Khasiat minuman campuran air selasih dan limau kasturi ini sangat bagus untuk tubuh badan serta kulit wajah.
Biasanya biji selasih ini ‘glamour’ dalam minuman seperti air sirap, lemon, atau katira. Namun kali ini Rapi mahu kongsikan kelebihan amal minum air selasih untuk kesihatan dan kulit wajah anda.
Kelebihan Air Selasih
Seperti perkongsian wanita ini No Or di laman sosial Facebook menggunakan biji selasih yang direndam dengan limau kasturi atau lemon untuk tujuan menyegarkan badan.
Selain itu juga katanya fungsi limau kasturi atau lemon ini boleh membuatkan wajah kekal awet muda.
PETUA SEGARKAN BADAN
Dah 2 hari, badan ni rasa lemah macam nak demam. Teringat kat dapur ada biji selasih.
Kalau ikut petua orang tua, selasih ni boleh sejukkan badan dan tingkatkan daya ketahanan badan jugak.
Dalam kajian perubatan pun dah terbukti biji selasih ni boleh rangsang penyerapan, tingkatkan aliran darah, legakan sawan, redakan demam dan sebagai pembersih toksin.
Selasih juga mampu kurangkan risiko penyakit jantung. Selain itu, dalam kajian tabung uji pulak, ekstrak biji selasih mampu bunuh bakteria berbahaya dan mencetuskan kematian sel barah.
Haaa, kan ada banyak tu khasiatnya.
Ads
Biji selasih ni takde rasa. Nak dapat kan rasa yang sedap dan khasiat yang lagi power, Cik No tambah Kayu manis Ceylon (KMC) ngan limau kasturi.
Perghhhh, harum wangi bau KMC tu, bila bergabung ngan limau kasturi. Memang nyaman. Bila dah hirup, sedap giler beb
Memang automatik rasa segar terus ke seluruh badan.
Sambung cerita pasal khasiat, limau kasturi ni pulak, boleh halus kan kulit dan tingkatkan penghasilan kolagen dalam badan kita.
Boleh buat kulit nampak cantik dan muka kita awet muda. Haaa gitewww.
Kalau KMC pulak, sah sah le korang dah tau. Inikan ‘kayu magic’. Lagi la banyak khasiatnya.
Eh, petua best ni elok kalau kita amalkan selalu. Selain untuk segarkan badan, resepi ni sesuai jugak untuk turunkan #kencing_manis, #darah_tinggi dan #gastrik jugak tau.
Ads
Haaa , ni lah resepi nya
PETUA SEGARKAN BADAN
Bahan-bahan: 1/2 batang Kayu Manis Ceylon 1/2 sudu teh biji selasih 2 biji limau kasturi
Cara Membuat: 1- Rebus Kayu Manis Ceylon dengan 1 gelas air hingga didih. Dah tutup api, tunggu suam. 2- Masukkan biji selasih, tunggu sekejap. 3- Bila nak minum, baru perah kan limau kasturi.
Ads
Okey siap. Cuba tau, jangan tak cuba
Tapi kena guna Kayu Manis Ceylon, sebab nak minum selalu.
Kulit Kayu Manis yang biasa tu, tak boleh minum banyak. Nanti boleh rosakkan organ hati.
Lagi satu, kalau korang nak ganti limau kasturi tu dengan lemon pun takde masalah. Ok jer. Kita je tau, badan kita.
Kalau nak sihat, buat pilihan tepat. Jangan pilih yang mudarat.
Berbeza dengan jenis kacang yang lain, kacang badam atau almond adalah paling lengkap kandungan nutrisi kerana kaya dengan vitamin, serat, asid folat dan protein.
Oleh sebab itu kacang termasuk dalam golongan superfood. Selain baik untuk pengambilan makanan, kacang badam juga mempunyai khasiat terbaik untuk kecantikan rambut melalui minyaknya.
Minyak badam memang sering digunakan untuk perawatan kecantikan rambut. Manfaat yang terdapat dalam minyak badam adalah sebagai pelindung rambut daripada kekeringan, radikal bebas dan pencemaran.
Selain itu kandungan lemak yang terkandung di dalamnya mampu meresap ke dalam rambut lantas menyuburkannya dari dalam. Malah mampu memperkuatkan serta melembutkan rambut.
Minyak badam juga kaya dengan vitamin A yang berfungsi untuk menjaga kesihatan sel-sel rambut dengan membantu memperbaiki tekstur dan warna rambut serta mencegah rambut daripada kerosakan.
Minyak badam turut mengandungi vitamin B6 yang boleh membantu mencegah keguguran rambut dan merangsang pertumbuhan rambut baharu.
Selain itu, minyak badam turut mengandungi vitamin E yang kaya dengan antioksida untuk melancarkan peredaran darah pada kulit kepala.
Badam Rangsang Kecantikan Rambut
1. Memelihara kesihatan kulit kepala
Minyak badam kaya dengan kandungan vitamin D dan E yang diperlukan untuk membantu pertumbuhan rambut baharu agar terus sihat dan kuat.
2. Mencegah keguguran rambut
Rambut mudah gugur kerana kekurangan magnesium dalam tubuh. Namun, kacang badam boleh membantu kerana mengandungi 25 peratus kandungan magnesium yang diperlukan oleh tubuh. Oleh itu, mula dengan mengambil ¼ cawan susu kacang badam secara konsisten agar khasiat yang diperlukan tubuh mencukupi.
3. Memperbaiki kerosakan rambut
Kacang badam memiliki sumber protein yang tinggi. Sumber protein ini dapat merangsang pertumbuhan rambut baharu dan mencegah keroskan rambut seperti rambut bercabang, rapuh, putus di hujung dan sebagainya.
4. Menggalakkan peredaran darah
Kacang badam mengandungi zat besi yang berfungsi untuk melancarkan peredaran darah serta oksigen ke seluruh tibuh. Dengan itu, turut melancarakan peredaran darah di atas kulit kepala dan setrusnya merangsang pertumbuhan rambut baharu.
5. Membersihkan kulit kepala
Kacang badam juga boleh dijadikan skrub untuk membantu menanggalkan sel-sel kulit mati di atas kulit kepala.
Tidak susah sebenarnya nak kelihatan cantik dalam masa yang singkat. Hanya perlukan benda ini dan hasilnya anda akan dapat wajah seperti ‘glass skin’.
Perkongsian wanita ini Fyza Shah yang hanya menggunakan produk vaselin. Selalunya ia digunakan untuk sapuan di bibir atau kulit kering yang teruk, tetapi rupanya ada kegunaan lain pada wajah.
#Vaseline untuk dapat #glass_skin sepantas 15 minit! (Thanks to Tuan Redza Rahman, Herv Scientist yang share petua ni)
Vaseline selalu kita guna untuk sapu di bibir, kawasan kulit yang kering teruk . Tapi kalau kena dengan cara, kita boleh dapat kulit yang cantik berkilat, kulit yang lembut sihat, lembap dan for sure well hydrated
Vaseline bukan pelembap tapi mampu membentuk barrier atas kulit dan mengunci kelembapan dalam kulit kita supaya tidak hilang.
Kak Fyza pakai jenis Aloe Soothing ni harga RM 10 macam tu. Sebelum pakai pastikan kulit kita bersih. Kalau tak, dia akan lekatkan sekali dengan kotoran pada kulit, amatlah tak ok.
Terbaik, kita exfoliate buang sel mati, dalam keadaan kulit masih lembap tu terus apply Vaseline. Biar kejap dalam 15 minit dan cuci dengan pencuci oil.
Lagi bagus kalau korang ada Essence, pakai dulu sampai basah muka then baru sapu vaseline. Vaselin akan lock lembapan kulit yang dapat dari essence kita tadi.
Glowinggg ching ching! Mari sebarkan manfaat ni
Lubuk konten Kesihatan dan penjagaan diri segalanya di seeNI. Rapi kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi mereka yang mengalami kenaikan berat badan, salah satu cara untuk mendapatkan berat ideal adalah dengan melakukan kaedah pembedahan bariatrik.
Pembedahan bariatrik ini adalah kaedah kecikkan perut di mana 2/3 perut dibuang. Ini merupakan salah satu kaedah mendapat berat badan ideal dengan cara lebih selamat.
Perkongsian Abdullah Hillmee Rifin yang merupakan salah seorang antara telah melakukan keadah pembedahan Bariatrik ini dengan menggunakan khidmat Dr. Mustafa Mohammed Taher yang dinobat salah seorang pakar bedah bariatrik terbaik di Asia Pasifik.
Dia kini selesa dengan berat badan 89 kg berbanding 114 kg sebelum ini dan telah berjaya melenyapkan 25 kg dalam masa 3 bulan.
Hilang 25 KG Lepas Buat Pembedahan Bariatrik
Alhamdulillah telah menjalani pembedahan bariatrik pada 11/10 sehingga hari ini telah turun sebanyak 21kg dalam masa kurang lebih 3bulan sahaja,
Asalnya akibat dipaksa oleh pn @rafeahariffin dan pak long dr @dr.mustafamt(baru menang award-best bariatric surgeon in asia pasific), dengan itu saya mengambil keputusan untuk meneruskan pembedahan.
Boleh keluar epf, kosnya pun berpatutan(Rm27k)
Antara pesakit dr mustafa adalah rahim sepahtu, angah raja lawak, aisyah penyanyi dan beribu lagi
Tak perlu risau, doktor sangat berpengalaman, sehari lepas pembedahan dah boleh jalan-jalan, sangat selamat
Bagi yang susah untuk turunkan berat badan, saya cadangkan alternatif BARIATRIK,
Sayangi nyawa anda demi ummah
Sebelum pembedahan berat saya 114kg, bacaan fatty liver alt 120(normal 41), sleep apnea(OSA), selalu micro sleep semasa memandu, dengkur masya allah macam lembu kena sembelih.
Size baju – sebelum 2xl – sekarang L Size seluar – sebelum 42 – selepas 36
Sebelum ini baju korporat size 2XL saya pakai macam kot, masa duduk buka 2 butang bawah, kalau tak, koyak
Lepas pembedahan dalam masa 45min sahaja, terus berkurang dengkur saya, wife pun rindu jeritan2 dahulu,hahaha
Alhamdulillah hari ini 3/1/22 # berat saya 93kg turun 21kg (trekini beratnya 89 kg), cepat dan selamat. Tq semua yg membantu saya nasihat saya pada yang inginkan alternatif penurunan berat badan yang selamat, boleh cuba cara ini.
Menurutya, selepas membuat pembedahan ini, makan akan terkontrol sendiri dan turut melakukan senaman miniman. Hanya melakukan senaman 3 kali seminggu seperti berjogging.