Orang dulu-dulu pakai bedak sejuk sahaja pun dah cukup untuk cantikkan wajah. Best tau, rasa sejuk dan hasilnya kulit makin cerah.
Jangan pandang rendah pada bedak sejuk sebab kalau kulit muka anda breakout, bedak sejuk merupakan alternatif terbaik untuk dipilih sekiranya segala produk yang dicuba tidak menjadi. Wajah rasa sejuk dan paling best jerawat pun kecut!
Pakai Bedak Sejuk Kecutkan Jerawat, Tak Sangka Berkesan!
Sebenarnya, salah satu tip untuk mengecutkan jerawat yang sedang kemerahan adalah dengan meletakkan sesuatu yang sejuk di wajah anda.
Ads
Oleh kerana fungsi bedak sejuk adalah untuk menyejukkan muka, ia mampu menyembuhkan jerawat dengan baik.
Adunkan Dengan Serbuk Teh Jadikan Masker
Namun ada orang, akan cuba campurkan bedak sejuk dengan bahan lain jadikan masker. Ini salah satunya, nampak hasilnya elok!
Dihasilkan daripada tepung beras, ini adalah khasiat-khasiatnya yang perlu anda tahu:
Menyerap minyak berlebihan di muka
Mencerahkan dan membaiki tona kulit muka jika digunakan secara konsisten
Tiada bahan kimia
Mengurangkan jerawat
Menghilangkan lingkaran gelap bawah mata
Menanggalkan sel-sel kulit mati
Menyerikan kulit muka
Jadi, kalau anda rasa nak jimat dan kurang yakin dengan produk di luar yang dijual di kedai-kedai mungkin boleh cuba pakai bedak sejuk macam mak-mak kita zaman dulu. Selamat dan kulit cantik gebu!
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bakal memasuki usia 40-an tahun hadapan, pelakon utama The Princess Diaries, Anne Hathaway masih kekal muda macam anak remaja.
Menjadi selebriti sensasi dan terkenal di Hollywood pastinya Anne ada cara tersendiri untuk mengekalkan kesihatan dan kecantikan untuk kekal relevan di dalam dunia seni.
Antara perkara yang menjadi rutin kepada pelakon ini untuk kekal cantik dan sihat adalah:
Pernah berkongsi antara rahsia rutin kecantikan yang ibunya sendiri amalkan adalah pemakaian sunscreen sejak dari remaja. Menurut Anne dia akan menggunakan sunscreen untuk melindungi wajah daripada sinaran UVA dan UVB serta radikal bebas.
Dipetik daripada (Shape), jurulatih pemakanan Anne, Jackie Keller mendedahkan aktres ini akan mengambil makanan anti-radang, bijirin penuh, tepung yang ditapis, avokado dan sayur-sayuran. Turut mengambil pencuci mulut, Anne biasanya akan makan biskut coklat cip tanpa gluten.
Selain bersenam di gim, Anne peruntukkan masa untuk berjalan kaki. Menurut aktres kelahiran New York ini senaman kardio yang dilakukan dapat membantu melancarkan peredaran darah serta udara yang dihirup di luar rumah sangat bagus untuk kesihatan mental.
Mengamalkan pengambilan air putih yang secukupnya setiap hari membantu Anne mendapatkan badan yang sihat dan juga kulit yang segar sepanjang hari.
Selain mengamalkan makanan sihat dan bersenam, Anne juga tidak abaikan kesihatan mental dan kecantikan dalamannya. Menerusi perkongsian di Instagramnya, dia mencadangkan buku panduan penyembuhan iaitu ‘The Clarity Cleanse’ untuk bahan bacaan. Ujarnya buku ini mengandungi tentang pemulihan tenaga yang baik untuk diri.
Sumber: Majalah Remaja & Instagram Anne Hathaway
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebelum bersolek bagai, anda patut tahu cara cuci berus mekap yang betul untuk mengelakkan kulit muka jadi rosak dan berjerawat.
Menurut pakar dermatologi, berus yang kotor sebenarnya mengumpulkan sisa produk, kotoran, dan minyak yang banyak.
Ya, ini lah yang akan jadi penyebab kulit jadi kemerah-merahan gatal dan ada yang naik jerawat halus.
Sebenarnya tak susah pun nak mencuci berus mekap. Jom baca tip daripada Puan Cik No mengenai cara mudah untuk membersihkan berus mekap:
1) Tuangkan satu sudu besar syampu bayi ke dalam mangkuk kecil. Boleh juga gunakan syampu organik atau cecair pencuci.
2) Tambahkan sedikit air suam agar berbuih.
3) Celupkan satu berus dahulu ke dalam campuran air tadi, pusingkan dengan lembut untuk membersihkan sisa solekan pada berus
4) Rendam berus sekitar lima hingga 10 saat, kemudian cuci dengan air paip yang mengalir.
5) Lap berus perlahan-lahan dan lembut pada kain bersih dan biarkan berus kering dengan sendiri.
6) Ulang langkah yang sama untuk berus-berus yang lain.
Mudah bukan? Tiada jumlah kekerapan yang ditetapkan oleh pakar namun mereka mengesyorkan untuk mencuci berus solek sekurang-kurangnya setiap dua minggu.
Sekiranya anda sangat kerap bersolek, pastikan berus dibersihkan dengan kerap untuk mencegah bakteria melekat yang boleh menyebabkan jerawat.
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sukar Tidur Jantung Berdegup Kuat. Pengalaman Wanita Ini Hidap Masalah Berkaitan Darah. Sebelum ini tidak pernah diuji dengan dugaan yang tidak pernah disangka-sangka. Apatah lagi membabitkan masalah kesihatan yang serius.
Namun kejadian awal Oktober lalu menjadi pengajaran sangat berguna pada wanita ini. Daripada tidak tahu mengenai penyakit Thrombotic Thrombocytopenic Purpura (TTP) , akhirnya terpaksa membuat kajian bagaimana masalah gangguan pada darah ini boleh terjadi.
Perkongsian Puan Mini Fadzil di laman sosial Facebook mengenai masalah dialami diharap dapat membuka mata ramai orang diluar sana betapa bahaya jika tidak dirawat dengan sebaiknya.
Tragedi Oktober bermula pada tengah hari 8 Oktober 2022. Petangnya dihantar ke Hospital Selayang dan pada 9 Oktober dipindahkan ke Wad Hematologi Hospital Ampang. Saya deep sleep dari 8 Okt dan hanya tersedar sepenuhnya pada 10 Okt. Itupun tak boleh jawab bila nurse tanya nama dan berada di mana, jadi bengong dan tak boleh nk bercakap.
Bermula saat itulah saya jadi penghuni wad darah sehingga 8 November 2022. Ada yg bertanya selama sebulan di Hospital Ampang, apa rawatan yg saya jalani? Panjang sikit, kalau nak baca silakan. Kalau tak mo baca swipe jerrr.
Rutin harian kat hospital lebih kurang sama, seawal 5 pagi nurse pasang lampu, nak ambik bp, ambik darah, cek gula. Disebabkan kita dah biasa bangun awal, jadi kita tunggu nurse datang ke katil. Selesai tugas nurse baru pi mandi.
Lepas sarapan, nurse dah hantar segenggam ‘gula-gula’ utk ditelan. Selalunya saya akan padankan utk telan 2-3 biji sekali. Antaranya pil-pil utk kuatkan tulang, elak gastrik dan vitamin untuk elak kesan sampingan ubat utama. Cuma yg tak boleh dielak ialah gula naik dan kena cucuk insulin setiap mlm sedangkan saya memang tak ada diabetis.
Paling last ubat yg amat tidak disukai tapi amat penting kalau nak baik – Pred – awal2 kena telan 60mg, lps tu dikurangkan kpd 50mg, 40mg, 30mg sekarang 25mg. Pahitnya melekat dalam mulut, apa dimakan semua jadi pahit.
Untuk info…Pred atau nama penuhnya Prednisolone atau Prednisone adalah steroid anti keradangan yang berkesan. Namun di sebalik kebaikan, ada kesan sampingan yang buruk jika diambil dalam jangka masa lama. Peringkat awal Dr akan beri dose yang tinggi dan akan dikurangkan selepas itu.
Kalau dah telan Pred, kesan paling ketara ialah moon face…ni memang tak boleh elak. Jantung akan laju sehingga boleh dengar degupan jantung sendiri dan satu lagi jadi kerap lapar.
Ingat lagi 4-5 tahun lalu ketika masuk wad akibat asthma, Pred adalah ubat utama yg diberikan utk atasi keradangan paru2. Punyalah kuat sampai saya minta Dr stopkan dulu sebab tak boleh tidur, bunyi degupan jantung yg kuat mcm jantung dok ada kat sebelah telinga.
Rutin seterusnya seperti biasa lawatan Dr2 terdiri daripada Konsultan, Dr. Pakar, Ketua Jabatan dan Dr2 lain, kadang2 sampai 5-6 orang. Dorang akan update laporan depan pesakit, apa rawatan seterusnya, apa cadangan Dr dan apa pula cadangan Konsultan. Masa ini juga kadang2 Konsultan akan test pengetahuan Dr2 lain. Tanyalah apa juga mereka akan jawab sebaiknya. Selalunya saya akan terus google nama ubat atau istilah2 yg Dr sebut untuk tambah ilmu tentang penyakit yg rare ni.
Seterusnya bergantung kpd keputusan Dr samada tambah darah merah dulu (4 paket ditambah), antibiotik dulu atau tunggu dibawa untuk proses 4 jam Plasma Exchange (PE). Setiap hari Dr akan maklumkn bacaan platlet dan hemoglobin. Ada hari naik, ada hari turun sikit.
Pada peringkat awal PE, daripada 9 platelet dah mencapai 200.
Tiba2 20 Okt, Dr kata platelet saya menurun hingga jadi 17. Jadi Konsultan maklumkan kena buat PE setiap hari sampai 1 Nov, lepas tu rest untuk tengok perkembangan platelet. Keseluruhannya saya jalani 19 kali PE menggunakan 396 pack plasma darah. (Kurang 4 ja daripada Mus May)
Pesakit TTP juga diberikan Rituximab, saya mendapat 4 dose, 3 dose diberikan melalui drip dan satu dose disuntik terus (pedih oooo rasa ubat tu mengalir). Setiap satu dose melalui drip mengambil masa lebih kurang 5-6 jam utk habis.
Pernah diberikan lebih kurang 5 ptg, ditambah dengan suntikan allergi, saya hanya tersedar jam 11 malam. Hampir 12 tghmlm baru kuat untuk bangun solat. Selain itu, saya diberikan 2 dose vaksin tambahan utk pesakit yg ambik Ritux utk prevent covid.
Sekarang ni berehat di rumah, makan ubat, makan macam biasa, cuma lebih memilih. Buat senaman ringan untuk kuatkan tangan dan kaki, senaman untuk pernafasan kerana mudah semput.
Kaki masih tak boleh jalan jauh mungkin disebabkan sebelum ini port femoral untuk PE dipasang pada paha kanan selama 1 bulan dan pada paha kiri pula kesan port yg tak jadi dipasang.
Alhamdulillah setakat ini belum ada kesan-kesan sampingan lain akibat ubat seperti yg saya baca dalam support group TTP luar negara.
Semoga Allah permudah segala rawatan yg saya jalani dan kembali kuat dan bertenaga. Terima kasih kepada penderma plasma darah, mungkin plasma darah anda antara yang berada dalam badan saya.
Terima kasih atas doa dan ingatan keluarga dan sahabat2 semua. #terimaksihatasdoasemua