapatkan anak lelaki.

“Memang kami merancang begitulah kerana mahu terus pilih jantina. Namun, belum tahun lagi kerana itu semua kerja Allah kami hanya merancang,” ujar Fasha.

Tambah Fasha, dia bakal berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan informasi dan nasihat berhubung rawatan IVF sekitar tahun hadapan.

“Saya tidak tahu apa yang berlaku sebab belum berjumpa dengan doktor lagi. Selepas selesai penggambaran drama Malang Si Puteri pada Februari tahun depan barulah saya akan berjumpa doktor.

“Saya akan pastikan semua komitmen lakonan selesai barulah saya boleh fokus untuk menambah anak,” ujar Fasha.

Perlahankan Kerjaya Untuk Proses IVF

Demi mendapatkan cahaya mata lelaki, Fasha bersedia untuk memperlahankan kerjaya lakonan buat sementara waktu, bahkan keputusan tersebut mendapat sokongan suaminya.

Badan Langsing Macam Anak Dara, Fasha Sandha Mengidam Hamil Lagi

“Jika buat IVF memang perlu perlahankan kerjaya lakonan kerana berlakon agak memenatkan terutama pada trimester pertama lagi perlu berjaga-jaga.

“Kami memang inginkan anak lagi, itu adalah salah satu impian untuk tahun 2024, tetapi semuanya atas kuasa Allah,” kata Aidil.

Malahan, Fasha juga memberitahu anak bongsunya, Aisha Amaira, 3, bersedia untuk menjadi kakak kerana amat sukakan bayi.

“Aisha pun sudah bersedia untuk ada adik, dia sangat sukakan ‘baby’,” dedah Fasha.

Fasha dan Aidil berkahwin pada Mac 2019 dan hasil perkahwinan mereka dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Terdahulu, Fasha pernah mendirikan rumah tangga dengan Datuk Rizal Ashram Ramli atau Jejai dan dianugerahkan dua cahaya matai aitu Putra Rayfal, 9, dan Putri Raysha Jemaima, 8.

Kredit gambar: Fasha Sandha

Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI